Thursday, January 31, 2013

Lg caara nak kurangkan kembung perut aizz


Alhamdulillah..hari ini hari ke 36 saya berpantang… dan hari ini juga baru nak berurut… sebelum ni tak berani nak urut..takut luka jahitan terberetas..huhu..haritu jahit kali ke2 hidup2 pun dan seksa…yang tu tatau sebab apa terbuka.. samada terberetas benangnya atau bidan kuala tak perasan ada yang terbuka sebab masa tu penuh darah ngan bengkak…

Alhamdulillah, rasa ringan sikit badan bila dah berurut… Bidan cakap, rahim dah kecut…berkat penyusuan ibu sepenuhnya.. buahati aizz sy tgh nyenyak tido… Pgi tadi sebelum mengurut,diaa berangin satu abadan.. perutnya kembung semula.. aizz memang byk sgt angin…barpun dah kentut byk kali, tak sampai sejam, anginnya datang balik… mungkin panahan sy makan rebung semangkuk, gulai nangka bermangkuk2, cempedak, durian berbiji`2…huhu…entahlah sebab apa… 

Tadi disebabkan pengasuh tak dapat datang arini, maka sy bersendirian dengan aizz.. makanya susahlah nak berurut klau di merengek.. mak bidan yang mengurut sy tu pun bagilah lagi satu petua.. tidurkan dia dalam keadaan telangkup atau meniarap.. macam ala-ala katak tu.. sebab perut dia akan lebih selesa, angin pun mudah keluar..lagipun masa dia kat rahim dulu, memang itulah kedudukan dia dalam rahim kita dulu…

Lama aizz tido..sekali sekali kedengaran bunyi poooooooooot yang panjang.. mudah dia kentut…sebab bontot tak ada halangan ngan lantai kot nak buang angin tu.. klau baring terlentang, b4 nak kentut tu aizz akan terangkat –angkat kakinya, muka merah, meneran dengan penuh semangat untuk membuang angin kus kus tu.. huhukk.. sedih sy tgk perjuangan dia nak buang angin.. kadang-kadang sampai menangis sebab angin tak nak keluar.. sampaikan sy minta biarlah kesakitan tu sy yg gantikan, sebab sy dah besar….
Ya Allah, moga penyakit kembung aizz ini akan beransur pulih… aminn…



Wednesday, January 30, 2013

atasi kembung perut -part 2

ok, aritu tersangkut. sambung balik.


  1. setiap pagi dan malam kena tuam .bagi udara dalam perut tu pecah dan dapat kentut dgn nyamam,
  2. jika semuanya masih tak menjadi, belajarlah jadi redha dan jgn marah baby tu. sebab dia sakit, dia hanya tahumenangis, kita kena tenangkan, jgn berduet nangis sama.huhu.. peringatan utk diri sendiri
ok, papai, nak pegi pam susu pulak.

assalamualaiku m

Friday, January 25, 2013

Mengatasi perut kembung baby aizz part 1

assalamualaikum...hmm..dah lama sgt tak updte blog bersawang nih...matahai sy pun ah keluar...harini dah genap umurnya 31 hari...dan sejak 2-3 minggu nih, tak lena dibuatnya...sebab....baby aizz selalu kena serangan kembung perut dan tak pandai nak poo poo...

macamana nak tahu baby kita kena kembung nih??  mula2 jdi ibu dulu, kering idea jugak kenapa dia asyik nangis... siasat punya siasat, barulh tau kena serangan angin...huhu..mungkin sebab masa mengandung dulu sy rajin dan suka sesangat makan benda berangin... boleh habis semangkuk besar masak lemak rebung, masak lemak nangka, setuppurware goreng cempedak, brulas-ulas durian, manalah tak dipam-pam angin kat dalam perut tu... tak sangka pula panahan angin tu kena kat anak..huhu...maafkan ibu ye sayang...ibu tak tau macam tu citernya..kalau tau, ibu limit-limit gak makan benda berangin nih..

ok, kembali kepada tanda-tanda kembung perut pada baby;

1. muka dia akan bertukar jadi merah (hodoh sungguh masa nih)
2. kakinya terangkat dan menendang-menendang
3. perutnya apabila di jentik dengan jari, berbunyi macam tong kosong.
4. comform kna serang dgn angin

jadi, macamana nak selesaikan:

macam-macam cara sy try...sebab sayu dan sedih bila tgk dia menangis...tapi cara malam tadi yg paling berkesan. jadi bolehlah kita berkongsi sama:

