Thursday, December 31, 2009

JOM JIMAT(^_*)

Tips hebat isi minyak dgn penuh berhemah..

Harga minyak boleh tahan..mesti lari bajet kalau tak bijak merancang. Kat sni sy nak kongsi sikit tips macamana nak jimat dalam bab minyak-minyak ni..

1. Isi waktu petang, malam atau pagi sahaja. Atau dgn kata lain pada waktu awan berarak mendung.hehehe.puitis punya ayat. Jangan isi waktu tgh panas rembang. Minyak dari saintifiknyakan mudah meruap, jadi kalau temperature tinggi maka makin cepatlah reaction dia untuk meruap. Jadi pastinya ia merugikan..setitik minyak itu amatlah berharga disaat genting.hehehew
2. Jika tangki minyak disebelah pemandu, maka jgnlah dirapatkan tangki minyak disebelah pemandu itu dipam minyak.sebaliknya , rapatkanlah kereta bertentangan dgnnya. Kalau tak faham, cuba bayangkan sendiri sampai faham. Ini akan menbantu pengaliran yg lancer dr pam minyak ke tangki minyak kita. Tidak akan ada minyak yang akan bertakung dan merugikan kita..hehe..bunyi macam kedekut..tp itulah tyip yg berhemah.
3. Semasa menekan pam, jgnlah kuat-kuat sgt, nanti terpekcik minyak dalam tangki ke dinding..dan ia lg mudah meruap..kan rugi tu. Tekan slow2..bagi minyak tu masuk dengan tenang..
4. Lepas tu pastikan minyak sentiasa penuh supaya dapat meminimumkan kadar minyak yg meruap dari dinding tangki. Kalau tangki penuh, susah sikit minyak tu nak meruap. Sebab sesame dia je molekulnya bertembung..hahaha..
5. Kawan saya cikgu fizik pernah ckp, jgn bawa berat2...kalau berat lg banyak guna minyak..tambah bila nak menentang geseran dari arah yang berlawanan..makanya, barang yang tak penting dalam hubby tu, disingkirkanlah keluar..ok???
6. Hmmm..ini je yg dapa dikesan..kalau ada tips yg lagi best, harap dimaklumkan..

Monday, December 28, 2009

'''''''''

Sambung belajar…itulah antara matlamat utama sy pada tahun 2010. sambung master di USM atau Sg Petani..PJJ..saya perlu tekadkan azam dan kuatkan semangat untuk teruskan. Sementara masih single dan tidak ada tanggungjawab sebagai isteri dan ibu..

Akanku isikan masa 24jam ini dengan semaksimum yg mungkin…lupakan kisah silam…langkah baru..semangat baru…kuat-kuat….kuat-kuat..buat baik dibalas baik…

Terima kasih ya Allah
Hidupkan kami dgn kasih sayang yg abadi
Terima kasih ya Allah
Hidupkan kami dgn dugaan yg mematangkan
Terima kasih ya Allah
Menguji hati kami untuk terus teguh padaMu


Ya Allah
Matikan kami dijalan iman
Hiasi hidup kami dgn iman
…………………………………

Sunday, December 27, 2009

soal hati, soal jodoh, soal diri, soal keluarga, soal itu dan ini

Rasanya sudah lama tidak meluah rasa disini. Terasa sekejap sungguh rehat sementara yang diberikan untuk menaikpulihkan semangat dan kekuatan diri. Hmmm..banyak pengalaman yang dikutip cuti ini..

Kepada

Kak Diha dan Ustaz Roqi
Shakir dan Elly
Abang Azam dan Kak Fazi
Kak Fad dan Suami

TAHNIAH DIUCAPKAN. SELAMAT PENGANTIN BARU. SEMOGA BERBAHAGIA HINGGA KE SYURGA..

Saya?? Hmm..saya pun terlibat dengan bab kawen mengawen ni. Hmm..tolong sediakan 1000 biji muffin berbagai perisa. Kira dan expertlah buat muffin untuk gift orang kawen. Tapi still kna base on resepi lagi.hehehe.

Melangkah ke tahun baru hijrah, banyak perkara bermain di minda.. soal diri, keluarga, kerjaya, masyarakat sekeliling yang seperti lama ditinggalkan, pelajar yang berbagai ragam, novel baru yang tak siap-siap, dan macam-macam….yang berkait dengan TANGGUNGJAWAB.

SOAL KELUARGA
ALHAMDULILLAH..cuti ni kami adik beradik seramai 8 orang sempat berkumpul bersama. Selalunya susah nak dapat kumpul semua sekali memaksimumkan masa berkualiti bersama, bermain dengan cucu-cucu baru ayah(siapa lagi kalau bukan si kambing2 yang membuatkan kami cemburu kerana kambing2 itu lebih diperhatikan dari anak-anak ayah…hehehe..tp kami tahu ayah lebih sayangkan kami dari kambing.), 2 hari bersama-sama meraikan hari keluarga di teluk batik memupuk kasih sayang antara kami…dan perjalanan membuat muffin selama 3hari bersama adik-adik perempuan menjadikan kami saling memerlukan dan bekerjasama.. Apa yang pasti, saat ini keluarga banyak memberi sokongan kepada sy….

SOAL KERJAYA
Esok bermula mesyuarat pertama bagi sesi 2010…sudah setahun sy bergelar guru, pendidik, teacher, cikgu, kdg2 tersilap ada yang memanggil ustazah…tapi yang pasti semua itu adalah pemikul tanggungjawab dan amanah Allah..semoga diri lebih ikhlas, bersungguh-sungguh dan melunaskan setiap tanggungjawab.. ikhlas itu bukan senang…Ya Allah kuatkan diri ini..

Sy mengharapkan hidup lebih tersusun apabila sesi 2010 bermula. Berbekalkan pengalaman setahun yang amat cetek ini, diharap ia dapat membantu sy bagi memudahkan setiap urusan sy…InsyaAllah, sy bersedia dengan jawatan yang sy bakal terima esok hari…Allah uji ikut kemampuan..itulah kata-kata yang menguatkan semangat disaat badan ingin melayang, air mata hampir gugur, hati tidak tentu arah…moga Allah kuatkan..

SOAL PENULISAN..
Masih lagi dalam perjalanan..menyiapkan novel SEHARUM DOA BERSULAM CINTA tulisan bersama sahabat Aimi Nabihah..untung Allah kurniakan sahabat yang faham dan bermotivasi tinggi..terima kasih Aimi..kita akan teruskan juga..moga Allah mudahkan urusan yang baik ini..

Buku SYOKNYA JADI PEREMPUAN tulisan bersama sahabat Arniwaty Abdullah, mengalami rombakan di peringkat penerbit. Kami terpaksa mengubah suai konsep manuskrip..dan ia masih dalam perjalanan..Alhamdulillah, Arni kuat dan bersemangat untuk teruskan..biarpun hampir setahun setengah kami menanti buku itu diterbitkan…Arni, aini rindu arni…terima kasih untuk sokongan Arni…kita kena kuat..hadapi semua SOAL…SOAL DIRI, SOAL KELUARGA, SOAL KERJAYA, SOAL JODOH….rindu arni..

SOAL MASYARAKAT..
Makin dewasa macam makin tidak bermasyarakat..Ya Allah, moga sy tidak lari jauh..kembali berkhidmat pada masyarakat sepertimana dizaman belajar dahulu…kuatkan diri ini untuk kembali berbakti dan memberi manfaat kepada semua orang…

SOAL JODOH…
Soal???Soal???soal???soalan yang tiada jawapan…hanya jawapan yang boleh diberi INSYAALLAH, DOAKAN SY DAPAT YANG TERBAIK DUNIA AKHIRAT ..bila? Allah lebih tahu masa yang terbaik untuk kita.. Usaha??? InsyaAllah, usaha itu akan terus berjalan…dengan izin Allah..

‘mencari kekuatan diri’

Saturday, December 12, 2009

10,7,9.....hehehe

10 batang pokok betik esotika...
insyaAllah bakal mengeluarkan hasil
walaupun ambil masa
tp ia satu kepuasan apabila melihat buah-buah yang mengeluarkan hasil
setelah membanting tulang..

7 perdu pokok serai..
akan merimbun..
hehehe
ada angan nak jual skali dengan cili

9 pokok bendi
yang ditanam bertaburan
tepi kolam
tepi rumah
hehehe
kalau ayah jumpa
harap dia tak cabut
ayah tak suka pokok ditanam ikut suka hati
tapi kalau nak tunggu ayah,
sampai sudah tak tertanam pokoknya..
ayah sibuk sambut cucu baru...(siapa lagi kalau bukan kambing-kambing yg asyik membunting dan beranak)alhamdulillah..rezeki..

tak sabar menanti hari-hari mendatang..
untuk melihat hasil-hasilnya...

disamping risau dengan umur yang kian meningkat...amal tak tahulah..seiring atau tidak dengan usia yang kian meningkat..

Ya Allah..moga umur yang Kau pinjamkan ini memberi makna pada setiap insan..berbakti untuk agamaMu...

Friday, December 11, 2009

itu dan ini

Saya sudah tidak sabar untuk melihat bongkah-bongkah cendawan itu terisi dan disusun..kemudian menanti detik 40 hari terhasilnya cendawan-cendawan yg berkembang mekar, untuk dinikmati, dipasarkan..Sy juga tidak sabar menantikan cilia pi fertigasi mengeluarkan hasil..Alangkah indahnya jika punya gerai menjual pelbagai hasil tanaman sendiri…

Dalam fasa untuk menguruskan badan,

dengan adanya aktiviti menanam itu dan ini, mencangkul batas-batas yang bakal ditanam pelbagai sayur kegemaran sy, harapnya dapatlah menguruskan sedikit badan yang dah berisi ni…

Mak cakap nanti buka sekolah tanpa disedari, saya akan menjadi slim seperti biasa.. hehehe..itu sedikit memberi kekuatan kepada sy..

Thursday, December 3, 2009

MaNJa oh MaNJa :- /

Nama saya Nurul Aini bt Khairul Azhari..Sedapkan nama saya…Syukur kepada Allah sebab mengilhamkan kedua ibubapa sy untuk memberikan nama yang indah ini..disaat saya menulis ini, hati saya tidak setenang selalu..usai solat, mengaji, sedikit bermuhasabah, sy capai laptop dan menulis seperti sekarang ini…izinkan sy meluahkan apa yg saya rasa…sy tidak mahu terus membekukan perasaan ini seorang diri…membekukannya seolah-olah sy terus menambahkan jumlah isipadu asid yg bakal merosakkkan mental dan hati sy…

Sy tidak tahu..apa yg membuatkan sy tidak tenang…mungkin sy tahu..tp sy menafikannya..atau tidak bersedia mencurahkannya..atau ia adalah perkara yg tidak wajar dicurahkan..Ya Allah, hati ini teruji..

Minggu yg sudah berlalu sy bergelut dengan perasaan kecil hati terhadap emak..Sungguh, sy anak yg manja..Cemburunya sgt kuat.. Setiap kali bertembung perasaan dengan mak, hati sy tidak tenang.. Memang, kalau diikutkan kata-kata syaitan yg menyesatkan, ingin sahaja sy memberontak..tp iman dihati mengingatkan, SYURGA DI TELAPAK KAKI IBU..KEREDHAAN ALLAH DATANGNYA DARI KEREDHAAN SEORANG IBU..maka, cepat-cepat sy menahan amarah dan pemberontakan yg ingin dilakukan.. teringat kata-kata kak lela dan kak beah : “ Aini tak jadi ibu lagi, aini tak faham perasaan seorang ibu..Mana ada ibu yg tak sayang anak..adik beradik aini ramai, jadinya kasih sayang itu dibahagikan sama rata..jgn terasa mak lebihkan bangah..mungkin mak tak sedar, lgpun mak dah lama tak jumpa bangah..biarlah mak lepaskan rindu dulu. Aini dah selalu balik..”

“ Kalau begitu, biar aini tak payah balik..biar mak rindu..” Sy bergurau..terubat juga sy mendengar kata kakak2 sy ini.. sy tak jadi ibu..jd sy tak rasa apa yg mak rasa.. mungkin suatu hari nanti Allah akan uji situasi yg sama pada sy..masa itu, barulah sy benar-benar merasa dengan mata hati.. Allah kan Maha Adil..What u give u get back.. Jadi sy nak dapat yg terbaik..sy tak boleh kecilkan hati mak lagi..ingat Aini..lawan syaitan tu..syaitan tu dengki…LAWAN-LAWAN..

Teringat kata-kata mak di dalam sms yg lalu..’ Mak sayang semua anak mak…semua keluar dari perut mak…’ Hebatkan mak..mak dapat 8 orang anak.. mak dan ayah didik anak-anak mak dan ayah sampai besar..sampai jadi manusia..

Hakikatnya, sy bukan nak apa yg lebih-lebih..Cuma mungkin sikap sy yang terlalu manja dan inginkan lebih perhatian dari orang-orang penting dalam hidup sy..mak, ayah…Bila dengan mak ketior(mak ida) dia pun cakap, aini tu manja budaknya..huhu..sy suka jumpa mak ketior, bila dengan mak ketior, sy teringat masa bersama dengan arwah tok.

Manja manja…huhu..kadangkala sikap itu menyebabkan senang si syaitan mencucuk sy dengan hanya sebab yg kecil..

Sy sudah 24 tahun..sy tak boleh manja-manja lagi..tak boleh terlalu emosi bab perasaan ni..kena berjiwa kental..hanya berjiwa halus untuk sesuatu yg mendatangkan kebaikan..

Jangan dengar hasutan syaitan..jangan diturutkan kata hati tanpa pertimbangan akal..bila emosi mempengaruhi pemikiran, maka kita sudah membuka ruang untuk syaitan memujuk dan merayu untuk kita terus tersasar…Ya Allah, aku berlindung dari syaitan yang di rejam…


‘ Ya Allah, pelihara hati ini..Agar tidak terus tersasar dari landasanMu..Hiasilah diri ini dengan akhlak yang terpuji..jadikanlah diri ini HAMBA YANG TAAT PADA PERINTAHMU, ANAK YANG SOLEHAH, BAKAL ISTERI YANG SOLEHAH DAN DIKURNIAKAN ANAK-ANAK YANG SOLEH DAN SOLEHAH…jadikanlah aku seorang yang redha dengan setiap ketentuanMu…Redha..redha….’

Teringat pesanan tuan penemuduga tempoh hari… ‘ jadi ibu yang baik..’

Untuk jadi ibu yang baik, saya perlu jadi anak yang baik..jadi anak yang solehah.. what u give, u get back aini!!!!!!!’ mak, ayah, kak long sayang mak dan ayah… Sayang sangat

Friday, November 13, 2009

MeraWAT hatI YG TERuji

assalamualaikum semua...sudah lama tidak mencoret..berkongsi rasa dengan semua... Alhamdulillah..hari-hari yg di lalui adalah semakin tenang..biarpun mental dan fizikal di saat yg genting...hari-hari menjelang penutup sesi persekolahan adalah hari yg sgt sesuai untuk melihat cikgu2 tercungap-cungap melunaskan tanggungjawab yg menuntut kesabaran....


buat sofea azzahra, disini ada sedikit tips yang adik minta kongsikan...terasa kerdil diri untuk berkongsi, tp di gagahkan jua..mudah-mudahan sedikit ilmu yg dikongsikan ini selari dengan pengalaman yg masih cetek ini..

apabila diri diuji...
kadang-kadang tanpa segan, air mata akan tumpah..menangislah..kerana tangisan itu bukan kelemahan..ia titik permulaan untuk kita menjadi orng yang baru..yg lebih kuat..kuat dan terus kuat..

apabila diri diuji..
mengadulah pada Dia..ujianNya untuk kita lebih dekat padaNya..dekat dan semakin dekat...Ujian itu tanda sayang Dia pada kita..kadang2 sungguh jerih melatih diri berprasangka baik..tapi berusahalah meyakini hikmah disebalik kejadian...

apabila diri diuji..
jangan disimpan di dalam hati..luahkanlah..kepada siapa yg dipercayai..jika tiada pada sekeping kertas, cukup memadai...apa yg penting, LUAHKAN...

apabila diri diuji...
hiduplah dengan ceria...mulakanlah hari dengan aktiviti yng memberi manfaat..bukan duka lara yang memakan diri..

sekadar itu yang mampu dikongsi...terasa sedang diuji..muhasabah untuk diri sendiri...

