Sunday, December 14, 2008

Sensitif...

Sensetif betul sekarang nie..hati jadi nak terguris jer..tambah pulak dengan orang yang rapat dengan kita.. idea pun sangkut..masalah hati ni sebenarnya..

Ya Allah...
Kuatkanlah hati ini..

hmm..macam nak nangis jer...nangis tu bukan tanda lemah..menangis jer aini..air mata boleh ganti..luka di hati ....

Flavivirus bukannya sampuk sudah terbit..

Alhadulillah cerpen saya yang bertajukdi atas sudah diterbitkan oleh Dewan Kosmik. Dewan Pelajar pun memberi sokongan dengan menerbitkan artikel saya yang bertajuk ' Keajaiban Badan Manusia.' Disember ini rezeki saya dimudahkan..Alhamdulillah

Apa masalahnye dengan diam????

Hmmm.. kadang-kadang tak faham jgak..
Memanglah diam itu di anjurkan oleh Rasullullah..
Tapi biarlah diam bertempat..
kadang-kadang, orang akan rasa serba salah.. Rasa macam ade silap jer..kerana orang itu diam padanya..entahlah..banyak orang banyak ragam..moga Allah mudahkan untuk amik master psikologi..biar boleh psiko orang untuk kebaikan..huhuhu..tulisan yang kurang matang rasanya.. tapi inilah luahan perasaan..

Melakar Cinta Firdausi ada masalah nampaknya. Fasa untuk melihat dan mengemaskini pruf terasa amat sukar. Aimi dan saya sudah tepu dibuatnya..Bila di tambah dengan masalah diam..bingung jadinya sih..

Ayuh..hidup terus bermotivasi

AYUH!!!!! HIDUP TERUS BERMOTIVASI.

Terasa cepat sungguh masa berlalu. Tup tap tup tap, dah masuk tahun 2009. Argh.. pastinya kedengaran suara adik-adik mengeluh nak kembali ke alam persekolahan. Tapi ada juga dikalangan adik-adik yang sudah tidak sabar menanti alam persekolahan bermula. Wah...tak sabar nak pakai baju baru, kasut baru dan macam-macam lagilah yang baru. Tapi macamana dengan azam adik-adik? Semangatnya masih di takuk lama? Atau masih tidak bersemangat untuk meneruskan hari-hari mendatang yang kian mencabar? Makin meningkat remaja, makin pula masalahnya...Mungkin ayat ini pernah keluar dari mulut adik-adik.

Hmm.. bukan dikatakan hidup kalau tidak dikelilingi dengan masalah. Tapi perlu diingat, bak kata Dr HM Tuah, masalah itu adalah perencah kehidupan. Masalah menjadikan kehidupan kita berwarna warni. Kadang-kadang, waktu kita yang sibuk itu akan menjadi kenangan yang paling manis buat kita. Saat mengingat kembali bagaimana batang tubuh kita berjaya mengharunginya. Betapa indah mengingati saat itu. Kadang-kadang macam tak percaya dibuatnya. Itulah hakikatnya kalau kita berjaya menangani semua tekanan dengan baik dan positif. Namun, bagaimana kita sendiri dikuasai oleh tekanan itu. Hidup tidak terurus. Kalau di kelas, sering mengantuk, kerja sekolah sering tertangguh, dan semuanya tidak menjadi.

Untuk kali ini, InsyaAllah kita akan sama-sama berkongsi tentang bagaimana mengekalkan motivasi diri. Kenapa motivasi diri perlu dikekalkan? Analoginya begini, hidup ini umpama sebuah lukisan. Kita adalah pelukis dilukisan itu. Pastinya cara kita semua berbeza untuk mencorakkan lukisan itu. Ada yang memilih jalan dan corak yang sukar, dan ada pula yang memilih jalan yang senang dan mudah. Itu terpulang pada gaya masing-masing, yang pentingnya kita tahu apa yang kita mahukan dan bergerak kearah kemahuan tersebut. Jangan sesekali berhenti sehingga apa yang ingin dicapai itu belum tercapai. Tapi, inilah satu perkara yang paling sukar kita lakukan kerana ianya memerlukan kita mengekalakan motivasi diri dalam tempoh masa yang panjang. Tapi semua itu adalah tidak mustahil. Seperti yang dinyatakan oleh Dato’ Dr Fazilah Kamsah, dalam tulisannya; ‘Kita seharusnya meyakini hakikat bahawa Allah itu adil. Justeru, semua orang dilahirkan sama hebat tapi tidak serupa. Kehebatan kita berbeza-beza. Orang yang berjaya dan cemerlang ialah mereka yang telah menggunakan segala sumber dan kekuatan yang Allah beri secara produktif dan terarah.

Berdasarkan perbincangan diatas, mari kita teruskan dengan Tips Mengekalkan Motivasi Diri.

1. Sayang pada Dia.
Dia yang menganugerahkan rasa sedih, gembira, suka dan duka kepada kita. Dia jugalah yang mengubati dan mengisi jiwa yang kosong. Dia yang memberi makan dan minum sewaktu kita lapar dan dahaga. Waktu kita kita sakit, Dialah yang menyembuhkan kita. Dialah sebaik-baik pemberi dengan penuh rahmat dan kasih saying. Jadi sudah tentulah pada Dialah kita mengadu. Mintalah pada Dia agar kita dapat meneruskan kehidupan ini dengan lancer dan sentiasa dimudahkan segala urusan. Bermunajatlah padaNya. Merintih padaNya. Curahkanlah kasih saying kita padaNya. Kerana sesungguhnya Allah akan lebih menyayangi kita berkali-kali ganda kerana kasih sayang kita padaNya yang dizahirkan dalam setiap perlakuan kita.

2. Imbas kembali sirah Rasullullah SAW.
Dengan sedikit ujian di dunia, kita sudah tidak mampu meneruskan hidup atau dengan kata lain hidup kita sudah mula kucar kacir. Tapi pernahkah kita memikirkan sebentar bagaimana getirnya ujian Rasullullah SAW dalam menyampaikan agama Allah? Baginda disakiti, dihina, dipulaukan dan diperlakukan dengan berbagai-bagai penyeksaan. Namun, baginda masih lagi bermotivasi tinggi untuk meneruskan perjuangan menegakkan agama Allah dimuka bumi ini. Sesungguhnya, Rasullullah SAW adalah sebaik-baik model kepada kita. Ambillah inspirasi dari baginda. Bertepatan dengan firman Allah Taala dalam Al-Quran:

‘ Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) di akhirat.’ (Al-Ahzab :21)

3. Ayah dan ibu, itulah permulaan kita.
Mintalah restu ayah dan ibu dalam setiap amalan yang kita lakukan. Ramai diantara kita lokek ‘kredit’ untuk menghubungi ayah dan ibu di kampung. Luangkanlah masa dan ‘kredit’ untuk menghubungi mereka. Minta mereka doakan kita. Ingatlah, doa ibu dan ayah dimakbulkan Allah. Minta mereka untuk doakan kita agar terus bermotivasi untuk meneruskan hari-hari yang kian mencabar. Dan jangan sesekali lupa untuk doakan kedua ibubapa kita. Rasulullah pernah berpesan:

‘ Barang siapa yang tidak mendoakan kedua orang tua mereka akan tertutup pintu rezeki.’

4. Tanpa guru, dimanakah kita?
Kalau dulu, masa di sekolah, bila ada masalah kita selalu merujuk kepada guru. Dialah tempat kita menggali dan mengumpul sebanyak mana maklumat. Kalau berselisih di tepi jalan, pantas mulut kita memberikan salam. Bila menjelang peperiksaan, berpusu-pusu kita pergi meminta ampun dan maaf mengharapkan redha guru agar memberkati segala ilmu yang dicurahkan kepada kita. Tapi dengan satu persoalan sahaja, adakah kita masih lagi mengamalkan semua ini terhadap pensyarah kita yang sama baktinya seperti guru kita di sekolah?

5. Bantulah kawan yang memerlukan bantuan.
‘Kita akan gembira kalau kawan gembira. Kita akan sedih, kalau kawan kita sedih.’
Tanamkan dalam minda anda, kita adalah pakar rujuk kawan kita. Hulurkanlah bantuan jika diminta. Kita akan berasa puas jika berjaya membantunya. Dan apa yang lebih pasti, kita akan lebih bermotivasi jika tidak lokek menghulurkan bantuan. Rasulullah SAW mengingatkan kita bahawa;

‘ Allah akan membantu hambaNya selama hambaNya membantu saudaranya.’

6. Sayangilah diri sendiri.
Bagaimana? Sudah tentu dengam hidup yang seimbang. Pemakanan dijaga, tidur yang teratur, badan yang sihat, masa yang dipenuhi dengan perkara yang berfaedah dan akhlak dipelihara sebaik mungkin. Apabila hidup seimbang, sudah tentu kita sentiasa bermotivasi dan sentiasa positif dengan apa yang berlaku. Kuasailah minda anda untuk terus bermotivasi. Positiflah dengan ujian yang menimpa anda.

‘ Orang yang tidak berbuat apa-apa tidak akan melakukan kesilapan yang besar, tetapi tidak berbuat apa-apa adalah kesilapan yang paling besar.’

Hayati dan fikirkanlah. Teruskan beramal!!!!

Dah lama sangat....

