Sunday, January 31, 2010

bekerjasama.....

mengukir sejarah menolak bas di kota bharu disaksikan ramai manusia disekelilingnya..hehehe..bas rosak..menguji kesabaran para guru..hehehe..yg lg bestnya, hanya 2 orang sahaja cikgu lelakinya yg ikut rombongan..cikgu azmi dan cikgu bazli..yg lain, para superwomen....lenguh tangan menolak basnya..

tp sy belajar sesuatu:

bila terdesak, perasaan malu tidak bertempat itu akan lenyap sekelip mata..

bila susah, secara tidak langsung, semangat kasih sayang dan kerjasama terjalin secara tidak langsung..

walaupun letih..

Friday, January 29, 2010

short notes

3 minit untuk mencoret..
sambil menahan kesakitan dikaki akibat terkena paku payung kerana kelalaian diri sendiri..hehehe..

puas dpt mengemas bilik selepas pulih..

sekejap lg 2 org anak akan dtg untuk menuntut ilmu kimia yg best..hehe..sekarang dah mabuk kimia..

dan apabila anak-anak pulang, sy akan berangkat ke terengganu mencari seseorang..hehe..bukan seseorang, tetapi ramai orang..berbelit sungguh ayatnya.. lawatan bersama cikgu2 ..terengganu dan kelantan..

sebenarnya agak keberatan nak pegi..

tapi..

mungkin ini salah satu cara pengikat silaturrahim antara cikgu2 senior..almaklumlah..sy bukan penunggu tetap bilik guru..asyiknya bertapa dimakmal bersama bahan kimia dan lab apparatus dan pastinya dengan kakak2 yg best dan baik..hehehehehe

gpun, sejak jadik ketua panitia ni, adalah alasan yg lebih kukuh untuk terus kekal berada di makmal..

selamat bercuti dengan seronok aini..jangan ada rasa keberatan lagi..pasang niat yg baik-baik..

Ya Allah, mudahkan urusan ini..sihatkan tubuh badan ini..kuatkan iman dihati...mudahkan perjalanan..

amennn

Thursday, January 28, 2010

!!

emis
fail panitia
register
hehehehee

Tuesday, January 26, 2010

demam di hari matang....

lama tak menulis disini..disaat menulis disini, usia sy sudah 25thn 5 hari...waktu yg paling sesuai untuk berumah dan bertangga..terima jer msg bufday, ramai yg tnya tentang rumah dan tangga..huhuhu...no komen...juz pray for it...

hari matang, menguji ketahanan diri sy..demam..sakit tekak, selsema, batuk..tp kna juga ke sekolah..sebab, kerjanya tak selesai2...huhuhu...mak cakap sy memang sejak kecik lagi bila bufday tiba akan diserang demam..huhu..wani ckp sebab nak hapuskan dosa-dosa kecil menjelang hari tua...

dalam smua sibuk2...sy sgt terharu dengan keikhlasan mama dhini dan dhini menyiapkan makaroni bakar untuk hari matang sy..huhu...dalam tersedu sedan dgn suhu badan yg tinggi sikit dr normal, maka bergambarlah sy dgn makaroni bakar hadiah dr mama dhini.. apa yg dapat sy nilai dr gambar itu: sy semakin temban..pipinya kembung wlaupun demam..hehehe...mata lebam sebab asyik berair jer menahan kepanasan badan...tp nak ngaku jugak...sy tetap comelllll...

buat kak ilya, time kasih, memang sedap makaroni bakar tu...suspeklah aini..hehehe

arni, ida, nani, kak lela, kak lily, encik meor, dan semua yg mengingati diri ini...time kasih banyak2..

buat lin yg telefon dr ireland sebab nak wish kak Nurul, time kasih lin sayang..

buat farhana yg bergelut dgn exam untuk jd doktor farhana, time kasih sebab ingat sy lg..

buat mak, ayah, mak teh, adik-adik kak long, terima kasih untuk pemberian penuh kasih sayang...

hari lahir kali ini sbnrnya membuatkan hati gundah gulana menyambutnya..sama rasanya waktu bufday yg ke23 dahulu..rasa mcm dah tua...huhuhu...rsa mcm tak nak tiba tarikh tu..

