Monday, October 22, 2012

KEHAMILAN 28 MINGGU

tIDURNYA makin tidak selesa...beralih sana dan sini... mungkin sebab perut dah besar.. tapi alhamdulillah sembelit dah kurang banyak... allah uji satu-satu ikut kemampuan hambaNya... Allah tak bagi luump sum..tapi berdikit-dikit ikut kemampuan kita....

baby makin aktif bergerak...Alhamdulillah geraknya disiang hari dan malam hari start jam 11 malam dia dah start tido macam ibunya.. jam 5;30 pagi dah gerak2 kejut ibu bangun...

persiapan masih lagi samar-samar... cuma peralatan untuk menyusu sahaja yang dah beli.. yang lain belum.. tapi checklist dah buat.. supaya tak terovr bajet....

esok jumpa doktor untuk scan 7bulan... boy or girl??? tak kisah..asalkan sempurna soleh solehah..ameen...



Saturday, October 20, 2012

dENGARLAH WAHAI BUAHATI IBU DAN WALID

ASSALAMUALAIKUM SEMUA..

Tadi baby bergerak sangat aktif apabila mendengar walidnya membaca surah maryam.. mungkin rindukan suara walidnya kot... maklumlah dalam seminggu hanya 2 hari shj blh dengar suara walid.. hari biasa, dengar suara ibu mengaji termengah-mengah, bila ibu dah tak lalu ngaji, ibu suruh ustaz dalam laptop sambung mengaji... siap cakap pada baby, ini bukan suara walid, ini suara ustaz..(takut baby tersilap).. fasa sekarang, baby dah boleh kenal suara ibu dan walidnya...sy tak ingat dapat dari sumber mana.. tapi telinga dan deria pendengarannya sudah mampu mendengar bunyi di sekelilingnya... jadi, kna muhasabah diri untuk cakap benda yang baik-baik dan positif, supaya baby jadi anak yang soleh solehah...


Alhamdulillah, baby aktif bergerak..terutamanya sewaktu saya sedang solat, mengaji, atau dengar ustaz bagi ceramah... harap dan doa, supaya baby suka akan kebaikan...baby juga akan aktif bergerak bila saya makan madu dan minum susu... baby suka yang manis-manis ya??? hehe..harap anak ibu dan walid ini manis orangnya nanti...manis akhlak dan rupa...hehehe..


Sedikit info tentang surah-surah yang boleh diamalkan oleh ibu-ibu yang sedang mengandung.. bapa-bapa pun kena amal juga.. bak kata seorang ustaz, tak ingat namanya, amalan suami penting untuk mendapatkan zuriat yang soleh dan solehah disamping memudahkan proses bersalin si isteri nanti...


Surah Maryam


Ibu yang sedang hamil disarankan untuk membanyakkan membaca surah Maryam agar bayi yang dilahirkan nanti mempunyai akal yang cerdas dan hati yang sabar dan cekal dalam menempuhi ujian. Amalan surah Maryam juga memudahkan ibu semasa melahirkan anak.

Surah Luqman

Dalam pengkisahan Luqman dengan anaknya, Allah SWT menegaskan tentang wajibnya manusia bersyukur akan segala nikmat yang telah dianugerahkan kepada mereka dan wajib menjauhi perkara syirik. Ibu yang mengandung dianjurkan supaya membanyakkan membaca surah Luqman agar bayi yang dalam kandungan akan dikurniakan kebijaksanaan akal fikiran dan hikmah yang tersirat apabila lahir ke dunia, inshaAllah.

Surah al-Fatihah

Ibu mengandung digalakkan membaca surah al-Fatihah sebanyak 70 kali setiap hari dalam keadaan berwuduk, semoga zuriat yang dilahirkan memperoleh ilmu pengetahuan disamping dapat mengawal hati dan fikiran daripada perakra mazmumah

InsyaAllah... Muhasabah untuk diri sendiri...semoga terus beramal dan membaiki amal...

moga Allah mudahkan..ameen.. 


Thursday, October 18, 2012

AMALAN SEMASA MENGANDUNG Bg yg berniat nak MENYUSU SECARA EKSKLUSIF





Kaandungan dah hamper mencecah 28 minggu.. Alhamdulillah..ada lagi 12 minggu lagi…takutnya…
Sejak kandungan sedang membesar, badan dah macam tak lalu sangat.. rasa penat sangat bila jalan jauh2.. keinganan tu ada nak jalan jauh2, tp cepat shj badan jadi termengah-mengah..sekarang tengah sibuk mengumpulkan maklumat tentang panduan menyusu secara ekslusif. Hehehe…dah berazam nak menyusu sepenuhnya sampai baby umur 2 tahun…harap dan doa moga Allah kabulkan doa ini..Moga Allah limpahkan rezeki untuk buahati yang bakal menyinari hidup kami nanti…

