Monday, January 16, 2012

~~~~N .I.K.M.A.T``~~

Alhamdulillah..arini dah rasa betul2 sihat..walaupun batuk tu masih ada, tapi rasanya demam bervirus tu dah tak ada kot..mulut macam dah tak pahit, badan dah peluh2..hampir seminggu juga sy demam.. 2 hari doctor bagi MC. Hari ke tiga cucuk amik darah…bebas virus bahaya..syukur2… ayah kata demam rindu, kawan2 kata demam rindu..tapi sy menafikan sekeras-kerasnya..ini demam yg diuji…hamper 4 tahun kerja sy tak pernah demam teruk begini..ini yang panas dan sengal2 satu badan yg terdahsyat pernah dialami…Allah nak hapuskan dosa2 kecil…harapnya masa diuji tu, sy dalam keadaan redha..
Sekarang dah kurang makan. Sejak baik demam, boleh kira sgt berapa kali sy makan sehari.. mak cakap muka sy dah kecut sikit..hehehe..ini yg berasa bangga dan tak mau makan lg..biar slim sikit nanti…
Hmm..bila ALLAH tarik nikmat deria rasa hari tu, baru terasa akan besarnya ZatNya..tanpa deria rasa, terputus segala nikmat untuk menghayati kesedapan sesuatu makanan… bila putus selera, mulut menolak setiap apa yg dimakan, terus tubuh tidak dapat menjana tenaga.. bila Allah bg rasa sakit, terasa hilang nikmat kebebasan untuk bergerak menggunakan tubuh yg diberiNya..itu baru sikit Allah tarik nikmatNya, itupun dalam masa yg singkat..sudah terasa serba tak kena… Betapa kerdilnya diri…Moga diri menjadi org yg bersyukur
dengan nikmatNya..Beramal dalam setiap tingkah….

Marilah kita sama2 syukuri nikmat S..I..H..A..T..

Thursday, January 12, 2012

Saat hati teruji

Allah sedang menguji hatiku...

Naluri membentak mengikut rasa..

Namun akal masih waras untuk menilai..

Hati diulit resah…

Perasaan apakah yang dicampakkan ke dalam hati kecil ini..

Ku berserah padaMu ya Allah...

Sunday, January 8, 2012

Ameen

Alhamdulillah...semuanya berjalan lancar hari ini.. urusan membeli bunga2 dan pasu2 serta kain2 untuk pelamin dah selesai..cuma ada beberapa perkara lagi yg perlu diselesaikan untuk bab menghias pelamin dan bilik tido.. katering dah rasa makanan testernya.. Alhamdulillah, insyaAllah dapat memenuhi kehendak perut para tetamu...lagipun katerernya boleh dibawa berbincang...

sebenarnya, nak kawen ni banyak rupanya guna duit..itupun berdikit2 sy mengumpul dan membeli barang keperluan..Ya Allah,, macamanalah keadaan en tunang.. mahu sesak nafas kalau diikutkan keperluan yang pihak lelaki perlu sediakan..Moga Allah mudahkan urusan kami..moga Allah berkati setiap rezeki kami... Ameen..

Thursday, January 5, 2012

AINI RINDU ARNI

AINI RINDU ARNI.....

NURUL AINI NAK JADI..........(^_*)

Alhamdulillah..hari ini hari kedua saya menjadi pendudk di Pakat ( Badan Kebajikan Masyarakat At-Toif).. lepas housemate sy di taman maju berpindah mengikut suami terchenta, adik sy wani abes SPM, maka tinggallah sy sendirian di kuala kangsar ni.. makanya, tidak sanggup sy bersendirian duduk di rumah 2 tingkat tersebut sendirian..takut akan keselamatan diri dan bajet yg melebihi, mendorong sy untuk berpindah di PAKAT ini..atas saranan encik tunang setahun yg lalu..baru tahun ini sy ikut saranan en Tunang..huhu..nurul einey ni….
