Saturday, September 4, 2010

Malam-malam akhir

“ Hari ini 4 September 2010 semua penghuni tetap teratak lot 434, kg sg itam luar sudah kembali memenuhi ruang. Cuma masih ada seorang lagi yang belum tiba..iaitu pemilik nama Mohd khairil Azlan. Pulangnya lambat lagi. Yang lain sudah ada. Sepatutnya 10. Tapi tak cukup lg 1. Maka 10-1=9..hehe..
Malam-malam terakhir bulan ramadhan ini diisikan dengan peringatan antara satu sama lain. Adakah sinar ramadhan ini akan ditemui lagi tahun hadapan???

umur sy sudah 25 tahun 10 bulan...
saya banyak hajat nak minta...
hakikatnya Allah tahu setiap hajat kita..
tapi kita tak boleh sombong...
kita kena minta dengan Allah..
meluah rasa rindu dalam setiap doa yang diaminkan..
merayu dan merintih dengan bersungguh dalam setiap hajat..
moga hajat yang baik Allah perkenankan dalam bulan yang penuh keberkatan ini..

Ya Allah,
Mudahkanlah..
setiap urusan yang baik..

Ya Allah
berkatilah
setiap amalan yang terzahir..

Ya Allah,
dengarlah rayuan dari hati yg merintih..

moga kasih dan sayangMu mengiringi dalam setiap langkah kami..

2 comments:

Guru said...

seronok berkumpul sekali sekala kan....
SELAMAT HARI RAYA

MAAF ZAHIR DAN BATIN

Werdah said...

Salam Nurul yang Tokcu kasihi.

Kirim salam pada umi ayah dan semua adik-adik. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.. rindu tokcu kpd Nurul sekeluarga. Datang KL singgah ya.