Monday, October 22, 2012

KEHAMILAN 28 MINGGU

tIDURNYA makin tidak selesa...beralih sana dan sini... mungkin sebab perut dah besar.. tapi alhamdulillah sembelit dah kurang banyak... allah uji satu-satu ikut kemampuan hambaNya... Allah tak bagi luump sum..tapi berdikit-dikit ikut kemampuan kita....

baby makin aktif bergerak...Alhamdulillah geraknya disiang hari dan malam hari start jam 11 malam dia dah start tido macam ibunya.. jam 5;30 pagi dah gerak2 kejut ibu bangun...

persiapan masih lagi samar-samar... cuma peralatan untuk menyusu sahaja yang dah beli.. yang lain belum.. tapi checklist dah buat.. supaya tak terovr bajet....

esok jumpa doktor untuk scan 7bulan... boy or girl??? tak kisah..asalkan sempurna soleh solehah..ameen...



Saturday, October 20, 2012

dENGARLAH WAHAI BUAHATI IBU DAN WALID

ASSALAMUALAIKUM SEMUA..

Tadi baby bergerak sangat aktif apabila mendengar walidnya membaca surah maryam.. mungkin rindukan suara walidnya kot... maklumlah dalam seminggu hanya 2 hari shj blh dengar suara walid.. hari biasa, dengar suara ibu mengaji termengah-mengah, bila ibu dah tak lalu ngaji, ibu suruh ustaz dalam laptop sambung mengaji... siap cakap pada baby, ini bukan suara walid, ini suara ustaz..(takut baby tersilap).. fasa sekarang, baby dah boleh kenal suara ibu dan walidnya...sy tak ingat dapat dari sumber mana.. tapi telinga dan deria pendengarannya sudah mampu mendengar bunyi di sekelilingnya... jadi, kna muhasabah diri untuk cakap benda yang baik-baik dan positif, supaya baby jadi anak yang soleh solehah...


Alhamdulillah, baby aktif bergerak..terutamanya sewaktu saya sedang solat, mengaji, atau dengar ustaz bagi ceramah... harap dan doa, supaya baby suka akan kebaikan...baby juga akan aktif bergerak bila saya makan madu dan minum susu... baby suka yang manis-manis ya??? hehe..harap anak ibu dan walid ini manis orangnya nanti...manis akhlak dan rupa...hehehe..


Sedikit info tentang surah-surah yang boleh diamalkan oleh ibu-ibu yang sedang mengandung.. bapa-bapa pun kena amal juga.. bak kata seorang ustaz, tak ingat namanya, amalan suami penting untuk mendapatkan zuriat yang soleh dan solehah disamping memudahkan proses bersalin si isteri nanti...


Surah Maryam


Ibu yang sedang hamil disarankan untuk membanyakkan membaca surah Maryam agar bayi yang dilahirkan nanti mempunyai akal yang cerdas dan hati yang sabar dan cekal dalam menempuhi ujian. Amalan surah Maryam juga memudahkan ibu semasa melahirkan anak.

Surah Luqman

Dalam pengkisahan Luqman dengan anaknya, Allah SWT menegaskan tentang wajibnya manusia bersyukur akan segala nikmat yang telah dianugerahkan kepada mereka dan wajib menjauhi perkara syirik. Ibu yang mengandung dianjurkan supaya membanyakkan membaca surah Luqman agar bayi yang dalam kandungan akan dikurniakan kebijaksanaan akal fikiran dan hikmah yang tersirat apabila lahir ke dunia, inshaAllah.

Surah al-Fatihah

Ibu mengandung digalakkan membaca surah al-Fatihah sebanyak 70 kali setiap hari dalam keadaan berwuduk, semoga zuriat yang dilahirkan memperoleh ilmu pengetahuan disamping dapat mengawal hati dan fikiran daripada perakra mazmumah

InsyaAllah... Muhasabah untuk diri sendiri...semoga terus beramal dan membaiki amal...

moga Allah mudahkan..ameen.. 