Minggu lepas, akhirnya….selepas di survey-survey pam susu…dan merajuk-rajuk dengan en suami, akhirnya kami memilih pam susu elektrik avent..pakej, 2 botol, 2 putting untuk botol, pam susu elektrik+ manual+ bateri..selepas di offoer dapat RM688…huuuuuuuuu….rasa nak nangis jer… sy sebenarnya dah aim pakej pam ngan free gift dari rumble tuff…lagi murah dan byk dapat gift dari avent..tp en suami, cereweeeeeet….nak jugak yg avent… lama jugak kami membawa diri masing-masing kat tempat tu…layan hati masing2…tp bila dah lama tak Nampak encik suami, mulalah sy gelabah cari tepon Tanya dia dekat mana… huhu..En suami cakap … ‘ Kita ni banyak yang tak samakan manje…citarasa berbeza sgt..’…sy senyum…cuba senyum…huhu…itu yang melengkapkan hidup kita…tp tak terkeluar ayat tu dari mulut sy..akhirnya, sy mengikut cakap en suami, SyuRga deKat Suami….selagi tak melanggar syariat ….huhu…

Jadi kat sini, dah buat pelaburan yang tingggi untuk pam susu, ( tapi untung sebenarnya dapat menyusu secara ekslusif ni…boleh jimat byk sgt, dan yang pentngnya, baby rapat dgn kita, baby dapat khasiat yang optimum, baby susah kena penyakit sbb susu ibu kaya dgn antibody)…cuba bayangkan, jika sebulan kita abes rm200 untuk susu formula, klau dh 2 tahun jd RM4800. Berganda-ganda kan kosnya… baik kos ini digunakan untuk pendidikan atau keperluan baby yang lain… ) makanya sy nak sertakan tip dan info sukses titisan emas buat buahati tersayang....- AMALAN AYAT-AYAT AL-QURAN AGAR SUSU IBU SENTIASA CUKUP UNTUK KEPERLUAN BAYI…- Untuk permulaan, memandangkan baby tak keluarkan lagi, boleh diamalkan amalan ini dahulu:

1.       Membaca doa – “ Ya Allah..mudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susu untuk bayiku nanti, mudahkanlah perjalanan ku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang engkau syariatkan..AMIN..”
2.       Mengamalkan bacaan surah al-Hijr, ayat 22-23.
3.       Berzikir untuk memperbanyakkan susu ibu seperti Ya Matiin..
4.       Sentiasa berdoa meminta pertolongan daripada-Nya supaya sentiasa bersemangat untuk terus menyusukan..
5.       Sentiasa bertaubat, bersedekah dan membaiki akhlak diri…(moga Allah bagi kekuatan untuk buat baik)
6. apa-apapun, kita kena pasang niat awal-awal sewaktu mengandung, niat dalam hati, nak betul-betul ikut saranan Islam untuk menyusukan anak  sehingga umur 2 tahun..insyaAllah, bila kita dah niat, betul-betul niat, Allah akan mudahkan jalannya... (Ya Allah, mudahkanlah..)

-          Info ini ada yang sy ambil dari majalah PAMA..

Rasa tidak sabar untuk menanti matahari ibu keluar melihat dunia… tak sabar nak berikan titisan emas ini untuk buahati ibu…rasa teruja sangat bila buahati ibu bergerak-gerak menggelongsor didalam rahim ibu..kadang-kadang buat ibu senyum sendirian,.. biarpun sakit tulang belakang ibu, biarpun tidur ibu tidak lena, biarpun badan ibu serba tidak kena, tapi kasih sayang ibu semakin bercambah-cambah bua buahati ibu ini…

Hmmm…baru tahu fitrah dan naluri seorang ibu… bagaimana sabar dan penyayangnya mak melahirkan, mengash dan mendidik kami berlapan… susah, perit, tapi kasih dan sayang pada anak-anak tidak pernah luntur…SAYANG MAK…SAYANG AYAH…SAYANG SANGAT-SANGAT…. 




Wednesday, September 5, 2012

ALLAH ITU MAHA KAYA DAN MAHA MENDENGAR.(^_^)

Allah itu Maha Kaya

“ Anje boleh ya saya pergi pasar pagi ni.. mana tahu ada rezeki baby.” Saya meminta sambil menghulurkan tracksuit dan baju berkebun encik suami..Encik suami terdiam sambil berkira-kira. Saya tahu dia kurang gemar kalau saya pergi ke pasar, nanti busuk katanya..

“ bolehlah..dah tak tahan sangat ni…” saya cuba merayu..buat muka comeyyy…
Encik suami mengangguk..saya tersenyum…berbunga-bunga...penuh harapan..

“ Kesian sayang..” Encik suami bersuara sambil mengucup dahi saya..

