" Kak Long, kak long pandai ka main hoki? " Itu adalah soalan pertama yang keluar dari mulut adik saya, wani sewaktu membaca buku pengurusan SMK Raja Muda Musa. Hmmm..kalau ikutkan memanglah enggak pandai dong. Tapi, nak buat macamana kenalah terima. Itu dah jadi satu amanah.
Hmm..sesi persekolahan sudah hampir bermula. Perjuangan saya sudah lama bermula dan akan berterusan.. Bila di lihat senarai tugas dan jawatan2 yang dipegang rasa mahu pengsan sebenarnya. kalau difikir dengan logik akal, saya rasa memang tak ada masa nak bersenang-senang macam masa belajar dulu. Hmm.patutlah orang selalu kata, belajar lagi seronok dari bekerja..
Ramai yang cakap tugas guru senang. Balik awal..juz mengajar..cukup bulan dapat gaji..senang ke??Senang?? hmmm..bagi yang bercakap begitu cubalah laluinya sendiri.. Tugas guru di Malaysia bukan sekadar mengajar, malah banyak lagi tugas tambahan. Saya masih ingat lagi seorang guru yang baru berkhidmat selama 3 tahun sanggup berhenti kerja kerana tidak tahan dengan kerja-kerja sampingan selain dari mengajar. dia memang minat mengajar dan amat digemari oleh pelajar, tetapi kerana bebanan tugas sampingan seperti memegang jawatan itu dan ini disekolah, terasa sukar untuk memfokuskan kepada proses P&P. Akhirnya, kini dia membuka pusat tusyen yang boleh berfokus kepada P&P. Hmm..setiap orang mempunyai banyak persepsi dan keupayaan yang berbeza-beza.
sebenarnya, dalam diam saya sudah mempunyai idola di RMM. Cikgu senior ini biarpun dihujani dengan banyak tanggungjawab, tambah anak 6 orang kat umah, pegang jawatan itu dan ini, ngajar subjek itu dan ini, tapi masih mampu memberikan komitmen yang baik untuk mendidik anak bangsa. saya juga menyimpan hasrat untuk menjadi seperti beliau. malah lebih dari itu.
Cuma sekarang, badan saya sering letih-letih. Fizikal saya lemah dan kadangkala saya bagaikan mahu pengsan. Itu belum mulakan P&P di sekolah. Dengan struktur fizikal sekolah yang besar dan berbukit, saya bimbang ia mengganggu kesihatan saya. Tambahan pula tidur saya sering terganggu. saya berdoa agar diberikan kekuatan spiritual, mental, fizikal dan emosi. Ini dugaan kecil sebenarnya. Apa yang penting selepas ini, pengambilan makanan mestilah sempurna dan tidur yang berkualiti di samping menjaga amalan seharian.
Mungkin ada saranan dari kawan-kawan agar kita boleh sentiasa cergas, bolehlah disarankan disini.
Saturday, January 3, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
assalamualaikum..aini....sama la kita dapat byk tugas...tp apa yg penting pandai urus yg mana lebih aula....
pasal letih2 badan ni..elok amik supplement la aini..ikutla apa2 pun..contoh madu..
kzati makan "Bidadari" keluaraan DCL..
aini tryla survey what is good for u...the most important..minum air masak byk2...
ok..rindu aini
time kaseh k zati...huhuhuhu..rindu kat akak jugak.. bila aini nak dapat jadi auntie???hehehe... aini skrang makan omega-3, vitamin B and gingko..bru start seminggu.. jadi kuat makan pulak..haha..takpe, tambah tenaga..nanti keluar balik..yang penting dah tak letih sangat..sayang k zati...huhuhu
Post a Comment