Ya Allah... sudah lama saya tidak menjengah blog kesayangan saya ini. Kepada Kak Zati, maaf banyak-banyak.. Aini betul-betul tak sempat untuk menjengah..Hmm.sebenar bukan tidak sempat sangat, tapi lebih kepada tidak ada kemudahan. . Sejak balik dari KL tempohari, kabel telefonnya kena curi. Hmm..kerja siapa tak berani nak tuduh..tapi rasa sangat simpati kepada sang pencuri..dahlah dapat saham kat akhirat, tambah pulak dengan guna benda haram....Rasanya macam nak bagi cadangan suruh pasang elektrik dekat kabelnya, biar orang yang nak mencuri tu dapat kejutan elektrik. Bila seorng dah kena, yang lain nak buat mesti fikir banyak kali.. Sekurang-kurang ada pengajaran..

Hmmmm..kepada Mr Hafiz terima kasih banyak-banyak kerana sudi menjawab soalan kak Zati bagi pihak saya tempohari. Hmm..Gaya motivator tu dah nampak..(^_^)

Kepada semua pembaca, mohan maaf diatas segala ketidakpuashatian yang tercetus di jiwa saat melayari blog ini. Saya masih dalam pencarian...pencarian yang pastinya tidak berkesudahan...doakanlah saya..

Wednesday, October 15, 2008

Salah satu cara nak tenangkan hati (siri 1)

Sedikit perkongsian dalam masa terhad ini. Pernah dengar tak zikir al-Mathurat. Zikir ini sangat baik, bagus, masyuk dan banyak kelebihannya jika di amalkan selepas selesai solat subuh (kalau tak sempat, boleh di baca selepas selesai solat dhuha) dan selepas Asar. Menjadi pelindung pada diri kita. Betul, tak tipu. Tak percaya? Cubalah dulu, baru tahu..

Dah siap!!!Alhamdulillah

Alhamdulillah, hari ini manuskrip SYOKNYA JADI PEREMPUAN sudah siap di taip. Cuma tinggal fasa meng’edit’ di peringkat saya bersama Arni sebelum sampai ke tangan Editor. Syukur sangat-sangat. Walaupun fasa meng’edit’ itu boleh sampai peringkat nak muntah, insyaAllah saya akan buat yang terbaik.

Kerana terlalu sibuk menaip, saya tidak sempat menjengah teman baru. Bangcik yang menjadi penunggu setia. Huhu.. Terima kasih Bangcik.

Esok (Khamis), InsyaAllah saya akan ke KL. Membawa banyak visi yang perlu di selesaikan. Moga Allah mudahkan.

Monday, October 13, 2008

Guru oh guru..


Guru oh guru..
Tidak terfikirpun dalam hidup saya, saya akan bergelar seorang guru. Tidak pernah terfikirpun saya akan menghabiskan masa seumur hidup di tempat yang bernama 'Sekolah'. Kini terasa manisnya bergelar seorang guru. Ilmu yang disebar-sebarkan menjadi saham di akhirat kelak. Bukan mudah memikul amanah yang satu ini. Namun saya yakin, insan yang bergelar guru tiada kompromi untuk melihat anak didiknya berjaya dunia dan akhirat.
Teringat guru-guru saya yang telah banyak berkorban bagi memastikan setiap anak didiknya menjadi manusia..Bukan sekadar manusia, tapi manusia berguna..Hebatnya seorang guru..TERIMA KASIH CIKGU, hanya Allah sahaja mampu membalas jasamu...
Semoga diri ini diberikan kekuatan untuk menjadi guru yang hebat..Amin..

Hikmah di sebalik kejadian..

Malam ini saya sekeluarga terima tetamu. Pak long dan Mak long bersama sepupu saya yang sudah berkahwin. Usianya muda setahun dari saya. Dia sudah mempunyai seorang anak. Anak perempuan. Ainul Mardhiah namanya. Dulu zaman kami( Saya dan sepupu saya yang ini) kecil, kami selalu berangan nak letak nama anak. Saya keluarkan senarai. Salah satu namanya Ainul Mardhiah, nama bidadari di syurga. Tapi di sebabkan sepupu saya dahulu melangkah ke alam perkahwinan, nama itu telah diambil. Saya masih ingat lagi semasa saya melawat anaknya yang baru lahir. Ayat yang keluar dari sepupu saya ialah:

" Kak Long, minta maaf. Nama anak kak Long dah kena ambil."

Saya tersenyum. Ambillah. Itu sudah memang suratan. Lagipun dalam kepala saya banyak lagi nama indah yang boleh diberikan kelak. Bila membaca kisah srikandi Islam, banyak nama unik yang saya peroleh. Tidak sia-sia membaca. Bukan sahaja ilmu, tapi ilmu kehidupan.

Pagi tadi saya dapat satu panggilan. Antara soalannya, bila nak kahwin? Saya menjawab dengan penuh keyakinan : " InsyaAllah,doakan ya." Saya yakin, kalau 40 orang yang bertanya soalan yang sama dan saya menjawab dengan jawapan yang sama, dan mereka mendoakan, Alhamdulillah, 40 orang doanya naik ke langit mendoakan saya dan bakal suami. InsyaAllah, Allah mudahkan urusan kami dunia dan akhirat.

Saya yakin, setiap kejadian punya hikmah. Allah itu lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Bila melihat sepupu saya yang masih muda dari saya bergelar seorang ibu, saya kagum. Terlintas juga di hati saya, mungkin saya masih belum mampu jika saya menjadi sepertinya. Berat tanggungjawab. Dan sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.

Sunday, October 12, 2008

Motivasi untuk diri..


Pernahkah kita berfikir untuk apa kita hidup? Kemana kita akan pergi selepas ini? Apakah matlamat hidup kita? Adakah sekadar makan, minum, tidur, belajar, dapat segulung ijazah, bekerja, kahwin, dapat anak, jadi opah dan atuk kalau di takdirkan panjang umur, kemudian di jemput oleh Ilahi?


Untuk siapa kita hidup? Adakah untuk diri kita sendiri?


Adakah kita semua sama sahaja kehidupannya? Habiskan hari-hari yang mendatang, tanpa matlamat hidup yang jelas...Cukuplah hidup ala kadar..meninggal pun ala kadar...


Saya terfikir,apakah kebahagiaan yang sebenar? Adakah orang yang kaya hidupnya bahagia? Adakah orang yang miskin tidak bahagia hidupnya?

Cerpen:Kemenangan Sebuah Istana



‘ Istana kita diserang lagi!!!’

‘ Dinding istana berjaya diceroboh musuh!!!!’

‘ Maktofaj!!! Jalan tugaskan. ‘ satu arahan dikeluarkan.

Makrofaj patuh mengikut perintah Sang Ketua. Berhadapan secara dekat dengan musuh sangat berisiko. Barisan makrofaj tetap setia. Biarpun berperang secara bersemuka dengan musuh. Bahkan mereka juga agen perisik di dalam ketenteraan.

Dari dekat mereka umpama tentera berjalan kaki yang menggunakan bayonet dengan askar penceroboh di barisan hadapan.

‘Mara kehadapan!! Tentera musuh perlu dimusnahkan!!!’ laungan bersemangat itu menakutkan musuh.

Makrofaj menjalankan tugas dengan baik.

‘ Kita berjaya menguasai kem musuh!!’ ketua makrofaj bersorak riang.

‘ Cepat kenalpasti siapakah musuh. Hantar ciri-cirinya ke agen perisik atasan, sel T messenger.’ Arahan demi arahan dikeluarkan. Istana mesti diselamatkan. Barisan tentera sedia menerima arahan. Alangkah bahagianya Sang Raja mempunyai barisan pertahanan yang patuh dan setia padanya.

Sejurus kemudian.
‘ Tidak!!! Tentera musuh kian ramai yang menceroboh. Lancarkan serangan.’

‘Jangan bertindak melulu!!! Buruk padahnya. Rembeskan cecair pirogen sebagai amaran kepada seluruh penghuni istana. Baginda titahkan pengisytiharan darurat. Kita perlukan perancangan yang kompleks dan bijaksana. Seluruh tenaga hanya dipusatkan kepada sistem pertananan di istana.’

Strategi disusun dengan rapi. Barisan ketenteraan siap sedia menerima arahan. Arahan telah dikeluarkan. Jumlah tentera berjalan kaki dianggotai oleh fagosit dan pasukan berkuda ialah makrofaj sangat tidak mencukupi untuk menghadapi serangan. Peperangan kian sengit, sel limfosit, sel T dan sel B perlu campur tangan.

Maklumat musuh telah berjaya dikenalpasti oleh agen perisik. Akhirnya pejuang paling handal dalam sistem ketenteraan turun ke medan perang. Siapa lagi kalau bukan sitotoksik T dan sel B. Sel B tidak bertempur sehelai sepinggang. Hasil dari maklumat yang diterima, sel B bersiap sedia dengan kelengkapan senjata yang hebat. Antaranya sebuah peluru berpandu yang hanya ditujukan kepada musuh yang telah dikenalpasti oleh agen perisik. Peluru berpandu yang dihasilkan ini sangat sempurna. Ketepatan dan kejituaan diantara struktur 3 demensi penceroboh dan senjata sangat berpadanan umpama anak kunci dan mangga.

