Friday, February 27, 2009

tERIMA KASIH SEMUA

hmmm..malam tadi saya kena sound dgn kak zati. hahaha..sebab tak update blog..waaa..ade peminat rupanya..

Hmmm..pada kak zati, arni, mely, terima kasih atas sokongan dan komen yang diberikan. Aini amat hargai..hmmmm..dah, jangan risau.. semuanya berjalan lancar...tak perlulah nak diceritakan dengan lebih mendalam..cuma mungkin sedikit perkongsian.. SETIAP KEJADIAN ITU ADA HIKMAHNYA...hmmm.. memang pahit sangat masa nak terima hakikat kebenaran yang kita lalui.. menangis air mata darah sekalipun, kena hadapi jugak.. tapi yakinlah, selepas melalui setiap keperitan itu, pasti ada ketenangan..yang penting jangan ada rasa dendam yang terpahat dihati..memaafkan semua orang.. walaupun kita terluka..it's ok..nanti Allah pasti ubatkan hati kita.. hmmm..aini tak jadilah jadi hati kering..macam kejam jer..hahahaha...

nak buka buku baru.. bukan nak buka, tapi dah buka buku baru.. lagi bersemangat dan best..

Hmmm..minggu depan anak-anak aini ujian selaras..habis minggu ni kena denda ngan aini..angin tak betul..tapi nasib baik diorang paham tujuan mendenda tu.. " Saya sayang kamu semua, saya nak kamu pandai, saya denda sebab saya sayang.." tertunduk anak-anak aini dari 4 sc. Dan hari ni, satu perubahan yang mendadak aini nampak kat diorang.. bagus....hehehehe...


Hmmm.. nak cakap pnjang lagi, tapi macam kena berundur dulu..nantilah ae.. kak zati, aini dah update blog ni..hahaha..Assalamualaikum...

Sunday, January 25, 2009

???

Hati anak mak terluka lagi…

Teringat lagi sewaktu di Melawati lewat usia remaja yang sungguh indah dan penuh cabaran. Seorang akhi pernah berkata kepada saya, ‘ Awak tak boleh berlembut hati sangat. Kena belajar jadi hati kering. Sampai sekarang saya masih ingat kata-kata itu. Dan sampai sekarang saya masih tidak mampu berbuat demikian. Dan saya masih mencari kekuatan untuk berbuat demikian. Menjadi seorang perempuan yang BERHATI KERING dan tidak mudah tewas dengan air mata.

Lewat tahun lalu saya ada menerima msg dari seorang teman rapat, bunyinya sungguh meruntun hati dan membuatkan saya berfikir 2 kali…dan berkali-kali apabila saya terluka...bunyi begini….

‘ brulah saya faham betapa setianya seorang isteri di sisi suami. Walaupun perit duduk bersama, tetap pendam perasaan di dalam hati..walau pahit menelan kata-kata dari suami, tetap penuh sabar melayan keranah suami. Walau buruk mana sekalipun suami, isteri tetap setia..kerana syurga seorang isteri di tapak kaki seorang suami..Ya Allah, lindungilah ibuku….’

Biarpun belum menempuh alam rumah tangga, namun saya sudah merasa tempiasnya..Dengan jiwa yang sensitif, mampukah saya bergelar seorang isteri yang solehah dan menelan sahaja kata-kata dan perbuatan seorang suami yang kadangkala pastinya mengguris perasaan..Emak selalu berpesan, kalau nak kawin, biarlah orang itu betul-betul sayang pada kita, jangan kita sahaja yang lebih-lebih.. kata emak lagi, naluri perempuan boleh di lentur..agar mencintai seorang lelaki yang bergelar suami, biarpun sebelum itu, perasaan kasih dan sayang itu tidak ada.. Setiap kali bercakap soal jodoh, saya nampak sinar di mata mak..seolah-olah, dia berat melepaskan saya..dia takut…takut hati puteri sulungnya terluka dan dilukai.. nanti syurga bukan dekat tapak kaki ibu..syurga saya sudah beralih…ke tapak kaki seorang lelaki bergelar suami…saya kagum dengan emak..emak sabar..sangat sabar.. adakah saya mampu jadi seperti emak??? Saya sayang emak….sayang sangat2.. bila hati saya terluka emak seolah-olah faham..tanpa saya mengeluarkan sebarang kata-kata.. Kadang kala, saya tertanya-tanya, bagaiman seorang ibu mampu menyelami hati seorang anak, biarpun saya sekadar membisu….

Saya jadi keliru… tapi kali ini saya perlu bertegas..saya ingin berkongsi kata-kata dari Dr Rubiah K Hamzah,

‘ jangan bergantung kepada orang lain untuk memberikan kebahagiaan kepada kita, jangan cuba mencari simpati daripada orang lain, jangan minta untuk dihargai dan disayangi oleh orang lain…………’

Ya Allah..tabahkanlah hatiku ini… Biarkanlah kesedihan ini berlalu… aku tidak mampu menanggungnya Ya Allah… Ya Allah…


Hati saya terluka..tapi syukur, saya masih mampu menempuh kehidupan seperti biasa..Cuma, sekarang saya sedang belajar jadi seorang yang berHATI KERING…

Kepada Encik Firdaus, saya mohon maaf banyak-banyak, saya tidak dapat hadir ke walimah abang awak. Saya ada tetamu di rumah.. InsyaAllah, hari bahagia awak akan muncul..Cuma masa yang menentukan..Allah dah caturkan segalanya. Usaha dan doa..soal tak ada calon tu, itupun urusan Allah.. macam awak cakap, yang baik akan dapat yang baik..begitu juga sebaliknya..

Friday, January 16, 2009

nape tak boleh pos

tulis panjang2, tapi tak keluar

alhamdulillah dah selesai

alhamdulillah dah selesai

alhamdulillah dah selesai

alhamdulillah dah selesai

Hari koko yang dinanti dah selesai...

Meor, nanti saya nak gambar ya..

Kepada SEMUA PELAJAR KELAB SAINS N MATEMATIK,

tEACHER UCAPKAN TIME KASEH DAN TAHNIAH DIATAS KERJASAMA YANG DIBERIKAN. WALAUPUN UNTUNGNYA TAK BANYAK, ATLEAST WE LEARN SOMETHING...HEHEHE..

FAIZ, TERINGAT KITA KEJAR AIR MINERAL KAT BALIR., KAKAK KEDAI DAH TARIK PINTU NAK TUTUP, TAPI SEMPAT JUGAK AKHIRNYA KAMU MENAHANNYE...ANAK YANG HEBAT.. SY TUNGGU AWAK DESIGN PELAMIN SAYA NANTI.. GABUNG IDEA DENGAN AMER YA.. MOGA KALIAN AKAN TERUS JADI KAWAN BAIK DUNIA DAN AKHIRAT.. UNTUNG AWAK DAPAT KAWAN BAIK MASA KAT SEKOLAH LAGI...

MARDIAH, FATIMAH, FAZIRA, AKMALINA- HEHEHE... TAHNIAH PANDAI BUANG KULIT NENAS.. HEHEHEBAAAT...SERONOK DAPAT SAMA-SAMA SHARE MAKANAN N SUAP MENYUAP MASA BERNIAGA BERSAMA..

CEKGU DAUD- TAHNIAH SEBAB ADA ISTERI YANG BAIK N PANDAI BUAT KUAH ROJAK.. TAK BAIK TAK NAK NGAKU DAH KAWEN.. TAPI ARINI DAH KANTOI NGAN STUDENTS.HEHEHE..