“ Kesian dekat baby..” saya menambah sambil tersengih…tiba-tiba rasa menusuk-nusuk kesedapan terubuk…dah berhari-hari encik suami mencari si ikan terubuk impian sy dan baby..tp tidak ketemu..orang pasar kata bukan musim…di kuala, di taiping, di selama, semua diterjah..tp belum rezeki…kesian encik suami balik dalam keadaan kecewa…sy lagilah kecewa menelan air liur….
Selepas melambai encik suami dan mak jamuan berangkat ke kebun sawit, mulalah operasi sy mengemas rumah secepat mungkin…sebab terasa terubuk sedang melambai-lambai sy di pasar..hehe..tak sabar sungguh…

“ Pak cik, terubuk ada tak?” sy masih bertanya biarpun mata sudah menjadi saksi, bahawa tiada seekor terubuk pun di atas meja… “ Tak ada dik…” Uhhhh..sungguh kecewa rasa hati.. sana dan sini, atas dah bawah sudah sy terjah, tp seekor terubuk pun tak ada…sy pulang dengan kehampaan…membawa balik kerang sekilo dan kangkung seikat…sy fikir, nak ratah je kerang tu untuk tambah darah..dah tak larat kena marah dengan doctor sebab Hb rendah, dan asyik kena injek amik darah bertiub-tiub..

“ Ada tak ikannya intan?” mak jamuan bertanya sebaik sahaja sy keluar kereta..

“huuuu..tak ada mak..seekor pun tak ada..” rupanya encik suami dah bocorkan rahsia sy kempunankan terubuk pada mak..pagi ni awal pula mak dan encik suami balik dari kebun..

“ Pisaunya patah. Itu yang balik awal” mak menerangkan tanpa disoal..

“ Ada sayang?” Encik suami pula menyoal…sy mencebik…kecewa..terus merebus kerang, kangkung, bahan-bahan yong tau foo…
“ Sy keluar sekejap ya manje, cari mata pisau baru..” sy mengangguk..senyum hambar..
Siap masak, hidang, msg encik suami, nak makan sama-sama.. ‘ apalah lama sangat cari mata pisau..’ bisik hati sy…tiba-tiba terdengar bunyi moto yang membingitkan, tapi sering membuatkan sy senyum sendirian, itu petanda suami tercinta sudah pulang…bergegas berlari ke bawah…

“Alhamdulillah…” tersenyum lebar sy…encik suami sedang membasuh terubuk dambaan sy…terus mendakap encik suami yang berbau ikan dari belakang… “ terima kasih anje..sayang anje..mana dapat ni??sedapnya…..” bulat mata sy memandang si terubuk yang tengah di basuh…

“ manje cari dengan hidung..” encik suamitersenyum sambil mengutuk sy…

“ Sy cari betul-betullah..atas bawah pasar sy Tanya tokei2 ikan…” sy cuba mempertahankan diri… tp dalam hati tak kisahpun kena kutuk, sebab apa yang dihajat sudah tercapai…

“ Pasar besar kurang ikanlah sayang, sy cari di pasar ahad..kat lembah..” huuuu..kenapalah sy tak terfikirpun..patutlah lama sgt encik suami mencari pisau, rupanya bukan pisau sawit yg di bawa balik, tp terubuk dambaan nurul einey yg menyusul..hehe….terima kasih anje….terima kasih ya Allah..Allah maha kaya…Allah baik…

……….

Alangkah rindunya pada mak, ayah dan adik-adik.. syukur Allah temukan kami di tol k.k selepas mak dan adik-adik singgah di tol k.k untuk ketemu sy yg sedang alah tak lalu makan… tp masa tu, ada 1 benda yang sy teringin nak makan dan boleh merangsang untuk sy makan… BUAH DELIMA… tapi sy tak cakap pada mak… Cuma memberi hint pada encik suami..sebaik mak sampai, kami berpelukan, mak dan adik-adik keluarkan bekalan makanan pada sy dan encik suami.. tp semuanya tidak mengujakan sy…encik suami shj yg teruja, sebab ada sambal tumis kegemarannya….

Tapi sy tersenyum tiba-tiba….di tangan mak ada sebiji delima..nampak menarik, lazat….Ya Allah…terima kasih ya Allah… terima kasih mak…sayang mak… Allah baikkan..Allah gerakkan hati naluri seorang ibu untuk sampaikan apa yang dihajatkan…
Mak tersenyum melihat sy masih mencium-cium delima tu dalam kereta sambil melambai kea rah mak dan adik-adik.. encik suami pula menggeleng-geleng kepala sambil mengusap kepala sy… mesti dalam hatinya cakap “ huh, lega, tak payah cari dah..” hehehe…..
……………………

Hari ni encik tarmizi makmal cakap pasal cempedak…. Sy terdengar…hmmm..sedapnya cempedak goreng…nekad lepas sekolah nak cari cempedak goring…tempat yang dituju tutup..ada lagi 1 tempat, buka…tapi tak ada pun kelibat cempedak goring…. Rasa terliur-liur mengingatkan cempadak goring…

“ Makcik, cempedak ada tak?” sy masih bertanya, walaupun memang dah Nampak tak ada….