Tidak cukup dengan itu. Bekalan senjata lain turut dipersiapkan. Tangkas sel B melaksanakan tanggungjawab. Antibodi berjaya dihasilkan. Antibodi yang berjaya dihasilkan megah mara menuju kearah musuh. Musuh ditangkap dan diikat dengan rapi. Tiada ruang untuk mereka melepaskan diri. Musuh dineutralkan seolah-olah seperti sebuah kereta kebal yang hilang fungsinya. Kemudian unit tentera yang lain datang mengambil peranan untuk memusnahkan kereta kebal musuh yang telah hilang fungsinya. Termusnah!!

‘ Oh!!! Ada lagi musuh yang berselinap disebalik sel yang lain. Jangan harap kau dapat hidup lama!!!’ tegas suara Sel sitotoksik yang tidak pernah kenal erti penat dan jemu dalam memburu musuhnya. Musuh berjaya ditemui. Sepantas kilat ia dimusnahkan.
Musnah!!!

‘ Berjaya!!!’ laungan sebuah istana disaat kemenangan dari diceroboh terus bergema.

Sejurus selepas kemenangan, Sel T mengeluarkan arahan genjatan senjata kepada unit pertahanan. Aktiviti penghasilan senjata oleh sel sitotoksik T dan sel B turut diarahkan untuk dihentikan. Sekaligus menghentikan keadaan darurat di seluruh istana. ..

SELAMAT BERTEMPUR!!!!


Selamat bertempur!!!! Siapa kata dalam hidup ini tak ada cabaran? Setiap hari adalah cabaran buat kita. Cabaran untuk menjadi orang yang lebih berjaya, berguna, memberi manfaat pada ibu dan ayah, manfaat pada agama, manfaat kepada masyarakat dan negara. Semua itu adalah tanggungjawab kita. Kalau bukan kita, siapa lagi? Siapa?

Setiap kali mengendalikan program motivasi, saat itu pelbagai janji yang saya dengar. Nak berubah, tak nak tinggal solat, tak nak kecewakan ibu dan ayah, nak buat tu dan nak buat ini. Alangkah bahagianya saya mendengar janji tersebut. Saya yakin, ibu dan ayah yang mendengar ketika itu, lebih 1000 kali bahagia dari saya dan barisan trainer yang lain. Alhamdulillah. Tapi....

Bila tiba ke sekolah, bersama-sama rakan. Lain pula jadinya. Selalunya, adik-adik yang berprogram akan 'contact' dan beritahu saya kawan mereka cakap begini:

" Kau nak berubah? Muka kau? Eh..tak payahlah nak buat baik. Hangat-hangat tahi ayam. " atau

" Okey kalau kau nak berubah, takpe. Tapi, kau bukan lagi geng kami."

Sedikit sebanyak, ini melemahkan semangat orang yang ingin berubah. Kalau diri tak kuat, erm....(Semoga Allah berikan kekuatan)

Saya sangat bersetuju bahawa kawan adalah salah satu faktor penentu siapa diri kita. Kalau baik kawan kita, maka baiklah diri kita. Ini adalah pengaruh besar. Hampir setiap masa kita bersama kawan kita. Erm..kalau tak percaya, cuba lihat sekeliling anda. ...

Berkawanlah dengan orang yang baik, pasti anda akan menjadi orang yang baik. Bukan bermakna kita memulaukan kawan yang dirasakan tidak baik. Tapi menjadi kewajipan kita untuk mendoakan kawan-kawan kita sama-sama jadi baik.

Adik-adik akak,

Tak rugi jadi baik. Orang sayang, ibu dan ayah sayang, guru sayang dan paling penting Allahpun sayang. ...

Semoga kita sama-sama diberi kekuatan untuk bertempur melawan syaitan yang telah bersumpah di hadapan Allah untuk terus menyesatkan kita tanpa rasa putus asa. Persoalannya, kenapa kita harus merasa putus asa untuk terus menjadi baik...Ayuh, selamat bertempur untuk menjadi lebih baik...hidupmu pasti tidak sia-sia. Chaiyok-chaiyok..

Saturday, October 11, 2008

Teman baru saya..

Tengok depan tu kukuna...ambil gambar kan best...
Letih ye sayang..
Rumah sementara teman-teman baru
Teman baru kesayangan kami

Aloo..sayang-sayang ni, merajuk ae..Tengok, kukuna yang sedang sarat. Dia tengah tak stabil, tak nak layan orang.huhu



Makanlah sikit, nanti sakit. Kenet dengan Bib ni susah sikit nak control. Makan pun susah. Tak pe, slow-slow, nanti mesti diaorang rindu kat tuan dia yang comel ni. Hehe..

Kini saya punya teman baru..




Assalamualaikum semua..hehe..comey tak gambar sebelah ni. Ingat tak lagi saya tulis sebelum ni yang saya nak kongsikan sesuatu yang istimewa. Inilah..saya dah ada teman baru. Semuanya ada 5 ekor. Bubuna, kukuna, ruben, kenet dan bib, menjadi teman saya 3 hari yang lalu. Terima kasih kepada teman saya Saadah, sudi memberi pendapat dan saranan tentang nama ini. Bukan saya taknak cerita awal-awal, cuma nak buat 'suprise'. Dah ada gambar baru best. Inilah pengubat hati saya. Comelkan..Ingat tak dulu, saya ada cakap nak kenalkan 'someone'. Teman-teman baru saya inilah 'someone' itu. Dulu saya pernah ceritakan impian saya untuk membela kambing kepada orang terdekat saya. Ada yang hanya tersenyum dan ada yang memberi sokongan. Terima kasih kepada yang menyokong. Terima kasih banyak-banyak. Sekarang saya akan buktikan sedikit demi sedikit.InsyaAllah. Moga Allah mudahkan urusannya..

Saya pernah mendapat sekeping CD yang isi kandungan adalah berkenaan penternakan. Saya sangat terharu dan berterima kasih di atas pemberian itu. Saya tak sangka ada orang yang percaya dan yakin dengan impian saya. Malahan berusaha mengumpulkan maklumat tentang penternakan dari A to Z. Terima kasih banyak-banyak. Saya sangat menghargainya. Moga Allah mudahkan urusan dia dunia dan akhirat. Amin..
Bubuna dan Kukuna sedang mengandung. Tak sabar nak sambut baby sebenarnya. Saya risau juga, kalau saya tidak sempat melihat kehadiran baby baru. Takut masa tu dah pergi mengajar. Tapi mengajarnya dalam 4 hari sahaja. Kemudian cuti sekolah. Hoye..dapatlah saya melihat teman-teman baru ini membesar.
Saya hanya menyumbang kos untuk 2 ekor kambing sahaja. Saya tak kerja lagi. Tak mampu nak laburkan banyak-banyak. Tapi keinginan untuk melihat ia berkembang tetap menjadi impian saya. Saya gunakan duit royalti buku untuk mendapatkan 2 ekor kambing dari 5 ekor ini. Selebihnya di tanggung oleh Bangah. Bangah adalah adik saya yang kedua. Bangah dah bekerja. Jadi bolehlah laburkan lebih sikit. Alhamdulillah, sejak bangah bekerja, dia banyak bantu keluarga. Moga Allah mudahkan urusan dunia dan akhirat bangah.
Sekarang Ruben sedang di serang sakit kaki. Kaki ruben melecet. Jadi jalan terjengket-jengket. Kesian ruben. Esok pagi kami akan sapukan minyak gamat. Eh lupa pula nak beritahu, kambing-kambing ini dari katogori Jamnapari. Saya masih lagi mengkaji tentang kambing.
Saya sebenarnya masih menyimpan hasrat untuk membeli lembu. Tapi lembu kosnya tinggi. Tapi penjagaannya tidaklah susah sangat berbanding kambing. Kambing agak liat sikit nak di bawa ke sana ke mari mecari makanan. Tapi, apa yang kelakar, mereka ini sangat manja. Selepas mengambil gambar bersama mereka, saya hendak keluar menjengok adik saya di asrama bersama emak. Bila masuk dalam van dan nak bergerak vannya, Bubuna mengembek bunyinya aneh begini, maaaaaaaa...Hahaha..memang kelakar. Dia nak ikut. Dia tak bagi saya pergi. Rupa-rupanya dia juga perlukan kasih sayang sama seperti manusia. Di sini saya belajar tentang erti kasih sayang sesama manusia dan haiwan.
Sekarang ini ayah dan bangcik sedang menyiapkan kandang kambing di belakang rumah. Tahu tak sekarang teman-teman saya ini tinggal dimana? Mereka tinggal di garaj kereta. Awal pagi, kami akan membawa teman-teman baru ini ke belakang rumah. Mujur keliling rumah saya ada tanah yang luas ditumbuhi berbagai-bagai pokok. Jiran pun jauh. Jadi mereka tidak akan mengganggu tanaman jiran. Ayah siapkan pagar keliling kawasan rumah agar tiada masalah akan timbul nanti.
Nanti kalau ada kesempatan, saya tunjukkan rumah baru mereka ya. .
Buna,Bab, Ray dan Tam (ini kucing-kucing saya)ternyata terkejut dengan kehadiran teman-teman baru. Saya berkira-kira sendirian kucing-kucing ini berkata," Alamak, Tuan aku bawa balik kucing raksasa. Mesti lepas ni dah tak sayang dekat aku." Hahaha.. Apa yang menarik lagi, Buna, Bab, Ray dan Tam amat terkejut melihat teman-teman baru ini memagut rumput. Dah lebih kelakar lagi, Ray dan Bab turut makan rumput. Hahaha...mungkin mereka juga mahu jadi kucing raksasa macam teman-teman baru. Setahu saya Buna sahaja yang sebelum ini makan rumput. Itu sebagai ubat selepas beranak. Tam dan Bab tu jantan, bagaimana tiba-tiba boleh makan rumput, jika tiada pengaruh dari teman-teman baru.
Teman-teman baru ini boleh tahan juga. Mereka suka makan makanan kucing. Sewaktu mimi memberi makan kepada kucing, teman baru turut serta menjamah makanan yang diberi. Apalagi, gara-gara erkejut, kucing-kucing itupun lari dan hanya melihat dengan sedih makanan mereka di makan kucing raksasa.Hahaha..Saya berhenti dulu..Nanti saya sambung balik ya..

