Thursday, December 31, 2009

JOM JIMAT(^_*)

Tips hebat isi minyak dgn penuh berhemah..

Harga minyak boleh tahan..mesti lari bajet kalau tak bijak merancang. Kat sni sy nak kongsi sikit tips macamana nak jimat dalam bab minyak-minyak ni..

1. Isi waktu petang, malam atau pagi sahaja. Atau dgn kata lain pada waktu awan berarak mendung.hehehe.puitis punya ayat. Jangan isi waktu tgh panas rembang. Minyak dari saintifiknyakan mudah meruap, jadi kalau temperature tinggi maka makin cepatlah reaction dia untuk meruap. Jadi pastinya ia merugikan..setitik minyak itu amatlah berharga disaat genting.hehehew
2. Jika tangki minyak disebelah pemandu, maka jgnlah dirapatkan tangki minyak disebelah pemandu itu dipam minyak.sebaliknya , rapatkanlah kereta bertentangan dgnnya. Kalau tak faham, cuba bayangkan sendiri sampai faham. Ini akan menbantu pengaliran yg lancer dr pam minyak ke tangki minyak kita. Tidak akan ada minyak yang akan bertakung dan merugikan kita..hehe..bunyi macam kedekut..tp itulah tyip yg berhemah.
3. Semasa menekan pam, jgnlah kuat-kuat sgt, nanti terpekcik minyak dalam tangki ke dinding..dan ia lg mudah meruap..kan rugi tu. Tekan slow2..bagi minyak tu masuk dengan tenang..
4. Lepas tu pastikan minyak sentiasa penuh supaya dapat meminimumkan kadar minyak yg meruap dari dinding tangki. Kalau tangki penuh, susah sikit minyak tu nak meruap. Sebab sesame dia je molekulnya bertembung..hahaha..
5. Kawan saya cikgu fizik pernah ckp, jgn bawa berat2...kalau berat lg banyak guna minyak..tambah bila nak menentang geseran dari arah yang berlawanan..makanya, barang yang tak penting dalam hubby tu, disingkirkanlah keluar..ok???
6. Hmmm..ini je yg dapa dikesan..kalau ada tips yg lagi best, harap dimaklumkan..

Monday, December 28, 2009

'''''''''

Sambung belajar…itulah antara matlamat utama sy pada tahun 2010. sambung master di USM atau Sg Petani..PJJ..saya perlu tekadkan azam dan kuatkan semangat untuk teruskan. Sementara masih single dan tidak ada tanggungjawab sebagai isteri dan ibu..

Akanku isikan masa 24jam ini dengan semaksimum yg mungkin…lupakan kisah silam…langkah baru..semangat baru…kuat-kuat….kuat-kuat..buat baik dibalas baik…

Terima kasih ya Allah
Hidupkan kami dgn kasih sayang yg abadi
Terima kasih ya Allah
Hidupkan kami dgn dugaan yg mematangkan
Terima kasih ya Allah
Menguji hati kami untuk terus teguh padaMu


Ya Allah
Matikan kami dijalan iman
Hiasi hidup kami dgn iman
…………………………………

Sunday, December 27, 2009

soal hati, soal jodoh, soal diri, soal keluarga, soal itu dan ini

Rasanya sudah lama tidak meluah rasa disini. Terasa sekejap sungguh rehat sementara yang diberikan untuk menaikpulihkan semangat dan kekuatan diri. Hmmm..banyak pengalaman yang dikutip cuti ini..

Kepada

Kak Diha dan Ustaz Roqi
Shakir dan Elly
Abang Azam dan Kak Fazi
Kak Fad dan Suami

TAHNIAH DIUCAPKAN. SELAMAT PENGANTIN BARU. SEMOGA BERBAHAGIA HINGGA KE SYURGA..

Saya?? Hmm..saya pun terlibat dengan bab kawen mengawen ni. Hmm..tolong sediakan 1000 biji muffin berbagai perisa. Kira dan expertlah buat muffin untuk gift orang kawen. Tapi still kna base on resepi lagi.hehehe.

Melangkah ke tahun baru hijrah, banyak perkara bermain di minda.. soal diri, keluarga, kerjaya, masyarakat sekeliling yang seperti lama ditinggalkan, pelajar yang berbagai ragam, novel baru yang tak siap-siap, dan macam-macam….yang berkait dengan TANGGUNGJAWAB.

SOAL KELUARGA
ALHAMDULILLAH..cuti ni kami adik beradik seramai 8 orang sempat berkumpul bersama. Selalunya susah nak dapat kumpul semua sekali memaksimumkan masa berkualiti bersama, bermain dengan cucu-cucu baru ayah(siapa lagi kalau bukan si kambing2 yang membuatkan kami cemburu kerana kambing2 itu lebih diperhatikan dari anak-anak ayah…hehehe..tp kami tahu ayah lebih sayangkan kami dari kambing.), 2 hari bersama-sama meraikan hari keluarga di teluk batik memupuk kasih sayang antara kami…dan perjalanan membuat muffin selama 3hari bersama adik-adik perempuan menjadikan kami saling memerlukan dan bekerjasama.. Apa yang pasti, saat ini keluarga banyak memberi sokongan kepada sy….