“ tak ada dik.” Kecewa betul dengar jawapan makcik… nak aja sy Tanya, kenapa tak ada makcik… makcik carilah..sekarang org kata musim cempedak..tapi kenapa tak Nampak sebiji pun.. makcik carilah,.esok sy datang beli..nak je sy cakap macam tu…tp tak tercakap…huhu…

Sy pun balik dengan kecewa… balik, tgk mak tak ada..mungkin mak pegi mesorat..mata tak boleh tutup…teringat cempedak… azan..solat…
Mak masih tak balik… sy dah mulakan operaasi masak nasi..tgk dalam oven dah ada ikan bakar, hmmm..topup dengan sambal jawa dan terung rebus dahlah… makanan kegemaran mak.. sy memang tak selera nak makan dah(sebab teringat cempedak).. amik syarat je nanti makan depan mak..dengan rancak bersilat didapur, mak balik…
Mak solat, sy bebas memasak... sy ke ruang makan, untuk menghantar sambal jawa sy yg telah siap dimasak… Ya Allah…..Alhamdulillah…

 TERIMA KASIH YA ALLAH…. Mak bawa balik cempedak goring…Allah baik, Allah gerakkan hati kawan mak bagi mak cempedak goring… terima kasih mak, terima kasih Ya Allah…. Allah maha mengetahui…..
Bila sy cakap pd mak, sy cari 3 tempat cempedak, tapi tak dapat… mak pun terkejut… sebab Allah gerakkan hati mak untuk ambil pemberian kawan mak.. “ Allah Maha kaya” itu ungkapan mak…sayang mak.. gerak hati sampai….terima kasih ya Allah…. Baby, kena jadi org yang bersyukur…cakap apa…Alhamdulillah..terima kasih ya Allah..

Monday, June 25, 2012

Setiap kesusahan pasti ada kesenangan di akhirnya....

Syukur padaMu ya Allah….sudah ada kehidupan baru di dalam rahimku ini ya Allah..ku mohon padaMu agar dipeliharanya dan dilindungi olehMu ya Allah..moga dia menjadi zuriat yang soleh/ solehah  pejuang agamaMu ya Allah… ku titipkan doa saban hari…doa penuh harap…harapan yang menggunung..penyejuk hati dikala kelelahan,  perawat luka di kala kesakitan, penawar rindu dikala kesunyian….

Sy kena kuatkan..walau mcmana sekalipun alahan, sy kena kuatkan diri. Tapi kadang-kadang kederat  tewas untuk melawan kelelahan itu…kadang-kadang jiwa ummi dikalahkan oleh emosi yang tidak terduga….En Hubby  cakap tak baik sy selalu menangis..nanti baby jadi penyedih…syi tak nak baby jadi penyedih, berjiwa lemah, tp kadang2 sy tak mampu melawan rasa yang muncul itu...

Ada kerisauan  pada diri sy….
Risau akan keadaan matahari buahati sy yang sedang membesar didalam rahim sy… sy dan en hubby pegi scan..tak tahu kenapa sy terlalu mendesak untuk en hubby untuk melihat keadaan buahati sy ini..akhirnya en hubby mengikut kehendak sy… sy ckp Cuma nak tgk dia duduk dimana dan berapa jantungnya….en suami akur…biarpun mak jamuan tak bagi pegi scan lg…kami rahsiakan hal ini….

Hasil daripada scan…..buatkan sy bertambah risau…
Kedudukannya tidak sama seperti normal….buahati sy sedang membesar di  sudut bawah rahim sy di sebelah kiri…kata doctor, dia tak dapat menempel di bahagian atas sebab dekat atas penuh dengan organ lain… usus, pundi kencing dan organ2 lain terkumpul dekat tempat asal rahim sy….menurut doctor, struktur abdomen sy dah berubah mungkin disebabkan pembedahan yg alami ketika accident masa form1 dulu…27-13= 14 tahun lalu….ya Allah, tak sangka, kesannya sampai begini…. Syukur padaMu Ya Allah kerana masih mengurniakan nikmat hidup yang seketika ini….menurut mak, 14 tahun lalu, doctor yg merawat sy tu cakap, pembedahan itu perlu cepat dan jika lambat boleh membawa maut….Sy bersyukur, sy masih diberi peluang untuk menghirup udara dimuka bumi ini…Terima KASIH YA ALLAh..

Cuma sekarang, sy kena mengharungi risiko membesarkan buahati matahari sy ini dengan segala KEKUATAN, KETABAHAN, KEKENTALAN JIWA, FIZIKAL, DAN SPIRITUAL….SY KENA KUAT….BIARPUN RISIKONYA BESAR….SY KENA KUAT….KUAAAAATTTTTTTT
SEBENARNYA SY TAKUT SGT…SY DAH MAKIN SAYANGPADA MATAHARI YG SEDANG MEMBINA HIDUP DALAM RAHIM INI….SY TAKUT KEHILANGAN DIA….. YA ALLAH…..KUATKAN DIRI INI..KUATKAN DIRI ZURIAT INI….SUPAYA DIA TERUS DIBERI PELUANG UNTUK MENJADI PEJUANG AGAMAMU YA ALLAH….MOGA MATAHARI YANG BAKAL LAHIR INI BAKAL MENYAMBUNG RANTAI PERJUANGAN AGAMAMU YA ALLAH….