People you want or need????

In life, Allah doesn't give you people u wanted, instead He give you people you need, to teach you, to hurt yo, to love you, and to make you exactly the way you should..

Friday, October 10, 2008

Tenang dalam sedih, sedih berlalu tapi jiwaku kembali tidak tenang

Hari ni Sabtu, 11 November..Tarikh post comment ni salah..saya dalam proses untuk betulkan..tengah kaji dan belajar lagi...

Sekarang, hati saya sedikit di rundung resah. Saya jadi keliru. Susah saya nak zahirkan di sini. Cukuplah sekadar saya membuat kesimpulan:

Kadangkala Allah turunkan kesedihan tapi ada ketenangan.
Kadangkala kesedihan itu sudah berlalu, tapi jiwa saya kembali tidak tenang..

Ya Allah....

Sukarnya aku untuk lalui semua ini...

CERPEN: NURUL

CERPEN: NURUL

Nurul memandang kosong air tembikai susu di hadapannya. Air kegemarannya itu tidak lagi mendapat tempat dihatinya buat masa itu. Telinga masih terngiang-ngiang kata-kata Christ. Soalan Christ bermain-main dimindanya. Masih belum punya jawapan. Dia sendiri tidak punya jawapan dan kepastian. Tapi dia yakin, Islam bukan begitu. Islam indah. Islam cantik. Islam tidak merendahkan agama lain. Islam bersifat adil. Dan yang pastinya apa yang dikatakan Christ bukan menunjukkan ciri-ciri Islam. Tidak!!!! Dia menafikan didalam hati. Hatinya memberontak. Menafikan sepuas-puasnya. Tapi dia tiada hujah yang tepat untuk membuktikannya. Bahkan dia sendiri tidak tahu akan jawapan kepada persoalan Christ. Kesedihan bertamu dihatinya. Sedih mengenangkan dirinya sendiri sebagai orang Islam tetapi terlalu cetek ilmu tentang Islam. Sehingga ada orang yang sewenang-wenangnya memburukkan agamanya.

Perlahan tangannya mencapai air tembikai susu yang sudah mula mencair ais didalamnya. Membaca bismillah separa berbisik. Meneguknya perlahan. Terasa segar tekaknya. Nikmat minuman yang Allah ciptakan buat hambaNya untuk dinikmati dan bersyukur kepadaNya. Segala puji bagi Tuhan sekalian alam. Satu persatu soalan yang dikemukakan oleh Christ bermain difikirannya. Berlegar-legar mencari jawapan kepada persoalan yang menggugat Islam.

Perlahan satu persatu episod di kantin sekolah menyinkap kembali memorinya. ” Nurul, boleh saya tanya sesuatu? Awak cakap semua agama pada dasarnya mengajar pengikutnya agar melakukan kebaikan. Tapi saya lihat ramai orang Islam yang jahat. Contohnya dekat pusat serenti majoritinya orang Islam, penagih dadah orang Islam, mat rempit Islam dan yang paling dahsyat lagi, ramai gadis-gadis Islam berzina dan membunuh janin yang tak bersalah tanpa belas dan kasihan. Adakah itu yang diajar oleh Islam.Dan kenapa awak menganut Islam?Sedangkan banyak larangan dalam Islam. Hijab yang awak pakai, awak tak rimas? ” soalan berani itu keluar dari mulut Christ.

Matanya tepat memandang Nurul. Menantikan jawapan dari sahabatnya itu. Nurul sedikit terkejut. Tapi dia cuba menunjukkan ketenangan di wajah bersihnya. Dia tidak boleh tergopoh gapah menjawab atau melenting. Itu bukan cara Islam. Namun jauh disudut hatinya, dia menyumpah-nyumpah dirinya kerana tidak mampu menjawab soalan itu. Soalan yang mencabar kewibawaan agama yang disayanginya. Dia terkedu. Memang ada kebenaran terhadap apa yang dikatakan Christ. Dia sendiri menyaksikannya kebenarannya. Setiap hari pasti ada berita yang tidak baik tentang orang Islam di media. Zina, bunuh, dadah, merempit dan semua yang buruk-buruk dan menyakitkan hati. Kebanyakkannya dilakukan oleh orang Melayu yang memegang title Islam. Soalan-soalan yang dilontarkan Christ menyesakkan nafasnya. Dadanya berombak menahan debaran.

” Erm..maaflah kalau soalan ini buat Nurul tak selesa. Saya hanya ingin tahu.” Christ menyedari perubahan pada dirinya. Dia tidak salahkan Christ. Dia yang bersalah kerana tidak mempunyai ilmu yang sewajarnya seorang Islam itu miliki. Dan dengan ilmulah dia dapat mempertahankan maruah agamanya. Dia tahu, Christ tiada niat untuk mempersendakan agamanya. Dia kenal Christ. Christ adalah kawan baiknya. Susah senangnya bersama Christ. Didalam kelasnya, hanya ada lima orang sahaja pelajar Islam. Selebihnya Buddha, Kristian dan Atheis. Tapi mereka menghormatinya. Biarpun ada sebilangannya memandang sinis pada imej bertudungnya. Ya, dia adalah satu-satunya pelajar yang bertudung didalam kelasnya. Shireen dan Fatimah lebih selesa untuk tidak bertudung. Dia tahu cabaran di sekolah itu sangat hebat. Pernah dia diarahkan oleh Puan Samantha, guru Kemahiran Hidupnya untuk menanggalkan tudung dengan alasan dia bimbangkan tudung Nurul akan rosak sewaktu melakukan aktiviti pertukangan. Tapi ilham dari Allah menyelamatkan mahkota yang perlu dijaganya. Perlahan dia memasukkan tudung yang menutupi bahagian dadanya ke dalam baju kurungnya. Nampak kemas dan dia tidak perlu membuka tudung yang menjadi pelindung dirinya sebagai seorang muslimah. Dengan cara itu sahaja yang dapat difikirkan untuk menyelamatkan dirinya dari terus membuka hijab yang menjadi benteng kepada maruahnya sebagai seorang wanita Islam. Dia tahu, hijab yang dipakainya adalah senjata seorang wanita. Semuanya jelas dalam Al-Quran yang terkandung didalam Surah Al-Ahzab ayat 59:

” Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Selepas melihat tindakan Nurul, Puan Samantha sekadar tersenyum dan berlalu pergi. Nurul tidak dapat mengagak apa yang difikirkan olehnya. namun dia berasa lega Puan Samantha tidak terus mendesaknya untuk menanggalkan hijab yang dipakainya.

” Erm..kenapa dengan adik akak yang seorang ’ni? Lama akan perhatikan adik. Monyok je mukanya. Nampak dah tak comel. Kenapa? Adik ada masalah?” Kak Izaty menarik kerusi lalu melabuhkan tubuhnya pada kerusi itu. Tangannya lembut mengusap rambut ikal Nurul. Nurul terkejut. Rupa-rupanya ada sepasang mata memerhatikannya. Perlahan dia mengangkat wajahnya, merenung tepat pada kakak sulongnya itu. Erm, mungkin Kak Izaty boleh selesaikan persoalan aku. Kak Izaty banyak mengajar aku ilmu agama. Ya!!pasti dia boleh menolong aku.

” Akak, boleh adik tanya satu soalan?” dia memulakan bicara. Kak Izaty mengangguk, menunjukkan minat. Sambil tangannya pantas menuang air tembikai susu dihadapannya. Tapi matanya masih tertancap memandang adiknya. Cuba menjadi pendengar setia. Dia tahu ilmu psikologi yang dipelajari di universiti sangat berguna untuk diaplikasikan dalam kehidupannya bagi menjamin hubungan yang baik dengan orang sekeliling. Tambahan pula dalam soal berdakwah.

Satu persatu soalan dari Christ dilontarkan oleh Nurul. Hatinya puas dapat meluahkan apa yang terbuku dihati. Dan dia tidak sabar menantikan jawapan dari kakaknya itu.

” Oh... perkara ini yang merunsing adik akak ya. Sebelum itu, boleh akak tanya satu soalan? ”
” Aik, Adik tanya akak, akak pula nak tanya Adik balik. Baiklah, tapi satu soalan saja.” Nurul berseloroh.
” Erm..selepas mendengar soalan-soalan Christ, adakah adik tidak yakin dengan pegangan adik?” Kak Izaty cuba menguji walaupun dia tahu jawapan yang bakal Nurul berikan.

” Adik yakin dengan Islam. Sangat yakin. Tapi adik tiada hujah dan ilmu untuk menjelaskan jawapan kepada persoalan adik. Adik mengaku, kelemahan adik kerana tidak mendalami ajaran yang dituntut oleh Islam itu sendiri. Tapi adik janji, lepas ’ni adik akan mengkaji lagi harta tinggalan Rasullullah, iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.’

