Saturday, October 20, 2012

dENGARLAH WAHAI BUAHATI IBU DAN WALID

ASSALAMUALAIKUM SEMUA..

Tadi baby bergerak sangat aktif apabila mendengar walidnya membaca surah maryam.. mungkin rindukan suara walidnya kot... maklumlah dalam seminggu hanya 2 hari shj blh dengar suara walid.. hari biasa, dengar suara ibu mengaji termengah-mengah, bila ibu dah tak lalu ngaji, ibu suruh ustaz dalam laptop sambung mengaji... siap cakap pada baby, ini bukan suara walid, ini suara ustaz..(takut baby tersilap).. fasa sekarang, baby dah boleh kenal suara ibu dan walidnya...sy tak ingat dapat dari sumber mana.. tapi telinga dan deria pendengarannya sudah mampu mendengar bunyi di sekelilingnya... jadi, kna muhasabah diri untuk cakap benda yang baik-baik dan positif, supaya baby jadi anak yang soleh solehah...


Alhamdulillah, baby aktif bergerak..terutamanya sewaktu saya sedang solat, mengaji, atau dengar ustaz bagi ceramah... harap dan doa, supaya baby suka akan kebaikan...baby juga akan aktif bergerak bila saya makan madu dan minum susu... baby suka yang manis-manis ya??? hehe..harap anak ibu dan walid ini manis orangnya nanti...manis akhlak dan rupa...hehehe..


Sedikit info tentang surah-surah yang boleh diamalkan oleh ibu-ibu yang sedang mengandung.. bapa-bapa pun kena amal juga.. bak kata seorang ustaz, tak ingat namanya, amalan suami penting untuk mendapatkan zuriat yang soleh dan solehah disamping memudahkan proses bersalin si isteri nanti...


Surah Maryam


Ibu yang sedang hamil disarankan untuk membanyakkan membaca surah Maryam agar bayi yang dilahirkan nanti mempunyai akal yang cerdas dan hati yang sabar dan cekal dalam menempuhi ujian. Amalan surah Maryam juga memudahkan ibu semasa melahirkan anak.

Surah Luqman

Dalam pengkisahan Luqman dengan anaknya, Allah SWT menegaskan tentang wajibnya manusia bersyukur akan segala nikmat yang telah dianugerahkan kepada mereka dan wajib menjauhi perkara syirik. Ibu yang mengandung dianjurkan supaya membanyakkan membaca surah Luqman agar bayi yang dalam kandungan akan dikurniakan kebijaksanaan akal fikiran dan hikmah yang tersirat apabila lahir ke dunia, inshaAllah.

Surah al-Fatihah

Ibu mengandung digalakkan membaca surah al-Fatihah sebanyak 70 kali setiap hari dalam keadaan berwuduk, semoga zuriat yang dilahirkan memperoleh ilmu pengetahuan disamping dapat mengawal hati dan fikiran daripada perakra mazmumah

InsyaAllah... Muhasabah untuk diri sendiri...semoga terus beramal dan membaiki amal...

moga Allah mudahkan..ameen.. 


2 comments:

Werdah said...

Assalamuaikum Nurul yang tokcu kasihi

Lama sungguh tak bersembang dengan Nurul.. rindu pulak.

Mudah-mudahan Nurul dan baby sentiasa dalam perlindunganNya. Aamiin

Unknown said...

nice posting, semoga keluarga anda selalu .Thanks