Doctor cakap “ Good Luck ya…” jaga diri baik-baik….” Nadanya tidak yakin…tp sy tahu dia sedang memberikan keyakinan pada sy…dan sy perlu yakin dengan KUASA Allah… bantulah kami ya Allah…

Baby bijak…

Ada 1 perkara yang menggembirakan sy…kawan sy, kak suhani cakap, baby aini bijak, sebab dia usaha juga nak bina hidup..biarpun kat atas tu tak dapat menempel, dia fikir jugak macamana nak hidup dan cari tempat sesuai yang lain bagi dia meneruskan kehidupan…nanti mesti dia akan meneruskan kebijaksanaannya untuk berfikir dan membesar dengan selamat dan lahir bila tiba waktunya….matahari ibu akan lahir….matahari ibu bijak!!!!!!! Ibu akan sentiasa doakan matahari ibu…tenang ya di dalam….hidup dengan selesa….setiap hari ibu akan kirimkan doa….setiap hari ibu akan kirimkan makanan yang berkhasiat untuk baby…ibu dah boleh makan sikit-sikit dah…ibu akan usaha yang terbaik untuk matahari ibu ini…..walaupun ibu masih muntah-muntah, ibu akan bertahan juga…sebab ibu tahu masa itu, matahari ibu tengah membina system pertahanan yang baik di dalam…ibu di luar kna bertahan…

“ Mak, klong sayang mak…sayang sangat-sangat… sekarang baru kak long tahu, betapa susahnya mak mengandungkan klong dan adik-adik dulu…ini belum masuk fasa bersalin lagi…klong tahu, pastinya itu berganda-ganda sakitnya…tapi naluri seorang ibu itu sungguh murnikan mak…klong sayang mak..terima kasih mak sebab mengandungkan klong, lahirkan klong dan besarkan klong dengan sempurna…moga Allah terus menyambungkan pertalian doa antara kita…doa seorang ibu dan ayah yang makbul untuk anaknya..doa anak yang soleh dan solehah untuk ibu dan ayahnya….moga terus di angkat menghadapnya tanpa hijab…. Doakan kak long jadi anak solehah, isteri solehah dan ibu yang mithali….
Semoga Allah memberkati mak dan ayah dunia dan akhirat…
Semoga matahari sy dan en hubby penyejuk mata dunia dan akhirat.....
setiap kepayahan pastinya ada kesenangan di akhirnya....

Thursday, May 17, 2012

Jalan-jalan untuk baby

HADIAH UNTUK BABY.... tak sangka rupanya masa pegi jalan2 dkt cameron aritu, umur baby dah 3 minggu...jadi baby pun ikut pegi sana sekali....hehe
rupanya ummi makan chocolate chip ni untuk baby....
asyik menikmati keindahan PenciptaMu ya Allah...udah mcm superman...hehe
moga ikatan berkekalan hingga ke syurga...KEBERKATANmU yA ALLAH yang kami harapkan...

Monday, May 7, 2012

AdakAh sy .............?????

Adakah?????? Saya masih muskil..adakah betul atau tidak???tak nak terlalu berharap..takut nanti kecewa..tapi naluri sy kuat mengatakan ya…dan ya..tanda-tandanya seperti dating 1 persatu…mula2 tandanya seperti sy mahu dating period, namun tidak juga datag2nya…sudah lewat beberapa hari..seperti memaksa untuk sy percaya sy akan bakal jadi ibu…oohhhhh indahnya jika itu adalah kebenarannya..syukur padaMu Ya Allah…Terima kasih Ya Allah… Harus bersabar beberapa minggu lagi untuk menantikan keputusan dan hakikat sebenarnya… berdoa, dan terus berdoa agar usaha itu Berjaya…setiap hari cuba sedaya upaya menitipkan zikir dan kalimat suci pada janin yang sedang membina hidup(dengan harapan ada janinnya) huhuhu, hai kawan, itu bunyi seperti berharap…… Kondusi sy sekarang ini agak kurang enak rasanya.. selsema yang sedikit tidak selesa, sembelit sehinggakan buah2an yang dimakan masih belum mampu mengatasi rasa sembelit tersebut… selalunya jika sy makan betik dan buah yang berbagai2, usaha untuk membuang tinja itu seperti mudah sahaja..tapi kali ini sukar betul tinja itu nak di tolak keluar dari anus…. Buang air besar (BAB) menjadi sulit dan tidak lancar? Ini lazim terjadi pada awal kehamilan. Hormon tambahan yang diproduksi pada masa kehamilan menyebabkan usus halus lebih lentur dan menjadi kurang efisien. Adakah???? Biasanya, terjadi sekitar usia kehamilan 2-8 minggu. …. Semalam berpuasa.. sy hanya bersahur sebungkus kecil biskut gamdum dan air coco secawan..masa menggosok gigi, tak tertahan menahan rasa nak muntah dengan perisa ubat gigi..uwekk…semua biskut bergaul dengan koko keluar…hari khamis puasa menjadi sangat lemah.. pagi tadi masa menggosok gigi lagi di PAKAT, masih lagi rasa nak muntah..cepat-cepat berkumur bagi menghilang rasa ubat gigi…uweekkk… Gejala mual dan muntah yang umum dialami ibu hamil biasa disebut sebagai morning sickness. Gejala ini bisa muncul kapan saja, tidak hanya di pagi hari. Pada umumnya ibu hamil baru mengalaminya sebulan setelah terjadinya pembuahan, tetapi ada juga yang merasakannya lebih cepat. Adakah sekali lagi?????? sindrom kelelahan…ini tak berani nak cakap..sebabnya selalu juga mengalami sindrom ini…dah jadi normal..faktor ini boleh di reject…. Tanda awal kehamilan adalah payudara yang bengkak dan sensitif yang disebabkan oleh meningkatnya kadar hormon, biasanya terjadi seminggu setelah haid terlambat. Rasa tidak nyaman akibat pembengkakan ini mirip dengan gejala yang biasa kita rasakan menjelang menstruasi…..ini maklumat yg diperoleh dr tenet… adakah???? Ya Allah, kurniakanlah kami zuriat yang soleh solehah….ameen ya rabbal 'alamin

