Sunday, January 25, 2009

???

Hati anak mak terluka lagi…

Teringat lagi sewaktu di Melawati lewat usia remaja yang sungguh indah dan penuh cabaran. Seorang akhi pernah berkata kepada saya, ‘ Awak tak boleh berlembut hati sangat. Kena belajar jadi hati kering. Sampai sekarang saya masih ingat kata-kata itu. Dan sampai sekarang saya masih tidak mampu berbuat demikian. Dan saya masih mencari kekuatan untuk berbuat demikian. Menjadi seorang perempuan yang BERHATI KERING dan tidak mudah tewas dengan air mata.

Lewat tahun lalu saya ada menerima msg dari seorang teman rapat, bunyinya sungguh meruntun hati dan membuatkan saya berfikir 2 kali…dan berkali-kali apabila saya terluka...bunyi begini….

‘ brulah saya faham betapa setianya seorang isteri di sisi suami. Walaupun perit duduk bersama, tetap pendam perasaan di dalam hati..walau pahit menelan kata-kata dari suami, tetap penuh sabar melayan keranah suami. Walau buruk mana sekalipun suami, isteri tetap setia..kerana syurga seorang isteri di tapak kaki seorang suami..Ya Allah, lindungilah ibuku….’

Biarpun belum menempuh alam rumah tangga, namun saya sudah merasa tempiasnya..Dengan jiwa yang sensitif, mampukah saya bergelar seorang isteri yang solehah dan menelan sahaja kata-kata dan perbuatan seorang suami yang kadangkala pastinya mengguris perasaan..Emak selalu berpesan, kalau nak kawin, biarlah orang itu betul-betul sayang pada kita, jangan kita sahaja yang lebih-lebih.. kata emak lagi, naluri perempuan boleh di lentur..agar mencintai seorang lelaki yang bergelar suami, biarpun sebelum itu, perasaan kasih dan sayang itu tidak ada.. Setiap kali bercakap soal jodoh, saya nampak sinar di mata mak..seolah-olah, dia berat melepaskan saya..dia takut…takut hati puteri sulungnya terluka dan dilukai.. nanti syurga bukan dekat tapak kaki ibu..syurga saya sudah beralih…ke tapak kaki seorang lelaki bergelar suami…saya kagum dengan emak..emak sabar..sangat sabar.. adakah saya mampu jadi seperti emak??? Saya sayang emak….sayang sangat2.. bila hati saya terluka emak seolah-olah faham..tanpa saya mengeluarkan sebarang kata-kata.. Kadang kala, saya tertanya-tanya, bagaiman seorang ibu mampu menyelami hati seorang anak, biarpun saya sekadar membisu….

Saya jadi keliru… tapi kali ini saya perlu bertegas..saya ingin berkongsi kata-kata dari Dr Rubiah K Hamzah,

‘ jangan bergantung kepada orang lain untuk memberikan kebahagiaan kepada kita, jangan cuba mencari simpati daripada orang lain, jangan minta untuk dihargai dan disayangi oleh orang lain…………’

Ya Allah..tabahkanlah hatiku ini… Biarkanlah kesedihan ini berlalu… aku tidak mampu menanggungnya Ya Allah… Ya Allah…


Hati saya terluka..tapi syukur, saya masih mampu menempuh kehidupan seperti biasa..Cuma, sekarang saya sedang belajar jadi seorang yang berHATI KERING…

Kepada Encik Firdaus, saya mohon maaf banyak-banyak, saya tidak dapat hadir ke walimah abang awak. Saya ada tetamu di rumah.. InsyaAllah, hari bahagia awak akan muncul..Cuma masa yang menentukan..Allah dah caturkan segalanya. Usaha dan doa..soal tak ada calon tu, itupun urusan Allah.. macam awak cakap, yang baik akan dapat yang baik..begitu juga sebaliknya..

Friday, January 16, 2009

nape tak boleh pos

tulis panjang2, tapi tak keluar

alhamdulillah dah selesai

alhamdulillah dah selesai

alhamdulillah dah selesai

alhamdulillah dah selesai

Hari koko yang dinanti dah selesai...

Meor, nanti saya nak gambar ya..

Kepada SEMUA PELAJAR KELAB SAINS N MATEMATIK,

tEACHER UCAPKAN TIME KASEH DAN TAHNIAH DIATAS KERJASAMA YANG DIBERIKAN. WALAUPUN UNTUNGNYA TAK BANYAK, ATLEAST WE LEARN SOMETHING...HEHEHE..

FAIZ, TERINGAT KITA KEJAR AIR MINERAL KAT BALIR., KAKAK KEDAI DAH TARIK PINTU NAK TUTUP, TAPI SEMPAT JUGAK AKHIRNYA KAMU MENAHANNYE...ANAK YANG HEBAT.. SY TUNGGU AWAK DESIGN PELAMIN SAYA NANTI.. GABUNG IDEA DENGAN AMER YA.. MOGA KALIAN AKAN TERUS JADI KAWAN BAIK DUNIA DAN AKHIRAT.. UNTUNG AWAK DAPAT KAWAN BAIK MASA KAT SEKOLAH LAGI...

MARDIAH, FATIMAH, FAZIRA, AKMALINA- HEHEHE... TAHNIAH PANDAI BUANG KULIT NENAS.. HEHEHEBAAAT...SERONOK DAPAT SAMA-SAMA SHARE MAKANAN N SUAP MENYUAP MASA BERNIAGA BERSAMA..

CEKGU DAUD- TAHNIAH SEBAB ADA ISTERI YANG BAIK N PANDAI BUAT KUAH ROJAK.. TAK BAIK TAK NAK NGAKU DAH KAWEN.. TAPI ARINI DAH KANTOI NGAN STUDENTS.HEHEHE..

perlu lebih hati-hati

jiran saya cakap, rumah saya sudah dimasuki pencuri dikawasan pagar.. 4 orang.. datang curi motor ida n kak jue.. malam tu saya ngan ida takde..balik kedah mengejut.. tapi syukur alhamdulillah,jiran saya tersedar dan sergah pencuri yang kurang cerdik itu..lari semuanya.. Ya Allah, syukur.. tapi saya dan kak jue perlu lebih berhati-hati..

kami berkira-kira, samada nak duduk kuarters atau macamana.....

nak kongsi

alhamdulillah..masih punya kesempatan meluah perasaan disini. jam dah pukul 12;21 malam. hmm..hari ini genap 2 minggu sesi p&p berjalan. tak dapat dinafikan, memang sangat letih..mata bagai nak terkeluar. kaki dan sendi-sendi sakit. makan minum pun dan tak teratur. sepanjang 2 minggu di sekolah baru 2 kali saya menjengah ke kantin. kadang-kadang pukul 5 petang bru dapat jamah makanan. masa tu terasa sangat nikmat masa dan kualiti masa. bagi mengelakkan rasa lemah, saya mula membawa biskut di dalam beg serbaguna yang sering ditegur oleh guru-guru dan pelajar. ada cikgu siap nak order lagi.hehehe. macam-macam.

Sibuk memang sibuk. letih tu, tak payah cakaplah. dengan fizikal sekolah yang berbukit dah luas, memang nak cabut kaki rasanya. namun bila mengenangkan kepuasan dan berkat bekerja dan beramal, letih itu dilupakan.

saya sering diserang sesak nafas apabila melangkah masuk ke kelas 2C untuk subjek mathematic. huh..bising..huru hara..itu yang dapat ditafsirkan. Darah saya naik apabila kelas tidak dapat dikawal. tambahan pula kerja sekolah yang diberikan tidak siap. malah ada yang tak ada buku lagi!!!Geram!!!Hmm.. untuk ke sekian kalinya saya bertahan, akhirnya hari itu saya menjeri 'CLASS, SILENT!!!' Kebetulan cikgu Khairil dan Maya sedang berlalu berhampiran kelas saya, apa lagi, merah muka saya menahan malu. malu sangat-sangat. tapi saya memang marah masa itu. kalau tak jerit, pelajarnya makin menjadi-jadi. oh...anak-anak didikku..

Saban hari saya berfikir, bagaimana mahu mengawal kelas ini. kelas lain, syukur saya boleh mengawalnya. saya boleh bergelak ketawa bersama mereka. menikmati sesi P&P dengan penuh girang. tp dengan 2C, saya jadi bingung sih..

sampai satu ketika, saya jadi keberatan untuk masuk ke kelas itu. tapi tidak lagi sekarang, saya dah jumpa formulanya..hehehehe...

Saturday, January 3, 2009

Dah nak mula dah...

" Kak Long, kak long pandai ka main hoki? " Itu adalah soalan pertama yang keluar dari mulut adik saya, wani sewaktu membaca buku pengurusan SMK Raja Muda Musa. Hmmm..kalau ikutkan memanglah enggak pandai dong. Tapi, nak buat macamana kenalah terima. Itu dah jadi satu amanah.

Hmm..sesi persekolahan sudah hampir bermula. Perjuangan saya sudah lama bermula dan akan berterusan.. Bila di lihat senarai tugas dan jawatan2 yang dipegang rasa mahu pengsan sebenarnya. kalau difikir dengan logik akal, saya rasa memang tak ada masa nak bersenang-senang macam masa belajar dulu. Hmm.patutlah orang selalu kata, belajar lagi seronok dari bekerja..

Ramai yang cakap tugas guru senang. Balik awal..juz mengajar..cukup bulan dapat gaji..senang ke??Senang?? hmmm..bagi yang bercakap begitu cubalah laluinya sendiri.. Tugas guru di Malaysia bukan sekadar mengajar, malah banyak lagi tugas tambahan. Saya masih ingat lagi seorang guru yang baru berkhidmat selama 3 tahun sanggup berhenti kerja kerana tidak tahan dengan kerja-kerja sampingan selain dari mengajar. dia memang minat mengajar dan amat digemari oleh pelajar, tetapi kerana bebanan tugas sampingan seperti memegang jawatan itu dan ini disekolah, terasa sukar untuk memfokuskan kepada proses P&P. Akhirnya, kini dia membuka pusat tusyen yang boleh berfokus kepada P&P. Hmm..setiap orang mempunyai banyak persepsi dan keupayaan yang berbeza-beza.

sebenarnya, dalam diam saya sudah mempunyai idola di RMM. Cikgu senior ini biarpun dihujani dengan banyak tanggungjawab, tambah anak 6 orang kat umah, pegang jawatan itu dan ini, ngajar subjek itu dan ini, tapi masih mampu memberikan komitmen yang baik untuk mendidik anak bangsa. saya juga menyimpan hasrat untuk menjadi seperti beliau. malah lebih dari itu.

Cuma sekarang, badan saya sering letih-letih. Fizikal saya lemah dan kadangkala saya bagaikan mahu pengsan. Itu belum mulakan P&P di sekolah. Dengan struktur fizikal sekolah yang besar dan berbukit, saya bimbang ia mengganggu kesihatan saya. Tambahan pula tidur saya sering terganggu. saya berdoa agar diberikan kekuatan spiritual, mental, fizikal dan emosi. Ini dugaan kecil sebenarnya. Apa yang penting selepas ini, pengambilan makanan mestilah sempurna dan tidur yang berkualiti di samping menjaga amalan seharian.

Mungkin ada saranan dari kawan-kawan agar kita boleh sentiasa cergas, bolehlah disarankan disini.