Kaandungan dah hamper mencecah 28 minggu..
Alhamdulillah..ada lagi 12 minggu lagi…takutnya…
Sejak kandungan sedang membesar, badan dah macam tak lalu
sangat.. rasa penat sangat bila jalan jauh2.. keinganan tu ada nak jalan jauh2,
tp cepat shj badan jadi termengah-mengah..sekarang tengah sibuk mengumpulkan
maklumat tentang panduan menyusu secara ekslusif. Hehehe…dah berazam nak menyusu
sepenuhnya sampai baby umur 2 tahun…harap dan doa moga Allah kabulkan doa
ini..Moga Allah limpahkan rezeki untuk buahati yang bakal menyinari hidup kami
nanti…
Minggu lepas, akhirnya….selepas di survey-survey pam susu…dan
merajuk-rajuk dengan en suami, akhirnya kami memilih pam susu elektrik
avent..pakej, 2 botol, 2 putting untuk botol, pam susu elektrik+ manual+
bateri..selepas di offoer dapat RM688…huuuuuuuuu….rasa nak nangis jer… sy
sebenarnya dah aim pakej pam ngan free gift dari rumble tuff…lagi murah dan byk
dapat gift dari avent..tp en suami, cereweeeeeet….nak jugak yg avent… lama
jugak kami membawa diri masing-masing kat tempat tu…layan hati masing2…tp bila
dah lama tak Nampak encik suami, mulalah sy gelabah cari tepon Tanya dia dekat
mana… huhu..En suami cakap … ‘ Kita ni banyak yang tak samakan manje…citarasa
berbeza sgt..’…sy senyum…cuba senyum…huhu…itu yang melengkapkan hidup kita…tp
tak terkeluar ayat tu dari mulut sy..akhirnya, sy mengikut cakap en suami,
SyuRga deKat Suami….selagi tak melanggar syariat ….huhu…
Jadi kat sini, dah buat pelaburan yang tingggi untuk pam
susu, ( tapi untung sebenarnya dapat menyusu secara ekslusif ni…boleh jimat byk
sgt, dan yang pentngnya, baby rapat dgn kita, baby dapat khasiat yang optimum,
baby susah kena penyakit sbb susu ibu kaya dgn antibody)…cuba bayangkan, jika
sebulan kita abes rm200 untuk susu formula, klau dh 2 tahun jd RM4800. Berganda-ganda
kan kosnya… baik kos ini digunakan untuk pendidikan atau keperluan baby yang
lain… ) makanya sy nak sertakan tip dan info sukses titisan emas buat buahati
tersayang....- AMALAN AYAT-AYAT AL-QURAN AGAR SUSU IBU SENTIASA CUKUP UNTUK
KEPERLUAN BAYI…- Untuk permulaan, memandangkan baby tak keluarkan lagi, boleh
diamalkan amalan ini dahulu:
1.
Membaca doa – “ Ya Allah..mudahkanlah segala
urusan kehidupanku, banyakkanlah susu untuk bayiku nanti, mudahkanlah
perjalanan ku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang engkau
syariatkan..AMIN..”
2.
Mengamalkan bacaan surah al-Hijr, ayat 22-23.
3.
Berzikir untuk memperbanyakkan susu ibu seperti
Ya Matiin..
4.
Sentiasa berdoa meminta pertolongan daripada-Nya
supaya sentiasa bersemangat untuk terus menyusukan..
5.
Sentiasa bertaubat, bersedekah dan membaiki
akhlak diri…(moga Allah bagi kekuatan untuk buat baik)
6. apa-apapun, kita kena pasang niat awal-awal sewaktu mengandung, niat dalam hati, nak betul-betul ikut saranan Islam untuk menyusukan anak sehingga umur 2 tahun..insyaAllah, bila kita dah niat, betul-betul niat, Allah akan mudahkan jalannya... (Ya Allah, mudahkanlah..)
-
Info ini ada yang sy ambil dari majalah PAMA..
Rasa tidak sabar untuk menanti
matahari ibu keluar melihat dunia… tak sabar nak berikan titisan emas ini untuk
buahati ibu…rasa teruja sangat bila buahati ibu bergerak-gerak menggelongsor
didalam rahim ibu..kadang-kadang buat ibu senyum sendirian,.. biarpun sakit tulang
belakang ibu, biarpun tidur ibu tidak lena, biarpun badan ibu serba tidak kena,
tapi kasih sayang ibu semakin bercambah-cambah bua buahati ibu ini…
Hmmm…baru tahu fitrah dan naluri
seorang ibu… bagaimana sabar dan penyayangnya mak melahirkan, mengash dan
mendidik kami berlapan… susah, perit, tapi kasih dan sayang pada anak-anak
tidak pernah luntur…SAYANG MAK…SAYANG AYAH…SAYANG SANGAT-SANGAT….
2 comments:
niat kita sama...so nexyer bersama sama la kita mengepam di sekolah ye..insyAllah kita boleh..kitakan ibu dan cekgu yang hebat..hehehe :D
hehe..insyaAlah boleh..ada geng, semangat skit..hehehe
Post a Comment