Thursday, April 5, 2012

dah genap sebulan nurul aini jd isteri meor mohamed farhan=)

2.4.12
Lagi 2 hari genap 1 bulan anje ucuk bergelar suami dan manje sayang bergelar isteri…walaupun pjj, Alhamdulillah, keredhaan itu datang berperingkat dan sy sudah selesa sekarang… dua minggu sy menangis teresak-esak saat anje ucuk nak bergerak ke penang.. tapi semalam (malam ahad) sy dah tak nangis..melambai dengan senyuman untuk suami tercinta… mungkin sebab sy dah boleh adapt dengan mak jamuan dan opah. Mak dan opah sayang sy..sy pun sayang mak dan opah… sy pun sayang dan rindu sgt pd mak dan ayah di selama. Hehe..mengikut perjanjian anje ucuk, kami akan balik ke selama sebulan 2 kali. Selang 2 minggu..alhamdulillah, keadilan berlaku di situ..
Kehidupan sy sebagai manje sayang banyak berubah.. dalam doa, tiba-tiba ada kelainan..ada doa untuk suami.. hah??? Nurul einey dah ada suami??? Seminggu pernikahan, sy terlupa sy dah jadi isteri..almaklumlah, kendurinya seminggu kemudian.. maka kaki sy melangkah merata-rata..terlupa kewujudan suami… bila anje ucuk Tanya sy kemana, sy ckplah pg situ, pg sini menguruskan hal kahwen kami… aik, tak bagi tau suami pun..hahaha..nurul einey lupa dia dh ada suami…itu seminggu selepas nikah punya kes…lupa minta izin ….
Honeymoon…
Sudah semestinya manje sayang teruja bila dengar perkataan honeymoon ni.. tapi, anje ucuk ckp, honeymoon tak semestinya selepas kahwen je trus g honeymoon..honeymoon boleh terjadi pada bila-bila masa, dan dimana-mana shj…just ikut perancangan anje ucuk…maka manje sayang, terpaksalah pendmkan niat untuk honeymoon awal2 cuti seminggu lepas kawen tu…hukhuk… tp anje ucuk pandai ambil hati manje sayang… anje ucuk ajak manje sayang ronda2 ziarah keluarga sana dan sini…dan yang pelik, bila pegi ziarah, manje sayang dapat duit dari mak2 sedara yang di ziarah…anje ucuk pulak habis duit minyak…anje ucuk ckp, memang adatnya begitu…adat yang menguntungkan manje sayang..heeee
Belajar benda baru dirumah jamuan…
“ selamat datang ke rumah mak” itu adalah lafaz pertama yang diungkapkan oleh mak jamuan sebaik sahaja menyambut sy melangkah ke laman rumah jamuan semasa majlis bertandang dirumah anje sayang.. sejuk hati sy mendengarnya…debar sy berhari-hari memikirkan kehidupan di rumah mak jamuan selepas menjadi isteri kian beransur pergi apabila menerima aluan yang gembira datang dari mak jamuan..
Sejak tinggal bersama mak jamuan, kehidupan sy semakin teratur.hehee….dah rajin-rajin mengemas…dah tak suka tgk sepah2…hehe…sy kan jenis suka bagi sepah kertas bila buat kerja sekolah…tp kat teratak mak jamuan, sy automatic menjadi pengemas…hahahha..muskilll…sy pulak yg marah anje ucuk letak baju merata…
Baru-baru ni, g hospital ar ridwan, timbang..syukur….berat sy dah turun 3 kilo…hheehee..ini target yg b4 kawen…dah kawen bru dapat… tp pelik, sbb sy sgt suka makan bila lepas kawen ni..Cuma malam je tak makan malam..sebab memang begitu di rumah mak jamuan..gpun perut sy blh adapt je..hehe…
Ngantokkkk..tak ada perasaan nak tulih dah…
Doa dulu…
Semoga ikatan suci yang terjalin ini kekal hingga ke syurga…diberkati dirahmati…dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah…amen…

Thursday, March 1, 2012

3 hari sebelum jadi isteri......................