Wednesday, November 4, 2009

ANAK MAK JAMUAN

SEMOGA ALLAH MUDAHKAN URUSAN ANAK MAK JAMUAN..

Anak mak jamuan sebenarnya runsing…
Memikirkan macam2 yg bermain di minda..
Anak mak jamuan cuba nampak tenang di mata saya..
Tapi sy tahu, anak mak jamuan banyak benda yg sedang berputar diminda…


Moga anak mak jamuan terus tabah
Sabar dan sabar…
Semoga anak mak jamuan terus berusaha
Berusaha tanpa kenal erti putus asa..
Sebab anak mak jamuan pernah cakap
Sy akan berusaha dan terus berusaha, berdoa dan bertawakal untuk dapat apa yg saya mahukan..

Harap anak mak jamuan tidak lupa akan kata-kata itu..
Sy akan sokong setiap usaha baik anak mak jamuan..’
Terima kasih kepada anak mak jamuan kerana menjaga kebajikan sy..
Terima kasih juga untuk semua yg sgt baik dengan sy..
Moga kalian sentiasa di mudahkan urusan

Saturday, October 31, 2009

PANGKAH DANCBULAT

menanda kertas jawapan anak-anak 4sn sedikit membuatkan sy kecewa..lain yg di ajar lain yg di jawab...adakah teknik sy yang salah??atau ilmu yg saya sampaikan masih belum mencukupi..atau cara sy menyampaikan tidak ada roh....Ya Allah..

kali ini penandaan sy lebih tegas, tiada belas dan strict..tangan ligat memangkah dan membulatkan jawapan yg salah.. biarlah mereka mendapat markah yg kurang memuaskan..biar peperiksaan final ini menjadi titik muhasabah bagi menghadapi SPM yg akan tiba pada tahun hadapan..

Biarlah sy berhadapan dengan pertanyaan ketua paniia dan pengetua..sudah ada jawapan di minda..akan sy terus mendidik anak-anak ini..jangan berada di zon selesa lagi..jgn main-main lagi...serius dalam hidup..apa yg penting, tidak mengapa mereka sedih dengan markah pada kertas jawapan, jangan mereka sedih kerana hidup tidak menjadi 'manusia' ...

pendidik bukan membentuk pelajar yg berjaya hanya di slip keputusan..tp pendidik sebenar adalah pendidik yg 'membentuk manusia'

what u give u get back

Memudahkan urusan org lain, InsyaAllah..Allah akan mudahkan urusan kita...Yakin Aini..

Wednesday, October 28, 2009

step SETERUSNYA FASA MENGUPDATE SEMANGAT

update semangat dan update iman...seiring dan sejalan...

kesihatan yg kurang memberansangkan..tulang belakang sangat sakit apabila berdiri dan berjalan terlalu lama..membuatkan sy sangat letih..dan tidak segagah selalu...jadi

InsyaAllah,

untuk melunaskan hak kepada diri, sy nak dapatkan nasihat Doktor Homeopati...Moga tiada yg memudaratkan...terima kasih kepada kak beah dan kak zaharah yg membantu aini untuk mendapatkan rawatan

Tuesday, October 27, 2009

Aini pernah kecik ati tak?

ini soalan cepu emas dari kak liza tadi..

hmmm..sy jadi pelik bila disoal begitu..

sy tanya kenapa..

kak liza cakap, sebab akak nak cuba faham, org yang ceria dan seronok2 macam aini ni, ada makan dekat dalam tak..

lalu sy menjawab..

saya manusia normal....sambil tersenyumm..ketawa...

dan kak liza pun ketawa..

...SOALAN YG TAK PERNAH DI DUGA...TP HARI INI DALAM PROSES MENG UPDATE SEMANGAT..SY TERUSKAN JUGA HIDUP DENGAN SENYUMAN...

Monday, October 26, 2009

sEMAnGaT YG TeLAH Di uPDaTE

Alhamdulillah..hari ini Tohira dan Sofya lebih semangat untuk belajar dengan suasana baru..

‘ Wahhh,,cantiknya bilik teacher..’ Sofya

‘ Nanti nak buatlah bilik Ya macam ni..’ Tohira menyambung..sambil mencapai bear yg si kembar hadiahkan pada sy..Bear itu akan jadi peneman dia sewaktu sesi tulis menulis dan baca membaca..

‘ Tapi Sofya tak ada duit nak beli barang2..’ Sofya membalas..

‘ Tak perlu duit pun..semua ni hadiah yg org bagi pada teacher..nanti Sofya dapat hadiah, pembalutnya boleh recycle..buat cantik2..’ Sy mengaplikasikan konsep kitar semula pada anak kecil ini..maklumlah..cikgu sainslah katakan..huhu..

Jadi untuk sesi P&P pada malam ini, Sofya dan Tohira pun dapat update semangat mereka.. Sekarang ni anak2 sy tengah exam.. Moga semua buat yg terbaik..Teacher doakan yg terbaik untuk kalian.. yg penting jujur dan amanah serta bersungguh-sungguh semasa menjawab..dan terus berusaha, doa dan tawakal.. periksa bukan untuk dapat markah yg tinggi sahaja..tp peperiksaan mengajar kita menjadi org yg jujur, amanah, bersungguh2 dan yg pentingnya menjadikan kita MANUSIA..

GURU..PENDIDIK..BUKAN SEKADAR MENGAJAR ILMU UNTUK PEPERIKSAAN..TP LEBIH DARI ITU.. MENGAJAR ILMU KEHIDUPAN..SUPAYA HIDUP MENJADI MANUSIA…

SEMPENA MINGGU MENG UPDATE SEMANGAT NI,
ADA BEBERAPA PERKARA YG TELAH SY UPDATEKAN..SECARA FIZIKALNYA:

- Ubah suai BILIK MENIMBA ILMU KEHIDUPAN ini..Jadi lebih ceria, sejuk dan SEMANGAT…Semua tag fasi, ajk, exco, yg diperolehi sepanjang hidup 24 tahun ini sy gantungkan..mengimbas kembali zaman penuh onak dan duri..knp tidak diteruskan??? Warna warni kad dari anak2..warna warni cebisan kecil komen anak2 chong hwa…contengan2 tangan sy yg hanya pemiliknya shj tahu akan maknanya..dan semua perkara yg mampu mengupdatekan semangat akan turut serta dalam BILIK MENIMBA ILMU KEHIDUPAN ini..
- Hubby 2021 yg setia bersama sy juga dalam proses update.. InsyaAllah, buku2 dan fail2 dalam bonet itu akan punya tempatnya yg special..take your time aini…


Mental dan spiritual…

- itu yg lebih utama… apa yg di dalam akan dizahirkan…
- moga menjadi penyabar dan tidak putus asa untuk mendidik anak2 tentang ilmu kehidupan….
- SEMOGA MINGGU MENGUPDATE SEMANGAT INI AKAN BERMANFAAT DAN MENJADIKAN DIRI ISTIQAMAH DALAM SETIAP AMALAN…

Sunday, October 25, 2009

tak semestinya apa yg kita nak itu yg terbaik

kita masing2 punya impian tersendiri..nak itu dan ini..tapi kadang2 hati mengeluh.knp takdapat...knp diuji..knpitu dan ini..

tp,

bila melaluinya
melepasi dugaanNya
barulah kita tahu
setiap kejadian punya hikmah
hidup tanpa diuji
akan terus menjadikan kita bersifat keanak-anakan..

moga diri tabah bila diuji
berpijak di bumi yg nyata
dan jadi org yg sgt kuat...

kuat..kuat..kuat..

NURUL AINI BINTI KHAIRUL AZHARI
ANAK KEPADA
EN KHAIRUL AZHARI DAN PUAN KURSIAH
ADALAH ANAK YG KUAT
DAN TAK MUDAH MENGAKU KALAH
DAN TAK MUDAH MENANGIS
DAN TAK MUDAH MENYERAH KEPADA TAKDIR

SELAGI ADA DAYA
NURUL AINI KHAIRUL AZHARI
AKAN TERUS BERUSAHA
YG TERBAIK
UNTUK DIRINYA
AGAMANYA
KELUARGANYA
KETURUNANNYA
DAN ORANG SEKELILINGNYA..

NURUL AINI KHAIRUL AZHARI
ADALAH SEORANG
YANG BIJAK
AKAN BUAT KEPUTUSAN YG BIJAK
INSYAALLAH...

Thursday, October 22, 2009

kuat..KUAT...kuat..

hidup yang penuh dugaan..

jadilah kuat..

kuat dan terus kuat..

kekuatan itu datang dari Allah..

moga terus kuat, tabah...untuk hari-hari yang penuh cabaran...
kepada semua..org sekeliling semoga kita terus kuat..

Monday, October 12, 2009

TAHNIAH KEPADA AINI

Hari ini dalam sejarah..biarpun sudah ramai dikalangan rakan2 sebayaku sudah lama mencipta sejarah, tak mengapalah diri yang kerdil ini baru mencipta sejarah..yang penting ia amat bermakna untuk disimpan sebagai kenangan..

sudah lama dinantikan saat ini..saat membuat percubaan dengan penuh kerajinan dan usaha tanpa jemu..

sudah lama menantikan untuk melihat wajah-wajah bersinar menikmati kejayaan yang diraih ini..

sudah lama menantikan detik indah untuk memuji diri sendiri, biarpun tiada yang memuji..

HARI INI SAYA BERJAYA...

tanpa bantuan emak,
tanpa bantuan kak jue
tanpa bantuan sesiapa,
hanya dengan PERTOLONGAN ALLAH,
Doa emak dan ayah,
kini
SAYA BERJAYA ...

MEMASAK NASI AYAM DENGAN ENAKNYA..
TAHNIAH KEPADA SAYA..hehehe..

namun, amat mendukacitakan...kamera tidak ada untuk melakarkan betapa indahnya nasi ayam yang disusun atur oleh saya..namun, kak jue menjadi saksi..saya tahu kali ini memang sedap...
tahniah aini, kamu memang hebat...hehehe...sungguh perasan penulis kali ini..ini adalah tanda kematangan yang seterusnya..hehe

Saturday, October 10, 2009

hari YANG PENUH SEMANGAT

AssLamamualLaikum semua..selamat pagi wahai dunia..Erm..rasa sangat tenang hari ini…

Selalunya hari ahad, maka datanglah angina tak nak balik sekolah…hehe..tapi kali ni lebih semangat….untuk jumpa anak2..dah abiskan silibus..dan periksa…(hehe, soalan exam masih lagi tak siap..on da way..cemburu dengan tikah yang dah beres semua kerja..suspeklah aini kat tikah..)

Hari ini, macambiasa..meneruskan sesi kemas mengemas, basuh membasuh, belajar memasak, dan cuci hubby..target minggu ni nak khatam semula buku 24 JAM BERSAMA ALLAH..PEnulisnya orang Indonesia..tulisannya sangat bagus dan menyentuh..nanti sy kongsikan isi kandungan buku tersebut untuk kita aplikasikan dalam kehidupan kita..

Ok, nak sambung kerja..lari kejap je ni..kain dah sidah..kemas dekat luar pulak..selamat meneruskan hari dengan ceria semua..Senyum…senyum..melangkah dengan penuh bergaya..mulakan OPERASI..DAAAA-

ohhhhhhh...

nak kena kejar saya ni..soalan exam ni sangkut2..aritu dah berazam tak nak buat kerja sekolah dekat rumah..tapi arini terpaksa mungkir sekejap..huhu..penuh lg katil dengan buku..tadi sempat melihat kambing dan lembu..petang ni nak tanam pokok2...POKOK POKOK POKOK POKOK....simboliknya pokok..pokok menenangkan hati saya..pokok membuatkan saya menangis..pokok kadangkala memberi inspirasi sayu kepada saya..pokok mempelbagaikan perasaan saya..dan hakikatnya, saya sangat rindu akan POKOK...

Wednesday, October 7, 2009

Menjadi lebih tersusun..

Alhamdulillah..tusyen dah selesai..semuanya berjalan lancar..sedang menyusun bajet dan kerja..sambil makan pengat pisang yang emak jamuan bagi..sambil menconteng blog..dan berdiskusi tentang kesusahan untuk pindah sekolah..

kak ilya telah menyuntik semangat sy malam ini untuk menyusun krja2 saya..dah sebelum kak ilya tidur, ada sepotong ayat yang sngt menusuk kalbu sy..mama dini ini sgt baik orgnya terhadap hubby dan dini..saya katakan padanya ' akak memang isteri yg baik' disebabkan ada sesuatu perkara yang dilakukan untuk menyerikan hubby dan dini..

lalu mama dini telah me 'reply' msg sy dengan ayat:

'i try my best to be the best for him.'

tersentuh hati sy menerima ayat ini..dan sy dapat melihat sendiri kesungguhan mama dini untuk menjadi yg terbaik..isteri, ibu, anak, cikgu yg terbaik...

sesuatu yg saya ingin kongsikan apa yg sy dapat dari mama dini melalui pemerhatian sy:

1. kerja sekolah cuba siapkan di sekolah( itu yg terkesan dihati saya). dulu mak dan ayah pernah cakap dekat sy, sy cuti atau tidak sama sahaja.sebabnya, bilik akan penuh dengan lambakan kerja sekolah..bila tgh masak, lari pg menanda buku, bila menyapu sampah, sempat lg menaip 1, 2 soalan..semuanya sekolah-sekolah..sekolah..jadi lepas ni, balik rumah, bukan untuk sekolah..tapi untuk berbakti kepada keluarga...untuk dirasai kehadiran oleh semua orang..kualiti masa bersama....
2.dekat rumah masa bersama keluarga
3. buat kerja dengan bersungguh sampai siap
4. jadi seorang yang tegas
5. susun kerja dengan teratur
6. pandai mobilasi tenaga

kak ilya,
aini faham..disaat ini akak risau, sedih, untuk meninggalkan dini dan abah dini..semoga akak tabah..betul cakap akak, aini tak boleh faham..sebab aini tak ada anak dan suami lg..tp, dari anak mata akak tghari tadi, aini dapat merasakan..akak risau....

untuk kak ilya yg baik hati,
kuat..kuat..kuat..

Tuesday, October 6, 2009

Untuk cikgu Zuraidah dan Cikgu Arni

Baru selesai meting, baru samapai rumah, baru abis kemas dapur dan basuh mana yg patut..tergerak hati untuk terus menconteng dan mencoret entry ni..biarpun ada kertas kerja, minit mesyuarat dan laporan perlu disiapkan dalam masa terdekat ni..sedikit masa untuk meluahkan perasaan..

