Sunday, January 31, 2010

bekerjasama.....

mengukir sejarah menolak bas di kota bharu disaksikan ramai manusia disekelilingnya..hehehe..bas rosak..menguji kesabaran para guru..hehehe..yg lg bestnya, hanya 2 orang sahaja cikgu lelakinya yg ikut rombongan..cikgu azmi dan cikgu bazli..yg lain, para superwomen....lenguh tangan menolak basnya..

tp sy belajar sesuatu:

bila terdesak, perasaan malu tidak bertempat itu akan lenyap sekelip mata..

bila susah, secara tidak langsung, semangat kasih sayang dan kerjasama terjalin secara tidak langsung..

walaupun letih..

Friday, January 29, 2010

short notes

3 minit untuk mencoret..
sambil menahan kesakitan dikaki akibat terkena paku payung kerana kelalaian diri sendiri..hehehe..

puas dpt mengemas bilik selepas pulih..

sekejap lg 2 org anak akan dtg untuk menuntut ilmu kimia yg best..hehe..sekarang dah mabuk kimia..

dan apabila anak-anak pulang, sy akan berangkat ke terengganu mencari seseorang..hehe..bukan seseorang, tetapi ramai orang..berbelit sungguh ayatnya.. lawatan bersama cikgu2 ..terengganu dan kelantan..

sebenarnya agak keberatan nak pegi..

tapi..

mungkin ini salah satu cara pengikat silaturrahim antara cikgu2 senior..almaklumlah..sy bukan penunggu tetap bilik guru..asyiknya bertapa dimakmal bersama bahan kimia dan lab apparatus dan pastinya dengan kakak2 yg best dan baik..hehehehehe

gpun, sejak jadik ketua panitia ni, adalah alasan yg lebih kukuh untuk terus kekal berada di makmal..

selamat bercuti dengan seronok aini..jangan ada rasa keberatan lagi..pasang niat yg baik-baik..

Ya Allah, mudahkan urusan ini..sihatkan tubuh badan ini..kuatkan iman dihati...mudahkan perjalanan..

amennn

Thursday, January 28, 2010

!!

emis
fail panitia
register
hehehehee

Tuesday, January 26, 2010

demam di hari matang....

lama tak menulis disini..disaat menulis disini, usia sy sudah 25thn 5 hari...waktu yg paling sesuai untuk berumah dan bertangga..terima jer msg bufday, ramai yg tnya tentang rumah dan tangga..huhuhu...no komen...juz pray for it...

hari matang, menguji ketahanan diri sy..demam..sakit tekak, selsema, batuk..tp kna juga ke sekolah..sebab, kerjanya tak selesai2...huhuhu...mak cakap sy memang sejak kecik lagi bila bufday tiba akan diserang demam..huhu..wani ckp sebab nak hapuskan dosa-dosa kecil menjelang hari tua...

dalam smua sibuk2...sy sgt terharu dengan keikhlasan mama dhini dan dhini menyiapkan makaroni bakar untuk hari matang sy..huhu...dalam tersedu sedan dgn suhu badan yg tinggi sikit dr normal, maka bergambarlah sy dgn makaroni bakar hadiah dr mama dhini.. apa yg dapat sy nilai dr gambar itu: sy semakin temban..pipinya kembung wlaupun demam..hehehe...mata lebam sebab asyik berair jer menahan kepanasan badan...tp nak ngaku jugak...sy tetap comelllll...

buat kak ilya, time kasih, memang sedap makaroni bakar tu...suspeklah aini..hehehe

arni, ida, nani, kak lela, kak lily, encik meor, dan semua yg mengingati diri ini...time kasih banyak2..

buat lin yg telefon dr ireland sebab nak wish kak Nurul, time kasih lin sayang..

buat farhana yg bergelut dgn exam untuk jd doktor farhana, time kasih sebab ingat sy lg..

buat mak, ayah, mak teh, adik-adik kak long, terima kasih untuk pemberian penuh kasih sayang...

hari lahir kali ini sbnrnya membuatkan hati gundah gulana menyambutnya..sama rasanya waktu bufday yg ke23 dahulu..rasa mcm dah tua...huhuhu...rsa mcm tak nak tiba tarikh tu..