” Erm..Sejuk hati akak dengar azam adik. Ilmu itu sangat penting. Tanpa ilmu, kita akan menjadi manusia yang tidak bertamadun. Orang bukan Islam mudah menjatuhkan kita. Aqidah kita akan goyah. ”

”Akak tidak nafikan ada orang Islam yang tidak jujur, terlibat dengan gejala yang tidak baik dan sebagainya. Tetapi media hanya menggambarkan seperti hanya orang Islam yang terlibat didalam aktiviti tersebut. Sememangnya dalam setiap komuniti itu ada kambing hitam yang merosakkan kecantikan sebenar Islam. Tapi kita tidak boleh menilai Islam melalui orang Islam yang tidak mengamalkan ajaran Islam dengan sepenuhnya. ’

” Maksud akak?” Nurul bertanya penuh minat. Jari jemarinya bermain diatas meja.

” Begini, akak bagi satu contoh. Katakan kita ingin menilai betapa baiknya model kereta ’BMW’ yang baru dikeluarkan. Model ini sangat canggih dengan kelengkapan teknologi yang tinggi dan menarik. Tapi kereta ini dipandu oleh seorang yang tidak tahu memandu. Dia memegang stereng dengan cara yang salah dan membawa kereta tanpa mengikut peraturan yang ditetapkan. Lalu berlaku kemalangan dan meremukkan kereta. Jadi, siapa yang harus dipersalahkan? Kereta atau pemamdunya yang tidak tahu memandu dengan betul?” Kak Izaty mengjungkitkan bahunya meminta jawapan.

” Sudah tentulah pemandunya yang akan dipersalahkan.” Nurul menjawab ringkas.

” Erm..pandaipun adik akak. Macamtulah dengan Islam. Kita tidak boleh menilai Islam melalui pengikutnya yang tidak mengamalkan Islam secara menyeluruh. Jika kita ingin menilai Islam, maka buatlah penilaian menerusi sumber-sumber Islam yang sahih iaitu Al-Quran dan Hadis Sahih.”

” Ooo. Nurul dah nampak apa yang akak maksudkan. Kalau kita ingin menilai betapa baiknya sesebuah kereta itu, kita kena letakkan seorang pemandu yang cekap, mahir dan mematuhi peraturan memandu serta mahir memegang stereng. Betul tak?” Ada sinar dimata Nurul. Persoalan yang bermain difikirannya kian terjawab. Minatnya terhadap Islam kian mendalam. Tekad hatinya untuk menjadi orang yang berilmu. Dan pastinya semua ini akan disampaikan kepada Christ.

” Betul, sayang. Dalam Islam kita ada seorang model yang paling unggul yang wajar menjadi role model kepada semua orang.”

” Maksud akak Nabi junjungan besar kita?”

” Betul tu. Nabi Muhammad S.A.W adalah contoh teladan yang terbaik. Ini bukan sahaja diakui oleh orang Islam sahaja, tapi oleh orang bukan Islam seperti Michael H.Hart yang menulis buku ” The Hundred Most Influential Men in History”. Michael menyatakan kedudukan teratas, iaitu kedudukan nombor satu jatuh kepada Nabi Muhammad S.A.W.” panjang lebar Kak Izaty menjelaskan. Senyuman manis terukir di bibir merahnya.

’ Wah..hebatkan Islam. Adik tak sabar nak bagitahu Christ. Erm..bagaimana dengan persoalan tentang semua agama menyeru pengikutnya melakukan kebaikan. Tapi kenapa kita perlu memilih Islam. Sedangkan agama lainpun mengajak pengikutnya berbuat baik.” Nurul meneguk air tembikai susu yang masih berbaki. Sesekali dia memandang ke jendela melihat matahari kian melabuhkan tirai. Sungguh indah alam ciptaan Allah untuk hambaNya.

”Banyak pula soalan adik akak ni. Takpe, yang penting kalau tak tahu bertanya. Jangan buat sesuatu amal itu hanya mengikut tanpa mengetahui sebab musababnya dan memahaminya. Bila kita faham, barulah amal kita lebih bermakna dalam hidup kita. Erm..memang semua agama pada dasarnya menyuruh manusia kepada kebaikan dan menjauhi kejahatan. Tapi, adik kena ingat Islam lebih dari itu.”

”Maksud akak?” Nurul memandang kehairanan.

” Islam membimbing kita ke arah cara yang praktikal untuk memperoleh kebaikan dan menghapuskan kejahatan. Islam bukan sahaja mengambil fitrah manusiadan kerumitan masyarakat, tetapi Islam adalah petunjuk daripada Allah yang menciptakan setiap kejadian di alam ini.’

” Adik kurang jelas lagi. Boleh tak akak beri contoh yang lebih praktikal?”

” Erm..ok. Semua agama mengajar mencuri adalah satu perbuatan yang salah. Tapi dalam Islam selain mengajar bahawa merompak itu perbuatan salah, Islam juga menunjukkan cara praktikal bagi menangani masalah ini.”

”Bagaimana?” Nurul mengajukan soalan bertubi-tubi. Perasaan ingin tahunya kian membuak-buak.

” Dalam Islam, kita ada sistem zakat. Dalam Undang-undang Islam menentukan setiap orang Islam yang mempunyai wang simpanan melebihi tahap nisab iaitu lebih daripada 85 gram emas, patut memberi 2.5% daripada simpanan tersebut kepada yang memerlukan pada setiap tahun kamariah. Jadi setiap orang yang berkemampuan mengeluarkan zakat dengan ikhlas, maka kemiskinan dapat dibasmi didunia ini.” Panjang lebar Kak Izaty menerangkannya.

” Betul tu. Baru adik sedar. Sungguh cantik hukum Islam. Tapi bagaimana dengan isu hijab? ”

”Islam melarang keras mencabul dan merogol wanita. Begitu juga agama utama lain. Tapi uniknya Islam ialah Islam telah menetapkan cara yang sangat cantik untuk mengelakkan pencabulan dan perogolan. Syariah Islam menetapkan agar semua wanita Islam berpakaian menutup aurat untuk mengelakkan pencabulan dan perogolan. Dan Syariat Islam menetapkan hukum bunuh terhadap perogol jika disabitkan kesalahan.”

” Tapikan akak, ramai orang bukan Islam menyatakan hukum Islam kejam dan tidak berhati perut.” Nurul menambah, cuba merungkaikan setiap permasalahan yang bermain diminda.

” Erm.. cuba adik tanya pada lelaki bukan Islam, jika ibu atau kakak atau isteri atau adik perempuan mereka dirogol, kemudian dia adalah hakim terhadap kes tersebut, apakah hukuman yang akan diberikannya. Sudah tentu dia akan menjatuhkan hukuman bunuh. bahkan ada yang lebih dahsyat dari itu akan menyeksa dahulu pesalah sebeluh dihukum bunuh. Tapi hukum Islam sangat cantik. Setiap hukuman yang diambil akan diadili seadil-adilnya sehingga terbukti pesalah bersalah. ” Kak Izaty menerangkan dengan panjang lebar. Bibirnya tidak pernah lekang tersenyum menampakkan wajahnya yang berseri.

” Erm..adik tak sabar nak ceritakan kepada Christ. Christ kawan baik adik. Christ banyak bantu adik. Adik mesti bawa dan ajak dia kenal kecantikan Islam. Adik tak nak masuk syurga sorang-sorang. Adik nak bawa Christ bersama.”

” Wah, adik akak dah pandai sekarang. Akak harap adik tak putus asa untuk ajak Christ kenal agama kita. Islam yang sangat indah dan cantik. Dan lagi satu, setiap kali selepas solat, adik jangan lupa doa pada Allah agar dibukakan pintu hati Christ terhadap Islam. Ingat..yang membolak balikkkan hati manusia ialah Allah. Maka pada Dialah tempat kita meminta pertolongan.” Kak Izaty tersenyum puas melihat semangat yang terpamer diwajah Nurul.

” Christ...saya sayangkan awak. Awak kena kenal Islam. Awak kena kenal kecantikan Islam. Saya janji akan kenalkan awal pada keindahan Islam. Awak amanah yang Allah berikan kepada saya. Saya tak akan sia-siakan awak.” Nurul bertekad didalam hati. Dia senyum sendirian. Menantikan hari esok...mengharapkan rahmat dan petunjukMu Ya Allah...

Sajak: Meniti Perjuangan Getir

Meniti Perjuangan Getir.( Karya saya:Dewan Sastera –April 08)


Fajar kian menyinsing,
Memancarkan sinar-sinar harapan,
Buat pencinta keamanan,
Mencari hakikat sebenar sebuah kebenaran..

Sayup-sayup kedengaran,
Suara kanak-kanak merintih sayu,
Menangisi pemergian orang tersayang,
Menjadi pelarian di bumi sendiri..

Si perawan musnah harapan,
Mahkota yang dipelihara,
Dirobek-robek tanpa belas,
Oleh zionis yang bertuankan nafsu..

Palestin,
Esak tangismu tidak dihirau,
Perjuanganmu mendapat tentangan,
Kau digelar pengganas,
Terrorist dan
Kau terus dikecam hebat ..
Oleh kuasa besar Barat..
Yang takut pada bayang-bayang sendiri..