1. tumbuk bawang merah dan masukkan dalam minyak telon
2. sapu campuran ini pada PERUT, BAWAH BETIS, PELIPAT LUTUT, TAPAK KAKI DAN BELAKANG BABY...
3. Kemudian, urut perlahan sekitar perut dengan bentuk love

ok, sambung nanti, baby dah nangis

Monday, October 22, 2012

KEHAMILAN 28 MINGGU

tIDURNYA makin tidak selesa...beralih sana dan sini... mungkin sebab perut dah besar.. tapi alhamdulillah sembelit dah kurang banyak... allah uji satu-satu ikut kemampuan hambaNya... Allah tak bagi luump sum..tapi berdikit-dikit ikut kemampuan kita....

baby makin aktif bergerak...Alhamdulillah geraknya disiang hari dan malam hari start jam 11 malam dia dah start tido macam ibunya.. jam 5;30 pagi dah gerak2 kejut ibu bangun...

persiapan masih lagi samar-samar... cuma peralatan untuk menyusu sahaja yang dah beli.. yang lain belum.. tapi checklist dah buat.. supaya tak terovr bajet....

esok jumpa doktor untuk scan 7bulan... boy or girl??? tak kisah..asalkan sempurna soleh solehah..ameen...



Saturday, October 20, 2012

dENGARLAH WAHAI BUAHATI IBU DAN WALID

ASSALAMUALAIKUM SEMUA..

Tadi baby bergerak sangat aktif apabila mendengar walidnya membaca surah maryam.. mungkin rindukan suara walidnya kot... maklumlah dalam seminggu hanya 2 hari shj blh dengar suara walid.. hari biasa, dengar suara ibu mengaji termengah-mengah, bila ibu dah tak lalu ngaji, ibu suruh ustaz dalam laptop sambung mengaji... siap cakap pada baby, ini bukan suara walid, ini suara ustaz..(takut baby tersilap).. fasa sekarang, baby dah boleh kenal suara ibu dan walidnya...sy tak ingat dapat dari sumber mana.. tapi telinga dan deria pendengarannya sudah mampu mendengar bunyi di sekelilingnya... jadi, kna muhasabah diri untuk cakap benda yang baik-baik dan positif, supaya baby jadi anak yang soleh solehah...


Alhamdulillah, baby aktif bergerak..terutamanya sewaktu saya sedang solat, mengaji, atau dengar ustaz bagi ceramah... harap dan doa, supaya baby suka akan kebaikan...baby juga akan aktif bergerak bila saya makan madu dan minum susu... baby suka yang manis-manis ya??? hehe..harap anak ibu dan walid ini manis orangnya nanti...manis akhlak dan rupa...hehehe..


Sedikit info tentang surah-surah yang boleh diamalkan oleh ibu-ibu yang sedang mengandung.. bapa-bapa pun kena amal juga.. bak kata seorang ustaz, tak ingat namanya, amalan suami penting untuk mendapatkan zuriat yang soleh dan solehah disamping memudahkan proses bersalin si isteri nanti...


Surah Maryam


Ibu yang sedang hamil disarankan untuk membanyakkan membaca surah Maryam agar bayi yang dilahirkan nanti mempunyai akal yang cerdas dan hati yang sabar dan cekal dalam menempuhi ujian. Amalan surah Maryam juga memudahkan ibu semasa melahirkan anak.

Surah Luqman

Dalam pengkisahan Luqman dengan anaknya, Allah SWT menegaskan tentang wajibnya manusia bersyukur akan segala nikmat yang telah dianugerahkan kepada mereka dan wajib menjauhi perkara syirik. Ibu yang mengandung dianjurkan supaya membanyakkan membaca surah Luqman agar bayi yang dalam kandungan akan dikurniakan kebijaksanaan akal fikiran dan hikmah yang tersirat apabila lahir ke dunia, inshaAllah.