SOAL KERJAYA
Esok bermula mesyuarat pertama bagi sesi 2010…sudah setahun sy bergelar guru, pendidik, teacher, cikgu, kdg2 tersilap ada yang memanggil ustazah…tapi yang pasti semua itu adalah pemikul tanggungjawab dan amanah Allah..semoga diri lebih ikhlas, bersungguh-sungguh dan melunaskan setiap tanggungjawab.. ikhlas itu bukan senang…Ya Allah kuatkan diri ini..

Sy mengharapkan hidup lebih tersusun apabila sesi 2010 bermula. Berbekalkan pengalaman setahun yang amat cetek ini, diharap ia dapat membantu sy bagi memudahkan setiap urusan sy…InsyaAllah, sy bersedia dengan jawatan yang sy bakal terima esok hari…Allah uji ikut kemampuan..itulah kata-kata yang menguatkan semangat disaat badan ingin melayang, air mata hampir gugur, hati tidak tentu arah…moga Allah kuatkan..

SOAL PENULISAN..
Masih lagi dalam perjalanan..menyiapkan novel SEHARUM DOA BERSULAM CINTA tulisan bersama sahabat Aimi Nabihah..untung Allah kurniakan sahabat yang faham dan bermotivasi tinggi..terima kasih Aimi..kita akan teruskan juga..moga Allah mudahkan urusan yang baik ini..

Buku SYOKNYA JADI PEREMPUAN tulisan bersama sahabat Arniwaty Abdullah, mengalami rombakan di peringkat penerbit. Kami terpaksa mengubah suai konsep manuskrip..dan ia masih dalam perjalanan..Alhamdulillah, Arni kuat dan bersemangat untuk teruskan..biarpun hampir setahun setengah kami menanti buku itu diterbitkan…Arni, aini rindu arni…terima kasih untuk sokongan Arni…kita kena kuat..hadapi semua SOAL…SOAL DIRI, SOAL KELUARGA, SOAL KERJAYA, SOAL JODOH….rindu arni..

SOAL MASYARAKAT..
Makin dewasa macam makin tidak bermasyarakat..Ya Allah, moga sy tidak lari jauh..kembali berkhidmat pada masyarakat sepertimana dizaman belajar dahulu…kuatkan diri ini untuk kembali berbakti dan memberi manfaat kepada semua orang…

SOAL JODOH…
Soal???Soal???soal???soalan yang tiada jawapan…hanya jawapan yang boleh diberi INSYAALLAH, DOAKAN SY DAPAT YANG TERBAIK DUNIA AKHIRAT ..bila? Allah lebih tahu masa yang terbaik untuk kita.. Usaha??? InsyaAllah, usaha itu akan terus berjalan…dengan izin Allah..

‘mencari kekuatan diri’

Saturday, December 12, 2009

10,7,9.....hehehe

10 batang pokok betik esotika...
insyaAllah bakal mengeluarkan hasil
walaupun ambil masa
tp ia satu kepuasan apabila melihat buah-buah yang mengeluarkan hasil
setelah membanting tulang..

7 perdu pokok serai..
akan merimbun..
hehehe
ada angan nak jual skali dengan cili

9 pokok bendi
yang ditanam bertaburan
tepi kolam
tepi rumah
hehehe
kalau ayah jumpa
harap dia tak cabut
ayah tak suka pokok ditanam ikut suka hati
tapi kalau nak tunggu ayah,
sampai sudah tak tertanam pokoknya..
ayah sibuk sambut cucu baru...(siapa lagi kalau bukan kambing-kambing yg asyik membunting dan beranak)alhamdulillah..rezeki..

tak sabar menanti hari-hari mendatang..
untuk melihat hasil-hasilnya...

disamping risau dengan umur yang kian meningkat...amal tak tahulah..seiring atau tidak dengan usia yang kian meningkat..

Ya Allah..moga umur yang Kau pinjamkan ini memberi makna pada setiap insan..berbakti untuk agamaMu...

Friday, December 11, 2009

itu dan ini

Saya sudah tidak sabar untuk melihat bongkah-bongkah cendawan itu terisi dan disusun..kemudian menanti detik 40 hari terhasilnya cendawan-cendawan yg berkembang mekar, untuk dinikmati, dipasarkan..Sy juga tidak sabar menantikan cilia pi fertigasi mengeluarkan hasil..Alangkah indahnya jika punya gerai menjual pelbagai hasil tanaman sendiri…

Dalam fasa untuk menguruskan badan,

dengan adanya aktiviti menanam itu dan ini, mencangkul batas-batas yang bakal ditanam pelbagai sayur kegemaran sy, harapnya dapatlah menguruskan sedikit badan yang dah berisi ni…

Mak cakap nanti buka sekolah tanpa disedari, saya akan menjadi slim seperti biasa.. hehehe..itu sedikit memberi kekuatan kepada sy..