Huhu….terharu..gembira..sayu…semuanya bersatu menjadi perasaan nurul aini sekarang…ramai kakak2 sekolah memeluk saya hari ini..sambil membisikkan, sabar bila jadi isteri nanti, jadi isteri yang baik, jadi ibu yang baik, buat yang terbaik untuk masjid yang bakal dibina, jagan takut, meor insyaAllah yang terbaik… sy mengaminkan dalam hati setiap doa yang diungkapkan…amen…
Hari ini juga, warga makmal membuat kenduri doa selamat kecil-kecilan untuk sy, kak ya kata dalam bahasa omputih bechalor parti…hari terakhir meraikan zaman bujang trang tang tang…terima kasih semua..musnah plan diet aini …2 kali tambah bihun Singapore kak ya..sekeping besau roti canai kak la.. 3 gelas the tarik encik wan..buat perut jd penuh sebelum berangkat ke selama…
sy takut sebenarnya…nak melangkah lg setapak…syurga bakal berpindah….kepada sang suami… sy pasti akan rindu saat menjadi anak mak ketika gadis dahulu….sedihhhhhh…..titititititikkkkkk...

sayang mak..sayang ayah.....

Monday, January 16, 2012

~~~~N .I.K.M.A.T``~~

Alhamdulillah..arini dah rasa betul2 sihat..walaupun batuk tu masih ada, tapi rasanya demam bervirus tu dah tak ada kot..mulut macam dah tak pahit, badan dah peluh2..hampir seminggu juga sy demam.. 2 hari doctor bagi MC. Hari ke tiga cucuk amik darah…bebas virus bahaya..syukur2… ayah kata demam rindu, kawan2 kata demam rindu..tapi sy menafikan sekeras-kerasnya..ini demam yg diuji…hamper 4 tahun kerja sy tak pernah demam teruk begini..ini yang panas dan sengal2 satu badan yg terdahsyat pernah dialami…Allah nak hapuskan dosa2 kecil…harapnya masa diuji tu, sy dalam keadaan redha..
Sekarang dah kurang makan. Sejak baik demam, boleh kira sgt berapa kali sy makan sehari.. mak cakap muka sy dah kecut sikit..hehehe..ini yg berasa bangga dan tak mau makan lg..biar slim sikit nanti…
Hmm..bila ALLAH tarik nikmat deria rasa hari tu, baru terasa akan besarnya ZatNya..tanpa deria rasa, terputus segala nikmat untuk menghayati kesedapan sesuatu makanan… bila putus selera, mulut menolak setiap apa yg dimakan, terus tubuh tidak dapat menjana tenaga.. bila Allah bg rasa sakit, terasa hilang nikmat kebebasan untuk bergerak menggunakan tubuh yg diberiNya..itu baru sikit Allah tarik nikmatNya, itupun dalam masa yg singkat..sudah terasa serba tak kena… Betapa kerdilnya diri…Moga diri menjadi org yg bersyukur
dengan nikmatNya..Beramal dalam setiap tingkah….

Marilah kita sama2 syukuri nikmat S..I..H..A..T..

Thursday, January 12, 2012

Saat hati teruji

Allah sedang menguji hatiku...

Naluri membentak mengikut rasa..

Namun akal masih waras untuk menilai..

Hati diulit resah…

Perasaan apakah yang dicampakkan ke dalam hati kecil ini..

Ku berserah padaMu ya Allah...

Sunday, January 8, 2012

Ameen

Alhamdulillah...semuanya berjalan lancar hari ini.. urusan membeli bunga2 dan pasu2 serta kain2 untuk pelamin dah selesai..cuma ada beberapa perkara lagi yg perlu diselesaikan untuk bab menghias pelamin dan bilik tido.. katering dah rasa makanan testernya.. Alhamdulillah, insyaAllah dapat memenuhi kehendak perut para tetamu...lagipun katerernya boleh dibawa berbincang...

sebenarnya, nak kawen ni banyak rupanya guna duit..itupun berdikit2 sy mengumpul dan membeli barang keperluan..Ya Allah,, macamanalah keadaan en tunang.. mahu sesak nafas kalau diikutkan keperluan yang pihak lelaki perlu sediakan..Moga Allah mudahkan urusan kami..moga Allah berkati setiap rezeki kami... Ameen..

Thursday, January 5, 2012

AINI RINDU ARNI

AINI RINDU ARNI.....

NURUL AINI NAK JADI..........(^_*)