Palestin,
Lambang perjuangan umat,
Kemuncak kezaliman Israel,
Yang tidak pernah puas,
Menyaksikan satu persatu
Nyawa gugur….
Bagai dedaun yang gugur,
Bila tiba musim luruh…

Namun,
Semangat juangmu tinggi,
Terus mara,
Membela tanah air tercinta,
Mengundur jauh sekali,
Kejayaan jiwa merdeka,
Tamparan hebat buat sang penjajah!!!

Sekitar Manuskrip 'Syoknya jadi perempuan'

Assalamualaikum..bertemu lagi hari ini. Hmm. .makin lama, makin sedikit pula yang saya post. Sebenarnya banyak yang ingin di sampaikan. Namun, di sebabkan berkejar untuk menyiapkan manuskrip SYOKNYA JADI PEREMPUAN karya saya bersama Arniwaty Abdullah, saya tidak sempat menyumbang kepada blog ini. Alah, itu sebenarnya alasan. Hanya orang sibuk yang ada masa. Saya kena usahakan juga agar semuanya seiring. Doakan ya.

Bercakap tentang manuskrip SYOKNYA JADI PEREMPUAN, InsyaAllah ini adalah karya ketiga saya bersama PTS Millennia Sdn.Bhd. SYOKNYA JADI PEREMPUAN adalah ilham dari Program Puteri Solehah di bawah Team Bina Insan. Saya dan Arni mengambil keputusan untuk menterjemahkan slot Puteri Solehah dalam bentuk hardcopy. Dengan kata lain sebagai buku motivasi untuk remaja perempuan. Pengasas Team Bina Insan, Ustaz Asri, Ustaz Salleh , Kak Nor(isteri kepada Ustaz Asri)bersama trainer Team Bina Insan, Alang, ukhti Karimah, Abg Zali, Raja Izani, Anuar, adik-adik fasi di Asasi Sains dan semua trainer serta fasilitator banyak menyokong kami dalam usaha pembikinan buku ini. Semoga kejayaan penghasilan buku ini adalah milik bersama dan membantu sedikit sebanyak dalam usaha dakwah dan Islah yang dilakukan oleh Team Bina Insan. Terima kasih semua..

Ralat..huhu

Saya jadi pelik sangat dengan setting masa pada artikel yang saya post. Masanya salah..Hari pun salah..nampaknya saya kena explore lagi agar ralat ini dapat dibetulkan. Kepada pembaca, saya mohon maaf atas kesulitan ini. Maaf banyak-banyak.

Thursday, October 9, 2008

Selamat Pagi

Hmm..sempat lagi nak coret sesuatu kat sini. Sebenarnya, saya ada sesuatu istimewa yang nak dkongsikan. Tapi bukan sekarang. Kalau saya berjaya ambil gambar dan upload di sini, saya akan ceritakan. hehehe..Tunggu...

Hmm.. pagi ini saya akan ke Taiping. Hantar adik saya, Kak Cik ke stesen bas. Dia akan pulang ke KL. Hmmm..sunyi baliklah hidup saya. Tiada teman untuk mengemas rumah, memasak dan bercerita. Saya kan suka bercakap, hmmm...Tapi tidak mengapa, saya masih ada ruang ini dan 'someone' untuk menceritakan apa yang saya nak cerita..nak tahu 'someone' tu siapa? Tunggu.....

Ok, sampai sini dulu. Nanti saya sambung kembali. Jom solat Dhuha dulu..

Wednesday, October 8, 2008

Saya dalam proses belajar

Erm..kepada sesiapa yang melayari blog kesayangan saya ini, saya minta maaf banyak-banyak. Saya masih belajar untuk explore supaya blog saya lebih menarik. Banyak di minda yang hendak dikongsikan. Tapi sedikit-sedikit dahulu ya.. Hati saya terubat kerana dapat berinteraksi di sini..Alhamdulillah, ketenangan itu sudah nampak sinarnya. ..

Antara topik yang saya ingin kongsikan nanti:

* Menulis itu seronok- ( Rentetan hidupku sebagai penulis) : Saya akan menulis secara bersiri.
* Adoi..tumit kasutku patah 5 minit sebelum mengajar
* Bayangkan buku idaman yang ingin di tulis
* Kasihnya emak, sayangnya ayah
* Akademi penulis - banyak mengajar saya
* Pendidik atau pengajar?
* Puteri Solehah
* Team Bina Insan
Dan banyak lagi..tunggu, jangan tak tunggu..
ok, berhenti sekejap. Nak masak. jom tolong..

Sibukkan diri

Saya dalam proses menyiapkan beberapa buah buku untuk PTS Millennia. InsyaAllah novel saya bersama saudari Aimi Nabihah akan terbit pada hujung tahun ni atau awal tahun depan. Kisah kemelut perjuangan seorang gadis Malaysia di Palestin. Tragis..Erm, nak tahu kisahnya? Sama-sama kita nantikan..

InsyaAllah 10 November ini saya akan bergelar seorang guru. Postingnya di Perak. Tapi enggak tahu di mana sekolahnya. Suratnya masih belum dapat. Hanya tahu dari laman web kementerian. Tak sabar nak jadi seorang pendidik. Pengajar dan pendidik berbeza. Nanti kita bincangkan isu ni ya.
Teringat saya pada anak-anak murid di Chong Hwa. Seminggu pertama praktikal di Chong Hwa saya terkena serangan kemurungan. Tapi, kata orang kalau kita datang menangis, kita akan pergi dalam keadaan menangis. Memang saya menangis semasa hari terakhir di Chong Hwa. Dah jadi sayang pada students. Teck Kim, Julia, Shu Ling, Lee Ping, Alia, Aisyah, Shahrul, Choon Yi, Moon Chun, Jaclyn dan semua pelajar 4S2 dan 4A2 tetap dalam ingatan saya(Pelajar yang tidak di tulis namanya, jangan berkecil hati ya, teacher ingat kamu semua, cuma di sini ruangnya terhad). Mereka adalah pelajar pertama yang saya ajar. Sebenarnya banyak yang nak diceritakan pasal SMK(J) Chong Hwa..pelajarnya, guru-gurunya,pengalaman dan pengajaran yang mematangkan saya. InsyaAllah, nanti saya kongsikan. Saya terpaksa berundur sekejap. ..jumpa nanti

Biarkan kesedihan berlalu

Entahlah.. kata orang dengan meluahkan, sekurang-kurangnya bebanan dan masalah jiwa ini akan berkurangan. Memang sekarang saya sedang bersedih. Tapi saya tahu, Allah masih sayangkan saya. Saya sedih, tapi saya lebih tenang dari sebelum ini. Mungkin kesedihan ini Allah bagi supaya saya tidak lupa pada Dia. Bila saya pahatkan Dia dalam hati, saya jadi tenang. Syukur pada Allah.
Saya banyak sibukkan diri agar saya tidak ingat akan kesedihan. Biarkan kesedihan berlalu. Saya berpegang pada hikmah kejadian. Mungkin Allah kurniakan musibah hati agar saya bermuhasabah. Menjadi seorang wanita yang kuat. Sayakan superwoman. Superwoman kena kuat dan tabah bila di uji. Allah uji perasaan saya. Terima kasih Ya Allah. HambaMu ini lebih mengerti bahawa cinta manusia itu tidak kekal.. Cinta Mu Ya Allah kekal abadi..Akan ku pahatkan Kau dalam hatiku, agar aku tidak lagi tergelincir dari landasanMu. Semoga hari-hari yang bakal dilalui menjadikan diri ini lebih matang, bersyukur, dan tidak berputus asa untuk berdoa, berdoa dan terus berdoa....

Rintihan Hati ( saya tengah sedih)

Wahai Hati

Wahai hati,
Tenanglah..

Wahai hati,
Usahlah sedih..

Wahai hati,
Tenang itu lebih mendamaikan..

Wahai hati,
Rawatlah dirimu…

Wahai hati,
Usah sakit lagi..
Kerana sakitnya hati itu,
Sangat sakit,
Sangat perit,
Sangat menyeksakan,

Wahai Tuhan,
Yang Maha Penyayang,
Yang Maha Pemurah,
Yang Maha Pemberi anugerah ketenangan
Yang menganugerahkan sekeping hati,
Yang suci bersih sejak azali,
Tapi kini sudah dicemari,
Dek titik-titik noda,
Yang menghilangkan ketenangan...


Wahai Tuhan,
Tenangkanlah hati anugerahMu ini,
Diri ini kerdil untuk meminta,
Dan terus meminta,
Tetapi tiada siapa yang lebih berkuasa,
Memberikan satu ketenangan,
Yang mahal harganya,
Yang sangat bernilai,
Yang tiada gantinya,
Melainkan diriMu Yang Maha Pencipta,
Seluruh alam....
Maha Suci Engkau Ya Allah......

FLAVIVIRUS

CERPEN- FLAVIVIRUS

“ Airin, kenapa badan kau berpeluh ni. Sampai basah baju ni.” Mardhiah kehairanan. Selalu sangat Airin berpeluh pagi-pagi. Sampaikan basah baju yang dipakai. Cuaca panas tak juga. Masakan dia tidak merasa bahang panas seperti kawannya.

“ Entahlah Mar. Malam tadi satu badan panas. Berpeluh-peluh aku. Dah dekat seminggu macam ni. Erm..tak ada apa-apalah. Biasalah panas malam-malam. Lagipun aku tidur jauh dari kipas. Tu yang jadi panas semacam tu.” Airin menghilangkan keresahan yang melanda di benak rakan baiknya. Dia juga hairan dengan keadaannya. Tapi sekadar membiarkan sebagai keadaan yang biasa. Mungkin kadar metabolismanya tinggi berbanding orang lain. Dia membuat andaian sendirian.

