Saturday, December 27, 2014

Aizzuddin Genap 2 tahun . Persediaan berpisah susu badan...

Semalam aizz genap 2 tahun...dan adik aizz dalam rahim ibu dah pun berusia 7 bulan.. sy dan suami bercadang nak wean off kan aizz dari menyusu badan.. tapi... dari psikologinya sy tahu, aizz tak bersedia.. dan sy sebagai ibu aizz pun masih belum bersedia...

saya akan rindu nak pegang telinga aizz bila kami sedang berinteraksi semasa aizz menyusu...
aizz akan tarik satu jari sy, dan masukkan dalam telinganya..
aizz akan lena di ulit mimpi indah...
pernah ada malam2 yg sy terlalu letih, sy menarik tangan sy dari telinga aizz..
apa lagi, terjerit2lah dia mencari jari untuk dimasukkan ke dalam telinga..
dan pastinya, nak meneruskan mengempeng...

memang tak dapat dinafikan
menyusukan bayi, menyebabkan kita sakit badan...
tapi, nikmat kegembiraan, puashati, apabila melihat si anak membesar dengan susu ibu...
hanya Allah yang tahu...
sy tahu...
sy pasti rindukan saat menyusukan aizz...
saat kami bersama2 berkomunikasi...
terasa sangat indah....

sy sedang bersedia ke arah wean offkan aizz..
dan hari-hari sy dan suami akan bercakap baik2 pada aizz..
aizz dah besar...
dah tak boleh nenen...

apalagi...bila dia dengar..
dia terus akan cakap
nak nenen..
melentokkaan kepala..
melembikkan badan
menandakan dia mahu menyusu...
ohhhhh anak..
ibumu pasti tewas melihat anak mata mengharapmu...

sy tahu,
untuk berpisah susu ibu ini..
kami berdua
perlu bersedia dari psikologi, mental
dan iringi doa...

atau... adakah sy akan tandem nursing aizz dan adik yang bakal lahir?????
tunggu dan lihat....