Ya Allah, moga umur yg Kau berikan ini sentiasa mendapat keberkatan dariMu..Amennn

Tuesday, January 19, 2010

SIAPA PANDAI????

Siapa yang pandai???
Lewat tusyen tadi, hanya tinggal si kecil Ain.. arieff, Alya, tohira, Sofya, Syahril semua sudah selamat diambil oleh ibu dan ayah masing-masing.. Jd si kecil Ain ini memnta izin sy untuk menekan calculator yng ditekan oleh Arief sebentar td.. Hmm..sy tahu, dari td dia kempunan nak menekan calculator macam si Arif yg sudah sekolah menengah.. Ain ni baru darjah 2. Jd benda tekan-tekan ni pastinya menarik perhatiannya. Makanya sy izinkan dia mencuba menekan nombor-nombor pd calculator..

Lalu bermulalah operasi tekan menekan.. Satu tabiat ain yg dapat sy kesan selama mengajar dia 2 minggu ini ialah, dia suka membaca dgn kuat sekali.. jd sy pun terdengarlah sebutan nombor-nombor yg besar dr mulutnya.. 100+200+600 = 900..
“ Teacher, 100+200+600 = 900 kan teacher?”
“ betul.” Saya menjawab ringkas sambil menanda buku si bijak Ariff..
“ hmmm..teacher, calculator ni pandai kan teacher.” Ain masih kusyuk menekan calculator idamannya itu.
“ Hmm..pandai.. tp, siapa ya yang buat calculator?”saya menyoal spontan..
“ orang..” Ain menjawab antara keliru..
“ orang ke calculator yg lg pandai?” sy menguji..
“ Hmmm..orang..’ Jawapannya masih seperti orang keliru..
“ orang tu siapa” Sy masih menyoal..ingin menguji..
“ ain….” Diaa teragak-agak menjwab..hmmm..memang bijak jawapan tu..tp nada suaranya masih tidak yakin..
“ jd ain atau calculator yang lg pandai?” Sy terus menguji..
“ Ain..” nadanya masih mendatar..
“teacher nak Tanya betul-betul ni..Ain atau calculator yg lagi pandai?” Nada sy sedikit tegas..sy memandangnya sambil tersenyum..
“ Ain!!” sedikit bersemangat dia menjawab..moga berhasil doktrin sy untuk si bijak Ain..: kita lagi hebat dari calculator..jgn bergantung pd benda tekan-tekan itu.”
Belum sempat sy menyelit tentang manusia dan Tuhan, ayah ain sudah menanti di depan pagar..makanya terpaksalah sy melepaskan ain pergi tanpa menyoal,
Siapa yang jadikan manusia?
Jawapannya : Tuhan
Siapa yg lagi hebat?
Tuhan
Kita kena ikut arahan siapa?
Tuhan..
“ ini doktrin yg dipostpone untuk malam esok..insyaAllah..

Saturday, January 16, 2010

brain..brain..brain!!!!

ALHAMDULILLAH..

berjaya jugak siap artikelnya sebelum jam 12 malam..

used both of your brain..

guna 2-2 otak
kiri dan kanan
hidup saling berpasangan,
hidup saling melengkapi,
menampung kekurangan
memperkasakan kekuatan..

Seorang saintis itu mampu menjadi seorang penulis kreatif, kaunselor(biarpun tidak ditauliahkan, seorang guru mahupun seorang insan biasa yang berfikir secara luar biasa..otak anugerah istimewa buat makhluk bergelar manusia.. kapasitinya melebihi kapasiti sebuah komputer..namun, adakah kita sudah berjaya mengkoreksi kedua-dua belah otak kiri dan kanan ini untuk sedia berkhidmat dan memberi?????

peringatan untuk diri sendiri....

Friday, January 15, 2010

hidup mesti diteruskan...

melengkapkan apa yg tak lengkap..

hidup yg penuh cabaran

hidup yg tercabar

hidup yg mencabar

hidup cabar mencabar

cabang yg berbeza, makna yg tidak serupa...

hakikatnya, seperti kata seseorang " hidup mesti diteruskan"

moga pengakhiran yg baik...

