Tuesday, May 26, 2009

Kije banyak, tapi nak bercerita

Hmmmmm...kita tak tahukan apa yang akan berlaku di masa kan datang...kita hanya mampu berdoa...moga Allah mudahkan segalanya...Kepada sesiapa yang terluka..., jika saya yang menghadirkan luka itu, saya minta maaf...maaf sangat-sangat...

Doa

Semoga ayah sihat..doakan ayah..sayang ayah..sayang mak..sayang semua....

Sandwich...macam2...

Sandwich untuk anak-anak 4 Sc..
Seronok tengok anak2 mengunyah sandwich buatan saya. Semangat makannye..bukan sebab sedap kot..mungkin sebab lapar kot, selepas saya suruh diaorang sedut semua ilmu pagi tu..kelas tambahan dari kol 8pg sampai 12 tgh..manalah tak tepu sedut ilmu kimia..
Untuk bagi tak bosan, saya buat secara tak formal..boleh makan, boleh sembang2, boleh jalan2…..maka macam2 lawak yang keluar..memang tak jadi marah dibuatnya… Saya sebenarnya rasa tak puas dengan anak2 saya ni…saya guru kelas, tapi masa sangat terhad bersama mereka… setiap pagi, kna buatkan relief di pejabat…saya tak dapat bersama mereka setiap pagi masa perhimpunan pagi seperti dilakukan oleh guru-guru kelas lain.. saya teringin nak lihat mereka, bagi kata-kata semangat diawal pagi….tnya sakit pening mereka…saya tau anak-anak saya manja… dan pernah beberapa kali saya curi pergi melihat mereka, mereka kelihatan seronok…ada orang ambil berat….
Amirul selalu cakap;
‘ Ma, nape selalu amer tengok ma selalu lari-lari pegi pejabat dengan cikgu Zuraidah..tak datang tgk kitaorang…ma, sibuk ke?’
‘ Huhu…amer, insyaAllah mama akan cuba yang terbaik untuk tengok anak2 mama nanti….maafkan mama..tanggungjawabnya bercampur aduk..’
Sekarang..setiap kali ada peluang bersama mereka, saya tak akan lepaskan peluang itu… biar sekejap, tapi berkualiti….
2B yang makin nakal…
Hmmm..bertambah nakal anak2 2B saya ni..banyak kali jugaklah saya mengamuk…tapi kadang2 mengamuknya separuh jalan..mereka pandai ambil hati saya..ada je lawak yang keluar..dan saya tak mampu tahan ketawa…. Beralaskan tudung, saya akan ketawa agar tidak dapat dikesan…tapi, anak2 zaman sekarang terlebih bijaknya, dapat trace jugak cikgunya ketawa….hehehe…pandai ae…
Buat anak-anak semua,
Good Luck…buat yang terbaik…teacher doakan semua dapat yang terbaik….ingat, jangan hantar kertas kosong…kalau tak faham sangat, tulislah ape yang ade kat otak tu…teacher akan cari jugak jawapannye..huhu..anak-anaknye yang nak pekse, cikgunye pulak yang risau..huhuhu…
Semalam anak-anak saya dari 4rjp exam paper science.. saya yang jaga last period tu. Huh..baru saja kaki melangkah masuk, semua dah panggil2 duduk sebelah tengokkan jawapannye…syukur alhamdulillah, kebanyakan cuba menjawab..walaupun ada istilah bi yang tak faham…saya nampak usaha mereka untuk periksa kali ni…teacher doakan kalian.. pasni abis exam b4 cuti, teacher ade hadiah untuk anak2 teacher supaya lagi pandai..hehehe.. ‘cuti-cuti belajar’…..buku tu jangan tutup je cuti nanti…
2C yang buat saya sesak nafas..
Huhu…anak2 yang baik, bijak, handsome, cantik (semua ni doa), tolong teacher….letih bangat layan karenah kalian…ibarat habis tenaga kalau masuk kelas kalian..tapi saya terharu apabila mereka sentiasa ingat ayat pesanan saya..’ saya nak kamu pandai..’
Diaorang akan selalu cakap .. ‘ kami nak pandai, teacher..’ atau bila mereka boleh jawab mereka akan cakap, ‘ teacher, saya pandaikan.’ Ya, kamu pandai..saya selalu doakan kamu pandai, jd anak yang baik…
Memang ade yang nakal, tak matang lagi, asyik nak mengusik, sampaikan saya menggunakan kuasa rotan ..….huhu..pas test kat student, test kat tapak tangan sendiri pulak…huhu..sakit jugak…jangan nakal lagi tau.!!
2RK…
Pelajar perempuan yang makin manja, tapi menurut kata…semuanya nak duduk depan, abis tu sape yang nak duduk belakang..so, saya buat giliran kumpulan2 untuk duduk depan…
Pelajar lelaki yang nakal, tapi serius bila saya serius..kadang2 letih jugak lawan cakap dengan anak2 yang bijak pandai ni..layan jelah..jangan bantutkan komunikasi mereka…huhu.................

