Tuesday, June 23, 2009

haha..tension..

Hati saya tidak tenang.kalau ikut perasaan nak je saya menangis puas-puas. Tapi rasa hati dah kebal.. nangispun bukan selesai masalah. Tambah duduk sorang macamni. Saya teringat balik nak jadi superwoman. Sekarang ni saya sibukkan diri saya. Supaya tidak memikirkan masalah hati yang remeh ni. Kalau difikirkan sangat memang terasa sakit sangat hatinya. Baik tak payah fikir.

Sekarang saya sibukkan diri dengan tulis banyak artikel. Alhamdulillah artikel dan cerpen saya keluar pada bulan ni(june) untuk Dunia Sains- hargailah udara, dan Kisah bulan ini- Buna, Bab, bib..Syukur.. Sebahagian duit honarium artikel ni, saya gunakan untuk beli ubat batu karang ayah. Ayah kena batu karang. Ayah sepatutnya kna laser untuk hancurkan batu yang ada dalam buah pinggang ayah. Tapi ayah tak nak. Ayah takut. Saya cakap dekat ayah ‘ Dulu, kak long kena bedah, ayah cakap kak long kuat, kak long boleh, kak long akan selamat.. Tapi sekarang kenapa ayah takut…’ Sebenarnya saya tahu, ayah bukan takut…tapi ada perkara lain yang ayah fikir… ayah mana boleh duduk senyap lama-lama…Dalam sakit-sakit pun ayah nak buat kerja…Dalam sakit-sakitpun ayah akan ambil berat kisah hidup kak Long.. Ayah nak serap semua tekanan yang kak long alami.. Kak long sayang ayah..kak long sayang mak..mak, ayah, terima kasih sebab bagi kak long buat keputusan lagi.. Tapi kak long takut tersalah buat keputusan…..

Kak long tak nak ayah serap tekanan kak long..biar kak long serapkan tekanan ni dekat blog ni… kak long pun tak nak simpan.. LEpas buka sekolah ni, saya saja padatkan jadual.. Setiap malam sy buka kelas tusyen..sekolah pulak sampai pukul 4:30 dan adakalanya lebih dari 5 petang kecuali Isnin..Selasa-contact time dan kelas tambahan untuk kelas 2RK, Rabu-koko, khamis kelas tambahan 3PD, Jumaat-kelas EMS sampai pukul 5 ptg..pastu cabut balik rumah kalau tak ada program..

Bila jadual dah padat, tak adalah penyakit kesunyian saya datang..sehinggakan saya teringatkan sesuatu yang tak patut diingat…Naikkkan motivasi diri AINI!!!!

Dan sekarang saya tambah shift sampai ke malam.. ada parent hantar student ke rumah untuk tusyen..Saya kan nak jadi suprwoman..mesti boleh buat.. Yang penting jaga kesihatan, makan n tidur yang kualiti walaupun sekejap….Jadi cuti ni saya kna siapkan semua JSU, SOALAN UJIAN SELARAS, HEADCOUNT, KERJA-KERJA PENGURUSAN YANG TELAH DI LISTKAN..

Saya perasan satu tabiat saya..saya suka buat kerja pagi-pagi sebelum pegi sekolah… kalau boleh semua nak buat masa tu..rasa berkualiti sangat masa tu.. Tapi bila sampai sekolah, bila pagi-pagi menghadap winjaws untuk buat relief, saya jadi tension..tension dengan cikgu yang dtg lambat dan melambatkan jadual relief dikeluarkan..atau ade je masalah yang timbul dengan jadual relief..huhu..tak baik betul mulut ni marah-marah cikgu yang datang lambat..diaorang tu ade anak cik aini..kamu tu single lagi, bolehlah awal..huhuhu..

Saya kagum dengan kak Ilya. Kak Ilya macam superwoman.. Semua kerja dia tau..walaupun bru setahun..hebat akak!! Aini suspek..hehehe..Kak Ilya banyak tolong saya…Akak, aritu lupa bayar kek batik..nanti aini bayar ye..hehe..kalau lambat, biar meor yang bayarkan..hehe..suka alamat blog akak ‘ ceritaombakbaik’…betul cakap akak, mane ade ombak jahat..ombak mesti jadi baik…

Novel terbaru ‘ seharum doa bersulam cinta.” Masih dalam plot…pihak penerbit dah luluskan. Tp saya dan aimi masih lagi blur-blur…sebab kami jauh..klau dekat macam belajar dulu, mesti cepat je ideanya disatukan..sekarang ideanya jadi bercabang-cabang..

‘MELAKAR CINTA FIRDAUSI’ sedang dipromosikan.. dapatkan novel kami…sekarang dah ada di pasaran..Bersama kita melakar cinta firdausi… bukan bercinta dengan firdaus.. haha..

Sambung buat artikel lagi… rasa puas mengadu dekat sini…Aini kuat..dah tak nangis lagi@!!!! Tapi kan sebenarnya, lepas nangis, rasa lega sikit..baru boleh berfikir dengan waras.. betul tak wahai kaum wanita???? Kaum yang berjiwa halus…nangis dalam hati lagi sakit sebenarnya…uwaaaaaaaaaa….

3 comments:

OmbakBaik said...

my dear aini...
awak sebenanye jauh lebey baik dr akak pasal pengurusan mase n kerje nih..mebi sebab kita rapat..jadi awk nmpk la akak cmtu..ekceli..kat skula kita tu ramai lg yang superwomen nye tau..nway..akak sentiasa support awak..awak cekgu yang rajen..dan sgt disenangi oleh semua golongan kat skoola tu..ramai yang syg awak..jadIk ramai la yang akan berkata baek2 utk awak..dan semua tu jd doa..ameen..lots of LOVE..

Aimi Nabihah Mohamad said...

salam aini...
nape selalu tensen ni?duk sorang?nape?semua housemate da kuar ke?be a strong muslimah..semakin dekat kita pada Allah..semakin kita akan merasai segala kesakitan di dunia ini adlh tiada apa2..akhirat yg menanti itu abadi..1000thn di dunia baru menyamai 1 hari di akhirat..indahnya hidup itu..take care aini

cikgu tinee said...

Salam aini,
akak ske kerja aini.bla akak sampi skula, mmg tabik spring bla taw korang ber3 kejekan relief cikgu2.dah la br posting.mmg bakal superwomen.akak harap aini lbh tabah dan njoy dlm mlayari hidup, kerjaya dn cinta.mmg sukar mentafsir bahagia. tp x slh kita berangan2 demi cita dn cinta.luv u...