Tuesday, January 19, 2010

SIAPA PANDAI????

Siapa yang pandai???
Lewat tusyen tadi, hanya tinggal si kecil Ain.. arieff, Alya, tohira, Sofya, Syahril semua sudah selamat diambil oleh ibu dan ayah masing-masing.. Jd si kecil Ain ini memnta izin sy untuk menekan calculator yng ditekan oleh Arief sebentar td.. Hmm..sy tahu, dari td dia kempunan nak menekan calculator macam si Arif yg sudah sekolah menengah.. Ain ni baru darjah 2. Jd benda tekan-tekan ni pastinya menarik perhatiannya. Makanya sy izinkan dia mencuba menekan nombor-nombor pd calculator..

Lalu bermulalah operasi tekan menekan.. Satu tabiat ain yg dapat sy kesan selama mengajar dia 2 minggu ini ialah, dia suka membaca dgn kuat sekali.. jd sy pun terdengarlah sebutan nombor-nombor yg besar dr mulutnya.. 100+200+600 = 900..
“ Teacher, 100+200+600 = 900 kan teacher?”
“ betul.” Saya menjawab ringkas sambil menanda buku si bijak Ariff..
“ hmmm..teacher, calculator ni pandai kan teacher.” Ain masih kusyuk menekan calculator idamannya itu.
“ Hmm..pandai.. tp, siapa ya yang buat calculator?”saya menyoal spontan..
“ orang..” Ain menjawab antara keliru..
“ orang ke calculator yg lg pandai?” sy menguji..
“ Hmmm..orang..’ Jawapannya masih seperti orang keliru..
“ orang tu siapa” Sy masih menyoal..ingin menguji..
“ ain….” Diaa teragak-agak menjwab..hmmm..memang bijak jawapan tu..tp nada suaranya masih tidak yakin..
“ jd ain atau calculator yang lg pandai?” Sy terus menguji..
“ Ain..” nadanya masih mendatar..
“teacher nak Tanya betul-betul ni..Ain atau calculator yg lagi pandai?” Nada sy sedikit tegas..sy memandangnya sambil tersenyum..
“ Ain!!” sedikit bersemangat dia menjawab..moga berhasil doktrin sy untuk si bijak Ain..: kita lagi hebat dari calculator..jgn bergantung pd benda tekan-tekan itu.”
Belum sempat sy menyelit tentang manusia dan Tuhan, ayah ain sudah menanti di depan pagar..makanya terpaksalah sy melepaskan ain pergi tanpa menyoal,
Siapa yang jadikan manusia?
Jawapannya : Tuhan
Siapa yg lagi hebat?
Tuhan
Kita kena ikut arahan siapa?
Tuhan..
“ ini doktrin yg dipostpone untuk malam esok..insyaAllah..

4 comments:

Werdah said...

Salam Nurul yg tokcu kasihi,

Senyap je!! nape ya.. dpt ke emel tokcu.. blog nurul ni dah ok sangat dah.. wardrobe cantik tp isi tak cantik nak buat apa.. banyak kata2 semangat di blog nurul ni.. keep it up.. semoga Allah merahmatimu. Amiin

Guru said...

assalammualaikum

pandai cikgu mendoktrinkan anak murid ya

Nurul Aini Khairul Azhari said...

Assalamualaikum tok cu yang dikasihi,
Nurul minta maaf..setakat sekarang nurul tak terima apa2 email dr tok cu. mungkin alamatnya kurang tepat kot. ini email nurul eye_nee85@yahoo.com.

terima kasih tokcu..bersama nurul..salam sayang buat tokcu..

Nurul Aini Khairul Azhari said...

buat a kl citizen,

sy pun suka baca blog cikgu.tentang kelas sivik yang diedarkan kertas untuk ditulis tentang kawan2nya..boleh dipraktikkan utk anak-anak sy disekolah.. idea yg sgt menarik..

terima kasih cikgu 'a kl citizen'