Airin mencapai tuala dan bergegas ke bilik air. Baju yang basah dengan peluh itu dimasukkan ke dalam baldi untuk di basuh. Pantas dia membersihkan diri, menggosok gigi dan memcuci mukanya yang punya sedikit jeragat. Sekali-sekala dia bersin akibat kesejukan terkena air diwaktu pagi. Sejak kecil dia mempunyai resdung atau dalam bahasa perubatannya dikenali sebagai sinusitis. Dia pernah mendapatkan rawatan kampung dan moden untuk merawat penyakitnya itu. Tetapi menurut doktor, sinusitis yang dialaminya adalah jenis kronik. Masalah ini menyebabkan rasa kurang selesa yang berpanjangan. Kadang-kadang dia menjadi tidak selesa dengan cecair yang keluar dari rongga hidung serta sakit pada bahagian muka, tepi hidung dan dahi. Dia pernah mendapatkan rawatan endoskopi hidung yang menunjukkan tanda-tanda radang dalam rongga hidung dengan nanah yang kelihatan jelas keluar melalui rongga sinus. Tapi dia sembuh untuk jangka pendek sahaja. Selepas itu penyakitnya datng kembali. Sejak itu dia mengambil antibiotik, mengelakkan makanan alahan seperti udang, sotong, dan makanan yang akan menambahkan lagi ketidakselesaan pada hidungnya. Namun, apabila terkena air yang sejuk dalam jangka masa yang lama terutamanya awal pagi, alahan pada hidungnya akan menjadi-jadi. Airin, mencapai tuala kecil dan mencuci hidungnya dengan ubat sembur seperti yang disarankan oleh doktor. Perlahan dia menggosok hidungnya. Membelek-belek wajah putih kemerahan miliknya di hadapan cermin. “ Argh.. memang betul kata Cikgu Shahidan, perempuan pantang nampak cermin, habis dibelek wajahnya walaupun ada sebiji jerawat.” Bisiknya perlahan, apabila terkenangkan guru biologinya yang masih bujang itu.

Nasi berlaukkan ayam madu dan pucuk paku goreng dihadapannya tidak langsung membuka selera Airin. Biasanya waktu tengahari begini, adalah waktu kemuncak dia menikmati hidangan dengan penuh berselera. Semua orang akan kalah. Tapi kali ini sangat berbeza. Dia tiada selera langsung untuk menjamah makanan. Sudah beberapa hari begitu. Tidur malamnya juga sering terganggu. Badannnya gatal-gatal dan berpeluh-peluh. Pernah satu malam dia meracau kerana terlalu tidak selesa sewaktu sedang tidur. Kawan- kawan serumahnya membuat andaian Airin sedang frust bercinta. Sejak berpisah dengan Is, Airin banyak mendiamkan diri dan meracau-racau dalam tidur. Kadang-kadang badannya seram sejuk.

“ Ish, Dahsyat juga ya penyakit putus cinta ni. Kalau macamni tak bercinta pun tak apa.” Moon bersuara sinis. Dia rimas melihat keadaan Airin sedemikian rupa.

“ Kau ni, jaga sikit mulut tu. Kecil hati Airin kalau dia dengar.” Wani bersuara perlahan. Timbul simpati di hatinya mengenangkan penyakit aneh yang menimpa Airin. Mardhiah hanya sekadar mendengar sambil jari jemarinya ligat menekan kamus elektronik yang menawarkan 15 bahasa selain bahasa Mandarin, Sepanyol, Italy, Jerman, Korea dan lain-lain untuk melengkapkan tesis bahasa antarabangsanya yang perlu dihantar dua minggu lagi.

Kiriman mesej dari Is tidak di balasnya. Airin mengerutkan dahinya. Perlahan tangannya memicit-micit kepalanya yang sedang berdenyut kesakitan. Handphone Airin terus-terusan berbunyi, panggilan dari Is. Airin mengabaikan panggilan tersebut. Dengan wajah berkerut dia memicit-micit kepalanya berulangkali. Sejak kebelakangan ini kesihatannya sangat terganggu. Kesibukannya mengendalikan Program Semarak Kasih bersama anak yatim dan tugasan serta kuliah menyebabkan dia tiada kesempatan untuk mendapatkan rawatan. Badannya mula seram sejuk seperti biasa yang dialami sejak dua minggu yang lalu. Reseptor sejuk mendominasi deria sentuhan kulitnya. Sekali sekala menyebabkan bulu romanya meregang dan berdiri tegak untuk memerangkap haba. Sejak itu jugalah baju sejuk menjadi teman setia ke hulu dan hilir.

“ Airin, kenapa dengan kau ni. Kenapa tak diangkat hanphone yang sedang berbunyi tu! Nak pecah gegendang telinga aku ni.” Moon meninggikan suara. Telinganya bingit mendengar berulangkali ringtone telefon bimbit Airin berbunyi.

Dengan lemah Airin mematikan telefon yang berdering. Terus menekan butang untuk mematikan telefon bimbitnya. Menyambung kembali memicit kepala yang sakit. Moon sekadar menggeleng-geleng kepala.

*********
Airin menarik selimut menutupi seluruh tubuhnya. Matanya tidak mampu dibuka apatah lagi untuk menampakkan retina yang memantulkan cahaya yang dilihat membentuk imej. Dia sangat tidak berdaya. Badannya kian sejuk. Menggeletar yang amat dahsyat untuk meningkatkan kadar metabolisme bagi mengurangkan sedikit kesejukan. Dia cuba membuka mulut, melontar suara dari peti suara. Namun tidak berdaya. Kepala seolah-olah berat. Sejuk seluruh badan terutamanya tapak kaki dan tangan.

“ Airin, mari makan sikit. Jangan biar perut tu kosong. Nanti lagi sakit dibuatnya. Lupakanlah Is tu. Kau buat macamni bukan dia ambil berat pun.” Wani membebel sendirian sambil tangannya menatang dulang berisi bubur nasi dan air susu. Airin tidak mampu menjawab. Suara yang keluar dari peti suaranya tidak jelas kedengaran. Seolah-olah dia sedang meracau.

“ Eh Airin, kenapa dengan kau ni. Meracau-racau. Badan menggeletar. Ya Tuhan, panasnya badan kau.” Pantas Wani cuba merasa leher dan kepala Airin. Panas. Wani menarik selimut yang lebih tebal menutupi tubuh Airin. Dia tahu, orang demam biasanya sejuk didalam tetapi panas diluar. Namun, dia tidak pernah berpengalaman berhadapan dengan kepanasan badan yang begitu tinggi seperti dialami oleh Airin. Fikirannya runsing. Perlahan-lahan dia mencampakkan perasaan yang bukan-bukan jauh-jauh.
“ Moon, Mar cepat. Tengok Airin ni. Panas sangat badannya. Meracau-racau. Cepat!!! Risau aku.” Wani separuh menjerit. Tangannya mencapai tuala kecil, meremdam ke dalam air asam jawa. Lalu di tuam pada kepala dan leher Airin. Hanya itu yang dapat difikirkannya di saat kecemasan itu. Petua itu adalah petua turun temurun untuk merawat demam panas bagi menurunkan suhu badan yang diajar oleh neneknya.

“ Ish.. aku rasa Airin ni bukan sebab demam. Macam kes dibuat orang je. Meracau-racau. Satu badan menggeletar.” Moon bersuara. Tangannya menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Dia yakin semua gara-gara putus cinta dan Is yang menghantar ’ benda’ kepada Airin agar Airin tidak melupakannya.

“ Ish..ke situ pulak kau ni. Cuba jangan buruk sangka kalau tidak ada bukti. Siapa pulak nak buat Airin macamni. Dia tak pernah buat tak baik kat orang. Takkan ada orang sanggup buat dia macamni.” Mardhiah cuba membetulkan keadaan. Moon bungkam. Tidak bersuara.

“ Eh sudahlah tu. Jangan nak bergaduh. Cepat kita bersiap. Kita hantar Airin ke hospital. Mak aku cakap demam panas tak boleh buat main. Kena cepat berubat.” Wani bersuara sambil memakaikan Airin baju tebal. Mardhiah turut membantu. Perlahan mereka menyarungkan baju itu ke tubuh Airin. Tubuh Airin memang tidak berdaya langsung. Sekadar menurut perlakuan rakannya.

“ Entah betul ke tidak demam panasnya. Ni mesti kena buat dengan si Is tu. Tulah aku cakap, bercinta tu bermain dengan api.” Moon separa berbisik. Berlalu pergi untuk menukar pakaian.

*******

“ Kami terpaksa tahan Cik Airin beberapa hari di hospital. Suhu badannya 40 darjah celcius. Sangat tinggi dan membahayakan. Demam Cik Airin lain dari yang lain. Biasanya dalam keadaan normal, kadar nadi biasanya akan meningkat dengan ketinggian suhu, namun kes Cik Airin berbeza. Peningkatan nadi tidak selari dengan peningkatan suhu. Tambahan pula matanya merah dan terdapat kelenjar limpa yang membengkak di bahagian leher. ” Panjang lebar Doktor Ghaffar menerangkan.

