Thursday, January 5, 2012

NURUL AINI NAK JADI..........(^_*)

Alhamdulillah..hari ini hari kedua saya menjadi pendudk di Pakat ( Badan Kebajikan Masyarakat At-Toif).. lepas housemate sy di taman maju berpindah mengikut suami terchenta, adik sy wani abes SPM, maka tinggallah sy sendirian di kuala kangsar ni.. makanya, tidak sanggup sy bersendirian duduk di rumah 2 tingkat tersebut sendirian..takut akan keselamatan diri dan bajet yg melebihi, mendorong sy untuk berpindah di PAKAT ini..atas saranan encik tunang setahun yg lalu..baru tahun ini sy ikut saranan en Tunang..huhu..nurul einey ni….
Semuanya berjalan lancar..lagipun banyak aktiviti disini.. malam rabu ada rawatan darul syifa’. Teringin jugak sy nak berkursus dan menimba ilmu rawatan syifa’ ni.. mungkin dalam tempoh 2 bulan lebih disini, Allah nak bagi sy ilmu baru.. bak kata mak dan encik tuning, banyak ilmu sy boleh belajar disini.. Cuma satu je masalah sy.. sy takut sikit nak pergi toilet di sini.. sebabnya jauh dari bilik. Kena berpakaian lengkap dan jalan merentasi koridor dan ke tandas. Jika dulu tandas masih lg dalm rumah..huhu.. Alhamdulillah dikurniakan roommate yang memahami dan baik hati dan sanggup pergi ke tandas bersama-sama. TERIMA KASIH UNTUK ROOMATE BARU CIK ANSARIYYAH..(Sedap dan unikkan namanya..pertama kali sy jumapa insan nama begini..sedap dan indah seperi tuannya) sy berfikir juga, sampai bila sy nak takut macam ni…salah satu nak cari semula kekuatan, sy kena banyak beramal dengan ayat2 suci al quran, dan berbekalkan kekuatan fizikal untuk melawan kejahatan manusia( nauzubillah, minta dijaauhkan).. jika diikutkan keselamatan, insyaALLAH selamat. Lgpun kawasan ini tak terpencil. Cuma kita kena hati2..kerana tandasnya di luar kawasan( tempat tidur).
Ada beberapa malam di hiasi dengan kuliah agama, kelas Al Quran, kelas tajwid. Dalam 2 hari sy baru didedahkan dengan suasana rawatan syifa’. Kelas yg lain masih belum lagi. Sy harap sy berpeluang untuk itu. Membaiki diri sebelum menjalani satu perubahan besar dalam hidup sy.. moga sy ada kekuatan uuntuk fasa yg bakal dilalui ini. Moga sedikit masa yg ada ini digunakan sebaiknya untuk memperbaiki diri.. Ya Allah , mudahkanlah…
Sy nak jadi wanita yg kaya dengan ilmu, sy nak jd wanita yg beramal dengan ilmu, sy nak jd insan yg tabah, sabar dan redha bila diuji..itulah azam sy berkat meniti fasa yang bermakna dalam hidup ini tak lama lagi.. moga Allah kuatkan..moga sy dibekalkan dengan sahabat2 yang merangsang untuk kebaikan ini..sy kena kuat..kuat..kuat kuat kuat kuat.. ( dah lama takcakap pada diri sendiri begini)
Alhamdulillah..encik tunang Berjaya diserap untuk menjadi guru tetap.. Allah kabulkan doa kami..rezeki kami menjelang fasa baru.. namun ada sedikit kegusaran di hati sy.. kami akan menjadi suami isteri jarak jauh.. biarpun hanya perjalanannya 2 jam shj, tetapi peraturan menetapkannya tinggal di asrama selama setahun membuatkan hati sy teruji… macam2 sy fikir.. pada saat ini kepercayaan, doa yg tidak putus2 yg mampu dipanjatkan agar bahtera yg bakal kami lalui diberkati dan utuh biarpun diuji…Oh Tuhanku, tiada indah hidup didunia melainkan dengan keberkatanMU…sy harus percaya, dan sandarkan pada percaturan Allah yg Maha Mengetahui..Dia lebih tahu…YG TERBAIK UNTUK HAMBANYA…
DOAKAN SY YA SAHABAT2…RASA SAYU PULA HATI…
~~~~~~~~NURUL AINI NAK JADI BAIK…NURUL AINI NAK JD HAMBA YG REDHA, …….NURUL AINI SANGGUP PIKULTANGGUNGJAWAB YG LEBIH BERAT….NURUL AINI ANAK SOLEHAH…NURUL AINI NAK JD ISTERI SOLEHAH..NURUL AINI NAK JD ISTERI YG SOLEHAH…NURUL AINI HARAP ALLAH BG KEKUATAN PADA NURUL AINI UNTUK LAKUKAN PERUBAHAN INI…
SAHABAT2 TOLONG AMINKAN YA (^_^)

3 comments:

OmbakBaik said...

saya tau awak kuat...badan je kecil..tp sgt KUAT semangat..saya ade utk memberi awak semangat...kehkehkeh

Arniwaty Abdullah said...

aini...
yeke...dok asrama la ni..nmpak mcm pelik jg..tp..ade hkmahnya,kan...

aini..arni tahu..aini kuat..kita kan selalu ckp kita kuat..kuat...kuat...

insya Allah aini akan dpt blaja ilmu baru ..dan suasana yg baik kat sana..tp serious menarik...dgr aini cite..(sb tu aini leh jd pnulis..he)

aini..smg tabah...chaiyok2..=)

Nurul Aini Khairul Azhari said...

kak ya": time kasih sbb sentiasa member semangat dan idea rm10..hehehe

arni: arni sayang, tiada kata dapat diungkapkan selain kata2 semangat kuat kuat kuat..aja aja faiting!!!sayang arni