HAri guru dalam sejarah

22 Mei-sek saya baru sambut ari guru...

Guru pAlinG POpULar!!!!!
Haha..saya tak tahu nak cakap ape.. macamanelah anak2 saya ni mengundi..sampai cikgu paling COMEY berGelar CIkgu paling PoPuLAr..macam kelakar je..malu pun ada masa naik pentas tadi…huhu…nasib baik boleh control comey lagi tadi… so, lepas ni kna tukar stail jadi cikgu popular pulak lah..haha…Miss Aini!!!Pada anak-anak raja muda muda musa, terima kasih …….arigato….tapi tahun depan, cikgu tak nak dah title ni..malu dong….
Hmmm..sekolah saya ni special sikit…sekolah lain dah abis sambut ari guru, tapi sekolah saya baru sambut ari ni..sambut sekali dengan PERSARAAN TN HJ WAN MET… walaupun pendek tapi cukup bermakna…walaupun tak dapat main2 dan bersukaneka macam sekolah lain, takpelah…asalkan ada kepuasan…
Pagi tadi lepas baca Yasin, Tuan Hj wan Met diberi kesempatan untuk beri ucapan…satu kelainan pada ucapannya…ayat yang masih terngiang di telinga saya ‘ matlamat kita bukan sekadar untuk mengejar kekayaan di dunia, tetapi untuk mencapai syurga Allah..’ Layakkah saya??? Ya Allah, semoga setiap langkah dan niat tidak tersasar dari redhaMu Ya Allah…Saya kagum dengan Hj Wan Met…disaat akhir berbakti di sekolah, dia masih tidak putus2 menyampaikan sesuatu yang selalu orang lupa…termasuk saya…Kalau ikut logic, selalunya orang nak bersara, ucapannnya mestilah lebih kepada pengalaman sepanjang di sekolah, ucapan terima kasih, dan sebagainya…tapi Tuan HJ Wan Met sempat menyelitkan banyak input yang menyentuh kalbu………..tazkirah, peringatan….Untuk Pengetahuan semua, HJ Wan Met, adalah guru bahasa Melayu…dan pertama kali saya melangkah ke SMK RAJA MUDA Musa, saya memanggilnya ustaz…Ops..salah title rupanya…Dia tersenyum bila saya panggil dia Ustaz…Hehe..
Semoga HJ WAN MET diberi kekuatan untuk meneruskan hasratnya untuk menjadi Pendakwah Sepenuh masa…kami semua doakan….
…..
Buat semua anak-anak, terima kasih untuk ucapan dan hadiah kalian…….
Untuk rose yang berwarna warni ni…hmmmm..cantik…cantik sangat…ingat rose yang dapat masa convo dlu…tadi k.ilya sempat ambil gambar saya dengan rose-rose berbagai warna yang cantik ni….hehe, time kasih akak, aini nak gambar tu nanti….time kasih anak-anak teacher yang berjiwa halus…teacher akan keringkan dan simpan baik2…..hehe
Untuk table lamp pink yang cute ni…anati n aizudin, thanks..teacher seronok tengok perubahan aizudin selepas ujian selaras…Anati, teruskan bantu rakan2 ya…Ingat lagi pesanan teacher, ilmu yang disebar-sebarkan adalah bekalan kita di akhirat kelak…
Jessica n kalaiwani thanks so much…memang satu hati betul kamu berdua ni..hadiah yang sama saya dapat…I love it my dear..