Thursday, October 18, 2012

AMALAN SEMASA MENGANDUNG Bg yg berniat nak MENYUSU SECARA EKSKLUSIF





Kaandungan dah hamper mencecah 28 minggu.. Alhamdulillah..ada lagi 12 minggu lagi…takutnya…
Sejak kandungan sedang membesar, badan dah macam tak lalu sangat.. rasa penat sangat bila jalan jauh2.. keinganan tu ada nak jalan jauh2, tp cepat shj badan jadi termengah-mengah..sekarang tengah sibuk mengumpulkan maklumat tentang panduan menyusu secara ekslusif. Hehehe…dah berazam nak menyusu sepenuhnya sampai baby umur 2 tahun…harap dan doa moga Allah kabulkan doa ini..Moga Allah limpahkan rezeki untuk buahati yang bakal menyinari hidup kami nanti…

Minggu lepas, akhirnya….selepas di survey-survey pam susu…dan merajuk-rajuk dengan en suami, akhirnya kami memilih pam susu elektrik avent..pakej, 2 botol, 2 putting untuk botol, pam susu elektrik+ manual+ bateri..selepas di offoer dapat RM688…huuuuuuuuu….rasa nak nangis jer… sy sebenarnya dah aim pakej pam ngan free gift dari rumble tuff…lagi murah dan byk dapat gift dari avent..tp en suami, cereweeeeeet….nak jugak yg avent… lama jugak kami membawa diri masing-masing kat tempat tu…layan hati masing2…tp bila dah lama tak Nampak encik suami, mulalah sy gelabah cari tepon Tanya dia dekat mana… huhu..En suami cakap … ‘ Kita ni banyak yang tak samakan manje…citarasa berbeza sgt..’…sy senyum…cuba senyum…huhu…itu yang melengkapkan hidup kita…tp tak terkeluar ayat tu dari mulut sy..akhirnya, sy mengikut cakap en suami, SyuRga deKat Suami….selagi tak melanggar syariat ….huhu…

Jadi kat sini, dah buat pelaburan yang tingggi untuk pam susu, ( tapi untung sebenarnya dapat menyusu secara ekslusif ni…boleh jimat byk sgt, dan yang pentngnya, baby rapat dgn kita, baby dapat khasiat yang optimum, baby susah kena penyakit sbb susu ibu kaya dgn antibody)…cuba bayangkan, jika sebulan kita abes rm200 untuk susu formula, klau dh 2 tahun jd RM4800. Berganda-ganda kan kosnya… baik kos ini digunakan untuk pendidikan atau keperluan baby yang lain… ) makanya sy nak sertakan tip dan info sukses titisan emas buat buahati tersayang....- AMALAN AYAT-AYAT AL-QURAN AGAR SUSU IBU SENTIASA CUKUP UNTUK KEPERLUAN BAYI…- Untuk permulaan, memandangkan baby tak keluarkan lagi, boleh diamalkan amalan ini dahulu:

1.       Membaca doa – “ Ya Allah..mudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susu untuk bayiku nanti, mudahkanlah perjalanan ku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang engkau syariatkan..AMIN..”
2.       Mengamalkan bacaan surah al-Hijr, ayat 22-23.
3.       Berzikir untuk memperbanyakkan susu ibu seperti Ya Matiin..
4.       Sentiasa berdoa meminta pertolongan daripada-Nya supaya sentiasa bersemangat untuk terus menyusukan..
5.       Sentiasa bertaubat, bersedekah dan membaiki akhlak diri…(moga Allah bagi kekuatan untuk buat baik)
6. apa-apapun, kita kena pasang niat awal-awal sewaktu mengandung, niat dalam hati, nak betul-betul ikut saranan Islam untuk menyusukan anak  sehingga umur 2 tahun..insyaAllah, bila kita dah niat, betul-betul niat, Allah akan mudahkan jalannya... (Ya Allah, mudahkanlah..)

-          Info ini ada yang sy ambil dari majalah PAMA..

Rasa tidak sabar untuk menanti matahari ibu keluar melihat dunia… tak sabar nak berikan titisan emas ini untuk buahati ibu…rasa teruja sangat bila buahati ibu bergerak-gerak menggelongsor didalam rahim ibu..kadang-kadang buat ibu senyum sendirian,.. biarpun sakit tulang belakang ibu, biarpun tidur ibu tidak lena, biarpun badan ibu serba tidak kena, tapi kasih sayang ibu semakin bercambah-cambah bua buahati ibu ini…

Hmmm…baru tahu fitrah dan naluri seorang ibu… bagaimana sabar dan penyayangnya mak melahirkan, mengash dan mendidik kami berlapan… susah, perit, tapi kasih dan sayang pada anak-anak tidak pernah luntur…SAYANG MAK…SAYANG AYAH…SAYANG SANGAT-SANGAT….