Semuanya berjalan lancar..lagipun banyak aktiviti disini.. malam rabu ada rawatan darul syifa’. Teringin jugak sy nak berkursus dan menimba ilmu rawatan syifa’ ni.. mungkin dalam tempoh 2 bulan lebih disini, Allah nak bagi sy ilmu baru.. bak kata mak dan encik tuning, banyak ilmu sy boleh belajar disini.. Cuma satu je masalah sy.. sy takut sikit nak pergi toilet di sini.. sebabnya jauh dari bilik. Kena berpakaian lengkap dan jalan merentasi koridor dan ke tandas. Jika dulu tandas masih lg dalm rumah..huhu.. Alhamdulillah dikurniakan roommate yang memahami dan baik hati dan sanggup pergi ke tandas bersama-sama. TERIMA KASIH UNTUK ROOMATE BARU CIK ANSARIYYAH..(Sedap dan unikkan namanya..pertama kali sy jumapa insan nama begini..sedap dan indah seperi tuannya) sy berfikir juga, sampai bila sy nak takut macam ni…salah satu nak cari semula kekuatan, sy kena banyak beramal dengan ayat2 suci al quran, dan berbekalkan kekuatan fizikal untuk melawan kejahatan manusia( nauzubillah, minta dijaauhkan).. jika diikutkan keselamatan, insyaALLAH selamat. Lgpun kawasan ini tak terpencil. Cuma kita kena hati2..kerana tandasnya di luar kawasan( tempat tidur).
Ada beberapa malam di hiasi dengan kuliah agama, kelas Al Quran, kelas tajwid. Dalam 2 hari sy baru didedahkan dengan suasana rawatan syifa’. Kelas yg lain masih belum lagi. Sy harap sy berpeluang untuk itu. Membaiki diri sebelum menjalani satu perubahan besar dalam hidup sy.. moga sy ada kekuatan uuntuk fasa yg bakal dilalui ini. Moga sedikit masa yg ada ini digunakan sebaiknya untuk memperbaiki diri.. Ya Allah , mudahkanlah…
Sy nak jadi wanita yg kaya dengan ilmu, sy nak jd wanita yg beramal dengan ilmu, sy nak jd insan yg tabah, sabar dan redha bila diuji..itulah azam sy berkat meniti fasa yang bermakna dalam hidup ini tak lama lagi.. moga Allah kuatkan..moga sy dibekalkan dengan sahabat2 yang merangsang untuk kebaikan ini..sy kena kuat..kuat..kuat kuat kuat kuat.. ( dah lama takcakap pada diri sendiri begini)
Alhamdulillah..encik tunang Berjaya diserap untuk menjadi guru tetap.. Allah kabulkan doa kami..rezeki kami menjelang fasa baru.. namun ada sedikit kegusaran di hati sy.. kami akan menjadi suami isteri jarak jauh.. biarpun hanya perjalanannya 2 jam shj, tetapi peraturan menetapkannya tinggal di asrama selama setahun membuatkan hati sy teruji… macam2 sy fikir.. pada saat ini kepercayaan, doa yg tidak putus2 yg mampu dipanjatkan agar bahtera yg bakal kami lalui diberkati dan utuh biarpun diuji…Oh Tuhanku, tiada indah hidup didunia melainkan dengan keberkatanMU…sy harus percaya, dan sandarkan pada percaturan Allah yg Maha Mengetahui..Dia lebih tahu…YG TERBAIK UNTUK HAMBANYA…
DOAKAN SY YA SAHABAT2…RASA SAYU PULA HATI…
~~~~~~~~NURUL AINI NAK JADI BAIK…NURUL AINI NAK JD HAMBA YG REDHA, …….NURUL AINI SANGGUP PIKULTANGGUNGJAWAB YG LEBIH BERAT….NURUL AINI ANAK SOLEHAH…NURUL AINI NAK JD ISTERI SOLEHAH..NURUL AINI NAK JD ISTERI YG SOLEHAH…NURUL AINI HARAP ALLAH BG KEKUATAN PADA NURUL AINI UNTUK LAKUKAN PERUBAHAN INI…
SAHABAT2 TOLONG AMINKAN YA (^_^)