Buat pasangan kembar, Reen and Leen yang comey sangat….I love your chubby, cute bear…saya suka sangat….lepas ni ade teman tidur..hehe…time kasih untuk bear yang chubby and cute tu..teacher suka sangat..buat teman tidur..dahlah bear t gemoookkk, sedap peluk..pasni ni teacher mc, maknenya terlajak tidur dengan bear pasangan kembar…hehe..Saya pun nak anak kembar..tau tak, masa bicara akademik dengan ibu bapa pelajar kelas saya, ibu kepada pasangan kembar mengadu kepada saya;
‘ Cikgu, akak ni sayang semua anak akak. Ada 3 orang ja anaknya..semuanya sayang sangat.akak tak bezakan pun kasih sayang akak pada anak-anak akak. Tapi tulah, kadangakala ada yang terasa..’
Tiba-tiba jawapan saya spontan begini ‘ Hmm.saya faham.betul tu, kita memang tak bezakan. Sayang semuanya.anak sape yang tak sayang…tapi mesti ada yang terasa lagi..’ Kemudia terdetik dekat hati saya, aku ni cakap lebih2, macam dah ada anak je…hehe..
Sekarang mama kembar selalu berhubung dengan saya untuk mengetahui perkembangan kembar.. dan saya pernah beritahu mama kembar, saya pun teringin nak kembar macam akak..huhu..akak doakan saya ya..kembar 4…
Ira dan zira, nanti teacher letakkan hadiah kalian dalam almari ya..teacher pun suka purple..
Anisah peminat novel ae? Hmmm..hati ini milik siapa,?? Hebat citarasa anak teacher ni..nanti teacher baca ya novel ni…menarik..
Anak-anak 4 sc, time kasih untuk kad yang comel dan kreatif ni..teacher tampal kat bilik tidur..sebelum tidur boleh tengok, ambik semangat..hehehe…Kamu semua memang kreatif, bijak walaupun kadang-kadang nakal…haha
Ada anak-anak yang datang pada saya, peluk saya dan cakap hadiah saya ialah saya sayang teacher…Ooooohhh..terharunya saya..teacher sayang kalian…moga jadi anak-anak yang baik..ameen….bila seorang dah peluk, berderetlah yang datangnya…hmmm..manja anak-anaknye…
Time kasih semua…tau tak, sebenarnya hadiah yang paling bermakna untuk teacher bila tengok anak-anak teacher jadi manusia…jadi manusia yang ada ‘sesuatu’…hidup untuk memberi….
Baru saya faham kepuasan seorang guru…Guru Pembina Negara Bangsa… kalau di kilang kita hasilkan barang…tapi tugas guru, satu amanah yang berat…we produce human….samada jadi manusia atau jadi sebaliknya…setiap tingkah jadi perhatian..setiap tutur kata jadi ikutan…kalau jumpa di pasar, supermarket, kampung2, di mana-mana pun, panggilan keramat cikgu itu tidak pernah dilupakan…sampaikan sape datang umah, berapa keta depan rumah, pukul berapa cikgu keluar dan balik rumah, semuanya diperhatikan…kaki melangkah sahaja keluar rumah, banyak mata memandang…teringat kata-kata, guru sebagai role model biarpun dimana-mana dan bila-bila masa…..beratnya amanah…..

