Pagi subuh-subuh tadi dapur sudah berdentum dentang(entah betul ke tak ayat bm nye ni..heheh)..dengan nasi yg tak habis malam td, maka berjaya juga sy membuat nasi goreng org single..hehehe..lalu dibekalkan ke sekolah..sekarang ini jarang sekali singgah ke kantin..kalau bawa bekal, boleh makan lebih kerap..sy jenis yg makan sikit-sikit tetapi kerap..maka ini adalah jalan yg lebih baik untuk kebajikan perut.hehehe
Disini sy ingin menunaikan 1 permintaan dari kawan baik sy..yg memohon agar dikongsikan tips untuk menyimpan duit..katanya menyimpan duit untuk berkahwen..sungguh semangat dia ingin mengetahui tips ini..sy pun tidak tahu kenapa sy yang disoal tentang bajet ini. Sy bukan pandai sgt menyimpan duit ni.. tp tak mengapalah..tak baik menghampakan harapan orang..lagipun apa salahnya berkongsi sebaiknya apa yang kita tahu..mengikut prinsip untuk mengekalkan konsep ‘memberi’.. InsyaAllah, akan sy kongsikan apa yang termampu..peringatan untuk diri sendiri sebenarnya..
1- Setiap bulan, jangan lupa rangka belanjawan secara detail..berikan keutamaan kepada perkara yg WAJIB seperti kereta, rumah, takaful, tabung haji, mak ayah, zakat, ptptn dan apa shj hutang berkala dilangsaikan.
2- Adakan 1 akaun simpanan tetap..boleh potong gaji untuk tabung haji..kalau nak harap kita masukkan sendiri, kadang-kadang tu terguna..berdasarkan pengalaman ler..(^_*)
3- Mungkin kita boleh melabur wang kita secara bulanan sebanyak rm100 sebulan..dengan permulaan pelaburan RM1000, saya cadangkan di PUBLIC MUTUAL ( skim ini dikawalselia oleh Suruhanjaya Sekuriti melalui Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 dan garis Panduan untuk Dana-dana Unit Amanah bank Negara Malaysia- pendapatan konsisten, halal dan diberkati)..melabur bermakna kita memberi amanah kepada pihak tertentu untuk menggunakan wang pelaburan kita untuk perniagaan dan perusahaan..Pastinya risiko yang dihadapi juga berbeza..makanya, jika takut menanggung risiko, adalah baik memilih skim unit amanah yg dikawal oleh sekuriti diatas..
4- Kemudian, buat bajet harian..keperluan rumah, barang dapur..
5- Elakkan selalu makan diluar..sebenarnya, bila memasak, banyak wang yg dapat dijimatkan..disamping terjamin kebersihannya..dan dapat bekalan ilmu rumah tangga..practice make perfect..heheh..kawen nanti, tutup mata pun boleh masak..hehehe
6- Sebenarnya, disiplin diri yang utama..untuk kita terus menyimpan untuk masa hadapan..
Terimbas kembali kenangan sewaktu menjaga SPM tempoh hari.. Sy dan ida bersama cikgu Ayub, cikgu hadi, cikgu azman, ustaz amin, cikgu hadi dan penyelia kawasan berbincang mengenai seorang pemilik pasaraya yang beragama Islam..dia bermula dengan berniaga kain dari sebuah rumah ke sebuah rumah..kemudian dibukanya sebuah kedai, lalu rezeki bertambah, dibinanya pasaraya dan kini dia memiliki 50 buah pasaraya diseluruh Malaysia..
Lalu sy secara spontan bertanya..
“ Dia buat mcmana sampai jd begitu sekali?”
Lalu dgn spontan juga cikgu ayub menjawab.. “ Dengan berzakat..zakat kan membersihkan harta..zakat tu akan menggandakan rezeki kita..beri 1 Allah balas 10..dgn niat kita ikhlas..”
zakat..zakat akan membersihkan harta kita..memudahkan rezeki kita..tanpa di duga, ada sahaja rezeki datang..kerana janji Allah, jika kita memberi biarpun sedikit, akan Allah gandakan rezeki kita tanpa diduga…dgn niat dihati dijaga…
7- Bersama-samalah kita mencari keberkatan rezeki.. memasang niat untuk menyempurnakan agama dan rukun..jika ada azam, usaha, doa dan tawakal, pastinya pertolongan Allah mengiringi..
8- Ingin sy kongsikan kata-kata dr seorang rakan ;
“ Kita memang tidak ada masa lapang jika kita tidak melapangkan masa yang ada, kita juga tidak akan mencapai kebebasan kewangan sekiranya kita tidak memperuntukkan wang yang ada untuk mencapai matlamat kebebasan kewangan..”
Wednesday, January 6, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
harap dapat membetulkan jika ada ralat kepada fakta yg salah..
salam kepada Nurul yg tok cu kasihi,
alhamdulillah semua saranan yg nurul kemukakan ini amat sempurna..
perancangan yg jika diikut insyaAllah banyak manfaatnya.. dulu masa tokcu bekerja tokcu potong gaji pada tabung haji bukan utk seorg sahaja tp kpd anak2.. sikit2 lama2 jd bukit.. bila da pencen dah tak potng lagi.. public mutual pun masuk.. bila berhenti kerja ingatkan tu tak islamic tokcupun berhenti.. mmg public mutual ni pulangannya bagus.. insuran pun ada ambil..
kmd jgn lupa memberi insyaAllah.. bekal pun pernah, bertahun2 jugalah suami n isteri.. tempat kerja lain2..
zakat jgn dilupakan.. tokcu buat potong gaji juga sehingga pencen.. alhamdulillah.. mudah2an kita berada di landasan yg betul..
tokcu suka bc pengisian nurul walaupun mengajar sains tp BM tetap utuh dan madah tak kurang.. masyaAllah.
Nurul memang tak nak bagi org follow ke blog nurul ni.. buatlah iklan utk buku nurul tu.. pergi ke blog org lain n say salam ke.. promote buku tu.. letak gamabar buku sekali kat blog n petikan2nya di side bar tu..
ini cadangan sahaja.. jika nurul tak suka tak payah lah ikut ya.
awak memang penjimat..moga saya terpengaruh dengan sikap baek awak tuh..tq for sharing :D
salam buat tok cu yg drndui..
cadangan tok cu sgt bagus..nurul memang nak buat macam yg tok cu sarankan..tp nurul tak pakar lg dalam blog ni..nak linknya nurul tak tahu..harap tunjuk ajar dari tok cu..
terima kasih tok cu sayang..
Post a Comment