alhamdulillah..masih punya kesempatan meluah perasaan disini. jam dah pukul 12;21 malam. hmm..hari ini genap 2 minggu sesi p&p berjalan. tak dapat dinafikan, memang sangat letih..mata bagai nak terkeluar. kaki dan sendi-sendi sakit. makan minum pun dan tak teratur. sepanjang 2 minggu di sekolah baru 2 kali saya menjengah ke kantin. kadang-kadang pukul 5 petang bru dapat jamah makanan. masa tu terasa sangat nikmat masa dan kualiti masa. bagi mengelakkan rasa lemah, saya mula membawa biskut di dalam beg serbaguna yang sering ditegur oleh guru-guru dan pelajar. ada cikgu siap nak order lagi.hehehe. macam-macam.
Sibuk memang sibuk. letih tu, tak payah cakaplah. dengan fizikal sekolah yang berbukit dah luas, memang nak cabut kaki rasanya. namun bila mengenangkan kepuasan dan berkat bekerja dan beramal, letih itu dilupakan.
saya sering diserang sesak nafas apabila melangkah masuk ke kelas 2C untuk subjek mathematic. huh..bising..huru hara..itu yang dapat ditafsirkan. Darah saya naik apabila kelas tidak dapat dikawal. tambahan pula kerja sekolah yang diberikan tidak siap. malah ada yang tak ada buku lagi!!!Geram!!!Hmm.. untuk ke sekian kalinya saya bertahan, akhirnya hari itu saya menjeri 'CLASS, SILENT!!!' Kebetulan cikgu Khairil dan Maya sedang berlalu berhampiran kelas saya, apa lagi, merah muka saya menahan malu. malu sangat-sangat. tapi saya memang marah masa itu. kalau tak jerit, pelajarnya makin menjadi-jadi. oh...anak-anak didikku..
Saban hari saya berfikir, bagaimana mahu mengawal kelas ini. kelas lain, syukur saya boleh mengawalnya. saya boleh bergelak ketawa bersama mereka. menikmati sesi P&P dengan penuh girang. tp dengan 2C, saya jadi bingung sih..
sampai satu ketika, saya jadi keberatan untuk masuk ke kelas itu. tapi tidak lagi sekarang, saya dah jumpa formulanya..hehehehe...
Friday, January 16, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment