Friday, March 4, 2011

~ PAHALA MULUT~

Pahala mulut..
Sudah terlalu lama tak berkongsi-kongsi ilmu di laman hijau ini..ish..ish… hmm..petang jumaat yang damai ni, selepas bersengkang mata menghadap jadual waktu yang perllu degenerate semula, sempat mengisi hati …sebelum ni asyik mengisi perut aje, sampai kebajikan hati tidak dijaga..( maam berbelit-belit je ayat..almaklumlah, dah lama tak menulis..hehehe..
Tajuk kuliyahhnya adlah seperti di atas: PAHALA MULUT.
- Pengurusan lidah sangatlah penting..sebab lidah adalh organ yang paling berpotensi untuk memudaratkan kita…menimbulkan fitnah, cerita tak betul tentang org… kadang-kadang sebelum mengumpat, kita selalu introkan dia dengan ayat ni: “ ni bukan nak mengumpat, Cuma nak bagitau yang betul je.” Sebenarnyakan, statement yang kita bagi tu, dah cukup nak memulakan kita bercakap tentang keburukan orang.. yang membawa makna mengumpat sebenarnya.. panel al kuliyah ni cakap, mengumpat tu membawa makna bercakap sesuatu tentang orang, dan orang tu tak suka, sakit hati dan rasa tak selesa.. bila dengar macamni, rasa banyak sangat salah.. entah dalam sehari, berapa banyak patahlah perkataan yang kelluar dari mulut yang tidak ada unsure mengumpat…sekarang, untuk peringatan diri sendiri, Ustaz Zawawi pesan:
Bila Nak mengumpat, pegang mulut..
Tinggal sekarang juga..(azam kena kuat…jangan sibuk nak cakap orang lain”
Buat dosa dengan orang dan Allah..
Kena bertaubat…
“ dua perkara yang menjadikan hati keras…iaitu banyak bercakap dan banyak makan..”
“ tidak betul iman kamu, sekiranya tidak betul hati kamu:
Tidak betul hati kamu, sekiranya lisan kamu tidak betul”
Hmmm..besarnya peranan lidah nikan dalam nak bentuk hati…
Kalau diikutkan, kita tak suka orang cakap buruk-buruk tentang kita di belakang kita..samalah juga konsepnya dengan orang lain, mereka tak suka kita cakap buruk-buruk tentang mereka di belakang mereka.. Allah kan dah janji, what you give, you get back..” jadi kalau kita tak suka, kita jangan buat kat orang.. INGAT TU CIK NURUL AINI..huhu
Bila banyak makan, badan berat, payah nak beramal…orang yang banyak makan hilang kehalusan haati…asyik kenyang sehingga merasakan semua orang macam dia..asyik selesa, jadi malas…”
Siapa banyak cakap, dia banyak salah, maka jadi banyak dosa..”
- Cakap yang sia-sia
- Cakap yang menyakitkan hati orang
- Cakap yang membawa kepada ego.
Tapi, bila cakap yang membolehkan dapat pahala:
- Cakap pada tempat yang patut dicakap, dapat pahala
- Diam pada tempatnya, dapat pahala.
- Cakap yang mengajak kea rah kebaikan .. ini boleh di aplikasikan dalam kelas.. nasihat yang baik pada anak-anak..bila orang baik, kita pun dapat pahala..untung sebenarnya jadi pendidik.. jangan asyik nak merungut jer,,(peringatan untuk diri sendiri)
- Dengan berkata yang baik, kita boleh mengalahkan syaitan..
Sebenarnya, lidah ni boleh buat banyak pahala…
Zikir
Cakap benda baik-baik
Jika tak boleh cakap baik-baik, maka diamlah..
Takut sangat bila dekat akhirat nanti, bilangan mengumpat kita lebih banyak dari bilangan zikir dan kata-kata nasihat kita.. takut sangat jika masa itu kita minta pada Allah untuk kembali ke mukabumi hanya untuk menyebut 1 kalimah subhanallah bagi mencukupkan bilangan zikir kita berbanding mengumpat… SEKADAR UNTUK PERINGATAN DIRI SENDIRI…MOGA SETIAP HARI ADA PERKARA BAIK YANG DIUPGRADE… SELAMAT MEMBUAT PAHALA MULUT (^_^)