Arni,
Terima kasih…Arni terharu bila arni pesan dekat cikgu zuraidah suruh jaga Aini..Cikgu Zuraidah jaga aini dengan baik..kalau dia tak jaga aini, aini cubit hidung dia.hehehe.tp, Cikgu Zuraidah dapat jaga Aini samapai bulan 2 tahun depan je. Pastu dia akan dijaga orang lain. Tp arni perlu tahu, Aini tetap jaga dan doakan arni..biarpun dari jauh..aini tetap rindu Arni..tetap sayang Arni…

Aini ok..Arni jangan risau..fizikal, mental, spiritual semua ok..Semua orang sayang..ambil berat ..Arni jangan risau ya..Arni jaga diri baik2 ya..Jaga mak baik2..Sampaikan salam Aini dekat mak..kak nurul..dan semua…Sayang dan sangat rindu Arni…Andai dapat diundurkan masa…kita bersama…lalui suka duka…sungguh rindu saat kita sama2 harungi kehidupan sebagai pelajar dulu…Sayang arni dan akan terus sayang dan rindu arni…

Ida,
Terima kasih bersama aini..walaupun dirimu selalu meninggalkan ku..namun ku tahu kau tetap ambil berat pasal diriku..Aini dah belikan kamu pencil box baru..walaupun kamu dah ada yang baru, kamu kena pakai jugak yg aini bagi..Semoga kamu cepat kawen dan dimudahkan..nanti kamu tinggalkan diriku ini..tp tidak mengapa, masih ramai yg sayang diriku ini..dan diriku ini tetap sayang kamu..biarpun kamu dah bergelar Puan Zuraidah..Ingat, nanti tak blh merajuk2 dah..jadi isteri yang baik..ehh..macam kaunselor keluarga pulak..hehe..tp diriku ini tahu, dirimu sudah ada perancangan yg terbaik untuk baitul muslim impian kamu..kamu memang hebat sahabatku..Maaflah, diri ini tidak pandai membuat dan mereka-reka ayat berbunga seperti kamu..tp, diri ini sangat menghargai kehadiran kamu. Terima kasih ye anje..:-P

Monday, October 5, 2009

sedap..sedap..sedap..

time kasih semua..sedap..kenyang..hehehe

kak lela: kuah kacang yg sedap
kak lily: bihun yang menarik
kak ilya dan kak noremah: buah tembikai segar dari ladang
kak ct haida: berjaga sepanjang malam, buat kek..hehehe..betul ke????
kak pusfa: nasi himpit yang putih berseri
EN Meor yg baik hati: nasi lemak yg sedap..hehehe..patutnya sy yang bawakan. tp awak nak bawakan.
kak beah: kek coklat yg sedap
Madam Chew::time kasih import air
Encik Azman: kuih tart yg best..besar dan puas makan
kak nab: agar-agar 4 pagi
kak ana: pizza ibu mengandung
nani: cucur segera import dari kantin.hehehehe
ida anje sayang: sambal ikan bilis yg best..hehehe..bangun 4 pagi konon..time kasih mak ketior..
dan saya: hehehe.telur rebus, timun dan ayam goreng yg sedap sampai menjilat jari..siap tak cukup ..

heheh

Wednesday, September 30, 2009

BUNGA oh BunGA

Ingin menjadi bunga
tapi bukan bunga plasti
bukan juga bunga kertas
bunga orkid???
macam mustahill

ingin menjadi bunga
tapi bukan bunga tiruan
bukan juga bunga celup
bunga manggar??
macam pelik jer...


Ingin menjadi bunga
bunga apa lagi ni
bunga cinta
ish macam jiwanglah pula

ingin menjadi bunga
bunga yang sentiasa harum
di taman hati
biarpun awan mendung
menutup cahaya sekumtum bunga
yang penting
ada hati yang pandai menilainya...

bunga..bunga..bungaku..

Mengidam

petang ni nak masak..

bubur nasi
teringin sangat..
asyik mengidam je sekarang..
jadi buka puasa arini ada bubur nasi dan 2 ketul lemang yang comel..
bubur nasi tu letAk banyak2 kentang, sayur campur yang colurful tu, pastu goreng ikan bilis..cili api tak ada.huhu..makan jelah apa yang ada..

sekarng ni tengah mendidik diri supaya tidak sensitif..

Tahniah kepada kak Wan Habibah..
dah dapat baby boy
superhero tu
jadi mulai esok, saya yang akan ambil semula 2B..

Tuesday, September 29, 2009

teruskan lagi...

Draf soalan chem paper 2 dah hampir selesai..Alhamdulillah...run slow2..make sure soalan berkualiti..

anal2 4 sc,
tolonglah serius bila belajar..
kimia tu susah kalau basic lemah, nanti berganda2 susah...TOLONG YE ANAK2...

ada lagi 3 period...

kak beah,
time kasih untuk lemang 2 ketul ni..huhu..macam tau2 je aini mengidam jugak nak makan lemang..2 ketul pun jadilah..yang penting tak kempunan bila berbuka puasa kejap lagi...

kak ilya,
napelah ganas sangat sampai terbocor gas peti sejuk tu..nanti kalau makanannya penuh sangat, bagi je kat aini...aini boleh tumpang makankan...hehehe

jomm..teruskan perjuangan...mengajar dengan sepenuh hati...senyum..senyumm..senyum..senyum..aah comel..(rindu ayat tu)

penutup yang menenangkan

dah abis tusyen..dah selesai banyak urusan..dah nak beradu..selamat tido semua..moga dipanjangkan umur untuk meneruskan perjuangan esok...wahai diri, jadilah kuat----kuat...kuat...kuat harimau..hehehe..

kak ilya, time kasih untuk tips petang tadi..insyaAllah akan diaplikasikan suatu hari nanti..lepas jadi ZAHRATI..

sekilas...

beberApaminit lg tusyen akan bermula..sempat lagi nak menconteng entry kali ni..moga syawal kali ini terisi dengan sebaiknya..rasa sayu sahaja sekarang..tambah pula bila baca artikel arni : bila nak kawen??? Alhamdulillah emosi tidak terbawa-bawa ke sekolah....Anak-anak baik..tidak memerlukan suara yang kuat.cukup sekadar teguran dan nasihat berserta senyuman jika mereka berkeadaan sopan tingkah laku..

Sekarang emosi agak tidak stabil..cuma bila dengan kawan2 perasaan dapat dikawal..dan kesedihan dapat dilupakan..petang tadi teman kak ilya ke tabung haji dan klinik..singgah the store beli nugget dan ayam..tak larat nak masak untuk berbuka puasa..sekadar goreng yg mana patut..tu pun goreng waktu azan magrib dah habis..

wahai hati...
janganlah sedih..

wahai hati...
janganlah berduka..

wahai hati..
tiada sebab untuk bersedih..

wahai hati..
hati-hati ketika bersedih..

wahai hati..
rawatlah dirimu..

wahai hati..
diri ini tak mampu begini...

Monday, September 28, 2009

perMULAAAN yG BaIK

Alhamdulillah, bertemankan bunyi hujan yg indah dan pagi yg hening, dapat jugak mencorek untuk blog ni..jap lg nak pg sekolah dah...

Ya Allah,
moga hari ini
dilimpahkan rahmat dan kasih sayangMu
dimudahkan segala urusan
diindahkan suasana untuk menyampaikan ilmu
moga anak2 yang menerima ilmu
mudah menyerap semua ilmu yg baik2
bukan sekdar ilmu di buku text
tapi ilmu menjadi manusia
manusia yg benar2 manusia...

doakan cikgu mengiringi kalian..

hari ni tema pink
senyum..senyum dan terus senyumm...
niat..pasang niat yg baik dalam hati..
melangkah penuh bergaya dan yakin..

Saturday, September 26, 2009

ENTRY BAWAH NI SAJE JA TESTING

ARTIKEL YANG BAWAH NI SAJE JE TESTING...ALIN BELAJAR MENAIP..JADI ABAIKANLAH CERITA SEKERAT JALAN TU...HEHE
Nama saya mohamad syahir. Saya tinggal di kampong sempeneh seberang, 34500, batu kurau, perak. Pada awalnya, saya bersekolah di sekolah kebangsaan kg perak. selepas itu saya lanjutkan pelajaran saya di sek maahad al ummah. Sampai tingkatan 3, saya pindah sekolah ke sekolah menengah kebangsaan dato’ kamaruddin. Sesudah habis saya diperingkat sekolah, saya melanjutkan pembelajaran saya di institut latihan perindustrian kangar (ILP) dalam peringkat sijil. Selepas itu, lanjutkan lagi pembelajaran saya di universiti kuala Lumpur msi di kulim (UNIKL) dalam peringkat diploma. Saya mempunyai 5 beradik. Yang pertama mohamad syahril, yang kedua adalah saya iaitu mohamad syahir, yang ketiga siti syahidah, yang keempat siti syakirah, dan yang terakhir ialah siti syuhadah. Saya adalah anak yatim. Bapa saya telah meninggal dunia pada 23 Ogos 2009 iaitu pada umur saya 21. bapa saya meniggal dalam sekolah bertempat didalam pondok jaga. Penyakit yang dikesan ialah jantung. Cita beliau menjadi seorang ahli niaga yang kerjaya. Nama ibu saya ialah patemah binti hamzah. Ibu saya berasal dari melaka. Abang ibu saya iaitu mohamad salleh bin hamzah telah menjaga adik saya iaitu siti syahidah. Perancangan yang telah dirancang untuk menlanjutkan pembelajaran adik saya ialah di mesir. Disamping itu, saya mempunyai bapa saudara iaitu khairul azhari adik kepada ayah saya. Beliau banyak menolang saya dalam pembelajaran. Kata-kata semangat beliau cukup memberansang. Beliau menetap di selama sekarang. Beliau bekerja peladang. Beliau mempunyai 8 orang anak. Manakala abang saya bekerja perodua di rawang. Umur beliau 22.





\

‘ Pak Dol, kambing dimakan ular sawa!!!’ Ghaffar terkocoh-kocoh menberitahu sambil tercungap-cungap. Pak Dol tersentak. Kopi yang di hirup sudah hilang kelazatannya. Mak Uteh terpinga-pinga.



Hari ini kena berhenti beraya jap. Wajib settlekan:


1. buku stok spbt
2. list nama buku koko
3. kemas baju yg nak bawa balik
4. beli barang kering untuk jamuan raya anak2 4sc
5. kemas bilik yg asyik tak kemas ni.bila kemas, sepah balik..bila nak maintain kemas.
6. run wani untuk abiskan latihan sains silibus form 1.
7. view secara kasar soalan past year bio untuk alan
8. soalan periksa: chem. P1, P2,P3. SC F2 P1, P2..semua ada 5 paper untuk final ni yang kna buat. JSU skali aini. Jangan lupa, nanti kna reject soalan kamu tu.
9. kemas bonet hubby.
10. susun bagi cantik2.
11. cari buku untuk tusyen tohirah, sofya.
12. aaaiiiiii banyaknya….
13. buat STEP BY STEP
14. SIAP TANDA TICK..HARI NI JUGA KNA SIAP….SOALAN PEKSA TU BLH DRAF DLU..NANTI NAK CEPAT, SOALANNYA TAK BERKUALITI…HUHUHU


PAGI ISNIN YG KNA SETTLE:

1. follow up yuran dari 3 orang pelajar yg tak settle lg.
2. hantar buku koko 4sc n list nama kat meja Maya
3.
EPILOG SEORANG GURU


Mengisahkan seorang guru Nuha yang mengalami tekanan akibat dunia pekerjaan yang baru. Nuha yang pada mulanya bersemangat untuk membina anak bangsa, sedikit demi sedikit luntur semangatnya setelah melalui banyak halangan. Antara halangannya adalah pelajar yang bermasalah dan tidak mempedulikan masa hadapan. Hapis seorang pelajar tingkatan empat sering ponteng sekolah. Nuha sebagai guru kelas Hapis mengambil keputusan untuk bertemu ibu Hapis memandangkan ayahnya sudah lama meninggal dunia. Ibu Hapis sangat terkejut apabila mendapat tahu bahawa Hapis

Monday, September 21, 2009

yg indah

Assalamualaikum semua...

Salam lebaran, salam aidilfitri..

Alhamdulillah..hari ni, raya ke 2..semua hampir selesai..makcik, pakcik, sedara ,mara dah di ziarah..rupanya kaki jalan jugak saya ni..semua tempat redah..cuma umah kawan2 tak lagi..InsyaAllah, khamis ni turun kuala kejap..pegi umah kak lela, kak lily, kak mala, kak noremah, ida, maya dan seangkatan dengannya..pegi ramai2..

Tahun ini, rayanya lain dari yang lain..kalau dulu, sibuk mengumpul duit raya..sekarang sebaliknya..inilah yang telah disusun aturkan..

kepaDA semua, di kesempatan ini, SAYA NURUL AINI BINTI KHAIRUL AZHARI INGIN MEMOHON AMPUN DAN MAAF DIATAS SEGALA KESALAHAN, KESILAPAN YANG DISENGAJAKAN MAHHUPUN TIDAK..MAAF ZAHIR DAN BATIN..ANDAI HATI TERGURIS, ANDA LUKA BERDARAH KEMBALI, ANDAI INI DITAKDIRKAN,.....SAYA MOHON MAAF...

Saturday, September 19, 2009

CELCOM SAYA DAH BEROPERASI, 24JAM

SEdih sungguh..dah on..cepatlah bg msg raya untuk sy..hehe..tak malu

Friday, September 18, 2009

banjir

SEMALAM masa ambil kak cik, jalan banjir..Alhamdulillah..Allah tolong..hubby saya selamat...

BUAT JANGAN TAK BUAT

semua ada tugas..

si kecik, tolong lipat kain..walaupun tak cantik lipatannya..at least dia belajar..dari terus menghadap cartoon yg menyakitkan telinga..

wani, kerja2 membasuh baju itu adalah tugas tetap dia..hehe..sampai sy dah jd tak tahu nak guna mesin basuh macamana..

kak cik, kerja2 mengemas, serah dekart dia..saya akan menyusul untuk last tachap..

Bangcik, macam biasa dia dan alan akan excort ayah..untuk kerja kat luar umah..

bangah??masih atas kapal..kesian adik kak long..

mimi, kerjanya mestilah berjalan je..dia excort mak..pegi pasar..

saya???hehehe/..sambil pegang mop lantai, menaip untuk blog..mengelat..hehe..mana ada, dah habis tenaga dah ni..dok jadi runner..jap lagi semua akan tolong mak..masak..masak..masak..sambil zikir..biar masakan tu sedap...

Askar-askar yang dikerah....


hehe..ini gambar di kampung Maya.tak de kena mengena dengan askar2 yang dikerah...Maya yg tudung pink..Si kecik tu anak sedara maya yg banyak cakap, sabrina..dan yg bertudung hitam itu mak cik Maya yng baik hati...Saje nak display gambar ni..sebab r2 tak dapat upload...hehe

Syukur dan best ada adik yang ramai ni..dapat dijadikan askar-askar di saat genting..dan dalam masa yg sama askar2nya jugaklah yg menyepahkan umah..huhu..

Sementara nak besar, kata mak..

tinggal bangcik dan bangah yg tak ada..pak cik sampai pukul 5 pg esok..bangah bulan 11 nanti..huhu..

Ramadhan kian berlalu..rasa macam tak puas lagi... dengan keadaan ABC..macam tak lengkap..tapi itu kan anugerah...

kepada adik2 kaklong, rajin2 sikit..kak long dah tak larat ni..

TAHNIAH!!!!!

kepada Encik Hafiy Hazmi, tahniah..dah besar baby awak..Huzaifah..sedap nama tu..sedap jugak nama ummi huzaifah..safura izyani..Semoga berbahagia...

kepada Arah, sepupu sy yang sedang mabuk untuk baby yg kedua..TAHNIAH..hehe..Ainul Mardiah bakal dapat adik baru..nanti kak long bg idea untuk nama next baby ni lg blh?hehe...Tahniah juga bergelar ibu muda di usia 22 tahun..suspek..hehe

kepada Manja,
Sabar, lagi berapa bulan lg nak sambut kehadiran orang baru..

kepada,
jOWEL dan faasilla, TAHNIAH..selamat melayari bahtera bahagia..susah senang bersama..Semoga kebahagian mengiringi kalian...Ameen..

kepada Alang, abang Zali, imah, kak jue,
tahniah..dah nak jd ibu dan ayah...Semoga semua selamat..

kepada semua,
selamat menyambut Aldilfitri..maaf zahir dan batin..sayunya...bertemankan ramadhan yg sudah tiba penghujungnya...moga setiap detik yg dilalui diberkatiNya..

Wednesday, September 16, 2009

perasaan yg sukar diungkapkan//////

Sy tak tahu nak ungkapkan perasaan macamana..takut ia semakin complicated...

Monday, September 14, 2009

NUR RAMADHAN

aDAKAH kita akan bertemu lagi dengan bulan penuh rahmat seribu keberkatan????

Sy terfikir, panjang lagikah umur..cukupkah amal...YA Allah, moga kekuatan dariMu terus berkekalan..menambah amal...umur kian meningkat..amal???Takut..bila terus berfikir....tapi Allah menyuruh kita berfikir..tentang mati..yang tidak kira umur, bersedia atau tidak..Moga hari-hari terakhir ramadhan ini diberi kekuatan untuk terus beramal...

bijak

Hari ini, dalam sejarah..sy telah menggunakan duit dengan banyak sekali..dengan ida..ida yg ajar..hehe..nak salahkan ida pula..sama-sama ajar..tapi takpelah..hadiah untuk diri sendiri..orang lain tak bagi, kita beli sendiri.. yang penting bekerjesama...

walau apapun

Insyaallah, sy akan beli jugak laptop..tunggu..kna ada perancangan yang bijak..aini kan bijak..

Friday, September 11, 2009

Melakar Cinta Firdausi...Muhasabah untuk diri sendri

Melakar Cinta Firdausi…membuatkan sy kembali memujuk untuk bermuhasabah diri.

Lewat ini, saya banyak menerima komen tentang novel ini dari anak-anak sy.. Tidak sangka anak-anak sy sudah menjadi peminat kepada novel pertama sy dan Aimi..sy katakan kepada mereka, ‘ sekiranya kamu bukan seorang sy sukakan bacaan berat, kamu pastinya sukar untuk menamatkan pembacaan bg novel ini..’

‘ Teacher, betul ke Jeneral Rifail tu wujud?’
‘ Teacher, kejadian dekat penjara tu buat sy menangis.’
‘Teacher, sy nak jadi seperti Aima Insyirah.’
‘Teacher, sy menangis baca novel ni.’
‘Teacher, ibu fatimah hebatkan.’
‘Teacher, si kecil Ammar sungguh bijak..ada six senses..’
‘ Teacher, jahatkan zionis. Kejam!!!’


Berbagai-bagai respon yg saya dapat. Respon dari anak-anak Aimi di Selangor yg disampaikan melalui Aimi kepada sy..respon positif sahabat-sahabat lain membuatkan sy berfikir…cukupkah amalan sy dengan apa yg sy tulis…setiap kali diri mula lalai, melakar cinta firdausi akan menjadi salah satu pemangkin untuk sy kembali memujuk diri untuk bermuhasabah..beramal seiring jihad mata pena yg dilakukan…Ya Allah…kuatkan diriku..menghadapi ujianMu…takut dan sangat takut, andai amalan ini tidak diterima akibat tingkah yg tidak diredhai…

pandangan...ada lg 1, time kasih k-ilya

Nak Tanya pandangan..

Sy nak beli laptop atau tidak???
Sy ade laptop yg 2nd hand..tapi lama sgt..susah sgt nak guna..tak boleh connect pada LCD, tak boleh connect ngan internet, imagenye dah blur..jadi disebabkan masalah ni, sy tidak menggunakan courseware untuk mengajar. Mengajar secara manual, guna marker n whiteboard sebenarnya agak letih..tambah pula bila waktu akhir..sampai bila sy nak teruskan keadaan macamni..lagipun kesian anak2 sy tak dapat nak tgk courseware untuk topic yang susah difahami..jadi, wajarkah sy gunakan duit skim cepat kaya saya(duit kutu, jgn salah faham pula dong) untuk beli laptop…huhuhu…dah lama sy impikan sebuah laptop yg baru dan tahan baterinya…sekarang kak ilya pinjamkan laptopnya setiap weekend..sebab kak ilya guna laptop suaminye…kak ilya tak nak pegang banyak2 laptop..bahaya katanya..jadi dipinjamkan pada sy setiap weekend..


Time kaseh untuk kak Ilya..

Hehe..sebenarnya, dah lama sy nak tulis pasal ni. Aritu jadi ‘hari ini dalam sejarah buat kak ilya’ yang telah berjaya nasi lemak yang sedap dengan begedil yg cute dan sedaaaap sgt.. time kasih kak ilya.sebab sudi bagi aini rasmikan jugak nasi lemak pertama akak selama hidup 24 tahun ni..dan TAHNIAH..untung suami akak..untung dini..dapat mama yang pandai masak..hehe..spegeti r2 pun sedap..aini sampai sekrang tak terbuat lagi spagetinye..resepi dah ade yg akak bg..tapi hehehe..aini yg kurang rajin…

Dan time kaseh jugak untuk akak kerana sudi pinjamkan aini laptop ni..dapatlah aini update blog aini ni..kalau nak diharapkan laptop aini..huhuhu..sampai sudahnye tak dapat internet..dan time kasih jugak untuk bangah..yg sudi bagi kak long broadband…moga bangah dapat isteri yang solehah..ameen..kak long pun, moga dapat suami yang terbaik dunia n akhirat..hehehe..siap doa untuk diri sendiri..

Wednesday, September 9, 2009

teruskan....

2 period dah lepas..ada lagi 5..Adoi...rasa lemah sgt badannya..semalam setiap jam ke tandas..sebab terlebih air dalam badan kot..malam td minum byk sgt air..kononnnya tak nak bg haus hari ni..sebabnya ada 7 masa..tpnya jd lain pula..tidur yang tidak berkualiti..tenaga macam hilang.. InsyaAllah petang ni ada tusyen dengan diana n ar-razzi..untuk sofya n tohirah, teachertak boleh nak buat lg..kita buat lepas raya ye..jgn rindu2..

4sc..
Teacher minta maaf sebab tak dapat nak teruskan hajat kalian untuk berbuka puasa bersama. sebabnya dah diberi tahu..keselamatan, faktor masa yang terhad..kebenaran..

InsyaAllah, kita buat raya nanti..

Sy skrang sedang di uji..betullah janji Allah..what u give, you get back.. tapi dulu yang sy bagi takdelah seteruk yang saya dapat ni..sungguh kecik hati ni...jd cikgu....anak-anak yang menguji...kesabaran

Sunday, September 6, 2009

BERJIMAT VS KEDEKUT = sedikit tips...

  • Tips berjimat dan menabung..

    Hmmm..kata orang makin besar periuk, maka besarlah keraknya.. Sambil menanda buku anak-anak sy, sy dan ida tidak pernah lepas dari membincangkan isu kewangan..bukan tak cukup.Tapi mcmana nak tambah..bukan tamak, tapi ada sesuatu yang nak dilaksanakan …

    Antara tips yang boleh diaplikasikan:
  • Listkan smua prkara yang wajib untuk dibayar pada setiap bulan. Antaranya, sewa rumah, takaful, keta, kutu(skim cepat kaya..hehehe..kutu macam tak sedap je bunyi), duit untuk pama.
  • settlekan bayaran itu awal2.
  • Lagi 1 asingkan sejumlah duit dan bekukan sebagai simpanan..tutup mata, anggap duit itu tak wujud..


  • kemudian rancang kewangan keluar masuk sampingan yang lain.
  • 5.Walaupun guna 10 sen, wajib tulis dalam belanjawan.
  • Untuk jimat duit makan harian, mungkin boleh buat makanan yang tahan lama tapi berkhasiat..antaranya sambal ikan bilis kering, serunding yang boleh tahan lama. Jadi kalau tak ada masa dan nak save bajet, boleh je makan makanan ni. Sedap pun sedap..tak delah asyik mengadap mee magi je hujung bulan.
  • Sayur pula boleh beli seminggu sekali dan simpan dalam peti.. make sure makan setiap hari ade sayur..kesihatan kna jaga, nanti sakit lagi tinggi kosnya dong. Kosnya tak banyak rm3 pun dah dapat byk sayurnya. Beli je borong kat pasar malam. Ni bajet untuk orang bujang lg.hehehe.
  • bahan basah seperti ikan, ayam, masuk dalam bajet jugak. Pandailah pelbagaikan menu..lebih jimat dari makan kat luar. Dapat belajar masa untuk bekalan masa depan..hehe..
  • Pastu, kalau nak jimat duit kat tempat kerja, belajarlah bangun awal pagi, buat sarapan dan bawa baki sarapan ke tempat kerja. Dah jimat..pastu spare instant drink dan nestum n biskut untuk menampung kapasiti perut..gpun, kesibukan di tempat kerja, tambah kalau sekolah, susah sgt nak ke kantin..jadi, makan apa yang ada..yang penting berkhasiat..
  • Lagi 1, sy pernah dengar, kalau kita kekeringan duit, maka hulur-hulurkanlah kepada yang memerlukan.. kalau ikut logic, makin keringlah..tapi Allahkan Maha Pemurah, beri 1 kita dapat 10..kadang-kadang kita tak boleh nak duga. Ade je rezeki Allah nak bagi. Mudah je rezeki kita.
  • Sedekah adalah amalan yang tidak putus kita terima ganjarannya andai kita di cabut nyawa kelak..Jadi…
    itu sahaja yang dapat di kongsi..kalau ada yang sudi menambah atau memberi komen, amat-amatlah diharapkan..
  • berjimat tidak bermakna kita kedekut..berjimat seadanya, jangan sampai jd kedekut.. Rezeki Allah itu luas..
  • Dan lagi satu, kalau ada kesempatan, jangan lupa solat dhuha..
  • lagi 1 zakat…ingat..
    huhuhu…nak pegi……, nak sambung master……. Moga Allah makbulkan impian Amen..

Saifullah

mENCARI ilham berlatar belakangkan suara merdu Saifullah mengalunkan kalam suci Al-Quran..Ya Allah, hebatnya dia..siang bergelut dengan panas dan hujan..terik mentari membakar tubuh, hujan mencurah membasahi tubuh..Namun keringat tidak henti dicurahkan demi mencari sesuap nasi..Kala matahari melabuhkan tirai, bibir tidak henti berirama mengalunkan kalam suci penuh keagungan..

Saifullah baru berusia 23 tahun, meninggalkan tanah air tercinta meninggalkan keluarga tersayang, untuk meneruskan perjuangan mencari sesuap nasi untuk orang tersayang.. kalau di kira, di Malaysia, usia 23 tahun apalah sangat untuk mencari rezeki apatah lagi hidup berdikari di atas kaki sendiri.. kala usia ini masih ada yang masih menanti ibu dan ayah menyuapkan nasi, menadah rezeki untuk sebuah kehidupan...Tapi jejaka yang kaya dengan budi bahasa ini lain sekali tingkahnya..

tubuhnya kecil..namun siapa sangka, kudratnya melangkau batang tubuhnya..Pergerakannya pantas..bibirnya tidak pernah lekang dari senyuman..biarpun letih bekerja di panah mentari kala tekak dimamah rasa dahaga.. Saifullah..

Sesekali, adik saya wani akan bising mulutnya..marah disebalik tabir melihat saifullah bekerja tanpa topi di kepala..bimbang, jika hujan,asid yang ada di dalam hujan itu akan menyebabkan saifullah jatuh sakit.. Wani memang menjaga kebajikan Saifullah.. Mak tidak pernah lokek menghulurkan makanan berbuka buat tubuh kecil saifullah..Ayah gembira punya pembantu yang rajin dan sentiasa menjaga solat..Saya dalam diam termotivasi melihat kehidupan Saifullah..Walaupun bidang kerjanya berbeza, tapi matlamatnya tetap sama...

' Assalamualaikum..' Itu adalah kalimah yng keluar dari bibirnya setiap kali berselisih dengan kami adik beradik..itulah Saifullah, jejaka gelap, berhati putih bersih, dari bangladesh..Selamat meneruskan perjuangan penuh berliku...Moga Allah mudahkan urusan..

KURNIA DAN JANJIMU

Kurnia dan JanjiMu

Kau ciptakan bumi sebagai hamparan
Kau bangunkan langit sebagai perlindungan
Kau hijaukan hamparan pawana nan indah
Kau suburkan dengan biji-bijian dan tanaman
Rezeki buat sekalian alam.

Sungguh,
Kau Maha Pencipta
Kau jadikan malam sebagai pakaian
Kau hiasi siang sebagai kehidupan
Kau turunkan hujan sebagai rahmat
Dari awan nan indah
Kau ciptakan penuh keunikan

Sungguh,
Kau Maha Pengasih
Kau janjikan kepada orang mukmin
Syurga nan indah kekal abadi
Kau janjikan kepada yang ingkar
Seksa neraka penuh derita
Sesungguhnya janjiMu benar belaka
Benar tanpa dusta
Tiada berganjak walau seinci…

Friday, September 4, 2009

MAAF, NOMBOR CELCOM SAYA DIBEKUKAN SEMENTARA

MOhan maaf buat sahabat-sahabat, kalau ada yang send msg, tapi msgnya sending failed..ini berhubung ada masalah di peringkat saya dan terpaksa membekukan nombor tersebut buat sementara waktu..macam ayat skema je..ok, teruskan berpuasa semua..selamat beramal..upgrade iman..

Rindu suasana puasa waktu zaman belajar dulu..tukar-tukar angin berbuka dan berterawih di merata-rata tempat..Alangkah indahnya..

SELAMAT BERPUASA

Rasanya, dah lama saya tak bercerita di sini...Selamat Menyambut Ramadhan semua.. moga Allah berkati setiap amalan kita..Saya terfikir juga, adakah akan ketemu semula dengan Ramadhan pada tahun hadapan. Ya Allah, moga diri ini masih berkesempatan bertemu dengan bulan penuh keberkatan dan rahmatmu untuk ke sekian kalinya..

Tahun ini adalah tahun pertama saya beraya sebagai seorang guru. Dan tahun lepas adalah tahun terakhir saya menerima duit raya dengan status belajar lagi....dan tahun ini juga tahun pertama saya perlu belajar memberi duit raya..dah dewasa rupanya anak EnCik Khairul dan Puan Kursiah ni..macam tak percaya..

Thursday, August 13, 2009

Jatuh tergolek

huhuhu..hari ini saya ada 7 masa..kelas saya habis pukul 240ptg. dan 240ptg saya ada meting.. Tapi kna solat dulu..maka saya dan ida masuk meting lambat sikit.. Huhuhu..tahu ape yang terjadi???

dengan kaki yang longlai dan perut yang lapar saya dan ida masuk tanpa ke bilik mesyuarat.. Ada bahan yang perlu saya ambil untuk anak-anak saya.. dalam nak ambil bahan tu tiba-tiba badan saya melayang dan landing ke peha kak liza..huhuhuhu..malu...tapi saya nak ketawa.. saya landing lama kat situ sambil ketawa dengan cikgu-cikgu kat situ. ..saya malu nak bangun..nasib baik di cover dengan meja mesyuarat yang besar tu..Saya bangun dan berlalu..

