Wednesday, September 5, 2012

ALLAH ITU MAHA KAYA DAN MAHA MENDENGAR.(^_^)

Allah itu Maha Kaya

“ Anje boleh ya saya pergi pasar pagi ni.. mana tahu ada rezeki baby.” Saya meminta sambil menghulurkan tracksuit dan baju berkebun encik suami..Encik suami terdiam sambil berkira-kira. Saya tahu dia kurang gemar kalau saya pergi ke pasar, nanti busuk katanya..

“ bolehlah..dah tak tahan sangat ni…” saya cuba merayu..buat muka comeyyy…
Encik suami mengangguk..saya tersenyum…berbunga-bunga...penuh harapan..

“ Kesian sayang..” Encik suami bersuara sambil mengucup dahi saya..

“ Kesian dekat baby..” saya menambah sambil tersengih…tiba-tiba rasa menusuk-nusuk kesedapan terubuk…dah berhari-hari encik suami mencari si ikan terubuk impian sy dan baby..tp tidak ketemu..orang pasar kata bukan musim…di kuala, di taiping, di selama, semua diterjah..tp belum rezeki…kesian encik suami balik dalam keadaan kecewa…sy lagilah kecewa menelan air liur….
Selepas melambai encik suami dan mak jamuan berangkat ke kebun sawit, mulalah operasi sy mengemas rumah secepat mungkin…sebab terasa terubuk sedang melambai-lambai sy di pasar..hehe..tak sabar sungguh…

“ Pak cik, terubuk ada tak?” sy masih bertanya biarpun mata sudah menjadi saksi, bahawa tiada seekor terubuk pun di atas meja… “ Tak ada dik…” Uhhhh..sungguh kecewa rasa hati.. sana dan sini, atas dah bawah sudah sy terjah, tp seekor terubuk pun tak ada…sy pulang dengan kehampaan…membawa balik kerang sekilo dan kangkung seikat…sy fikir, nak ratah je kerang tu untuk tambah darah..dah tak larat kena marah dengan doctor sebab Hb rendah, dan asyik kena injek amik darah bertiub-tiub..

“ Ada tak ikannya intan?” mak jamuan bertanya sebaik sahaja sy keluar kereta..

“huuuu..tak ada mak..seekor pun tak ada..” rupanya encik suami dah bocorkan rahsia sy kempunankan terubuk pada mak..pagi ni awal pula mak dan encik suami balik dari kebun..

“ Pisaunya patah. Itu yang balik awal” mak menerangkan tanpa disoal..

“ Ada sayang?” Encik suami pula menyoal…sy mencebik…kecewa..terus merebus kerang, kangkung, bahan-bahan yong tau foo…
“ Sy keluar sekejap ya manje, cari mata pisau baru..” sy mengangguk..senyum hambar..
Siap masak, hidang, msg encik suami, nak makan sama-sama.. ‘ apalah lama sangat cari mata pisau..’ bisik hati sy…tiba-tiba terdengar bunyi moto yang membingitkan, tapi sering membuatkan sy senyum sendirian, itu petanda suami tercinta sudah pulang…bergegas berlari ke bawah…

“Alhamdulillah…” tersenyum lebar sy…encik suami sedang membasuh terubuk dambaan sy…terus mendakap encik suami yang berbau ikan dari belakang… “ terima kasih anje..sayang anje..mana dapat ni??sedapnya…..” bulat mata sy memandang si terubuk yang tengah di basuh…

“ manje cari dengan hidung..” encik suamitersenyum sambil mengutuk sy…

“ Sy cari betul-betullah..atas bawah pasar sy Tanya tokei2 ikan…” sy cuba mempertahankan diri… tp dalam hati tak kisahpun kena kutuk, sebab apa yang dihajat sudah tercapai…

“ Pasar besar kurang ikanlah sayang, sy cari di pasar ahad..kat lembah..” huuuu..kenapalah sy tak terfikirpun..patutlah lama sgt encik suami mencari pisau, rupanya bukan pisau sawit yg di bawa balik, tp terubuk dambaan nurul einey yg menyusul..hehe….terima kasih anje….terima kasih ya Allah..Allah maha kaya…Allah baik…

……….

Alangkah rindunya pada mak, ayah dan adik-adik.. syukur Allah temukan kami di tol k.k selepas mak dan adik-adik singgah di tol k.k untuk ketemu sy yg sedang alah tak lalu makan… tp masa tu, ada 1 benda yang sy teringin nak makan dan boleh merangsang untuk sy makan… BUAH DELIMA… tapi sy tak cakap pada mak… Cuma memberi hint pada encik suami..sebaik mak sampai, kami berpelukan, mak dan adik-adik keluarkan bekalan makanan pada sy dan encik suami.. tp semuanya tidak mengujakan sy…encik suami shj yg teruja, sebab ada sambal tumis kegemarannya….

Tapi sy tersenyum tiba-tiba….di tangan mak ada sebiji delima..nampak menarik, lazat….Ya Allah…terima kasih ya Allah… terima kasih mak…sayang mak… Allah baikkan..Allah gerakkan hati naluri seorang ibu untuk sampaikan apa yang dihajatkan…
Mak tersenyum melihat sy masih mencium-cium delima tu dalam kereta sambil melambai kea rah mak dan adik-adik.. encik suami pula menggeleng-geleng kepala sambil mengusap kepala sy… mesti dalam hatinya cakap “ huh, lega, tak payah cari dah..” hehehe…..
……………………

Hari ni encik tarmizi makmal cakap pasal cempedak…. Sy terdengar…hmmm..sedapnya cempedak goreng…nekad lepas sekolah nak cari cempedak goring…tempat yang dituju tutup..ada lagi 1 tempat, buka…tapi tak ada pun kelibat cempedak goring…. Rasa terliur-liur mengingatkan cempadak goring…

“ Makcik, cempedak ada tak?” sy masih bertanya, walaupun memang dah Nampak tak ada….

“ tak ada dik.” Kecewa betul dengar jawapan makcik… nak aja sy Tanya, kenapa tak ada makcik… makcik carilah..sekarang org kata musim cempedak..tapi kenapa tak Nampak sebiji pun.. makcik carilah,.esok sy datang beli..nak je sy cakap macam tu…tp tak tercakap…huhu…

Sy pun balik dengan kecewa… balik, tgk mak tak ada..mungkin mak pegi mesorat..mata tak boleh tutup…teringat cempedak… azan..solat…
Mak masih tak balik… sy dah mulakan operaasi masak nasi..tgk dalam oven dah ada ikan bakar, hmmm..topup dengan sambal jawa dan terung rebus dahlah… makanan kegemaran mak.. sy memang tak selera nak makan dah(sebab teringat cempedak).. amik syarat je nanti makan depan mak..dengan rancak bersilat didapur, mak balik…
Mak solat, sy bebas memasak... sy ke ruang makan, untuk menghantar sambal jawa sy yg telah siap dimasak… Ya Allah…..Alhamdulillah…

 TERIMA KASIH YA ALLAH…. Mak bawa balik cempedak goring…Allah baik, Allah gerakkan hati kawan mak bagi mak cempedak goring… terima kasih mak, terima kasih Ya Allah…. Allah maha mengetahui…..
Bila sy cakap pd mak, sy cari 3 tempat cempedak, tapi tak dapat… mak pun terkejut… sebab Allah gerakkan hati mak untuk ambil pemberian kawan mak.. “ Allah Maha kaya” itu ungkapan mak…sayang mak.. gerak hati sampai….terima kasih ya Allah…. Baby, kena jadi org yang bersyukur…cakap apa…Alhamdulillah..terima kasih ya Allah..