Saturday, September 4, 2010

Malam-malam akhir

“ Hari ini 4 September 2010 semua penghuni tetap teratak lot 434, kg sg itam luar sudah kembali memenuhi ruang. Cuma masih ada seorang lagi yang belum tiba..iaitu pemilik nama Mohd khairil Azlan. Pulangnya lambat lagi. Yang lain sudah ada. Sepatutnya 10. Tapi tak cukup lg 1. Maka 10-1=9..hehe..
Malam-malam terakhir bulan ramadhan ini diisikan dengan peringatan antara satu sama lain. Adakah sinar ramadhan ini akan ditemui lagi tahun hadapan???

umur sy sudah 25 tahun 10 bulan...
saya banyak hajat nak minta...
hakikatnya Allah tahu setiap hajat kita..
tapi kita tak boleh sombong...
kita kena minta dengan Allah..
meluah rasa rindu dalam setiap doa yang diaminkan..
merayu dan merintih dengan bersungguh dalam setiap hajat..
moga hajat yang baik Allah perkenankan dalam bulan yang penuh keberkatan ini..

Ya Allah,
Mudahkanlah..
setiap urusan yang baik..

Ya Allah
berkatilah
setiap amalan yang terzahir..

Ya Allah,
dengarlah rayuan dari hati yg merintih..

moga kasih dan sayangMu mengiringi dalam setiap langkah kami..

Wednesday, June 2, 2010

Dilema cinta...

Hari ini sy dalam dilema yg sgt2…antara bisnes yg sy baru nak ceburi dan rasa kurang setuju AMJ…bukan shj AMJ tak setuju..tiba2 hari ini kak ita yg dah ada pengalaman dalam bisnes tu pun cakap JANGan…berkrisis hati sy dengan org yg sy sayang..berdiam bukan penyelesaian..hari ini terungkai juga..dalam tempoh tak sampai 24jam sy tertanya-tanya..akhirnya terjawab jua persoalan di benak hati..ada kebenaran kata-kata AMJ..sy tahu, dia tidak mahu sy penat..cukuplah apa yg sy buat sekarang…

Hari ini..AMJ cakap…dia suka sy kembali kepada cita2 asal sy..menyebarkan ilmu sambil menunaikan ibadah dan menjana pendapatan..dan hari ini atas pagar rumah sy ada sebungkus majalah ‘solusi’…helai demi helai sy selak…apa yg tersirat cuba sy rungkaikan..tentang ‘iqra’..sebarkan ilmu…mengurus harapan…mengislahkan prestasi kerja..cinta ilahi menjana cinta suami isteri..kamu adalah apa yg kamu baca ..ilmu lebih baik dari harta..peranan penasihat syariah dalam MLM…

Sy faham..setiap tajuk..ada makna tersirat di hati si pemberi..brsyukur sy punya bakal pemimpin yg faham..Ya Allah..mudahkan..

Hari ini..sy temui sesuatu..baru mula hendak membina harapan mengumpul sebanyak mungkin harta untuk menutup loan dengan cara bisnes yg kurang disetujui oleh AMJ..sy ditemukan dgn orang lain yg sependapat dgn AMJ..bukan itu shj, Allah bukakan jln untuk sy teruskan cita-cita asal sy yg hamper dikebumikan…saudari editor dari Dewan Pelajar mahukan artikel sy..En Ghani dari dewan siswa juga sedang mempertimbangkan ruangan yg boleh dimuaatkan hasil tulisan sy…syukur…sy nak kembali membina budaya membaca, menulis dalam ibadah dan jika ada rezeki, akan Allah mudahkan…

‘Ya Allah, berikanlah diri ini kekuatan..agar cinta dunia ini tidak menjadi impian ku.. moga beramal untuk akhirat, Allah mencukupkan dunia...

" CINTA AKHIRAT"

SABDA RASULLAH S.A.W YG BERMAKSUD: 'sesiapa yg menjadikan akhirat harapannya, allah akan menjadikan rasa cukup di dalam hatiyaserta mempersatukannya, dan dunia akan datang kepadanya dalam keaaan menyerah diri. tetapi siapa yg dunia menjadi harapannya, Allah menjadikan kefakiran berada didepan matanya dan mencerai-beraikannya, dan dunia tidak datang kepdanya kecuali sekadar apa yg telah ditetapkan kepadanya. "

UNTUNG CINTA AKHIRAT...

