Seandai masa dapat diputar kembali, ingin sekali saya menginjak ke alam kanak-kanak. Teringat lagi sewaktu alam kanak-kanak, saya sangat gemar mengarang sajak. Namun di sebabkan berada di kawasan pekan kecil yang kurang pendedahan berkenaan majalah yang sudi mengeluarkan sajak atau hasil karya seorang kanak-kanak, saya hanya menyimpannya sebagai koleksi peribadi. Kadangkala saya tunjukkan pada rakan-rakan yang sudi melihat ilham saya. Setiap kali guru kelas saya bertanya tentang cita-cita saya untuk diisikan dalam buku rekod pelajar, saya akan nyatakan saya ingin menjadi seorang penulis dan pelukis. Namun apabila pulang ke rumah, saya di doktrinkan oleh ayah untuk mengejar impian menjadi seorang doctor. Doktor sakit puan katanya. Saban hari di sogokkan tentang doctor sakit puan membuatkan saya menukar pilihan apabila melangkah ke darjah 4. Maklumlah, apabila melangkah ke darjah 4 saya sudah didedahkan dengan pelajaran Sains. Saya cuba menyemai minat untuk mengejar impian ayah melihat anak sulongnya bergelar seorang doctor. Namun, dalam pilihan saya masih ada lagi niat untuk menjadi seorang penulis.
Minat saya dalam bidang penulisan makin bertambah apabila guru bahasa melayu saya, Cikgu Sofian rajin memberi karangan sebagai kerja rumah. Setiap hari kami akan mendapat 2 karangan sehari untuk disiapkan dan dihantar keesokkan harinya. Kalau cuti 2 hari iaitu sabtu dan ahad Cikgu Sofian akan membekalkan kami 7 karangan untuk disiapkan. pernah kami dihadiahkan sebanyak 26 karangan apbila cuti semester tiba. Ada yang merungut. Namun, Saya sangat gembira dengan kerja sekolah yang diberikan. Hasil simpanan duit belanja harian saya gunakan untuk membeli kertas kajang. Cikgu sofian mengajar kami untuk mengumpulkan hasil karangan kami di dalam satu fail. Saya semakin teruja melihat himpunan karngan yang dihasilkan. Setiap hari ternanti-nanti
Melangkah ke menara gading saya banyakk laburkan duit pinjaman saya dengan membeli majalah Dewan Sastera, Dewan Siswa, Dewan Kosmik, Millenia, Dewan Masyarakat,Anis dan Aniqah dan beberapa majalah Nur. Apabila tiba pesta buku saya tidak boleh duduk diam. Pekan buku menjadi tempat paling istimewa buat saya.Setiap kali hujung bulan, langkah saya panjang ke pekan buku. Ingin dapatkan kesemua majalah yang menjadi bakal menjadi koleksi dalam simpanan saya.
Tempat yang paling saya gemari semasa menuntut di Universiti Malaya adalah Pekan Buku dan Perpustakaan. Setiap kali melewati Kompleks Perdana Siswa saya tidak akan melepaskan peluang untuk ke Pekan Buku. kadangkala saya tidak sedar hamper beberapa jam masa saya menghabiskan masa disana kerana membelek buku-buku yang digemari. malahan pernah samapai 2 kali saya berlari ke mesin atm untuk mengeluarkan duit gara-gara tidak tahan untuk menjadikan buku yang dibelek itu menjadi milik saya. Alangkah indahnya hidup dengan buku.
Minat saya terhadap penulisan akhirnya dapat saya luahkan apabila saya menghadiri bengkel penulisan bersama Encik Fauzun Pengurus PTS. Millenia. Masih segar lagi diingatan saya Encik Fauzun atau saya lebih senang memanggilnya Ustaz meminta peserta bengkel mengemukankan buku impian yang ingin diterbitkan.
hehehe..ade sambungannya nanti..tunggu
Tuesday, June 9, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
owh..gitu kisahnya...kental semangat cikgu aini! beruntungnya orang yang di sekeliling cikgu =)
Post a Comment