Kak Noremah simpati dengan saya yang dah tahap kronik ni..dia benarkan saya berkecuali dari mesyuarat HEM..sebab aritu saya dah ganti dia..

Kesimpulannya,
Jaga makan baik-baik..kalau tak nanti melayang lagi...

Saya cikgu yang garang rupanya

Hmmm..pagi tadi saya berangin..2B masuk lambat sangat ke makmal. ooooo..mentang-mentang cikgu praktikal baik, diaorang mula buat hal..Saya kejar pelajar yang ponteng sampai ke bangunan 3 tingkat.. Lari terus semua ke makmal yang jauh tu..Saya naik keta je ke makmal..yang penting diaorang kena sampai dulu dari saya ke makmal..kalau saya sampai, memang kna lagi.. Saya rampas buku BM yang diaorang buat kat atas.. Hmmmm..berangin sungguh.. Kak Wan, ckgu praktikal yang tengah mengandung tak larat nak marah-marah..kesian dia..biar aini marahkan..sebab anak-anak aini..

Tuesday, August 11, 2009

membaca

hidup dengan membaca..hmm..rasanya saya makin kurang membaca.. dengan kesibukan, hmmm..itu alasan yang tak munasabah..

SAYA PERLUKAN PANDANGAN

SETIAP MALAM SAYA ADA TETAMU KECIL.. YANG AKAN SAYA CURAHKAN ILMU..SAYA SENGAJA MEMILIH JALAN INI, BIARPUN LETIH..DULU ANTARA SEBAB SAYA MEMILIH JALAN DENGAN MENYIBUKKAN DIRI INI ADALAH UNTUK MENGELAKKAN RASA SUNYI.. SEKARANG SAYA SEMAKIN SIBUK..SAYA PERLU MENYIAPKAN BEBERAPA KARYA YANG TELAH DIJANJIKAN PADA PENERBIT. APABILA SAYA KELETIHAN FIZIKAL, MAKA IDEA YANG NAK DICURAHKAN JADI TERSEKAT.. BADAN SAYA TAK MAMPU.. TAPI SAYA KASIHAN PADA ANAK-ANAK KECIL SAYA YANG SUDAH GEMBIRA BELAJAR.. UNTUK MENINGGALKAN MEREKA DAN MEMBERHENTIKAN KHIDMAT TETAMU MALAM..HUHUHU

Saadah

Rindu dengar saadah ketawa...hehehe..ingat lagi kita pusing 1 klcc untuk bayar insuran umah..haha

Saturday, August 8, 2009

DUHAI TUHAN

Duhai Tuhan Yang Agung
Daku datang mengadu kepadaMu
Sakitku,
Peritku
Air mataku mengalir
Engkau belaiku penuh kasih
Bebananku, Engkau ringankan..

Duhai Tuhan Yang pengasih
Hatiku merengut-rengut suruh membenci
Namun akal yang engkau kurniakan masih sahih
Kasih jua yang kuberi
Rinduku jua yang memekar

Duhan Tuhan
Daku kesakitan tanpa luka
Daku kesakitan tanpa luka
Daku kesakitan tanpa luka

Engkau jua yang datang merawat
Makin cuba kuberdiri
Makin kuat ujian mendatang

Daku kepedihan sendiri,
Kepahitan
Bukan hempedu yang kutelan
Malah lebih pahit
Tekakku serasa ingin loya
Kutelan jua., demiMu…

Duhai Tuhan
Amarahku umpama larva yang mengalir
Akan memusnahkan bila-bila masa
Namun sabar engkau beri
Sesejuk salji memadamkan api

Duhai Tuhan
Mengapa diamku disalah erti
Apakah tiada kasih insane buatku
Duhai Tuhan
Temanilah daku, jalanku penuh sepi
Kuatkan daku dengan kasih-Mu…





Ya Allah...
Aku kembali kepadaMu.
Ampuni dosaku..
Ya Tuhanku…
Hanya Engkau yang mengerti
Kesepian yang hadir

Ya Allah
Jangan biarkan aku
Terus hanyut dalam deruan rindu
Yang tiada kesudahan

Ya Allah
Kuatkan hatiku
Rawatlah hatiku
Dengan PenawarMu
Agar ku dapat merasa nikmat ketenanganMu…..

* MELAKAR CINTA FIRDAUSI*

RINDU

Arni,

Aini tengah dengar nasyid ‘untukmu’ kump Durrani.. Aini rindu sangat kat arni..saadah..atun..tikah..aimi…kawan-kawan masa kat UM…terima kasih sebab bersama aini.. Aini sayang arni.. Arni ingat tak saat kita kena pisah masa tahun akhir..kita tak dapat duduk sekali..Arni duduk kat umah gombak..aini duduk umah saadah.. Masa tu hari-hari lastday kita sayu sangatkan.. bila kita jumpa, mudah sangat air mata masing-masing mengalir..Arni ingat tak lagi masa Aini kena kena kolej masa 2nd year tu, Arni pun ikut Aini keluar, kita pindah 11th ..kita sama-sama hidupkan JKP Motivasi dan Kaunseling kat 11th... Arni ingat tak lagi, kita sama-sama jual kerepek untuk kebajikan.. Arni ingat tak lagi bila orang cakap kita bagai langit dan bumi…belangkas…kalau aini jalan sorang, orang akan Tanya mana arni..bila arni jalan sorang, orang akan Tanya mana Aini..

Arni ingat tak lagi, macamana kita realisasikan tema COMEL,CERDIK, CERIA, untuk EMPAYAR FASILITATAOR..Arni ingat tak lagi macamana Arni pujuk Aini bila Aini bercanggah pendapat dengan Shakir.. dan sampai satu tahap Aini boleh terima cara Shakir.. Kepada Shakir n da geng, terima kasih, realisasikan impian kita untuk Empayar Fasilitator..

Arni,

Aini rindu…rindu sangat…Arni………….

Arni, Arni ingat tak lagi, saat kita nak berpisah untuk meneruskan hidup masing-masing.. Kita menangis dekat stesen terminal..kita makan-makan dekat kolam 12th sambil cerita tentang masa hadapan.. Arni ingat tak lagi bila Aini tak boleh tidur, Arni akan tepuk-tepuk Aini sampai tidur..bila Aini terjaga tengah malam, Arni temankan Aini..tepuk Aini sampai Aini tidur semula… Arni ingat tak lagi kita nangis masa dekat luar bilik pengetua..sebab aini rasa bersalah pada Arni… sebab Aini, kita kena pindah lagi…


Arni,
Arni ingat tak lagi, microteaching kita selalu dapat perhatian dalam kelas..kita suka letak background music untuk setiap presentation.. Arni ingat tak lagi, lecturer kita suka microteaching kita.. suka kita punya bum bum cak….

Arni ingat tak lagi,

Kita selalu kongsi makanan dalam satu polistrine. Arni ingat taklagi, Arni selalu temankan aini makan..sebab Aini makan sikit, tapi kerap… Arni ingat tak lagi, aini demam panas lepas jadi pembantu mahasiswa, Arni bangun tengah malam tuamkan badan Aini..Sampai Aini sembuh dengan izin Allah..

Arni,

Arni ingat tak lagi…aini selalu merajuk kalau Arni lambat..Aini akan jalan laju sampai Arni susah nak kejar.. kesian arni… Arni ingat tak lagi, kita pernah bawa haluan masing-masing dalam beberapa jam… pastu kita baik semula dalam sms…hahahaha…


Arni ingat tak lagi,
Kita langkah buah dokong yang abang slow rock bagi.. hehehe..takut dia jampi.. Arni ingat tak lagi Aney yang suka murahkan harga makanan Aini, sampai aini takut nak pegi café..hahaha..

Arni ingat tak lagi,
Aini akan mulakan dulu assignment, then Arni akan sudahkan.. kita saling melengkapi.. Arni ingat tak lagi, Aini jauh hati bila Arni ada ‘pak cik’. Aini takut ‘pak cik’ ambil Arni terus dari Aini.. Aini takut arni tak nak share dah dengan Aini suka duka hidup Arni..

Arni ingat tak lagi,
Kita lari-lari bila lambat ke kuliah..bila sampai kita tercungap-cungap.. Arni ingat tak lagi, kita bawa roti dan air untuk jimat bajet masa 2nd sem..

Arni ingat tak lagi,
kita sama-sama dapat Anugerah Dekan masa 1st sem tu. Padahal masa tu, banyak sangat dugaan yang perlu kita lalui... kita sama-sama pegang ' ALLAH TOLONG KITA'

ARNI,
SEKARANG KITA KENA BERDIKARI SPENUHNYA...ARNI..RINDU..

Saturday, August 1, 2009

2B diambil alih oleh cikgu praktikal..

anak-anak 2 B,
jangan nakal-nakal..
teacher doakan kejayaan kalian..

pertengahan oktober,
kita jumpa lagi..
tak siap homework, macam biasa dendanya..
lambat turun lab,
tetap ada hadiah...
ALHAMDULILLAH..
ALLAH selamatkan saya..

banyak kali saya terlelap dan terlalai..

memandu dalam keadaan letih... memang bahaya..tapi, kalau saya tak buat, keadaan saya akan lebih kritikal.. InsyaAllah, lepas saya perlu lebih berhati-hati.. tak boleh risaukan mak dan ayah..

saya tahu, betapa risaunya mak dan ayah apabila saya berulang alik memandu dari kuala kangsar ke selama.. tapi kerisauan saya pada kesihatan mak, memaksa saya buat apa sahaja tindakan tanpa kebenaran dan menyebabkan ramai pihak risau..jangan risaukan saya, saya akan jaga diri saya...

Ya Allah, terima kasih kerana masih memberi nyawa ini kepadaku.. kalau diikutkan logik, sudah lama saya masuk gaung gara-gara terlelap dan tersasar.. tapi Allah kejutkan saya.. Syukur..Alhamdulillah.. fizikal saya kena kuat..mental dan spritual saya juga perlu sangat kuat.. dah, jangan lembik2 lagi..

IMPIAN MAK DAN AYAH...


DAH LAMA KAK LONG IMPIKAN SAAT UNTUK SARUNGKAN JUBAH KONVO UNTUK MAK DAN AYAH..SAYANG MAK DAN AYAH..DOAKAN KAK LONG JADI ANAK YANG SOLEHAH, ISTERI YANG SOLEHAH, IBU MITHALI, HAMBA YANG TAAT PADA-NYA..PENDIDIK YANG IKHLAS..

kenangan...hanya


sekadar sejarah..mungkin dapat diulang atau tidak

dah lama tak tulis

assalamualaikum semua..

rasanya dah lama saya menyepi..

hmmm..semuanya ok.. akan terus ok..

kepada saadah,
hehehe..aini bertambah matang? InsyaAllah.. Hmm.. jom jadi macam Aima Insyirah..

kepada Aimi,
kita mula sikit-sikit ya amy.. nanti bulan disember, kita berkampung kat kl seminggu siapkan novel baru kita.. ' SEHARUM DOA BERSULAM CINTA'

kepada arni,

aini rindu..
sabar ya arni..semua ada hikmah.. pesanan untuk diri aini jugak..

kepada ida,
time kasih bersama aini..susah senang aini... kita akan buat sehabis baik..semoga impian ida nak jadi raja sehari bulan disember ini termakbul..amen..

kepada kak ilya,
time kaseh tolong aini banyak perkara.. hahaha..kita dah berangan nak buat apa tahun depan untuk baiki hari-hari yang sibuk.. chaiyok-chaiyok..

kepada kak lela dan kak lily,
time kaseh tolong aini, dengan citer aini yang tak matanbg ni.hehehe

kepada maya,
best kampung maya..

kepada anak-anak 4sn,
jangan berada di zon selesa..

kepada encik Faiz,
terima kasih tolong saya..

kepada atikah,
nak nangis, ajak aini sama...jangan tanggung sorang2

Thursday, July 9, 2009

no titile

Menerima ...menolak...entahlah...

Sunday, June 28, 2009

Tuesday, June 23, 2009

Sy baru habis kelas tambahan dengan 2RK.. satu kepuasan dapat mengajar...walaupun badanni sangat letih.. saja nak mengadu dekat sini.. letih sangat... sekarang saya ambil teh herba pegaga yang HPA punya product.. oklah.. dengan izin Allah.. herba yang bagi cantik, slim, kuat n sihat..hahaha..perasan cantik... kak Lela tanya air ape, saya cakap air bagi cantik n slim..hehehe...


entahlah..letih...tiap-tiap hari balik lambat... tak baik ngadu gini..tapi nak ngadu jugak... huhuhuhuhuihuihu

haha..tension..

Hati saya tidak tenang.kalau ikut perasaan nak je saya menangis puas-puas. Tapi rasa hati dah kebal.. nangispun bukan selesai masalah. Tambah duduk sorang macamni. Saya teringat balik nak jadi superwoman. Sekarang ni saya sibukkan diri saya. Supaya tidak memikirkan masalah hati yang remeh ni. Kalau difikirkan sangat memang terasa sakit sangat hatinya. Baik tak payah fikir.

Sekarang saya sibukkan diri dengan tulis banyak artikel. Alhamdulillah artikel dan cerpen saya keluar pada bulan ni(june) untuk Dunia Sains- hargailah udara, dan Kisah bulan ini- Buna, Bab, bib..Syukur.. Sebahagian duit honarium artikel ni, saya gunakan untuk beli ubat batu karang ayah. Ayah kena batu karang. Ayah sepatutnya kna laser untuk hancurkan batu yang ada dalam buah pinggang ayah. Tapi ayah tak nak. Ayah takut. Saya cakap dekat ayah ‘ Dulu, kak long kena bedah, ayah cakap kak long kuat, kak long boleh, kak long akan selamat.. Tapi sekarang kenapa ayah takut…’ Sebenarnya saya tahu, ayah bukan takut…tapi ada perkara lain yang ayah fikir… ayah mana boleh duduk senyap lama-lama…Dalam sakit-sakit pun ayah nak buat kerja…Dalam sakit-sakitpun ayah akan ambil berat kisah hidup kak Long.. Ayah nak serap semua tekanan yang kak long alami.. Kak long sayang ayah..kak long sayang mak..mak, ayah, terima kasih sebab bagi kak long buat keputusan lagi.. Tapi kak long takut tersalah buat keputusan…..

Kak long tak nak ayah serap tekanan kak long..biar kak long serapkan tekanan ni dekat blog ni… kak long pun tak nak simpan.. LEpas buka sekolah ni, saya saja padatkan jadual.. Setiap malam sy buka kelas tusyen..sekolah pulak sampai pukul 4:30 dan adakalanya lebih dari 5 petang kecuali Isnin..Selasa-contact time dan kelas tambahan untuk kelas 2RK, Rabu-koko, khamis kelas tambahan 3PD, Jumaat-kelas EMS sampai pukul 5 ptg..pastu cabut balik rumah kalau tak ada program..

Bila jadual dah padat, tak adalah penyakit kesunyian saya datang..sehinggakan saya teringatkan sesuatu yang tak patut diingat…Naikkkan motivasi diri AINI!!!!

Dan sekarang saya tambah shift sampai ke malam.. ada parent hantar student ke rumah untuk tusyen..Saya kan nak jadi suprwoman..mesti boleh buat.. Yang penting jaga kesihatan, makan n tidur yang kualiti walaupun sekejap….Jadi cuti ni saya kna siapkan semua JSU, SOALAN UJIAN SELARAS, HEADCOUNT, KERJA-KERJA PENGURUSAN YANG TELAH DI LISTKAN..