tanggungjawab bersama

Tanggungjawab bersama (^_*)
Hmmm…saya baru belajar tentang teori tanggungjawab bersama yang bakal diaplikasikan (INSYaAllah)…dialognya begini(diambil dari petikan 'drama') haha mcm betul lah sangat:
‘ awak akan jaga saya kan nanti…terima kasih kerana sanggup pikul tanggungjawab ni..’
Jawapan yang diterima;
‘ kita sama-sama jaga diri antara satu sama lain..kita pikul tanggungjawab ni bersama…hidup bersama…’
Hmmm..betul tu..hati saya mengiakan …. kita tidak boleh hanya hidup menerima…tapi memberi dan menerima seadanya…hidup untuk memberi….itu saya masih ingat… dan kadangkala terlupa…hanya bersedia untuk menerima tanpa memikirkan utk memberi..ish2 cegu comey ni…
‘Ya Allah, semoga ini yang terbaik, setelah dugaan demi dugaan yang Kau berikan..moga ikatan hati ini kuat berlandaskan keredhaanMU….’ Doakan saya………………

Friday, May 22, 2009

huhu..pendrive ni nape tak boleh detect..sedih betull..saya banyak benda nak citer

Thursday, May 7, 2009

alhamdulillah--selesai

Alhamdulillah...
selesai..setiap kali temuduga saya akan dapat ayat2 yang sangat unik dari si penemuduga..
1st temuduga untuk penempatan,
' kalau saya hantar kamu ke sabah atau sarawak, boleh pergi? '' dari sudut saya, saya memang teringin nak pegi sana..banyak pengalaman..seronok..tapi, dari satu sudut, mak saya memang kalau boleh tak nak saya pergi...'' sekarang saya nak tanya betul2.. ibu atau kerjaya?'
saya jawab..
'ibu' saya disoal lagi,
' ibu atau kerjaya?'
' ibu'
ibu atau kerjaya?
saya tetap jawab 'ibu'
dan Tuan Penemuduga tersenyum..'pilihan yang tepat.. Rasullullah pun suruh utamakan ibu.'haaaaa...lega saya..
dan sebelum saya keluar dari bilik temuduga.
tuan haji penemuduga pesan sesuatu yang berguna kepada saya.
' jadi ibu yang baik...' dan pastinya saya akan ingat sampai bila2..
hari ni,
dialognya begini..''' saya nak kamu sambung belajar, buat master, phd, dan jadi cikgu cemerlang dengan title doktor.. saya doakan kamu...' Dato' penemuduga berulang kali cakap ' saya doakan kamu, saya seronok berjumpa dengan kamu' Ya Allah, tiba-tiba rasa berat tanggungjawab...jadi semangat nak mendidik...anak-anak saya...di sekolah...

Saturday, May 2, 2009

CARA HIDUP ISLAM

CARA HIDUP ISLAM ATASI GANGGUAN MENTAL- Artikel saya di Millenia keluaran Mei 09

Kajian menunjukkan kira-kira 3 juta daripada 26 juta penduduk negara ini disahkan mengalami penyakit mental dengan 20% daripadanya terdiri daripada remaja dibawah 16 tahun. Lebih merunsingkan lagi apabila mendapati bahawa penyakit mental yang merangkumi 4 masalah utama iaitu kemurungan, keresahan, insomnia dan bunuh diri ini mendapat tempat kedua selepas penyakit jantung koronari menjelang tahun 2020.

Dalam mengecapi arus kemodenan dan taraf hidup yang semakin meningkat, banyak tekanan yang dialami oleh setiap individu. Sebenarnya banyak faktor penyumbang kepada penyakit mental ini. Antaranya faktor tahap akademik, kekangan kewangan, kurang keyakinan diri dalam berdepan dengan masalah dan cabaran, dihantui masa lampau yang negatif, bebanan kerja, fobia, penyakit keturunan dan sebagainya yang melibatkan stress berpanjangan dan seterusnya menjadi penyumbang kepada penyakit mental yang memudaratkan diri jika tidak ditangani dengan segera.


Biasanya pesakit akan menyendiri dan lebih suka menyembunyikan masalah. Biarpun masalah peribadi yang kecil namun apabila dipendam dalam tempoh masa yang panjang maka ia secara tidak langsung akan menyumbang keresahan kepada pesakit. Lama kelamaan, perasaan yang dipendam itu mula memakan diri sendiri tanpa di sedari. Malahan segala aktiviti terganggu dan menjejaskan kualiti sebuah kehidupan yang harmoni.

Banyak kes tanpa disedari menjadi faktor kepada penyumbang penyakit mental. Si anak di sogokkan untuk lulus dengan cemerlang tanpa melihat kapasiti dan minat anak tersebut. Tambahan pula kurang penerapan rohani sehingga hala tuju anak hanya sekadar untuk mencapai pencapaian yang terbaik dalam peperiksaan dan beroleh kerjaya yang bergaji tinggi. Tapi apabila si anak gagal beroleh apa yang diimpikan bukan sahaja ibubapa yang kecewa, tetapi memberikan kesan psikologi yang negative kepada si anak. Ada di antara kita melihat seseorang induvidu itu berjaya tapi mengalami masalah mental dan tidak dapat meneruskan hidupnya seperti manusia biasa. Salah satu faktor penyumbangnya adalah tekanan sekeliling tanpa penerapan nilai agama tentang adanya hari kematian.

Penyakit mental adalah melibatkan masalah jiwa dan hati serta perasaan. Setiap penyakit pastinya mempunyai ubatnya. Itu janji Tuhan kepada hambaNya. Begitu juga dengan penyakit mental. Salah satu ubatnya adalah cara hidup Islam. Islam bukan sekadar agama, tapi Islam adalah satu cara hidup dari A sampai Z. Islam adalah cara hidup dari sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara. Dari kita bangun di awal pagi sampailah kita menutup mata kembali. Semuanya indah kalau dihiasi dengan cara hidup Islam.

Memetik kata-kata Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni dari buku bestseller beliau Jangan Bersedih, La Tahzan, Don’t Be Sad :

Jangan bersedih! Sesungguhnya rasa sedih dan gundah adalah akar penyakit jiwa, sumber penyakit saraf, penghancur jiwa dan penyebarkeraguan dan kebingungan.