Alhamdulillah..hari ini hari kedua saya menjadi pendudk di Pakat ( Badan Kebajikan Masyarakat At-Toif).. lepas housemate sy di taman maju berpindah mengikut suami terchenta, adik sy wani abes SPM, maka tinggallah sy sendirian di kuala kangsar ni.. makanya, tidak sanggup sy bersendirian duduk di rumah 2 tingkat tersebut sendirian..takut akan keselamatan diri dan bajet yg melebihi, mendorong sy untuk berpindah di PAKAT ini..atas saranan encik tunang setahun yg lalu..baru tahun ini sy ikut saranan en Tunang..huhu..nurul einey ni….
Semuanya berjalan lancar..lagipun banyak aktiviti disini.. malam rabu ada rawatan darul syifa’. Teringin jugak sy nak berkursus dan menimba ilmu rawatan syifa’ ni.. mungkin dalam tempoh 2 bulan lebih disini, Allah nak bagi sy ilmu baru.. bak kata mak dan encik tuning, banyak ilmu sy boleh belajar disini.. Cuma satu je masalah sy.. sy takut sikit nak pergi toilet di sini.. sebabnya jauh dari bilik. Kena berpakaian lengkap dan jalan merentasi koridor dan ke tandas. Jika dulu tandas masih lg dalm rumah..huhu.. Alhamdulillah dikurniakan roommate yang memahami dan baik hati dan sanggup pergi ke tandas bersama-sama. TERIMA KASIH UNTUK ROOMATE BARU CIK ANSARIYYAH..(Sedap dan unikkan namanya..pertama kali sy jumapa insan nama begini..sedap dan indah seperi tuannya) sy berfikir juga, sampai bila sy nak takut macam ni…salah satu nak cari semula kekuatan, sy kena banyak beramal dengan ayat2 suci al quran, dan berbekalkan kekuatan fizikal untuk melawan kejahatan manusia( nauzubillah, minta dijaauhkan).. jika diikutkan keselamatan, insyaALLAH selamat. Lgpun kawasan ini tak terpencil. Cuma kita kena hati2..kerana tandasnya di luar kawasan( tempat tidur).
Ada beberapa malam di hiasi dengan kuliah agama, kelas Al Quran, kelas tajwid. Dalam 2 hari sy baru didedahkan dengan suasana rawatan syifa’. Kelas yg lain masih belum lagi. Sy harap sy berpeluang untuk itu. Membaiki diri sebelum menjalani satu perubahan besar dalam hidup sy.. moga sy ada kekuatan uuntuk fasa yg bakal dilalui ini. Moga sedikit masa yg ada ini digunakan sebaiknya untuk memperbaiki diri.. Ya Allah , mudahkanlah…
Sy nak jadi wanita yg kaya dengan ilmu, sy nak jd wanita yg beramal dengan ilmu, sy nak jd insan yg tabah, sabar dan redha bila diuji..itulah azam sy berkat meniti fasa yang bermakna dalam hidup ini tak lama lagi.. moga Allah kuatkan..moga sy dibekalkan dengan sahabat2 yang merangsang untuk kebaikan ini..sy kena kuat..kuat..kuat kuat kuat kuat.. ( dah lama takcakap pada diri sendiri begini)
Alhamdulillah..encik tunang Berjaya diserap untuk menjadi guru tetap.. Allah kabulkan doa kami..rezeki kami menjelang fasa baru.. namun ada sedikit kegusaran di hati sy.. kami akan menjadi suami isteri jarak jauh.. biarpun hanya perjalanannya 2 jam shj, tetapi peraturan menetapkannya tinggal di asrama selama setahun membuatkan hati sy teruji… macam2 sy fikir.. pada saat ini kepercayaan, doa yg tidak putus2 yg mampu dipanjatkan agar bahtera yg bakal kami lalui diberkati dan utuh biarpun diuji…Oh Tuhanku, tiada indah hidup didunia melainkan dengan keberkatanMU…sy harus percaya, dan sandarkan pada percaturan Allah yg Maha Mengetahui..Dia lebih tahu…YG TERBAIK UNTUK HAMBANYA…
DOAKAN SY YA SAHABAT2…RASA SAYU PULA HATI…
~~~~~~~~NURUL AINI NAK JADI BAIK…NURUL AINI NAK JD HAMBA YG REDHA, …….NURUL AINI SANGGUP PIKULTANGGUNGJAWAB YG LEBIH BERAT….NURUL AINI ANAK SOLEHAH…NURUL AINI NAK JD ISTERI SOLEHAH..NURUL AINI NAK JD ISTERI YG SOLEHAH…NURUL AINI HARAP ALLAH BG KEKUATAN PADA NURUL AINI UNTUK LAKUKAN PERUBAHAN INI…
SAHABAT2 TOLONG AMINKAN YA (^_^)