Wednesday, January 13, 2010

SY KUATTTTTTTTTTTTTTTTTTTT

KUAAAAAAAAAAAAAAAAAATTTTTTTTTTTTTTTTT

Monday, January 11, 2010

huhuhu

badan sgt letih
hati sgt suka
masa penuh saja

Sunday, January 10, 2010

risau..

Disaat ini sy sgt risaukan semangat anak-anak sy esok..untuk mereka menerima rombakan semula kelas mengiut aliran yang ditetapkan oleh pihak pentadbiran. Sy hanya mampu berdoa..jika ini yg dicaturkan, moga ia adalah yg terbaik yg diilhamkan oleh Allah melalui pentadbiran kpd anak-anak tingkatan 4.

Yang pasti selepas rombakan, sy akan menerima lg banyak cabaran..smua anak-anak kelas sy lelaki..yg lebih mencabar…yg selalu dikejar oleh guru disiplin..yg selalu dipanggilibubapanya ke sekolah.. namun, sy masih berharapan tinggi, mereka sebenarnya masih punya harapan untuk dididik, dibimbing…jika kena caranya..semoga sy menjadi orang yg penyabar menghadapi kerenah mereka.. step by step..tegas, serius namun ada sentuhan psikologi disitu..moga Allah mudahkan..Ya Allah mudahkanlah.. bagi anak-anak sy dahulu yg perlu berpindah ke kelas lain, sy doakan agar mereka tidak berputus asa..
Risaunya sy untuk melihat reaksi mereka esok..takut mereka tidak dapat menerima hakikat tentang rombakan kelas yg akan berlaku..

moga mereka dapat yg terbaik..amen

Saturday, January 9, 2010

hubby baru

Alhamdulillah..disaat ini sy merasakan sgt tenang..dipermudahkan urusan..grak kerja sebagai guru kelas biarpun bermasalah,namun hati sy masih kental..tugas sebagai ketua panitia kimia masih lg tidak merunsingkan..biarlah perasaan tenang dan dipermudahkan ini dianugerahkan berterusan..Moga Allah tidak membolak balikkan perasaan ini..

Kehidupan harian berjalan lancar. Akhirnya Berjaya juga sy memiliki sebuah netbook untuk p & p yang lebih berkesan kelak.. moga kehadiran hubby baru ini memudahkan urusan penulisan sy..hubby 2021 sudah sebati dalam hidup sy. Harap hubby baru ini akan sebati juga dalam hidup saya untuk diusung kemana kemari memcurah khidmat bakti.. hehe..tugas pertama hubby baru ialah mengeluarkan tulisan berkenaan senarai nama pelajar kelas sy...

Wednesday, January 6, 2010

'PriNsIP mEmBerI (*_^)

Pagi subuh-subuh tadi dapur sudah berdentum dentang(entah betul ke tak ayat bm nye ni..heheh)..dengan nasi yg tak habis malam td, maka berjaya juga sy membuat nasi goreng org single..hehehe..lalu dibekalkan ke sekolah..sekarang ini jarang sekali singgah ke kantin..kalau bawa bekal, boleh makan lebih kerap..sy jenis yg makan sikit-sikit tetapi kerap..maka ini adalah jalan yg lebih baik untuk kebajikan perut.hehehe

Disini sy ingin menunaikan 1 permintaan dari kawan baik sy..yg memohon agar dikongsikan tips untuk menyimpan duit..katanya menyimpan duit untuk berkahwen..sungguh semangat dia ingin mengetahui tips ini..sy pun tidak tahu kenapa sy yang disoal tentang bajet ini. Sy bukan pandai sgt menyimpan duit ni.. tp tak mengapalah..tak baik menghampakan harapan orang..lagipun apa salahnya berkongsi sebaiknya apa yang kita tahu..mengikut prinsip untuk mengekalkan konsep ‘memberi’.. InsyaAllah, akan sy kongsikan apa yang termampu..peringatan untuk diri sendiri sebenarnya..

