Sunday, January 3, 2010

pERmuLAAN YANG bARU..

Esok sesi persekolahan 2010 akan bermula.. Apa yang baru??? Kalau dahulu masa zaman belajar, tiba sesi awal persekolahan, maka macam-macam yang baru..tidak sabar rasanya untuk bertemu dengan rakan-rakan..bercerita tentang itu dan ini..inilah perasaan yg dirasai anak-anak sy..jadi sy harus bersedia untuk mendengar suasana riuh rendah anak-anak yg sudah lama tidak bertemu.,… Namun bagaimana perasaan sy sekarang sebagai seorang guru yang akan melangkah ke sesi baru.. Perasaan yang sukar diungkapkan..rasa macam-macam..sekali sekala berdebar.. menanti hari-hari mendatang dengan penuh tanggungjawab, usaha keras yang bakal di nilai “ Yang DiAtas..”

Saya memilih tema biru bagi memulakan hari pertama esok bersama anak-anak.. Biar saya tenang dalam apa jua keadaan..Biar sy cantik dalam setiap keadaan..biar sy masih comel dalam setiap tindakan..Tahun ini sy diamanahkan menjadi guru kelas 4 Bahagia..moga saya bahagia bersama mereka..dan pastinya sama juga mahukan mereka bahagia bersama sy..

Hakikatnya sy sedikit ralat kerana tidak dapat membawa kelas 3RK dan 3Bahagia bagi sesi PMR tahun ini..2 kelas ini adalah harapan sy untuk melihat hasil P&P sepanjang sy mengajar mereka..Sy teringin bersama mereka mengharungi detik-detik menyambut kedatangan PMR pada tahun ini..namun, Allah telah mencaturkan yang lebih baik. Sy harus redha untuk berbakti kepada kelas yg telah dicaturkan.Sesi kali ini sy menjadi guru Science form 1 dan 4 serta Chemistry Form 4. Tidak sabar rasanya untuk meluahkan segala ilmu didada..membimbing diri dan anak-anak menjadi ‘manusia’…

Semangat itu kadangkala ada turun dan naiknya..Hakikatnya pengaruh sekeliling byk menyumbang kepada mood dan semangat…

Nak kongsi sikit tip nak jadikan sepanjang hari tu dalam mood yg best…harap menjadilah..huhu..

1. Bangun awal pagi. Kalau sempat, tahajud dlu..lepas subuh susuli dengan al-mathurat..sedekah alfatihah untuk Nabi SAW dan para sahabat, mak, ayah, bakal suami, cikgu2 yg pernah mendidik kita, anak-anak didik yg dahagakan ilmu, para pejuang agama Allah, muslimin dan muslimat yg masih hidup mahupun yg telah meninggal dunia..
2. Waktu mandi pasang niat..segar sepanjang hari..untuk berbakti..untuk memberi…
3. pilih baju yang paling cantik..tgk cermin..pasang niat baik lagi…jadi org yang paling cantik…
4. sarapan pagi..walaupun sedikit..
5. Keluar dari kenderaan dengan senyuman.. Senyum pada semua orang..beri salam pada semua orang yang berselesih..
6. Positif dalam apa jua keadaan..Jangan marah-marah.. Istigfar banyak2
7. Setiap kali ditimpa musibah, fikir positif..cakap pada diri benda-benda yg positif..
8. Jangan cakap keburukan orang lain.
9. sediakan dalam handbag diari kecil untuk listkan perkara yg penting..agar tak lupa dan lebih tersusun..
10. JANGAN BUANG MASA..
11. 3 minit sebelum mula P&P bagi sikit semangat kat anak-anak…manusia kan semangatnya turun naik..kena sentiasa diupdate..
12. BUAT BAIK DIBALAS BAIK.,…


MOGA 12 PESANAN UNTUK DIRI SENDIRI INI DIAPLIKASIKAN DENGAN PENUH SEMANGAT DAN JANGAN INGKAR…Hehehe..

5 comments:

Werdah said...

Salam Nurul yang tok cu kasihi,

Alhamdulillah, mulakan hari baru dengan positif, tumpang seronok, dapat menggambarkan yang tok cu hari ini juga ke sekolah, keluar kereta dengan senyuman manis, bagi salam, jawab salam n seterusnya,seterusnya!!! tetapi cikgu tua yg dah bersara ni tak semanis nurul yg muda jelita (MasyaAllah),

Teruskan ceria, seronok dapat berbual dgn cucu seorang ni.. apa2pun tokcu doakan kejayaan nurul dunia dan akhirat.. amiin.

OmbakBaik said...

thank you teacher !!!!!!!

Nurul Aini Khairul Azhari said...

W'salam buat tok cu yg disayangi..

Tok Cu juga adalah sumber kekuatan Nurul..semangat tok cu..jiwa pendidik tok cu, sangat Nurul kagumi..

Hmmm..manis dan muda jelita hanya sementara..sedikit demi sedikit Allah tarik anugerahnya..

Tok cu..terima kasih doakan Nurul..Nurul gembira dapat jumpa tok cu tempoh hari.. betul cakap tok cu, interaksi di alam maya ini, membuatkn kita semakin rindu..dari kenal menjadi lebih kenal, lebih sayang dan lebih rindu.. Nurul gembira masik ada lagi insan yg bergelar tok dalam hidup Nurul. terima kasih tok cu..sayang tok cu...sedih pula disaat mencoret tulisan ini..

Nurul Aini Khairul Azhari said...

ommbakkk yg baikkk..buatkan jadual waktu untuk Encik Ikhwan...hehehe..suspeklah akak..

Werdah said...

Salam Nurul yg dikasihi dan disayangi,

terkedu juga.. titisan air mata syahdu ni..