Thursday, December 3, 2009

MaNJa oh MaNJa :- /

Nama saya Nurul Aini bt Khairul Azhari..Sedapkan nama saya…Syukur kepada Allah sebab mengilhamkan kedua ibubapa sy untuk memberikan nama yang indah ini..disaat saya menulis ini, hati saya tidak setenang selalu..usai solat, mengaji, sedikit bermuhasabah, sy capai laptop dan menulis seperti sekarang ini…izinkan sy meluahkan apa yg saya rasa…sy tidak mahu terus membekukan perasaan ini seorang diri…membekukannya seolah-olah sy terus menambahkan jumlah isipadu asid yg bakal merosakkkan mental dan hati sy…

Sy tidak tahu..apa yg membuatkan sy tidak tenang…mungkin sy tahu..tp sy menafikannya..atau tidak bersedia mencurahkannya..atau ia adalah perkara yg tidak wajar dicurahkan..Ya Allah, hati ini teruji..

Minggu yg sudah berlalu sy bergelut dengan perasaan kecil hati terhadap emak..Sungguh, sy anak yg manja..Cemburunya sgt kuat.. Setiap kali bertembung perasaan dengan mak, hati sy tidak tenang.. Memang, kalau diikutkan kata-kata syaitan yg menyesatkan, ingin sahaja sy memberontak..tp iman dihati mengingatkan, SYURGA DI TELAPAK KAKI IBU..KEREDHAAN ALLAH DATANGNYA DARI KEREDHAAN SEORANG IBU..maka, cepat-cepat sy menahan amarah dan pemberontakan yg ingin dilakukan.. teringat kata-kata kak lela dan kak beah : “ Aini tak jadi ibu lagi, aini tak faham perasaan seorang ibu..Mana ada ibu yg tak sayang anak..adik beradik aini ramai, jadinya kasih sayang itu dibahagikan sama rata..jgn terasa mak lebihkan bangah..mungkin mak tak sedar, lgpun mak dah lama tak jumpa bangah..biarlah mak lepaskan rindu dulu. Aini dah selalu balik..”

“ Kalau begitu, biar aini tak payah balik..biar mak rindu..” Sy bergurau..terubat juga sy mendengar kata kakak2 sy ini.. sy tak jadi ibu..jd sy tak rasa apa yg mak rasa.. mungkin suatu hari nanti Allah akan uji situasi yg sama pada sy..masa itu, barulah sy benar-benar merasa dengan mata hati.. Allah kan Maha Adil..What u give u get back.. Jadi sy nak dapat yg terbaik..sy tak boleh kecilkan hati mak lagi..ingat Aini..lawan syaitan tu..syaitan tu dengki…LAWAN-LAWAN..

Teringat kata-kata mak di dalam sms yg lalu..’ Mak sayang semua anak mak…semua keluar dari perut mak…’ Hebatkan mak..mak dapat 8 orang anak.. mak dan ayah didik anak-anak mak dan ayah sampai besar..sampai jadi manusia..

Hakikatnya, sy bukan nak apa yg lebih-lebih..Cuma mungkin sikap sy yang terlalu manja dan inginkan lebih perhatian dari orang-orang penting dalam hidup sy..mak, ayah…Bila dengan mak ketior(mak ida) dia pun cakap, aini tu manja budaknya..huhu..sy suka jumpa mak ketior, bila dengan mak ketior, sy teringat masa bersama dengan arwah tok.

Manja manja…huhu..kadangkala sikap itu menyebabkan senang si syaitan mencucuk sy dengan hanya sebab yg kecil..

Sy sudah 24 tahun..sy tak boleh manja-manja lagi..tak boleh terlalu emosi bab perasaan ni..kena berjiwa kental..hanya berjiwa halus untuk sesuatu yg mendatangkan kebaikan..

Jangan dengar hasutan syaitan..jangan diturutkan kata hati tanpa pertimbangan akal..bila emosi mempengaruhi pemikiran, maka kita sudah membuka ruang untuk syaitan memujuk dan merayu untuk kita terus tersasar…Ya Allah, aku berlindung dari syaitan yang di rejam…


‘ Ya Allah, pelihara hati ini..Agar tidak terus tersasar dari landasanMu..Hiasilah diri ini dengan akhlak yang terpuji..jadikanlah diri ini HAMBA YANG TAAT PADA PERINTAHMU, ANAK YANG SOLEHAH, BAKAL ISTERI YANG SOLEHAH DAN DIKURNIAKAN ANAK-ANAK YANG SOLEH DAN SOLEHAH…jadikanlah aku seorang yang redha dengan setiap ketentuanMu…Redha..redha….’

Teringat pesanan tuan penemuduga tempoh hari… ‘ jadi ibu yang baik..’

Untuk jadi ibu yang baik, saya perlu jadi anak yang baik..jadi anak yang solehah.. what u give, u get back aini!!!!!!!’ mak, ayah, kak long sayang mak dan ayah… Sayang sangat