Pernahkah kita berfikir untuk apa kita hidup? Kemana kita akan pergi selepas ini? Apakah matlamat hidup kita? Adakah sekadar makan, minum, tidur, belajar, dapat segulung ijazah, bekerja, kahwin, dapat anak, jadi opah dan atuk kalau di takdirkan panjang umur, kemudian di jemput oleh Ilahi?
Untuk siapa kita hidup? Adakah untuk diri kita sendiri?
Adakah kita semua sama sahaja kehidupannya? Habiskan hari-hari yang mendatang, tanpa matlamat hidup yang jelas...Cukuplah hidup ala kadar..meninggal pun ala kadar...
Saya terfikir,apakah kebahagiaan yang sebenar? Adakah orang yang kaya hidupnya bahagia? Adakah orang yang miskin tidak bahagia hidupnya?
1 comment:
assalamualaikum,
sedang saya menjengah laman-laman di internet, saya terjumpa blog akak. moga sihat dan gembira selalu.
"Untuk siapa kita hidup? Adakah untuk diri kita sendiri?"
Pernah juga terlintas soalan ini di fikiran saya...
namun, saya buat tak tahu sahaja. Bukan semua orang pernah menanyakan soalan ini kepada diri mereka sendiri...walau apapun...coretan yang ringkas tapi menarik.
Post a Comment