Surah al-Fatihah

Ibu mengandung digalakkan membaca surah al-Fatihah sebanyak 70 kali setiap hari dalam keadaan berwuduk, semoga zuriat yang dilahirkan memperoleh ilmu pengetahuan disamping dapat mengawal hati dan fikiran daripada perakra mazmumah

InsyaAllah... Muhasabah untuk diri sendiri...semoga terus beramal dan membaiki amal...

moga Allah mudahkan..ameen.. 


Thursday, October 18, 2012

AMALAN SEMASA MENGANDUNG Bg yg berniat nak MENYUSU SECARA EKSKLUSIF





Kaandungan dah hamper mencecah 28 minggu.. Alhamdulillah..ada lagi 12 minggu lagi…takutnya…
Sejak kandungan sedang membesar, badan dah macam tak lalu sangat.. rasa penat sangat bila jalan jauh2.. keinganan tu ada nak jalan jauh2, tp cepat shj badan jadi termengah-mengah..sekarang tengah sibuk mengumpulkan maklumat tentang panduan menyusu secara ekslusif. Hehehe…dah berazam nak menyusu sepenuhnya sampai baby umur 2 tahun…harap dan doa moga Allah kabulkan doa ini..Moga Allah limpahkan rezeki untuk buahati yang bakal menyinari hidup kami nanti…

Minggu lepas, akhirnya….selepas di survey-survey pam susu…dan merajuk-rajuk dengan en suami, akhirnya kami memilih pam susu elektrik avent..pakej, 2 botol, 2 putting untuk botol, pam susu elektrik+ manual+ bateri..selepas di offoer dapat RM688…huuuuuuuuu….rasa nak nangis jer… sy sebenarnya dah aim pakej pam ngan free gift dari rumble tuff…lagi murah dan byk dapat gift dari avent..tp en suami, cereweeeeeet….nak jugak yg avent… lama jugak kami membawa diri masing-masing kat tempat tu…layan hati masing2…tp bila dah lama tak Nampak encik suami, mulalah sy gelabah cari tepon Tanya dia dekat mana… huhu..En suami cakap … ‘ Kita ni banyak yang tak samakan manje…citarasa berbeza sgt..’…sy senyum…cuba senyum…huhu…itu yang melengkapkan hidup kita…tp tak terkeluar ayat tu dari mulut sy..akhirnya, sy mengikut cakap en suami, SyuRga deKat Suami….selagi tak melanggar syariat ….huhu…

Jadi kat sini, dah buat pelaburan yang tingggi untuk pam susu, ( tapi untung sebenarnya dapat menyusu secara ekslusif ni…boleh jimat byk sgt, dan yang pentngnya, baby rapat dgn kita, baby dapat khasiat yang optimum, baby susah kena penyakit sbb susu ibu kaya dgn antibody)…cuba bayangkan, jika sebulan kita abes rm200 untuk susu formula, klau dh 2 tahun jd RM4800. Berganda-ganda kan kosnya… baik kos ini digunakan untuk pendidikan atau keperluan baby yang lain… ) makanya sy nak sertakan tip dan info sukses titisan emas buat buahati tersayang....- AMALAN AYAT-AYAT AL-QURAN AGAR SUSU IBU SENTIASA CUKUP UNTUK KEPERLUAN BAYI…- Untuk permulaan, memandangkan baby tak keluarkan lagi, boleh diamalkan amalan ini dahulu:

1.       Membaca doa – “ Ya Allah..mudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susu untuk bayiku nanti, mudahkanlah perjalanan ku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang engkau syariatkan..AMIN..”
2.       Mengamalkan bacaan surah al-Hijr, ayat 22-23.
3.       Berzikir untuk memperbanyakkan susu ibu seperti Ya Matiin..
4.       Sentiasa berdoa meminta pertolongan daripada-Nya supaya sentiasa bersemangat untuk terus menyusukan..
5.       Sentiasa bertaubat, bersedekah dan membaiki akhlak diri…(moga Allah bagi kekuatan untuk buat baik)
6. apa-apapun, kita kena pasang niat awal-awal sewaktu mengandung, niat dalam hati, nak betul-betul ikut saranan Islam untuk menyusukan anak  sehingga umur 2 tahun..insyaAllah, bila kita dah niat, betul-betul niat, Allah akan mudahkan jalannya... (Ya Allah, mudahkanlah..)

-          Info ini ada yang sy ambil dari majalah PAMA..