* siapa yg beramal untuk akhiratya, Allah akan mencukupkan dunianya.
*siapa yg memperbaiki hubungan antara dirinya dengan Allah, Allah akan memperbaiki hubungan dirinya dengan Allah, Allah akan memperbaiki hubungan dirinya dengan manusia lain.
*siapa yang memperbaiki keadaan batinnya, allah akan memperbaiki keadaan lahirnya.
*siapa menjadikan aktivitinya untuk akhirat, maka tidak akan terlewat satu haripun melainkan dia akan kembali...

terima kasih Ya Allah..Alhamdulillah..segala puji bagiMu Ya Allah...moga hati ini tidak tersasar...kuat..kuat..kuat...

AMJ...terima kasih...

Thursday, May 20, 2010

menghitung hari...

MENGHITUNG HARI.....

rasa cepat sgt masa berlalu..lama dah tak update blog ni..

lagi 17 hari..risaunya..sy tak ready apa2...dengan kekangan di sekolah....hmmm..weekend yg diambil atas nama tanggungjawab...

harap hari yg dihitung mnjadi sejarah untuk stepb yg kedua...dan seterusnya step yg ketiga...Alhamdulillah..hati sy benar2 ikhlas untuk menerima hakikat step yg kedua...syukur sgt2...Alhamdulillah...

Saturday, April 10, 2010

hari yg berlalu

hari semalam yg telah berlalu...selesai sudah 1 agenda..alhamdulillah dimudahkan..syukur Allah anugerah seseorang yg sedia membantu..

hari ini perlu diteruskan..selesaikan 1 persatu...ujian itu ikut kemampuan..rancang betul2 aini...

1) basuh baju
2)merawat muka yg kian tak bermaya..
3) memasak masakan yg paling istimewa (untuk membalas tupperware AMJ yg sudah lama sgt tak berbalas)...nasib baik faham kesibukan yg melanda..
4) menanda buku
5) kemas hubby
6) susun atur gerak kerja catr mssd
7) fotostat bahan selama tiada di sekolah.
8) kemas bilik
9)solat dhuha
10) urusan public mutual kak cik.
11) habiskan buku kemana wang anda...
120 hantar makanan..
13....mcm2 lagi...


moga Allah mudah kan setiap urusan..

AMJ cakap, jgn sibukkan hal org lain..kebal dengan setiap kata-kata org..jaga percakapan...tak nak mengumpat org lain..biar Allah je hitung setiap benda yg kita buat..kuat aini

Friday, April 9, 2010

terima kasih tok cu..

dah lama sangat sy tak mengupdate blog ini...tak tahu kenapa...sekarang, bila sedih menjelma, rasa ingin meluahkan...disinilah antara tempatnya...kenapa ya perasaan ini melanda...

kpd tok cu...

terima kasih atas perhatian tok cu..
anugerah yg tok cu berikan pada Nurul..
rasa tidak layak diri ini untuk menerima anugerah itu..

terima kasih tok cu...nurul sayang tok cu..moga tok cu kuat untuk hadapi dugaan...moga Allah mudahkan operation dan segala urusan tok cu..amen

Saturday, March 6, 2010

CAHAYA MATAKU

Assalamualaikum dan selamat pagi yg ceria cahaya mataku..
Moga hari ini kau lebih ceria dgn sinar matamu yg bercahaya bak makna yg tertera pada namamu..

SINAR MATAMU ITU BIARLAH BERCAHAYA KERANA KEBAHAGIAN, BUKAN CAHAYA YG HADIR ITU MENGUNDANG DUKA DIHATIMU...SALAM SEJAHTERA BUATMU ' CAHAYA MATAKU'

Wednesday, March 3, 2010

kesian adik kaklong

Kini,
Baru ku tahu
Erti sebuah tanggungjawab…
Melihatkan guru-guru yg bergelar ibu dan ayah,
Resah gelisah
Menantikan saat meting abes..
Kerana diluar sana
Anak-anak sudah menanti…
Entah bila ibu dan ayah mahu pulang dan mengambil mereka…

Kepada wani,
Kesian adik kaklong..
Setiap hari menanti kaklong abes meting…
Sekarang..
Wani sedang tertido kepenatan disebelah kaklong…
Moga Allah mudahkan urusan kita dik..
Kesian adik kak long….