Ibu Airin masih teresak-esak menangis. Mardhiah cuba menenangkan. Wani cuba memahami apa yang disampaikan. Moon masih belum berpuashati dengan keputusan penyakit Airin. Dia masih tetap dengan telahannya bahawa Airin terkena buatan orang. Ayah Airin cuba bertenang. Namun masih terpancar kerisauan diwajahnya.

“ Doktor, boleh kami tahu apa sebenarnya penyakit anak kami?” Ayah Airin bersuara. Tidak mampu menyimpan kerisauan yang terpahat dihati.

“ Setakat ini, kami mengesyaki Cik Airin mengalami demam denggi. Namun, mungkin juga malaria. Jadi kami perlu mengambil ujian darah untuk mendapatkan keputusan yang sebenar. Oleh itu, Cik Airin perlu dikuarantinkan di wad khas. Saya bimbang penyakit ini akan berjangkit sekiranya terdedah kepada gigitan nyamuk aedes kerana virus yang terdapat dalam darahnya boleh menjangkiti orang lain.” Doktor Ghaffar meneruskan penerangan sambil membelek maklumat perubatan Airin.

Wani menunjukkan riak wajah berfikir. Berkerut dahinya. Wani memang suka berfikir dan kaya dengan ilmu. Hobinya yang suka membaca banyak membantu kehidupannya. Jauh disudut hatinya dia berharap Airin sekadar demam denggi biasa sahaja. Kalau demam denggi biasa, Airin akan sembuh dalam tiga atau empat hari sahaja. Namun dia risau sekiranya Airin dijangkiti demam denggi berdarah. Dia teringat rakan karibnya Suraya. Suraya meninggal dunia disebabkan demam denggi berdarah. Suraya mengalami komplikasi pernafasan yang teruk dan pendarahan semasa membuang air besar. Selepas beberapa hari mengalami demam berdarah yang tinggi, dia pengsan. Ibu Suraya yang sarat mengandung turut pengsan kerana terkejut dengan perubahan mendadak Suraya. Tekanan darah Suraya turun dengan drastik. Namun, apa yang tidak dapat dilupakannya ialah apabila melihat pendarahan berlaku dimana-mana termasuk hidung. Semasa Suraya batuk, keluar darah dari mulutnya. Air kencingnya juga turut mengandungi darah. Menurut doktor ini berlaku kerana sel platlet iaitu sejenis sel yang menghalang pendarahan berlaku menurun ke paras yang amat rendah. Tahap platlet itulah menjadi ukuran dan tanda penting kepada perubahan keadaan pesakit. Perlahan air mata Wani menitis mengenang saat akhir hidup rakan baiknya, Suraya. Tubuh Suraya kebiruan dan pergi menghadap Ilahi setelah diuji olehNya. Air mata Wani kian laju menuruni pipinya. Dia tidak mahu Airin mengikut jejak Suraya. Dia sayangkan Airin. Ibu dan ayah Airin juga sayangkan anak tunggal mereka ini. Mereka semua sayangkan Airin.

................................


“ Cik Airin, macamana hari ini?” Doktor Ghaffar tersenyum sambil menyemak rekod kesihatan Airin.

“ Alhamdulillah, semakin baik. Suhu badan saya pun dah turun. Cuma ruam merah masih belum hilang.” Airin melemparkan semanis mungkin senyuman buat doktor yang merawatnya.

“ Oh, jangan bimbang ruam merah tu.Ruam, bengkak pada tapak kaki dan tangan akan hilang dalam 2 hari lagi. Setakat ini, kami perlu menahan Cik Airin dalam tempoh 2 hari lagi. Flavirus telah menyerang Cik Airin. ”

“ Flavivirus?” Airin seolah-olah kurang mengerti apa yangdimaksudkan.

“ Ya, flavivirus. Sejenis virus dari nyamuk aedes sebagai vektor. Virus ini telah disuntik kedalam tubuh Cik Airin dan sudah selamat mengalami tempoh pengeraman. Flavivirus yang memasuki badan seseorang akan mengalami replikasi dengan kadar yang cepat semasa tempoh pengeraman. Apabila kuantiti mereka sudah banyak, badan pesakit


mula mengeluarkan tindak balas dengan mengeluarkan antibodi bagi melawan virus tersebut. Namun, dalam masa yang sama, semasa proses aktiviti perlawanan antara antibodi dengan virus ini berlaku, bahagian-bahagian tertentu dalam badan juga menerima akibat daripada proses tersebut.”


“ Boleh saya tahu, apa tujuan doktor mengambil darah saya sebelum ini?”

“ Erm.. darah yang diambil adalah untuk ujian tahap platlet. Salur darah menjadi separa telap yang boleh mengakibatkan isipadu cecair dalam darah dan badan menurun dengan mendadak sekali. Akibatnya sel platlet juga menerima akibat yang sama, iaitu menurun dari aras yang normal. Jadi ujian darah itu adalah untuk menguji aras platlet bagi menilai keadaan pesakit.”

“ Erm.. doktor bagaimana dengan rawatannya. Setakat ini, saya tidak diberikan apa-apa ubat. ” Airin ingin mendapatkan kepastian.


“ Setakat ini, masih belum lagi dijumpai ubat yang spesifik untuk merawat dan membunuh virus tersebut. Rawatan yang Airin jalani hanyalah bersifat memastikan komplikasi yang bakal hadir dapat ditangani dengan baik. ”

“ Maksud Doktor, virus yang terdapat di dalam badan kita akan dimusnahkan oleh antibodi yang terhasil secara semulajadi?” Wani bersuara setelah sekian lama mendiamkan diri. Selepas Airin di serang sakit, dia banyak mencari maklumat di internet tentang kemungkinan penyakit Airin. Dia tidak percaya dengan dakwaan Moon bahawa Airin terkena buatan orang.

“ Ya tepat sekali. Airin perlukan infusi sel platelet bagi meningkatkan kadar platelet dalam darah agar tiada pendarahan dalaman berlaku melalui larutan cairan badan seperti ’ranger lactate’ . Airin perlu minum air yang banyak dan air kencing Airin diambil untuk pemeriksaan kandungan platelet. ”

“ Airin, kau kena pastikan kau dehidrasi betul-betul, takut nanti ada masalah pada buah pinggang.” Wani menambah sambil tersengih memandang Doktor Ghaffar.

“ Wah, nampaknya lepas ni saya kena letak jawatanlah. Ada doktor pakar baru namapaknya.” Doktor Ghaffar bersuara sambil ketawa menampakkan barisan giginya yang putih.

“ Eh doktor, jangan cakap macam tu. Tiba-tiba saya jadi malu pulak. Tapi yang pasti Cik Moon, kawan kita ni bukan terkena buatan orang. Tapi buatan nyamuk aedes.” Wani berseloroh sambil menjeling ke arah Moon.

“ Yerlah. Aku yang salah faham. Airin, Moon minta maaf. Moon fikir bukan-bukan pasal Airin dan Is. Maafkan Moon ya Airin.” Moon menundukkan wajahnya sambil tangannya dihulurkan kepada Airin.

“ Airin maafkan. Terima kasih jaga Airin selama ini. ” Airin menyambut salam Moon sambil melemparkan senyuman yang manis. Wajahnya masih pucat.

“ Jadi lepas ni, kamu semua kena berhati-hatilah duduk dekat taman perumahan tu, bukan takut terkena buatan orang, tapi takut terkena buatan nyamuk!!” Ayah Airin bersuara diiringi deraian ketawa semua orang. Moon masih tersipu-sipu malu.

Alhamdulillah..Akhirnya

Syukur kepada Ilahi akhirnya dapat juga saya bergelar seorang blogger. Sebenarnya dah lama saya nak kongsikan semua ini di sini. Mungkin inilah masa yang sesuai. Terima kasih kepada saudari Aimi Nabihah kerana memperkenalkan saya dengan dunia seorang blogger. Terima kasih sahabat. Untuk yang seterusnya, saya akan 'explore' sendiri. Kata orang, kalau nak belajar biar kita yang 'explore' atau teroka dengan sendiri. Baru pandai. ..Chaiyok2

Ya Tuhan

Ya Tuhan,
Keindahan bersamaMu lebih ternilai,
Kasih sayangMu lebih bermakna,
CintaMu adalah lebih hakiki,
Dari hakikat cinta manusia
Yang penuh dengan kepalsuan..

Ya Tuhan,
Munajatku hanya untukMu,
Telah ku pahatkan Engkau di hatiku,
Telah ku ukirkan namaMu di hatiku,
Sesungguhnya Engkaulah teman hati
Yang setia tiada tandingnya.

Ya Tuhan,
Andai aku tergelincir dari landasanMu,
Bimbinglah aku,
Berikanlah petunjukMu,
Moga aku menyedari hakikat sebuah ketenangan
Ketenangan yang hanya datang
Apabila aku sujud kepadaMu.

Ya Tuhan,
Kuatkanlah semangatku ini,
Agar tidak tertipu dengan mainan dunia,
Agar terus kuat memikul amanahMu,
Agar kental menghadapi dugaanMu.

Perasmian seharum doa bersulam cinta


Alhamdulillah. Syukur kepada IlaHI, akhirnya tercapai juga impian untuk bertemu dan berkongsi sesuatu dalam ruangan ini. Moga ia memberi manfaat. Amin..Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, saya rasmikan BLOG INI: SEHARUM DOA BERSULAM CINTA