1- Setiap bulan, jangan lupa rangka belanjawan secara detail..berikan keutamaan kepada perkara yg WAJIB seperti kereta, rumah, takaful, tabung haji, mak ayah, zakat, ptptn dan apa shj hutang berkala dilangsaikan.
2- Adakan 1 akaun simpanan tetap..boleh potong gaji untuk tabung haji..kalau nak harap kita masukkan sendiri, kadang-kadang tu terguna..berdasarkan pengalaman ler..(^_*)
3- Mungkin kita boleh melabur wang kita secara bulanan sebanyak rm100 sebulan..dengan permulaan pelaburan RM1000, saya cadangkan di PUBLIC MUTUAL ( skim ini dikawalselia oleh Suruhanjaya Sekuriti melalui Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 dan garis Panduan untuk Dana-dana Unit Amanah bank Negara Malaysia- pendapatan konsisten, halal dan diberkati)..melabur bermakna kita memberi amanah kepada pihak tertentu untuk menggunakan wang pelaburan kita untuk perniagaan dan perusahaan..Pastinya risiko yang dihadapi juga berbeza..makanya, jika takut menanggung risiko, adalah baik memilih skim unit amanah yg dikawal oleh sekuriti diatas..
4- Kemudian, buat bajet harian..keperluan rumah, barang dapur..
5- Elakkan selalu makan diluar..sebenarnya, bila memasak, banyak wang yg dapat dijimatkan..disamping terjamin kebersihannya..dan dapat bekalan ilmu rumah tangga..practice make perfect..heheh..kawen nanti, tutup mata pun boleh masak..hehehe
6- Sebenarnya, disiplin diri yang utama..untuk kita terus menyimpan untuk masa hadapan..

Terimbas kembali kenangan sewaktu menjaga SPM tempoh hari.. Sy dan ida bersama cikgu Ayub, cikgu hadi, cikgu azman, ustaz amin, cikgu hadi dan penyelia kawasan berbincang mengenai seorang pemilik pasaraya yang beragama Islam..dia bermula dengan berniaga kain dari sebuah rumah ke sebuah rumah..kemudian dibukanya sebuah kedai, lalu rezeki bertambah, dibinanya pasaraya dan kini dia memiliki 50 buah pasaraya diseluruh Malaysia..

Lalu sy secara spontan bertanya..
“ Dia buat mcmana sampai jd begitu sekali?”
Lalu dgn spontan juga cikgu ayub menjawab.. “ Dengan berzakat..zakat kan membersihkan harta..zakat tu akan menggandakan rezeki kita..beri 1 Allah balas 10..dgn niat kita ikhlas..”

zakat..zakat akan membersihkan harta kita..memudahkan rezeki kita..tanpa di duga, ada sahaja rezeki datang..kerana janji Allah, jika kita memberi biarpun sedikit, akan Allah gandakan rezeki kita tanpa diduga…dgn niat dihati dijaga…

7- Bersama-samalah kita mencari keberkatan rezeki.. memasang niat untuk menyempurnakan agama dan rukun..jika ada azam, usaha, doa dan tawakal, pastinya pertolongan Allah mengiringi..
8- Ingin sy kongsikan kata-kata dr seorang rakan ;

“ Kita memang tidak ada masa lapang jika kita tidak melapangkan masa yang ada, kita juga tidak akan mencapai kebebasan kewangan sekiranya kita tidak memperuntukkan wang yang ada untuk mencapai matlamat kebebasan kewangan..”

Monday, January 4, 2010

(^_^)

Sy baru usai tusyen untuk Tohirah, Sofya dan Syahril..Teringat panggilan telefon dari kak nab tempoh hari..

" Aini, bila nak mula tusyen ni..anak-anak akak rindu dekat cikgunya..Malam ni boleh?"

Huhuuhhuu..terharu sy mendengarnya..sy pun rindukan anak2 sy ini..walaupun mereka masih kecil, tapi sy selesa berkongsi rasa dengan mereka disaat sepi menyapa di waktu malam..sy tidak suka sendirian..sy suka suasana yang meriah dengan wujudnya benda hidup- living thing( hehehe..baru ngajar tohirah bab ni tadi.)

hari ini sy belajar nilai untuk memberi...bila kita beri, biarpun pertolongan yang kecil, Allah akan gandakan berganda-ganda nilai yg tak ternilai kepada kita...susah nak cerita..tp memberilah ...tidak semstinya wang ringgit..cukuplah sekadar pertolongan, kederat, senyuman, maklumat, idea dan macam-macam yang boleh diniatkan sebagai sedekah....