Saya perasan satu tabiat saya..saya suka buat kerja pagi-pagi sebelum pegi sekolah… kalau boleh semua nak buat masa tu..rasa berkualiti sangat masa tu.. Tapi bila sampai sekolah, bila pagi-pagi menghadap winjaws untuk buat relief, saya jadi tension..tension dengan cikgu yang dtg lambat dan melambatkan jadual relief dikeluarkan..atau ade je masalah yang timbul dengan jadual relief..huhu..tak baik betul mulut ni marah-marah cikgu yang datang lambat..diaorang tu ade anak cik aini..kamu tu single lagi, bolehlah awal..huhuhu..

Saya kagum dengan kak Ilya. Kak Ilya macam superwoman.. Semua kerja dia tau..walaupun bru setahun..hebat akak!! Aini suspek..hehehe..Kak Ilya banyak tolong saya…Akak, aritu lupa bayar kek batik..nanti aini bayar ye..hehe..kalau lambat, biar meor yang bayarkan..hehe..suka alamat blog akak ‘ ceritaombakbaik’…betul cakap akak, mane ade ombak jahat..ombak mesti jadi baik…

Novel terbaru ‘ seharum doa bersulam cinta.” Masih dalam plot…pihak penerbit dah luluskan. Tp saya dan aimi masih lagi blur-blur…sebab kami jauh..klau dekat macam belajar dulu, mesti cepat je ideanya disatukan..sekarang ideanya jadi bercabang-cabang..

‘MELAKAR CINTA FIRDAUSI’ sedang dipromosikan.. dapatkan novel kami…sekarang dah ada di pasaran..Bersama kita melakar cinta firdausi… bukan bercinta dengan firdaus.. haha..

Sambung buat artikel lagi… rasa puas mengadu dekat sini…Aini kuat..dah tak nangis lagi@!!!! Tapi kan sebenarnya, lepas nangis, rasa lega sikit..baru boleh berfikir dengan waras.. betul tak wahai kaum wanita???? Kaum yang berjiwa halus…nangis dalam hati lagi sakit sebenarnya…uwaaaaaaaaaa….

Tuesday, June 9, 2009

KAK ILYA, TIME KSAIH BANYAK2

Akak, akak tahu, aini sebenarnya kagum dengan kije akak..cepat dan tepat.. dahlah ada Dini yang cute. ingat, biar Dini maintain chubby sampaiumur 5 tahun.. untung akak ade anak awal/...huhu..time kasih atas gambar tu..hahaha..nampak tembam..

Bagaimana saya jadi- PENULIS SIRI 1)

Seandai masa dapat diputar kembali, ingin sekali saya menginjak ke alam kanak-kanak. Teringat lagi sewaktu alam kanak-kanak, saya sangat gemar mengarang sajak. Namun di sebabkan berada di kawasan pekan kecil yang kurang pendedahan berkenaan majalah yang sudi mengeluarkan sajak atau hasil karya seorang kanak-kanak, saya hanya menyimpannya sebagai koleksi peribadi. Kadangkala saya tunjukkan pada rakan-rakan yang sudi melihat ilham saya. Setiap kali guru kelas saya bertanya tentang cita-cita saya untuk diisikan dalam buku rekod pelajar, saya akan nyatakan saya ingin menjadi seorang penulis dan pelukis. Namun apabila pulang ke rumah, saya di doktrinkan oleh ayah untuk mengejar impian menjadi seorang doctor. Doktor sakit puan katanya. Saban hari di sogokkan tentang doctor sakit puan membuatkan saya menukar pilihan apabila melangkah ke darjah 4. Maklumlah, apabila melangkah ke darjah 4 saya sudah didedahkan dengan pelajaran Sains. Saya cuba menyemai minat untuk mengejar impian ayah melihat anak sulongnya bergelar seorang doctor. Namun, dalam pilihan saya masih ada lagi niat untuk menjadi seorang penulis.

Minat saya dalam bidang penulisan makin bertambah apabila guru bahasa melayu saya, Cikgu Sofian rajin memberi karangan sebagai kerja rumah. Setiap hari kami akan mendapat 2 karangan sehari untuk disiapkan dan dihantar keesokkan harinya. Kalau cuti 2 hari iaitu sabtu dan ahad Cikgu Sofian akan membekalkan kami 7 karangan untuk disiapkan. pernah kami dihadiahkan sebanyak 26 karangan apbila cuti semester tiba. Ada yang merungut. Namun, Saya sangat gembira dengan kerja sekolah yang diberikan. Hasil simpanan duit belanja harian saya gunakan untuk membeli kertas kajang. Cikgu sofian mengajar kami untuk mengumpulkan hasil karangan kami di dalam satu fail. Saya semakin teruja melihat himpunan karngan yang dihasilkan. Setiap hari ternanti-nanti

Melangkah ke menara gading saya banyakk laburkan duit pinjaman saya dengan membeli majalah Dewan Sastera, Dewan Siswa, Dewan Kosmik, Millenia, Dewan Masyarakat,Anis dan Aniqah dan beberapa majalah Nur. Apabila tiba pesta buku saya tidak boleh duduk diam. Pekan buku menjadi tempat paling istimewa buat saya.Setiap kali hujung bulan, langkah saya panjang ke pekan buku. Ingin dapatkan kesemua majalah yang menjadi bakal menjadi koleksi dalam simpanan saya.

Tempat yang paling saya gemari semasa menuntut di Universiti Malaya adalah Pekan Buku dan Perpustakaan. Setiap kali melewati Kompleks Perdana Siswa saya tidak akan melepaskan peluang untuk ke Pekan Buku. kadangkala saya tidak sedar hamper beberapa jam masa saya menghabiskan masa disana kerana membelek buku-buku yang digemari. malahan pernah samapai 2 kali saya berlari ke mesin atm untuk mengeluarkan duit gara-gara tidak tahan untuk menjadikan buku yang dibelek itu menjadi milik saya. Alangkah indahnya hidup dengan buku.
Minat saya terhadap penulisan akhirnya dapat saya luahkan apabila saya menghadiri bengkel penulisan bersama Encik Fauzun Pengurus PTS. Millenia. Masih segar lagi diingatan saya Encik Fauzun atau saya lebih senang memanggilnya Ustaz meminta peserta bengkel mengemukankan buku impian yang ingin diterbitkan.

hehehe..ade sambungannya nanti..tunggu

Citer dlu..h3ehe

Alhamdulillah.. Syukur kepada Allah saya panjatkan. Baru-baru ini saya perlu menghadiri latihan dalam perkhidmatan di PPD Kuala Kangsar.. Mewakili guru kanan yang menjadi hakim untuk Karnival Sains.. Dengan berbekalkan Laptop dan ilmu yang masih perlu ditambah saya melangkah ke PPD.. Huh.. Semua yang hadir adalah Guru-Guru kanan.. Hehehe.. saya je guru kecik dan COMEL... Macam biasa buat muka confident dengan memasang niat untuk belajar…

Sebelum samapi ke PPD, saya singgah di Cliifford untuk hantar Kak Liza ( Guru Kanan sek saya) sampai di Clifford, kak Liza kenalkan saya dengan Puan Alimah(Guru Kanan Sains Clifford)..Kak Alimah ajar saya sesuatu..nanti saya cerita ae..

KAk Alimah ke PPD bersama saya dan hubby 2021 kesayangan saya. Sampai di PPD kami disambut dengan hujan rahmat.. Alhamdulillah sempat sampai awal, kalau tak kuyup jugak sebenarnya..Parking jauh..

Sesi kali ini diisi dengan mengisi maklumat untuk program 60:40.. sasaran sekolah 60% aliran Sains dan 40% aliran Sastera..tapi sekolah saya jadi sebaliknya..40:60..tupun ada pelajar yang susah nak serap..Hmmm..sebenarnya kan pada pandangan personal saya, aliran apa-apa pun sebenarnya boleh berjaya. Yang penting minat…Kalau pelajar tak minat, susah nanti..bukan sekadar susah nak kejar subjek, malahan bila tertinggal mereka akan mula membuat onar dan masalah..anak-anak…memang sukar untuk diteroka….dikaji..menjadi empati…

Mula-mula laptop saya ada masalah.. Program yang di install tu 2003 punya..laptop yang diberikan pada saya program 2007…jadi tak boleh baca..nasib baiklah ada sorang cikgu ni baik hati tolong.. Terima kasih ya Encik….huhu..saya tak tau namanya..Sekolah manapun dah lupa…

Then, masalah muncul lagi bila nak masuk data.. Sekolah saya tak boleh gabung..itu yang dikatakan …saya jadi geram..seronok je tengok guru-guru kanan ni dok masuk data..ada yang mcam saya jugak..huhu..Then, tiba-tiba tangan ni gatal nak explore..hah.saya pandai..saya dah dapat..hehe..kak Alimah pun seronok..tengak adik dia pandai..haha.. tiba-tiba baik ngan cikgu2 senior..sekolah lain pulak tu..

Kak Alimah ni lain..dia ni tabah saya nampak..tangan dia pernah kena minyak masa buat eksperimen kak makmal.. Tangan kanannya teruk cedera.. Tapi saya nampak keikhlasan dia. dia selalu pikir macamana nak bagi pelajarnya jadi manusia.. cara dia bercerita, lain..saya boleh rasa.. Akak, Aini pun nak jadi macam akak..Doakan aini jadi orang yang ikhlas.. Tak bising2… Setiap pagi Aini selalu nekad tak nak sebut perkataan LETIH.. tapi selalu gagal…

Tuesday, May 26, 2009

Kije banyak, tapi nak bercerita

Hmmmmm...kita tak tahukan apa yang akan berlaku di masa kan datang...kita hanya mampu berdoa...moga Allah mudahkan segalanya...Kepada sesiapa yang terluka..., jika saya yang menghadirkan luka itu, saya minta maaf...maaf sangat-sangat...

Doa

Semoga ayah sihat..doakan ayah..sayang ayah..sayang mak..sayang semua....

Sandwich...macam2...

Sandwich untuk anak-anak 4 Sc..
Seronok tengok anak2 mengunyah sandwich buatan saya. Semangat makannye..bukan sebab sedap kot..mungkin sebab lapar kot, selepas saya suruh diaorang sedut semua ilmu pagi tu..kelas tambahan dari kol 8pg sampai 12 tgh..manalah tak tepu sedut ilmu kimia..
Untuk bagi tak bosan, saya buat secara tak formal..boleh makan, boleh sembang2, boleh jalan2…..maka macam2 lawak yang keluar..memang tak jadi marah dibuatnya… Saya sebenarnya rasa tak puas dengan anak2 saya ni…saya guru kelas, tapi masa sangat terhad bersama mereka… setiap pagi, kna buatkan relief di pejabat…saya tak dapat bersama mereka setiap pagi masa perhimpunan pagi seperti dilakukan oleh guru-guru kelas lain.. saya teringin nak lihat mereka, bagi kata-kata semangat diawal pagi….tnya sakit pening mereka…saya tau anak-anak saya manja… dan pernah beberapa kali saya curi pergi melihat mereka, mereka kelihatan seronok…ada orang ambil berat….
Amirul selalu cakap;
‘ Ma, nape selalu amer tengok ma selalu lari-lari pegi pejabat dengan cikgu Zuraidah..tak datang tgk kitaorang…ma, sibuk ke?’
‘ Huhu…amer, insyaAllah mama akan cuba yang terbaik untuk tengok anak2 mama nanti….maafkan mama..tanggungjawabnya bercampur aduk..’
Sekarang..setiap kali ada peluang bersama mereka, saya tak akan lepaskan peluang itu… biar sekejap, tapi berkualiti….
2B yang makin nakal…
Hmmm..bertambah nakal anak2 2B saya ni..banyak kali jugaklah saya mengamuk…tapi kadang2 mengamuknya separuh jalan..mereka pandai ambil hati saya..ada je lawak yang keluar..dan saya tak mampu tahan ketawa…. Beralaskan tudung, saya akan ketawa agar tidak dapat dikesan…tapi, anak2 zaman sekarang terlebih bijaknya, dapat trace jugak cikgunya ketawa….hehehe…pandai ae…
Buat anak-anak semua,
Good Luck…buat yang terbaik…teacher doakan semua dapat yang terbaik….ingat, jangan hantar kertas kosong…kalau tak faham sangat, tulislah ape yang ade kat otak tu…teacher akan cari jugak jawapannye..huhu..anak-anaknye yang nak pekse, cikgunye pulak yang risau..huhuhu…
Semalam anak-anak saya dari 4rjp exam paper science.. saya yang jaga last period tu. Huh..baru saja kaki melangkah masuk, semua dah panggil2 duduk sebelah tengokkan jawapannye…syukur alhamdulillah, kebanyakan cuba menjawab..walaupun ada istilah bi yang tak faham…saya nampak usaha mereka untuk periksa kali ni…teacher doakan kalian.. pasni abis exam b4 cuti, teacher ade hadiah untuk anak2 teacher supaya lagi pandai..hehehe.. ‘cuti-cuti belajar’…..buku tu jangan tutup je cuti nanti…
2C yang buat saya sesak nafas..
Huhu…anak2 yang baik, bijak, handsome, cantik (semua ni doa), tolong teacher….letih bangat layan karenah kalian…ibarat habis tenaga kalau masuk kelas kalian..tapi saya terharu apabila mereka sentiasa ingat ayat pesanan saya..’ saya nak kamu pandai..’
Diaorang akan selalu cakap .. ‘ kami nak pandai, teacher..’ atau bila mereka boleh jawab mereka akan cakap, ‘ teacher, saya pandaikan.’ Ya, kamu pandai..saya selalu doakan kamu pandai, jd anak yang baik…
Memang ade yang nakal, tak matang lagi, asyik nak mengusik, sampaikan saya menggunakan kuasa rotan ..….huhu..pas test kat student, test kat tapak tangan sendiri pulak…huhu..sakit jugak…jangan nakal lagi tau.!!
2RK…
Pelajar perempuan yang makin manja, tapi menurut kata…semuanya nak duduk depan, abis tu sape yang nak duduk belakang..so, saya buat giliran kumpulan2 untuk duduk depan…
Pelajar lelaki yang nakal, tapi serius bila saya serius..kadang2 letih jugak lawan cakap dengan anak2 yang bijak pandai ni..layan jelah..jangan bantutkan komunikasi mereka…huhu.................