Rasa tidak sabar untuk menanti matahari ibu keluar melihat dunia… tak sabar nak berikan titisan emas ini untuk buahati ibu…rasa teruja sangat bila buahati ibu bergerak-gerak menggelongsor didalam rahim ibu..kadang-kadang buat ibu senyum sendirian,.. biarpun sakit tulang belakang ibu, biarpun tidur ibu tidak lena, biarpun badan ibu serba tidak kena, tapi kasih sayang ibu semakin bercambah-cambah bua buahati ibu ini…

Hmmm…baru tahu fitrah dan naluri seorang ibu… bagaimana sabar dan penyayangnya mak melahirkan, mengash dan mendidik kami berlapan… susah, perit, tapi kasih dan sayang pada anak-anak tidak pernah luntur…SAYANG MAK…SAYANG AYAH…SAYANG SANGAT-SANGAT…. 




Wednesday, September 5, 2012

ALLAH ITU MAHA KAYA DAN MAHA MENDENGAR.(^_^)

Allah itu Maha Kaya

“ Anje boleh ya saya pergi pasar pagi ni.. mana tahu ada rezeki baby.” Saya meminta sambil menghulurkan tracksuit dan baju berkebun encik suami..Encik suami terdiam sambil berkira-kira. Saya tahu dia kurang gemar kalau saya pergi ke pasar, nanti busuk katanya..

“ bolehlah..dah tak tahan sangat ni…” saya cuba merayu..buat muka comeyyy…
Encik suami mengangguk..saya tersenyum…berbunga-bunga...penuh harapan..

“ Kesian sayang..” Encik suami bersuara sambil mengucup dahi saya..

“ Kesian dekat baby..” saya menambah sambil tersengih…tiba-tiba rasa menusuk-nusuk kesedapan terubuk…dah berhari-hari encik suami mencari si ikan terubuk impian sy dan baby..tp tidak ketemu..orang pasar kata bukan musim…di kuala, di taiping, di selama, semua diterjah..tp belum rezeki…kesian encik suami balik dalam keadaan kecewa…sy lagilah kecewa menelan air liur….
Selepas melambai encik suami dan mak jamuan berangkat ke kebun sawit, mulalah operasi sy mengemas rumah secepat mungkin…sebab terasa terubuk sedang melambai-lambai sy di pasar..hehe..tak sabar sungguh…

“ Pak cik, terubuk ada tak?” sy masih bertanya biarpun mata sudah menjadi saksi, bahawa tiada seekor terubuk pun di atas meja… “ Tak ada dik…” Uhhhh..sungguh kecewa rasa hati.. sana dan sini, atas dah bawah sudah sy terjah, tp seekor terubuk pun tak ada…sy pulang dengan kehampaan…membawa balik kerang sekilo dan kangkung seikat…sy fikir, nak ratah je kerang tu untuk tambah darah..dah tak larat kena marah dengan doctor sebab Hb rendah, dan asyik kena injek amik darah bertiub-tiub..

“ Ada tak ikannya intan?” mak jamuan bertanya sebaik sahaja sy keluar kereta..

“huuuu..tak ada mak..seekor pun tak ada..” rupanya encik suami dah bocorkan rahsia sy kempunankan terubuk pada mak..pagi ni awal pula mak dan encik suami balik dari kebun..

“ Pisaunya patah. Itu yang balik awal” mak menerangkan tanpa disoal..

“ Ada sayang?” Encik suami pula menyoal…sy mencebik…kecewa..terus merebus kerang, kangkung, bahan-bahan yong tau foo…
“ Sy keluar sekejap ya manje, cari mata pisau baru..” sy mengangguk..senyum hambar..
Siap masak, hidang, msg encik suami, nak makan sama-sama.. ‘ apalah lama sangat cari mata pisau..’ bisik hati sy…tiba-tiba terdengar bunyi moto yang membingitkan, tapi sering membuatkan sy senyum sendirian, itu petanda suami tercinta sudah pulang…bergegas berlari ke bawah…

“Alhamdulillah…” tersenyum lebar sy…encik suami sedang membasuh terubuk dambaan sy…terus mendakap encik suami yang berbau ikan dari belakang… “ terima kasih anje..sayang anje..mana dapat ni??sedapnya…..” bulat mata sy memandang si terubuk yang tengah di basuh…