Ya Allah, moga umur yg Kau berikan ini sentiasa mendapat keberkatan dariMu..Amennn

Tuesday, January 19, 2010

SIAPA PANDAI????

Siapa yang pandai???
Lewat tusyen tadi, hanya tinggal si kecil Ain.. arieff, Alya, tohira, Sofya, Syahril semua sudah selamat diambil oleh ibu dan ayah masing-masing.. Jd si kecil Ain ini memnta izin sy untuk menekan calculator yng ditekan oleh Arief sebentar td.. Hmm..sy tahu, dari td dia kempunan nak menekan calculator macam si Arif yg sudah sekolah menengah.. Ain ni baru darjah 2. Jd benda tekan-tekan ni pastinya menarik perhatiannya. Makanya sy izinkan dia mencuba menekan nombor-nombor pd calculator..

Lalu bermulalah operasi tekan menekan.. Satu tabiat ain yg dapat sy kesan selama mengajar dia 2 minggu ini ialah, dia suka membaca dgn kuat sekali.. jd sy pun terdengarlah sebutan nombor-nombor yg besar dr mulutnya.. 100+200+600 = 900..
“ Teacher, 100+200+600 = 900 kan teacher?”
“ betul.” Saya menjawab ringkas sambil menanda buku si bijak Ariff..
“ hmmm..teacher, calculator ni pandai kan teacher.” Ain masih kusyuk menekan calculator idamannya itu.
“ Hmm..pandai.. tp, siapa ya yang buat calculator?”saya menyoal spontan..
“ orang..” Ain menjawab antara keliru..
“ orang ke calculator yg lg pandai?” sy menguji..
“ Hmmm..orang..’ Jawapannya masih seperti orang keliru..
“ orang tu siapa” Sy masih menyoal..ingin menguji..
“ ain….” Diaa teragak-agak menjwab..hmmm..memang bijak jawapan tu..tp nada suaranya masih tidak yakin..
“ jd ain atau calculator yang lg pandai?” Sy terus menguji..
“ Ain..” nadanya masih mendatar..
“teacher nak Tanya betul-betul ni..Ain atau calculator yg lagi pandai?” Nada sy sedikit tegas..sy memandangnya sambil tersenyum..
“ Ain!!” sedikit bersemangat dia menjawab..moga berhasil doktrin sy untuk si bijak Ain..: kita lagi hebat dari calculator..jgn bergantung pd benda tekan-tekan itu.”
Belum sempat sy menyelit tentang manusia dan Tuhan, ayah ain sudah menanti di depan pagar..makanya terpaksalah sy melepaskan ain pergi tanpa menyoal,
Siapa yang jadikan manusia?
Jawapannya : Tuhan
Siapa yg lagi hebat?
Tuhan
Kita kena ikut arahan siapa?
Tuhan..
“ ini doktrin yg dipostpone untuk malam esok..insyaAllah..

Saturday, January 16, 2010

brain..brain..brain!!!!

ALHAMDULILLAH..

berjaya jugak siap artikelnya sebelum jam 12 malam..

used both of your brain..

guna 2-2 otak
kiri dan kanan
hidup saling berpasangan,
hidup saling melengkapi,
menampung kekurangan
memperkasakan kekuatan..

Seorang saintis itu mampu menjadi seorang penulis kreatif, kaunselor(biarpun tidak ditauliahkan, seorang guru mahupun seorang insan biasa yang berfikir secara luar biasa..otak anugerah istimewa buat makhluk bergelar manusia.. kapasitinya melebihi kapasiti sebuah komputer..namun, adakah kita sudah berjaya mengkoreksi kedua-dua belah otak kiri dan kanan ini untuk sedia berkhidmat dan memberi?????

peringatan untuk diri sendiri....

Friday, January 15, 2010

hidup mesti diteruskan...

melengkapkan apa yg tak lengkap..

hidup yg penuh cabaran

hidup yg tercabar

hidup yg mencabar

hidup cabar mencabar

cabang yg berbeza, makna yg tidak serupa...

hakikatnya, seperti kata seseorang " hidup mesti diteruskan"

moga pengakhiran yg baik...