HAri guru dalam sejarah

22 Mei-sek saya baru sambut ari guru...

Guru pAlinG POpULar!!!!!
Haha..saya tak tahu nak cakap ape.. macamanelah anak2 saya ni mengundi..sampai cikgu paling COMEY berGelar CIkgu paling PoPuLAr..macam kelakar je..malu pun ada masa naik pentas tadi…huhu…nasib baik boleh control comey lagi tadi… so, lepas ni kna tukar stail jadi cikgu popular pulak lah..haha…Miss Aini!!!Pada anak-anak raja muda muda musa, terima kasih …….arigato….tapi tahun depan, cikgu tak nak dah title ni..malu dong….
Hmmm..sekolah saya ni special sikit…sekolah lain dah abis sambut ari guru, tapi sekolah saya baru sambut ari ni..sambut sekali dengan PERSARAAN TN HJ WAN MET… walaupun pendek tapi cukup bermakna…walaupun tak dapat main2 dan bersukaneka macam sekolah lain, takpelah…asalkan ada kepuasan…
Pagi tadi lepas baca Yasin, Tuan Hj wan Met diberi kesempatan untuk beri ucapan…satu kelainan pada ucapannya…ayat yang masih terngiang di telinga saya ‘ matlamat kita bukan sekadar untuk mengejar kekayaan di dunia, tetapi untuk mencapai syurga Allah..’ Layakkah saya??? Ya Allah, semoga setiap langkah dan niat tidak tersasar dari redhaMu Ya Allah…Saya kagum dengan Hj Wan Met…disaat akhir berbakti di sekolah, dia masih tidak putus2 menyampaikan sesuatu yang selalu orang lupa…termasuk saya…Kalau ikut logic, selalunya orang nak bersara, ucapannnya mestilah lebih kepada pengalaman sepanjang di sekolah, ucapan terima kasih, dan sebagainya…tapi Tuan HJ Wan Met sempat menyelitkan banyak input yang menyentuh kalbu………..tazkirah, peringatan….Untuk Pengetahuan semua, HJ Wan Met, adalah guru bahasa Melayu…dan pertama kali saya melangkah ke SMK RAJA MUDA Musa, saya memanggilnya ustaz…Ops..salah title rupanya…Dia tersenyum bila saya panggil dia Ustaz…Hehe..
Semoga HJ WAN MET diberi kekuatan untuk meneruskan hasratnya untuk menjadi Pendakwah Sepenuh masa…kami semua doakan….
…..
Buat semua anak-anak, terima kasih untuk ucapan dan hadiah kalian…….
Untuk rose yang berwarna warni ni…hmmmm..cantik…cantik sangat…ingat rose yang dapat masa convo dlu…tadi k.ilya sempat ambil gambar saya dengan rose-rose berbagai warna yang cantik ni….hehe, time kasih akak, aini nak gambar tu nanti….time kasih anak-anak teacher yang berjiwa halus…teacher akan keringkan dan simpan baik2…..hehe
Untuk table lamp pink yang cute ni…anati n aizudin, thanks..teacher seronok tengok perubahan aizudin selepas ujian selaras…Anati, teruskan bantu rakan2 ya…Ingat lagi pesanan teacher, ilmu yang disebar-sebarkan adalah bekalan kita di akhirat kelak…
Jessica n kalaiwani thanks so much…memang satu hati betul kamu berdua ni..hadiah yang sama saya dapat…I love it my dear..
Buat pasangan kembar, Reen and Leen yang comey sangat….I love your chubby, cute bear…saya suka sangat….lepas ni ade teman tidur..hehe…time kasih untuk bear yang chubby and cute tu..teacher suka sangat..buat teman tidur..dahlah bear t gemoookkk, sedap peluk..pasni ni teacher mc, maknenya terlajak tidur dengan bear pasangan kembar…hehe..Saya pun nak anak kembar..tau tak, masa bicara akademik dengan ibu bapa pelajar kelas saya, ibu kepada pasangan kembar mengadu kepada saya;
‘ Cikgu, akak ni sayang semua anak akak. Ada 3 orang ja anaknya..semuanya sayang sangat.akak tak bezakan pun kasih sayang akak pada anak-anak akak. Tapi tulah, kadangakala ada yang terasa..’
Tiba-tiba jawapan saya spontan begini ‘ Hmm.saya faham.betul tu, kita memang tak bezakan. Sayang semuanya.anak sape yang tak sayang…tapi mesti ada yang terasa lagi..’ Kemudia terdetik dekat hati saya, aku ni cakap lebih2, macam dah ada anak je…hehe..
Sekarang mama kembar selalu berhubung dengan saya untuk mengetahui perkembangan kembar.. dan saya pernah beritahu mama kembar, saya pun teringin nak kembar macam akak..huhu..akak doakan saya ya..kembar 4…
Ira dan zira, nanti teacher letakkan hadiah kalian dalam almari ya..teacher pun suka purple..
Anisah peminat novel ae? Hmmm..hati ini milik siapa,?? Hebat citarasa anak teacher ni..nanti teacher baca ya novel ni…menarik..
Anak-anak 4 sc, time kasih untuk kad yang comel dan kreatif ni..teacher tampal kat bilik tidur..sebelum tidur boleh tengok, ambik semangat..hehehe…Kamu semua memang kreatif, bijak walaupun kadang-kadang nakal…haha
Ada anak-anak yang datang pada saya, peluk saya dan cakap hadiah saya ialah saya sayang teacher…Ooooohhh..terharunya saya..teacher sayang kalian…moga jadi anak-anak yang baik..ameen….bila seorang dah peluk, berderetlah yang datangnya…hmmm..manja anak-anaknye…
Time kasih semua…tau tak, sebenarnya hadiah yang paling bermakna untuk teacher bila tengok anak-anak teacher jadi manusia…jadi manusia yang ada ‘sesuatu’…hidup untuk memberi….
Baru saya faham kepuasan seorang guru…Guru Pembina Negara Bangsa… kalau di kilang kita hasilkan barang…tapi tugas guru, satu amanah yang berat…we produce human….samada jadi manusia atau jadi sebaliknya…setiap tingkah jadi perhatian..setiap tutur kata jadi ikutan…kalau jumpa di pasar, supermarket, kampung2, di mana-mana pun, panggilan keramat cikgu itu tidak pernah dilupakan…sampaikan sape datang umah, berapa keta depan rumah, pukul berapa cikgu keluar dan balik rumah, semuanya diperhatikan…kaki melangkah sahaja keluar rumah, banyak mata memandang…teringat kata-kata, guru sebagai role model biarpun dimana-mana dan bila-bila masa…..beratnya amanah…..

tanggungjawab bersama

Tanggungjawab bersama (^_*)
Hmmm…saya baru belajar tentang teori tanggungjawab bersama yang bakal diaplikasikan (INSYaAllah)…dialognya begini(diambil dari petikan 'drama') haha mcm betul lah sangat:
‘ awak akan jaga saya kan nanti…terima kasih kerana sanggup pikul tanggungjawab ni..’
Jawapan yang diterima;
‘ kita sama-sama jaga diri antara satu sama lain..kita pikul tanggungjawab ni bersama…hidup bersama…’
Hmmm..betul tu..hati saya mengiakan …. kita tidak boleh hanya hidup menerima…tapi memberi dan menerima seadanya…hidup untuk memberi….itu saya masih ingat… dan kadangkala terlupa…hanya bersedia untuk menerima tanpa memikirkan utk memberi..ish2 cegu comey ni…
‘Ya Allah, semoga ini yang terbaik, setelah dugaan demi dugaan yang Kau berikan..moga ikatan hati ini kuat berlandaskan keredhaanMU….’ Doakan saya………………

Friday, May 22, 2009

huhu..pendrive ni nape tak boleh detect..sedih betull..saya banyak benda nak citer

Thursday, May 7, 2009

alhamdulillah--selesai

Alhamdulillah...
selesai..setiap kali temuduga saya akan dapat ayat2 yang sangat unik dari si penemuduga..
1st temuduga untuk penempatan,
' kalau saya hantar kamu ke sabah atau sarawak, boleh pergi? '' dari sudut saya, saya memang teringin nak pegi sana..banyak pengalaman..seronok..tapi, dari satu sudut, mak saya memang kalau boleh tak nak saya pergi...'' sekarang saya nak tanya betul2.. ibu atau kerjaya?'
saya jawab..
'ibu' saya disoal lagi,
' ibu atau kerjaya?'
' ibu'
ibu atau kerjaya?
saya tetap jawab 'ibu'
dan Tuan Penemuduga tersenyum..'pilihan yang tepat.. Rasullullah pun suruh utamakan ibu.'haaaaa...lega saya..
dan sebelum saya keluar dari bilik temuduga.
tuan haji penemuduga pesan sesuatu yang berguna kepada saya.
' jadi ibu yang baik...' dan pastinya saya akan ingat sampai bila2..
hari ni,
dialognya begini..''' saya nak kamu sambung belajar, buat master, phd, dan jadi cikgu cemerlang dengan title doktor.. saya doakan kamu...' Dato' penemuduga berulang kali cakap ' saya doakan kamu, saya seronok berjumpa dengan kamu' Ya Allah, tiba-tiba rasa berat tanggungjawab...jadi semangat nak mendidik...anak-anak saya...di sekolah...

Saturday, May 2, 2009

CARA HIDUP ISLAM

CARA HIDUP ISLAM ATASI GANGGUAN MENTAL- Artikel saya di Millenia keluaran Mei 09

Kajian menunjukkan kira-kira 3 juta daripada 26 juta penduduk negara ini disahkan mengalami penyakit mental dengan 20% daripadanya terdiri daripada remaja dibawah 16 tahun. Lebih merunsingkan lagi apabila mendapati bahawa penyakit mental yang merangkumi 4 masalah utama iaitu kemurungan, keresahan, insomnia dan bunuh diri ini mendapat tempat kedua selepas penyakit jantung koronari menjelang tahun 2020.

Dalam mengecapi arus kemodenan dan taraf hidup yang semakin meningkat, banyak tekanan yang dialami oleh setiap individu. Sebenarnya banyak faktor penyumbang kepada penyakit mental ini. Antaranya faktor tahap akademik, kekangan kewangan, kurang keyakinan diri dalam berdepan dengan masalah dan cabaran, dihantui masa lampau yang negatif, bebanan kerja, fobia, penyakit keturunan dan sebagainya yang melibatkan stress berpanjangan dan seterusnya menjadi penyumbang kepada penyakit mental yang memudaratkan diri jika tidak ditangani dengan segera.


Biasanya pesakit akan menyendiri dan lebih suka menyembunyikan masalah. Biarpun masalah peribadi yang kecil namun apabila dipendam dalam tempoh masa yang panjang maka ia secara tidak langsung akan menyumbang keresahan kepada pesakit. Lama kelamaan, perasaan yang dipendam itu mula memakan diri sendiri tanpa di sedari. Malahan segala aktiviti terganggu dan menjejaskan kualiti sebuah kehidupan yang harmoni.

Banyak kes tanpa disedari menjadi faktor kepada penyumbang penyakit mental. Si anak di sogokkan untuk lulus dengan cemerlang tanpa melihat kapasiti dan minat anak tersebut. Tambahan pula kurang penerapan rohani sehingga hala tuju anak hanya sekadar untuk mencapai pencapaian yang terbaik dalam peperiksaan dan beroleh kerjaya yang bergaji tinggi. Tapi apabila si anak gagal beroleh apa yang diimpikan bukan sahaja ibubapa yang kecewa, tetapi memberikan kesan psikologi yang negative kepada si anak. Ada di antara kita melihat seseorang induvidu itu berjaya tapi mengalami masalah mental dan tidak dapat meneruskan hidupnya seperti manusia biasa. Salah satu faktor penyumbangnya adalah tekanan sekeliling tanpa penerapan nilai agama tentang adanya hari kematian.

Penyakit mental adalah melibatkan masalah jiwa dan hati serta perasaan. Setiap penyakit pastinya mempunyai ubatnya. Itu janji Tuhan kepada hambaNya. Begitu juga dengan penyakit mental. Salah satu ubatnya adalah cara hidup Islam. Islam bukan sekadar agama, tapi Islam adalah satu cara hidup dari A sampai Z. Islam adalah cara hidup dari sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara. Dari kita bangun di awal pagi sampailah kita menutup mata kembali. Semuanya indah kalau dihiasi dengan cara hidup Islam.

Memetik kata-kata Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni dari buku bestseller beliau Jangan Bersedih, La Tahzan, Don’t Be Sad :

Jangan bersedih! Sesungguhnya rasa sedih dan gundah adalah akar penyakit jiwa, sumber penyakit saraf, penghancur jiwa dan penyebarkeraguan dan kebingungan.

Jangan bersedih! Sesungguhnya kita ada Al-Quran, ada doa, ada solat, ada sedekah, ada perbuatan baik dan ada amalan yang memberi manfaat.

Bangkitlah dari resah, gelisah, sedih dan murung. Jangan difikirkan masalah yang menimpa tapi sahutlah ia sebagai cabaran. Bersolatlah..berdoalah..merayulah kepada Allah..Dia Maha Mendengar rintihan hambaNya yang ikhlas..buatlah amal kebaikan..tinggalkan maksiat..pasti kita beroleh ketenangan dan bebas dari gangguan yang menyesakkan jiwa.

Bagi induvidu yang berhadapan dengan pesakit mental, jangan diabaikan mereka. Jangan sisihkan mereka dari hidup kita. Mereka juga punya hak untuk hidup bahagia dan normal seperti kita. Berilah mereka sokongan, terapkan nilai Islam dalam cara hidup mereka, jangan biarkan mereka sendirian melayan kemurungan yang menimpa. Mereka sedang mengalami bebanan masalah jiwa. mereka perlukan sokongan yang kuat dari orang sekeliling terutamanya dari orang yang mereka sayangi.

Bawalah mereka berjumpa kaunselor dan pakar psikatri. Jangan berputus asa untuk membantu mereka pulih seperti sediakanla. Tuhan tidak suka pada induvidu yang mudah berputus asa. Berusahalah, berdoalah, dan terus beramal dengan cara hidup Islam.
Ingatkan mereka dengan janji-janji Allah dalam Al-Quran. bacakan kepada mereka ayat-yata suci Al-Quran. Sesungguhnya ia adalah kalam Tuhan yang sangat mendamaikan jiwa yang sedang kacau. Hiasilah hari-hari yang dilalui dengan alunan zikir yang mententeramkan jiwa. Ingat kata-kata Allah dalam Kitab SuciNya:

“ Berdoalah kepadaKu nescaya akan Aku perkenankan bagimu…” – ( Al-Mukmin:60)

“ Maka sembahlah Allah s.w.t dengan memurnikan ibadah kepaNya..” –( Al-Mukmin:14)

Kadangkala pesakit mental bertindak diluar kawal dan sukar untuk di tangani. Bersabarlah dalam menghadapi mereka. Itu bukan dari kehendak dan naluri normal mereka. Ingat kegembiraan yang di bawa oleh Allah dalam surah Az-Zumar ayat 10:

“ ….Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas..”

Bebaskan diri dari belenggu penyakit jiwa. Berpegang teguhlah kepada ajaran Islam. Hidup di dunia hanya satu persinggahan. Jangan biarkan persinggahan itu menjadi medan derita dalam sebuah kehidupan. Bersihkan jiwa dengan penawar dari Islam. Cara hidup Islam pastinya menjaminkan ketenangan berpanjangan dunia dan akhirat. Carilah bahagia dengan Islam, pastinya kita tidak akan kecewa..Saat diri di ambang kecewa, resah dan gelisah, ingatlah kembali tentang hari kematian. Setiap yang hidup pastinya akan mati. Kematian itu adalah satu kepastian. Hidup di dunia ini bukan suatu kesudahan dan akhir sebuah kehidupan. Tapi kita ada satu matlamat yang lebih utama hidup di dunia sebagai bekalan menyelamatkan kita di akhirat kelak. Hiasi diri dengan iman dan Islam. Pasti bahagia menanti walaupun banyak cabaran yang perlu di tempuhi...Selamat menempuh sebuah kehidupan dengan ketenangan dari sinar Islam.



- Penulis adalah mantan Exco Kebajikan PMIUM 07/08, Universiti Malaya
- Sekarang sedang bertugas sebagai pendidik di SMK Raja Muda Musa, Kuala Kangsar.

HMMMM

Saya tak turun KL..tak jadi..novel lagi 2 minggu publish..pencetak ada masalah..takpa..ada hikmah..

sebenarnya banayak nak kongsi..tapi pendrive tak boleh detect pulak..so tak dapat post artikel yang best2..huhuhu... Artikel saya keluar kat Millenia bulan Mei..pasal sakit mental..

Saadah cakap.

' Aini tension2 pun dapat hasilkan artikel..'

Saya jawab ' Sebab tensionlah terhasilnya artikel sakit mental...' Cara Hidup Islam atasi gangguan Mental..'