“ manje cari dengan hidung..” encik suamitersenyum sambil mengutuk sy…

“ Sy cari betul-betullah..atas bawah pasar sy Tanya tokei2 ikan…” sy cuba mempertahankan diri… tp dalam hati tak kisahpun kena kutuk, sebab apa yang dihajat sudah tercapai…

“ Pasar besar kurang ikanlah sayang, sy cari di pasar ahad..kat lembah..” huuuu..kenapalah sy tak terfikirpun..patutlah lama sgt encik suami mencari pisau, rupanya bukan pisau sawit yg di bawa balik, tp terubuk dambaan nurul einey yg menyusul..hehe….terima kasih anje….terima kasih ya Allah..Allah maha kaya…Allah baik…

……….

Alangkah rindunya pada mak, ayah dan adik-adik.. syukur Allah temukan kami di tol k.k selepas mak dan adik-adik singgah di tol k.k untuk ketemu sy yg sedang alah tak lalu makan… tp masa tu, ada 1 benda yang sy teringin nak makan dan boleh merangsang untuk sy makan… BUAH DELIMA… tapi sy tak cakap pada mak… Cuma memberi hint pada encik suami..sebaik mak sampai, kami berpelukan, mak dan adik-adik keluarkan bekalan makanan pada sy dan encik suami.. tp semuanya tidak mengujakan sy…encik suami shj yg teruja, sebab ada sambal tumis kegemarannya….

Tapi sy tersenyum tiba-tiba….di tangan mak ada sebiji delima..nampak menarik, lazat….Ya Allah…terima kasih ya Allah… terima kasih mak…sayang mak… Allah baikkan..Allah gerakkan hati naluri seorang ibu untuk sampaikan apa yang dihajatkan…
Mak tersenyum melihat sy masih mencium-cium delima tu dalam kereta sambil melambai kea rah mak dan adik-adik.. encik suami pula menggeleng-geleng kepala sambil mengusap kepala sy… mesti dalam hatinya cakap “ huh, lega, tak payah cari dah..” hehehe…..
……………………

Hari ni encik tarmizi makmal cakap pasal cempedak…. Sy terdengar…hmmm..sedapnya cempedak goreng…nekad lepas sekolah nak cari cempedak goring…tempat yang dituju tutup..ada lagi 1 tempat, buka…tapi tak ada pun kelibat cempedak goring…. Rasa terliur-liur mengingatkan cempadak goring…

“ Makcik, cempedak ada tak?” sy masih bertanya, walaupun memang dah Nampak tak ada….

“ tak ada dik.” Kecewa betul dengar jawapan makcik… nak aja sy Tanya, kenapa tak ada makcik… makcik carilah..sekarang org kata musim cempedak..tapi kenapa tak Nampak sebiji pun.. makcik carilah,.esok sy datang beli..nak je sy cakap macam tu…tp tak tercakap…huhu…

Sy pun balik dengan kecewa… balik, tgk mak tak ada..mungkin mak pegi mesorat..mata tak boleh tutup…teringat cempedak… azan..solat…
Mak masih tak balik… sy dah mulakan operaasi masak nasi..tgk dalam oven dah ada ikan bakar, hmmm..topup dengan sambal jawa dan terung rebus dahlah… makanan kegemaran mak.. sy memang tak selera nak makan dah(sebab teringat cempedak).. amik syarat je nanti makan depan mak..dengan rancak bersilat didapur, mak balik…
Mak solat, sy bebas memasak... sy ke ruang makan, untuk menghantar sambal jawa sy yg telah siap dimasak… Ya Allah…..Alhamdulillah…

 TERIMA KASIH YA ALLAH…. Mak bawa balik cempedak goring…Allah baik, Allah gerakkan hati kawan mak bagi mak cempedak goring… terima kasih mak, terima kasih Ya Allah…. Allah maha mengetahui…..
Bila sy cakap pd mak, sy cari 3 tempat cempedak, tapi tak dapat… mak pun terkejut… sebab Allah gerakkan hati mak untuk ambil pemberian kawan mak.. “ Allah Maha kaya” itu ungkapan mak…sayang mak.. gerak hati sampai….terima kasih ya Allah…. Baby, kena jadi org yang bersyukur…cakap apa…Alhamdulillah..terima kasih ya Allah..