Sekarang tgh menanti hubby 2021 di cuci..apabila sudah berkurun-kurun lamanya dia tidak bermandi secara formal..tetapi mendung awan sedang berarak..huhuhu…macam tak berbaloi je basuh hubby..sebab jap g hubby akan bermandikan cecair yang akan mengion menjadi ion hydrogen..hukhuk..tak apelah..biarpun tersalah langkah, sekurang-kurangnya dalam hubby bersih dan tidak diragui kebersihannya..huhu..guruh mula mengeluarkan sound energy..
Baru-baru ini saya berpeluang berkongsi berkenaan Teknik Menjawab Kertas 3 kimia SPM bersama pelajar Madrasah Idrisiah.. Alhamdulillah, dengan izin Allah semuanya berjalan lancar..berkongsi pengetahuan dan ilmu yang Allah kurniakan untuk dimanfaat bersama pelajar-pelajar yang berwajah bersih ini..saat pertama kali melangkah ke sekolah ini, saya dapat merasakan ketenangannya..sgt tenang..pelajar-pelajarnya berwajah bersih..biarpun ada jerawat yang singgah dipipi remaja mereka, tapi naluri dalam yang bersih tetap terpamer diwajah.. senyuman pasti terukir dibibir mereka.. tenang…
Sebelum ini, sy hanya sekadar melihat madrasah ini dari luar.terletaknya berhadapan dengan masjid ubidiyah yang tersergam indah.. masjid yang menjadi persinggahan saya setiap kali jwa dilanda resah…masjid yang menjadi dambaan saya sewaktu menunaikan terawih..memang strategic lokasih madrasah ini berhadapan dengan masjid ubudiyah..jauh dari suasana Bandar kecil kuala kangsar yang banyak pengaruh yang tidak sesuai untuk pembangunan sahsiah pelajar..
Oleh itu, sy pun ingin berkongsilah apa yg saya sampaikan pada anak-anak idrisiah ini kepada anak2 yang lain dan juga cikgu cikgi yg ngajar kimia, terutamanya kawan-kawan sy yng cikgu kimia tuk batch graduate 2008( atikah, arni, kak ti, saadah, atun and….. sy budak baru belajar, jika salah marilah sama-sama kita betulkan..hehehe..Sy mulakan teknik menjawab dengan mengetengahkan apa yang perlu ditekankan semasa menjawab setiap soalan. Target kita nak dapat markah maksimum untuk setiap soalan. Iaitu 3 markah..mungkin boleh rujuk power point yg saya buat ni..kita rujuk soalan SPm 2010 kertas 3. Jika berpandukan soalan, ianya lebih jejak.. kerana soalan ni dah lengkap Tanya kesemua kemahiran proses sains..jika tukar soalan lain pun, konsepnya tetap sama..cara nak jawab juga tetap sama.. sy lampirkan powerpoint yg saya buat ni, berpandukan ilmu yg sy dapat sewaktu mencedok pengalaman menanda kertas.. kertas 3 ni, sebebnaarnya banyak bantu untuk anak-anak kita yg lemah untuk lulus..
===huhu..tertarik pula nak cerita pasal adik yg sedang basuh keta sy ni..kurus je orangnya.. budak sekarang banyak yang dah start keja…ada yg keja nak tolang ibubapa..ada yg keja untuk penuhi kehendak diri sendiri.. seperti hp yang canggih manggih(rasanya ini yg jadi keutamaan bagi kebanyakn dari mereka) tapi tgk dari gaya adik ni, sy rasa dia keje untuk tolang ibu bapanya… jadi sedih pula..hmm..sekurang-kurangnya dia tahu susah mencari duit,,dan lebih menghargai pengorbanan ibubapa dan setiap masa yg berlalu.. teringat bagaimana ayah mendidik kami adik beradik sewaktu kecil dulu.. sy, bangah dan bancik hidup dalam suasana kebun.. jika ada masa pastinya ke kebunlah ayah akan membawa kami.. dulu masa kecik2 ayah mengusahakan tanaman limau nipis (lemon)..jadi kami adik beradiklah yng dok amik tender mengutip limau beribu2 lemon dan di masukkan dalam raga dan terus ke lori.. dengan lori itulah ayah bawa limau tu ke kl jual dekat uncle GemOk.. semua org dekat pasar selayang tu panggil dia gemok..dan dia memang mengistiharkan dirinya dengan panggilan gemok..gemok2 jugak, poket pun gemok juga..hehe..
Dari situlah kami belajar erti susah cari duit..-**hehe..malas nak sambung citer..sambung nanti ya!!
***sy tak pandailah pulak nak insert power point kat cni
Saturday, October 22, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
hikhikhik..saje2 yg penuh dengan crita :D
Assalamu'alaikum Nurul yang tokcu kasihi
bila lagi nak ke KL bila ke KL singghlah tidur di UK ni.. tengok tokcu di sini..
fuhyooo...aini dah jadi penceramah...aini pemeriksa kertas 3 ek?..hm,kak t dah lama tgl kimia..jd cikgu bio.....dan utk beralih ke kimia rasanya sakit blakang ni...hehehe
InSyaAllah tokcu..moga dipanjangkan umur untuk kita ketemu..rindu tokcu..
Kak ti: aah..ceramah biasa2 je...Alhamdulillah Allah bg Ilham...
Ombak baik; hehe..dah penuh..
Tok Cu: insyaAllah, moga Allah mudahkan pertemuan dan jalan silaturrahim kita.. sayang tok cu...moga tok cu sihat dan terus semangat..
kak ti : huhu..aini dok merangkak2 belajar lg..bio aini pun dah tinggal..cuma harap asas ngajar sains lower form je kak ti..kak ti tanda paper bio kak..bgus2...cedok pengalaman banyak2...
Post a Comment