Jangan bersedih! Sesungguhnya kita ada Al-Quran, ada doa, ada solat, ada sedekah, ada perbuatan baik dan ada amalan yang memberi manfaat.

Bangkitlah dari resah, gelisah, sedih dan murung. Jangan difikirkan masalah yang menimpa tapi sahutlah ia sebagai cabaran. Bersolatlah..berdoalah..merayulah kepada Allah..Dia Maha Mendengar rintihan hambaNya yang ikhlas..buatlah amal kebaikan..tinggalkan maksiat..pasti kita beroleh ketenangan dan bebas dari gangguan yang menyesakkan jiwa.

Bagi induvidu yang berhadapan dengan pesakit mental, jangan diabaikan mereka. Jangan sisihkan mereka dari hidup kita. Mereka juga punya hak untuk hidup bahagia dan normal seperti kita. Berilah mereka sokongan, terapkan nilai Islam dalam cara hidup mereka, jangan biarkan mereka sendirian melayan kemurungan yang menimpa. Mereka sedang mengalami bebanan masalah jiwa. mereka perlukan sokongan yang kuat dari orang sekeliling terutamanya dari orang yang mereka sayangi.

Bawalah mereka berjumpa kaunselor dan pakar psikatri. Jangan berputus asa untuk membantu mereka pulih seperti sediakanla. Tuhan tidak suka pada induvidu yang mudah berputus asa. Berusahalah, berdoalah, dan terus beramal dengan cara hidup Islam.
Ingatkan mereka dengan janji-janji Allah dalam Al-Quran. bacakan kepada mereka ayat-yata suci Al-Quran. Sesungguhnya ia adalah kalam Tuhan yang sangat mendamaikan jiwa yang sedang kacau. Hiasilah hari-hari yang dilalui dengan alunan zikir yang mententeramkan jiwa. Ingat kata-kata Allah dalam Kitab SuciNya:

“ Berdoalah kepadaKu nescaya akan Aku perkenankan bagimu…” – ( Al-Mukmin:60)

“ Maka sembahlah Allah s.w.t dengan memurnikan ibadah kepaNya..” –( Al-Mukmin:14)

Kadangkala pesakit mental bertindak diluar kawal dan sukar untuk di tangani. Bersabarlah dalam menghadapi mereka. Itu bukan dari kehendak dan naluri normal mereka. Ingat kegembiraan yang di bawa oleh Allah dalam surah Az-Zumar ayat 10:

“ ….Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas..”

Bebaskan diri dari belenggu penyakit jiwa. Berpegang teguhlah kepada ajaran Islam. Hidup di dunia hanya satu persinggahan. Jangan biarkan persinggahan itu menjadi medan derita dalam sebuah kehidupan. Bersihkan jiwa dengan penawar dari Islam. Cara hidup Islam pastinya menjaminkan ketenangan berpanjangan dunia dan akhirat. Carilah bahagia dengan Islam, pastinya kita tidak akan kecewa..Saat diri di ambang kecewa, resah dan gelisah, ingatlah kembali tentang hari kematian. Setiap yang hidup pastinya akan mati. Kematian itu adalah satu kepastian. Hidup di dunia ini bukan suatu kesudahan dan akhir sebuah kehidupan. Tapi kita ada satu matlamat yang lebih utama hidup di dunia sebagai bekalan menyelamatkan kita di akhirat kelak. Hiasi diri dengan iman dan Islam. Pasti bahagia menanti walaupun banyak cabaran yang perlu di tempuhi...Selamat menempuh sebuah kehidupan dengan ketenangan dari sinar Islam.



- Penulis adalah mantan Exco Kebajikan PMIUM 07/08, Universiti Malaya
- Sekarang sedang bertugas sebagai pendidik di SMK Raja Muda Musa, Kuala Kangsar.

HMMMM

Saya tak turun KL..tak jadi..novel lagi 2 minggu publish..pencetak ada masalah..takpa..ada hikmah..

sebenarnya banayak nak kongsi..tapi pendrive tak boleh detect pulak..so tak dapat post artikel yang best2..huhuhu... Artikel saya keluar kat Millenia bulan Mei..pasal sakit mental..

Saadah cakap.

' Aini tension2 pun dapat hasilkan artikel..'

Saya jawab ' Sebab tensionlah terhasilnya artikel sakit mental...' Cara Hidup Islam atasi gangguan Mental..'

Kuatkan semangat Aini...