Kuatkan semangat Aini...

Wednesday, April 15, 2009

Arni, Aimi, Atikah, Saadah, Atun...

Aini rindu...arni...huhuhu

kawan2 saya

jom jadi gembira..dah aini..jangan sedih2...kat kuala kan ramai kawan yang baik2.

Ida- saya akan kehulu dan hilir dengan dia. mak ida pun dah jadi mak saya.. hahaha..kak lela n kak lily, kat makmal, ingat kami kawan baik dari u. rupanya bru kenal masa posting.hehe.

Maya- kitaorang selalu meluah perasaan...masalah...ngan ida..

Nani- jarang bersama..sebab nani bidang kerjanya jarang sama dengan saya.. tapi saya pernah temankan nani kat umah masa pama dia pg indon..sesuatu saya belajar, nani seorang yang kemas...

Meor- time kasih tolong ajarkan isi angin tayar. hahaha..gelakkan saya sebab tak tau isi angin tayar.takpe..saya dapat belajar benda bru.. time kasih jugak untuk bengkang, sarapan n pen yang best tu..jom kita buat tshirt untuk team cikgu bujang..hehe

Azimah- adik akak yang dah nak abis praktikal..don't go!!

Natasha- huhu..don't go..jadilah gstt kat cni b4 posting.

Fahmi- hehe.. rajin trun taiping.. pegi umah mak mentua ae.. nanti pas praktikal minta guru ganti kat cni..

Firdaus- semoga jadi petani yang berjaya lepas praktikal nanti. klau best akak nak join..hehe..
' Teacher, boleh saya panggil teacher mama?' Itu soalan yang membuatkan saya terkejut..

Hehe..saya dah jadi mama orang..

Ok..nanti jadi matured sikit..

Tadi saya sempat hantar amirul n adiknye ke rumah. smpatlah saya bersembang dengan ibu amirul tentang penyakitnya..

Amir ni manja sikit...hmm..bukan dia je, boleh dikatakan hampir smua anak2 saya manja..Adoi..bikin kepala mama pusing... tapi mereka pandai buat lawak bila saya nak marah..dan saya tak akan jadi marah..sebaliknya ketawa bersama mereka. memang letih menghadapi kerenah anak2, tapi saya puas...

Best jugak jadi mama... tapi lagi best jadi ibu...huhuhu

-P

Ada orang cakap, kadang2 kita akan buatkan hati orang yang kita sayang terguris sebab kita terpaksa..tak nak ia lagi menderita.. betul ke? atau kita sebenarnya dah jumpa orang yang akan lebih membahagiakan kita? tapi kenapa kita taburkan banyak janji dan harapan..sehinggakan setiap benda yang orang tu buat akan ingatkan kita pada dia....

Wahai manusia, jom jadi kejam...

Wahai manusia, jom jadi baik...

Aik??? mana satu nak ikut..

EWrmmm..sekali lagi penulisan yang tidak matang..huhuu..

biarlah, bak kata Ida...
time kasih kepada pemberi komen..

Hidup ini bagai roda..kejap sedih..kejap best.. tapi bila mengadap blog ni, saya jadi sedih...

Tidak.....

Aini kena gembira.. tulislah..luahkan..apa yang terbuku...

=0

Assalamualaikum semua...hehehe..lama tak cakap...bukan cakap, tapi tulis..hmmm..dah banyak benda berlaku..tapi aritu tak ready nak share...

Hari ni 15 april..patutnya jadi hari bersejarah..tapi tak sempat..hmmmm ;=(

saya kat cc..tlg ida online biasiswa.. tapi bendanya lambat sangat keluar.huhu...nasibler cekgu yang comey..

Best sekolah???
Soalan sinonim orang zaman sekrang..betlah jugak..wlaupun kluar umah 6;45 balik kol 5 lebih..berbakl\tilah wahai aini..

Saya nak trun kl.. nak promote novel saya ngan Aimi Nabihah kat pesta buku 26 hb ni.. Tajuknya melakar cinta firdausi.. Jomlah kita trun ramai2...

nak tulis lagi..tapi nantilah..

Friday, March 6, 2009

-----

kesedihan boleh datang tiba2...entahlah..saya dah tak nak sedih...

huhu..tak jd MC

Nak MC tapi tak jadi…

Ida tidur umah saya malam semalam.. Kami letih sangat..banyak sangat kerjanya..Tambah pagi2 kena buat relief untuk guru2 yang mc, kursus, n macam2 hal.. ida dngan saya mula merancang nak MC esoknya..biar PK sorang yang buat relief..

Pagi tu saya kami bangun awal macam biasa. Tapi saya bangun untuk tanda paper..ida pun sibuk siapkan kerjanya.. saya gtau kak jue, kami nak MC sama2..biar PK buat relief sorang2.. nak mogok. Tgk ape jadi kat sek. Tiba2 dlm kusyuk tanda paper, saya baru teringat hari tu PK ada kursus kat Ipoh..jam dah pukul 7 pg.. sape nak buat relief?? Saya dan ida ada 7 masa aritu..kalau kami MC, campur ngan lg 5 orang cikgu yang keluar kursus n mcm2 hal…ngan PK tak ada jugak..Kak Ilya, ajk guru ganti pun tak dpaat datang coz pcik meninggal dunia….huru hara sekolah..hanya kami yang tahu guna system winjaws untuk guru ganti kat sek tu.. tak kan datin yang nak buatnya? Dahlah pagi tu ada ujian sellaras.. dengan comot2 saya ngan ida g sekolah. 725 sampai sekolah. Lewat 5 minit. Saya parking ikut pintu belakang. Terus pegi pejabat..hmmm..memang tepat andaian kami…kalau tak datang memang huru hara sekolah….pagi tu jadual relief lambat keluar. 8:07 minit bru keluar..huhuhu..nasib baik datin faham..tak marah…huhuhu…

Sebelum ni, hari2 pelajar cakap saya cantik, comeii..tapi hari tu tak adepun cakap saya comei n cantik..hahahha.. tak sempat gosok tudung betul2…main pakai jer…ida pun comot jadinya.. nasib baik saya dah gosok baju untuk stok sebulan. Kalau tak pakai baju tak bergosok…don’t do that aini…
Tapi arini, semua dah cakap saya cantik n comei lg..hahahah…hari-hari kena comei. Ingat!!!Walaupun tengah marah, tapi mesti kena comei jugak

nak cakap banyak2

Pening. Susah jugak ae jadi orang dewasa. Jadi orang dewasa kena kawen. Nak kawen dengan sape??haha.. soalan cepu emas betul..entahlah.. dah jadi macam kebal..tak ada perasaan…Kalau diberi peluang boleh kawen selain dengan lelaki, entah2lah saya kawen dengan pokok. Huhu…dah jadi anti pulak ngan kaum bukan sejenis ni..tak baik aini..

Kesian jugak dekat mak, ayah, kak wani, and kakak2 ni..sibuk nak carikan jodoh..tapi saya ni dah jadi tak ada perasaan..kenapalah jd sampai mcmni..mak cakap perasaan tu blh dipupuk bila dah kawen.. insyaAllah..Allah akan hadirkan perasaan tu..

Stop cerita pasal tu..buat pening..biar jer semua berlaku ikut flow…malas nak piker..jom citer pasal anak-anak saya kat sekolah..

Minggu ni minggu kesedihan kot untuk sebilangan anak-anak saya. Kita pergi 4RJP dulu. Saban malam saya tidur lambat ataupun bangun awal pagi untuk menyemak paper anak-anak saya ni. Saya janji dengan mereka nak bagi keputusan ujian selaras dalam minggu ni jugak. Maka apalagi sebaik je paper diaorang sampai bilik peperiksaan, saya dah siap ambik. Yang paling kelakar tanda kertas kat pejabat pos sambil menunggu giliran untuk beli wang pos. Hmm..cakap wang pos ni, nak citer sikit. Rupa-rupanya ada hikmah surat temuduga saya tak keluar-keluar lagi. TRANSKRIP AKADEMIK SAYA HILANG. Saya betul2 tak ingat. Salinannya ada. Tapi yang ori nggak ada dong. Kapan boleh hilang? Saya rasa mungkin masa Photostat 1 bundle sijil saya tahun lepas, transkrip tu diambil oleh pak cik yang tolong Photostat tu. Saya pun tak ingat. Jadi saya terpaksalah minta semula pada UM dengan wang pos RM10. sekarang mungkin diproses.. insyaAllah, nanti dapatlah tu.

Aik, citer lain pulak jadinya. Balik pada 4 rjp. Kelas ni sy ngajar science. Kalau tgk result memang sedih. Yang dapat paling tinggi pun 60 markah. Yng plg rendah 23. saya tak marah masa bagi paper tu semula. Cuma berkira-kira apa yang perlu di jawab pada Datin masa meting nanti. Dengan nada perlahan saya Tanya apa masalah mereka sebenarnya. Ini bukan masalah mereka sahaja, tapi masalah saya.” Maka keluarlah berbagai masalah. Antaranya isu bahasa Inggeris. Annisa dengan nada perlahan bersuara

“ Teacher, kalau bljr sains dalam Bahasa melayu, mesti saya pandai Sains. Sekarang saya jadi dah putus asa. Saya tak faham…” Tiba-tiba perasaan saya jadi sayu bila dengar ayat itu yang keluar. Kesian anak-anak saya. Masalah bahasa sebenar masalah yang besar. Mereka dah jadi kurang minat. Sedangkan Sains adalah sesuatu yang sangat seronok. Satu persatu saya mendengar luahan perasaan mereka. Anak-anak saya masih mahukan kejayaan, biarpun ramai diantara guru-guru menganggap mereka tiada harapan. Saya tekankan bahawa mereka semua ada kelebihan masing2, semuanya pandai, Cuma kena asah lagi. Selepas mendengar keluhan mereka, maka keluarlah mini ceramah saya. Saya minta mereka tutup buku lama dan kita sama-sama buku baru, azam baru, semangat baru.. Saya ada, saya akan bantu mereka.. saya nampak air mata Hafiz bergenang, norlisa sudah teresak-esak…yang lain memandang saya tanpa sebarang kata. InsyaAllah saya akan bantu mereka.. Ya Allah, berikanlah kekuatan…

2RK- ini adalah kelas harapan. Rancangan Khas, kalau ada yang gagal, maka panjang lagilah soal jawab saya dengan pentadbiran. Syukur Alhamdullillah… 5 orang dapat 90%, majority 75 and above..namun ada yang average 60 .Cuma ada 3 orang yang dapat 46%. Saya lihat kembali TOV mereka sebelum ini, hmmm..memang anak-anak sayang bertiga ini ada masalah dengan Sains dai form 1 lagi.. dan mereka ini jugaklah kaki mengusik dalam kelas. Dan kebetulan tiba-tiba ada seorang pelajar perempuan menangis gara-gara diusik oleh Joe(antara 3 org pelajar itu) maka apalagi, saya mulalah mini ceramah..

Sebelum itu Siti Khadijah tiba-tiba menangis..Rupa-rupanya dia sedih dengan markah yang diperoleh.. saya hampiri anak saya yang seornag ini. Saya peluk dia yang sedang menangis. Saya pujuk, saya cakap, ini adalah pengajaran, jangan putus asa, cuba lagi, teacher akan bantu dan doakan siti.

“ Teacher, saya nak jugak..” beberapa pelajar perempuan bersuara apabila melihat saya memeluk Siti Khadijah. Haha..cemburu jugak anak-anak saya ini…’ ha..nangis dulu, baru saya peluk..” spontan saya menjawab..Hmmm.. apa yang saya perasan, anak-anak 2 RK ini sedikit manja. Dan yang paling mengharukan, setiap kali kelas saya habis, pelajar perempuan akan berebut-rebut nak bersalam dengan saya.. kalau ada hari saya termarah, lepas tu mereka akan minta maaf.. Ya, Allah rahmatilah mereka..


4Sains..ini anak-anak saya..anak-anak yang perlu saya perhatikan setiap hari…Syukur, markah kimia mereka agak memberangsangkan. Tiada seorang pun yang gagal. Yang paling tinggi 95%, Jessica..kemudian Anati 90%. Namun saya tidak henti2 mengingatkan mereka jangan berasa selesa dengan apa yang sudah dicapai..

2C-OOOOOO….kelas ini bikin kepala saya pusing…hahahaha…anak-anak yang menguji kesabaran saya… kelas yang buat saya tak lena tidur.. tapi kali ini sewaktu saya masuk semua senyap..almaklumlah nak tau result..hahaha..maka sala lambat-lambat membacakan keputusannya..biar lambat sikit mereka buat bising… tapi sebaik sahaja mereka dapat result, saya tak bagi peluang langsung mereka bercakap. Saya teruskan dengan sesi P&P. Tiba-tiba si Hapis buat hal, bising2..saya apa lagi…dengan garang suruh dia berdiri atas kerusi.. Senyap…tapi Arrujun, karunan, prgash pulak yang bisingnya..Terus saya berangin..Maka mulalah mini ceramah saya.. Saya cakap, dah tau markah sikit, dengarlah betul2..bercakap 24jam..entah2 masa tidurpun nak bercakap…Razak menahan ketawa..saya pun nak ketawa sebenarnya..tapi macam biasa, buat muka serius..tapi ada 1 kes tu memang tak boleh nak tahan..ni berlaku kat 2C jugak, masa tu saya tengah jaga paper pendidikan Seni. Si Razak ni, bukan main nakal cuba nak masukkan serpihan papan meja ke celah rambut Shantiya yang tengah kusyuk tido. Masa ujian selaras boleh buat g2. saya apalagi, saya panggil Razak. Suruh dia berdiri, Saya amik serpihan papan tu dari rambut kerinting Shantiya. Shantiya masih enak diulit mimpi. Tak sedar langsung. Nak gelak jugak sebenar, tapi boleh tahan lagi. Saya suruh razak masukkan serpihan papan tu kedalam poket seluar dia. Dia enggan. Tapi saya suruh jugak dengan nada yang serius..dia pun masukkanlah..tiba-tiba dia terlompat-lompat, hahahahahahha…rupa-rupanya poket seluar dia bocor, serpihan kayu tu keluar semula ikut hujung kaki seluar..Saya memang tak boleh nak tahan ketawa..Saya tarik hujung tudung dang menutup sebahagian wajah saya..ketawa…senyum…hahah..

“Hahaha..teacher ketawa..” Saya diam, masih menahan tawa.. seluruh kelas ketawa..Razak-razak..macam2…Tapi yang lagi kelakar, Shantiya masih nyenyak di ulit mimpi..Paper pendidikan Seni, semua tak amik peduli sangat..hmmmm…Saya sempat menepuk perlahan bahu shantiya, bimbang dia masih tidak menjawab soalan….

Hmm..2B..anak-anak saya yang makan saman..tapi kejap je..then, kena ingatkan semula..Nashwa menangis jumpa saya..rupa-rupanya, anak-anak ini motivasinya rendah.. Mungkin lepas ni saya akan ikut stail Miss Ina, guru bahasa Inggeris saya masa dekat MRSM mersing..start the lesson with motivation..Kan best dapat ajar BM jugak, boleh train diorang jadi penulis..hahah..

Hmm..syukur, bulan ni, Dewan Pelajar keluarkan artikel saya bertajuk UNIKNYA TANGAN.. memang unik…

Hmmm..puas rasanya dapat meluah perasaan disini.. Papai semua..nanti sambung lagi..Assalamualaikum..

Esok saya kena dengar ceramah motivasi kat MCKK. Untuk cikgu comei macam saya..moga lagi bersemangat..berakhir sudah kesedihan…hidup untuk memberi..