Saturday, October 22, 2011

saja2

Sekarang tgh menanti hubby 2021 di cuci..apabila sudah berkurun-kurun lamanya dia tidak bermandi secara formal..tetapi mendung awan sedang berarak..huhuhu…macam tak berbaloi je basuh hubby..sebab jap g hubby akan bermandikan cecair yang akan mengion menjadi ion hydrogen..hukhuk..tak apelah..biarpun tersalah langkah, sekurang-kurangnya dalam hubby bersih dan tidak diragui kebersihannya..huhu..guruh mula mengeluarkan sound energy..
Baru-baru ini saya berpeluang berkongsi berkenaan Teknik Menjawab Kertas 3 kimia SPM bersama pelajar Madrasah Idrisiah.. Alhamdulillah, dengan izin Allah semuanya berjalan lancar..berkongsi pengetahuan dan ilmu yang Allah kurniakan untuk dimanfaat bersama pelajar-pelajar yang berwajah bersih ini..saat pertama kali melangkah ke sekolah ini, saya dapat merasakan ketenangannya..sgt tenang..pelajar-pelajarnya berwajah bersih..biarpun ada jerawat yang singgah dipipi remaja mereka, tapi naluri dalam yang bersih tetap terpamer diwajah.. senyuman pasti terukir dibibir mereka.. tenang…
Sebelum ini, sy hanya sekadar melihat madrasah ini dari luar.terletaknya berhadapan dengan masjid ubidiyah yang tersergam indah.. masjid yang menjadi persinggahan saya setiap kali jwa dilanda resah…masjid yang menjadi dambaan saya sewaktu menunaikan terawih..memang strategic lokasih madrasah ini berhadapan dengan masjid ubudiyah..jauh dari suasana Bandar kecil kuala kangsar yang banyak pengaruh yang tidak sesuai untuk pembangunan sahsiah pelajar..
Oleh itu, sy pun ingin berkongsilah apa yg saya sampaikan pada anak-anak idrisiah ini kepada anak2 yang lain dan juga cikgu cikgi yg ngajar kimia, terutamanya kawan-kawan sy yng cikgu kimia tuk batch graduate 2008( atikah, arni, kak ti, saadah, atun and….. sy budak baru belajar, jika salah marilah sama-sama kita betulkan..hehehe..Sy mulakan teknik menjawab dengan mengetengahkan apa yang perlu ditekankan semasa menjawab setiap soalan. Target kita nak dapat markah maksimum untuk setiap soalan. Iaitu 3 markah..mungkin boleh rujuk power point yg saya buat ni..kita rujuk soalan SPm 2010 kertas 3. Jika berpandukan soalan, ianya lebih jejak.. kerana soalan ni dah lengkap Tanya kesemua kemahiran proses sains..jika tukar soalan lain pun, konsepnya tetap sama..cara nak jawab juga tetap sama.. sy lampirkan powerpoint yg saya buat ni, berpandukan ilmu yg sy dapat sewaktu mencedok pengalaman menanda kertas.. kertas 3 ni, sebebnaarnya banyak bantu untuk anak-anak kita yg lemah untuk lulus..
===huhu..tertarik pula nak cerita pasal adik yg sedang basuh keta sy ni..kurus je orangnya.. budak sekarang banyak yang dah start keja…ada yg keja nak tolang ibubapa..ada yg keja untuk penuhi kehendak diri sendiri.. seperti hp yang canggih manggih(rasanya ini yg jadi keutamaan bagi kebanyakn dari mereka) tapi tgk dari gaya adik ni, sy rasa dia keje untuk tolang ibu bapanya… jadi sedih pula..hmm..sekurang-kurangnya dia tahu susah mencari duit,,dan lebih menghargai pengorbanan ibubapa dan setiap masa yg berlalu.. teringat bagaimana ayah mendidik kami adik beradik sewaktu kecil dulu.. sy, bangah dan bancik hidup dalam suasana kebun.. jika ada masa pastinya ke kebunlah ayah akan membawa kami.. dulu masa kecik2 ayah mengusahakan tanaman limau nipis (lemon)..jadi kami adik beradiklah yng dok amik tender mengutip limau beribu2 lemon dan di masukkan dalam raga dan terus ke lori.. dengan lori itulah ayah bawa limau tu ke kl jual dekat uncle GemOk.. semua org dekat pasar selayang tu panggil dia gemok..dan dia memang mengistiharkan dirinya dengan panggilan gemok..gemok2 jugak, poket pun gemok juga..hehe..
Dari situlah kami belajar erti susah cari duit..-**hehe..malas nak sambung citer..sambung nanti ya!!

***sy tak pandailah pulak nak insert power point kat cni

Tuesday, October 11, 2011

kerja kawen

buku lip lap untuk rancangan bajet...

sebenarnya kalau boleh saya betul2 tak nak membazir untuk majlis nanti..betul2 nak sedia ikut yang bajet ada..sbb kehidupan slps tu lg panjang..berbanding 1 hari bergelar raja sehari....taapi sy nak majlisnya meriah dan diberkati...memang kna ready betul2...

aura nak kawen dan nak buat persiapan kawen tu mcm belum ada lag..jika dihitung mcm dah makin dekat..walaupun macam jauh..tp tup tup...rtiba2 je harinya dah nk dkt...jauh tapi dkt..heh..pelik je bunyi...

tak tau nak start yg mana...buku perancangan dah siap diisi 2tahun yg lepas..macam byk kna rombak..pastinya sy dan encik tunang dah ada warna tema dan kain pasang untuk buat baju dah..3 warna..kain untuk buat baju nikah sebelah perempuan telah ditaja oleh makteh...yg kain untuk majlis rumah pengantin perempuan dan bertanding, sekali hadap je beli kat nagoya..waktu tgh offer..klau ikutkan tak ada rancang sgt untuk design baju ni..jadi masa g nengok2, sbb dah jemu nengok dan letih, main amek jelah ape yang berkenaan..cuma sekarang tgh pening nk cri tukang jahit...hukhuk..encik tunang memang setia ngan tukang jahit dia " mat tailor'.. saya je tak ada tukang jahit profesional..selalunya, baju kurung sy di hantar kpd mak pelajar yang kerjanya menjahit baju..disamping nak support pendapatan keluarga tu..gpun harganya berpatutan..tp rasanya untuk baju kawen ni kna bagi tender kat org lain yg lebih arif tentang fesyen..bukan nak berfesyen sgt, tp maklumlah..untuk tawen..hukhukkkk..sambung lg nanti..bateri nak abes..

Monday, October 10, 2011

PERSEDIAAN ....

BERSEDIA DARI SEGI MENTAL, SPIRITUAL, FIZIKAL, DAN MACAM2...BUKAN MUDAH NAK TUNGGU BERSEDIA BETUL2..TAPI sekurang-kuragnya ada persediaan untuk ke arah itu..sikit je nak tulih..asal update