Sunday, January 3, 2010

pERmuLAAN YANG bARU..

Esok sesi persekolahan 2010 akan bermula.. Apa yang baru??? Kalau dahulu masa zaman belajar, tiba sesi awal persekolahan, maka macam-macam yang baru..tidak sabar rasanya untuk bertemu dengan rakan-rakan..bercerita tentang itu dan ini..inilah perasaan yg dirasai anak-anak sy..jadi sy harus bersedia untuk mendengar suasana riuh rendah anak-anak yg sudah lama tidak bertemu.,… Namun bagaimana perasaan sy sekarang sebagai seorang guru yang akan melangkah ke sesi baru.. Perasaan yang sukar diungkapkan..rasa macam-macam..sekali sekala berdebar.. menanti hari-hari mendatang dengan penuh tanggungjawab, usaha keras yang bakal di nilai “ Yang DiAtas..”

Saya memilih tema biru bagi memulakan hari pertama esok bersama anak-anak.. Biar saya tenang dalam apa jua keadaan..Biar sy cantik dalam setiap keadaan..biar sy masih comel dalam setiap tindakan..Tahun ini sy diamanahkan menjadi guru kelas 4 Bahagia..moga saya bahagia bersama mereka..dan pastinya sama juga mahukan mereka bahagia bersama sy..

Hakikatnya sy sedikit ralat kerana tidak dapat membawa kelas 3RK dan 3Bahagia bagi sesi PMR tahun ini..2 kelas ini adalah harapan sy untuk melihat hasil P&P sepanjang sy mengajar mereka..Sy teringin bersama mereka mengharungi detik-detik menyambut kedatangan PMR pada tahun ini..namun, Allah telah mencaturkan yang lebih baik. Sy harus redha untuk berbakti kepada kelas yg telah dicaturkan.Sesi kali ini sy menjadi guru Science form 1 dan 4 serta Chemistry Form 4. Tidak sabar rasanya untuk meluahkan segala ilmu didada..membimbing diri dan anak-anak menjadi ‘manusia’…

Semangat itu kadangkala ada turun dan naiknya..Hakikatnya pengaruh sekeliling byk menyumbang kepada mood dan semangat…

Nak kongsi sikit tip nak jadikan sepanjang hari tu dalam mood yg best…harap menjadilah..huhu..

1. Bangun awal pagi. Kalau sempat, tahajud dlu..lepas subuh susuli dengan al-mathurat..sedekah alfatihah untuk Nabi SAW dan para sahabat, mak, ayah, bakal suami, cikgu2 yg pernah mendidik kita, anak-anak didik yg dahagakan ilmu, para pejuang agama Allah, muslimin dan muslimat yg masih hidup mahupun yg telah meninggal dunia..
2. Waktu mandi pasang niat..segar sepanjang hari..untuk berbakti..untuk memberi…
3. pilih baju yang paling cantik..tgk cermin..pasang niat baik lagi…jadi org yang paling cantik…
4. sarapan pagi..walaupun sedikit..
5. Keluar dari kenderaan dengan senyuman.. Senyum pada semua orang..beri salam pada semua orang yang berselesih..
6. Positif dalam apa jua keadaan..Jangan marah-marah.. Istigfar banyak2
7. Setiap kali ditimpa musibah, fikir positif..cakap pada diri benda-benda yg positif..
8. Jangan cakap keburukan orang lain.
9. sediakan dalam handbag diari kecil untuk listkan perkara yg penting..agar tak lupa dan lebih tersusun..
10. JANGAN BUANG MASA..
11. 3 minit sebelum mula P&P bagi sikit semangat kat anak-anak…manusia kan semangatnya turun naik..kena sentiasa diupdate..
12. BUAT BAIK DIBALAS BAIK.,…


MOGA 12 PESANAN UNTUK DIRI SENDIRI INI DIAPLIKASIKAN DENGAN PENUH SEMANGAT DAN JANGAN INGKAR…Hehehe..