Wednesday, June 2, 2010

Dilema cinta...

Hari ini sy dalam dilema yg sgt2…antara bisnes yg sy baru nak ceburi dan rasa kurang setuju AMJ…bukan shj AMJ tak setuju..tiba2 hari ini kak ita yg dah ada pengalaman dalam bisnes tu pun cakap JANGan…berkrisis hati sy dengan org yg sy sayang..berdiam bukan penyelesaian..hari ini terungkai juga..dalam tempoh tak sampai 24jam sy tertanya-tanya..akhirnya terjawab jua persoalan di benak hati..ada kebenaran kata-kata AMJ..sy tahu, dia tidak mahu sy penat..cukuplah apa yg sy buat sekarang…

Hari ini..AMJ cakap…dia suka sy kembali kepada cita2 asal sy..menyebarkan ilmu sambil menunaikan ibadah dan menjana pendapatan..dan hari ini atas pagar rumah sy ada sebungkus majalah ‘solusi’…helai demi helai sy selak…apa yg tersirat cuba sy rungkaikan..tentang ‘iqra’..sebarkan ilmu…mengurus harapan…mengislahkan prestasi kerja..cinta ilahi menjana cinta suami isteri..kamu adalah apa yg kamu baca ..ilmu lebih baik dari harta..peranan penasihat syariah dalam MLM…

Sy faham..setiap tajuk..ada makna tersirat di hati si pemberi..brsyukur sy punya bakal pemimpin yg faham..Ya Allah..mudahkan..

Hari ini..sy temui sesuatu..baru mula hendak membina harapan mengumpul sebanyak mungkin harta untuk menutup loan dengan cara bisnes yg kurang disetujui oleh AMJ..sy ditemukan dgn orang lain yg sependapat dgn AMJ..bukan itu shj, Allah bukakan jln untuk sy teruskan cita-cita asal sy yg hamper dikebumikan…saudari editor dari Dewan Pelajar mahukan artikel sy..En Ghani dari dewan siswa juga sedang mempertimbangkan ruangan yg boleh dimuaatkan hasil tulisan sy…syukur…sy nak kembali membina budaya membaca, menulis dalam ibadah dan jika ada rezeki, akan Allah mudahkan…

‘Ya Allah, berikanlah diri ini kekuatan..agar cinta dunia ini tidak menjadi impian ku.. moga beramal untuk akhirat, Allah mencukupkan dunia...

" CINTA AKHIRAT"

SABDA RASULLAH S.A.W YG BERMAKSUD: 'sesiapa yg menjadikan akhirat harapannya, allah akan menjadikan rasa cukup di dalam hatiyaserta mempersatukannya, dan dunia akan datang kepadanya dalam keaaan menyerah diri. tetapi siapa yg dunia menjadi harapannya, Allah menjadikan kefakiran berada didepan matanya dan mencerai-beraikannya, dan dunia tidak datang kepdanya kecuali sekadar apa yg telah ditetapkan kepadanya. "

UNTUNG CINTA AKHIRAT...

* siapa yg beramal untuk akhiratya, Allah akan mencukupkan dunianya.
*siapa yg memperbaiki hubungan antara dirinya dengan Allah, Allah akan memperbaiki hubungan dirinya dengan Allah, Allah akan memperbaiki hubungan dirinya dengan manusia lain.
*siapa yang memperbaiki keadaan batinnya, allah akan memperbaiki keadaan lahirnya.
*siapa menjadikan aktivitinya untuk akhirat, maka tidak akan terlewat satu haripun melainkan dia akan kembali...

terima kasih Ya Allah..Alhamdulillah..segala puji bagiMu Ya Allah...moga hati ini tidak tersasar...kuat..kuat..kuat...

AMJ...terima kasih...

2 comments:

Guru said...

semoga tercapai impian...dan dipermuahkan Allah

Werdah said...

Salam Nurul Yang Tok cu Kasihi.

Sungguh, janji Allah itu benar. InsyaAllah Allah memberi pertolongan kepada Nurul yang memperuntukkan masa dan tenaga menuju kepadaNya.

Doa tokcu sentiasa bersamamu insyaAllah.